Ahad, Mei 21, 2006

Jika ada manusia yang cenderung ke arah kepura-puraan akan menerima padah yang kekal. Dalam apa jua keadaan keihklasan itu penting.

Yes, there were times, Im sure you knew
When I bit off more than I could chew.
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall;
And did it my way.

Sabtu, Mei 20, 2006

hai...sebut nama Wong Ah Fook mesti teringat kat JB..disebabkan Wong Ah Fook aku kena e-mail dia punya cucu si Datin Patricia tu..nasib baik laa si Datin tu balas e-mail aku ..terkejut jugak..ingatkan e-mail dia tu dah tak aktif lagi...

so, kira dah selamat laa 80 peratus untuk hak cipta foto-foto yang aku scan dari buku Wong Ah Fook : immigrant, builder and entrepreneur ....bukan main payah aku mencari ceraian buku ni dari internet tapi takde, rupa-rupanya ada kat dalam Flinders Library..macam taik kucing...tapi semalam duit aku dah terkorban sebanyak AUD100 semata-mata nak scan gambar Queen Adelaide dan Queen Victoria...wei macam mana laa orang tak pikir dua tiga kali nak terbitkan dokumentari pakai duit sendiri, jahanam beb...mangkuk betol laa...kalau mendapat sambutan ramai macam filem X-Men (aku penyokong no 1 Wolvarine dan Mystique) tu takpe laa jugak....ceh!

semalam si Azah bengong tu e-mail aku..entah hapa-hapa laa minah tu..aku suruh buat benda lain dia pergi buat bende yang aku tak suruh buat..kan dah jadik macam tak best...hai, dasar bunga taik ayam betol laa dia tuh..aku ingat nak call erwan hari nih..tapi memandangkan dia kat Chiang Mai aku call dia nanti laa...buat habiskan kredit aku jer telefon sampai ke thailand...baik aku tunggu dia balik malaya baru call...ok laa..aku nak pergi edit semua foto-foto nih kat AP..nanti senang bila Carly mintak next monday nih untuk edit dalam FCP..jumpa lagi..bye..

Isnin, Mei 15, 2006

Selamat Hari Guru untuk cikgu-cikgu aku dulu waktu sekolah rendah sampai laa ni aku pulak jadik cikgu...Waktu kat Sekolah Kebangsaan Bandar Easter (1985-1990) dulu kami selalu nyanyi lagu sekolah ni waktu perhimpunan sekolah..Kelakar betul..aku ingat lagi nama semua ahli kumpulan aku kat kelas cempaka...sapa yer..hmmm...Khairul Nizam Jamaluddin (UPM, sekarang kat ASTRO), Miswadi Abdul Rahim (UPM, Taman Warisan, Putrajaya), Md Zaki Pua'at (UTM, sekarang tengah carik kerja), Marlina Omar (UUM, entah tak tahu mana dia sekarang sebab dah pindah ikut family dia anak pengurus FELDA laa katakan), Esmawaty Multar (kerani di salah sebuah Bank di Kota Tinggi), Lailizah Abdul Rahman (UPSI, dah mengajar kat mana aku takingat nanti aku tanya mak aku)..

ni semua bekas-bekas classmate aku antara tahun 1985-1990..lama dah..dekat 16 tahun kot..aku pun lupa sampai tak ingat satu ayat dalam lirik lagu sekolah tu...antara cikgu yangmengajar kami dulu ialah Cikgu Rukimin, Cikgu Subri, Cikgu Shuhaimi, Cikgu Shaharuddin, Cikgu Noraini Abdul Karim, Cikgu latifah, Ustazah Norliah, ustazah Tumirah, Cikgu Kalsum (cikgu kesayangan Miss), dan ramai lagi laa sampai aku tak ingat sapa lagi...ok laa..apa pun selamat Hari Guru!!!
Persekitaran tenteram
Udaranya nyaman
Pemandangan, mempesonakan
Ini sekolah kebanggan kami
Pekerti muliajadi amalan kita
tekun belajar
Maju dan jaya
Hormati guru dan ibu bapa

SK Bandar Easterlalalalalalalalala...(lupa lirik)
SK Bandar EasterJasamu pasti ku kenang
Maju terus maju
Meningkatkan mutu
Pendidikan cemerlang!

Ahad, Mei 14, 2006

nasib baik aku terjumpa buku-buku pasal negeri Johor satu rak besar kat dalam Flinders Library nih..tak sangka pulak aku begitu hebatnya library nih walaupun tiga kali ganda lebih kecik daripada library UM tuh...yang paling lawak tu buku-buku yang boleh dianggap sebagai koleksi nadir pon ada kat sini..tak sangka pulak...yang penting akud ah dapat buku passal Wong Ah Fook dan buku tentang Dato' Bentara Luar Johor, Mohammad Salleh bin Perang...yang paling best lagi tu ialah, buku-buku ni semua ada banyak gambar...wakaakakaaa....tapi malangnya, ia tertakluk pada akta hakcipta...kena laa aku buat shot orang tengah baca buku nih sambil fokus pada foto-foto yang ada di dalamnya...

Jumaat, Mei 12, 2006

hari ni aku nak pergi menyunting dengan Carly...bukan Carly Clarkson...tapi honours student yang suka tolong aku mengedit sebab dia kena jadikan editing sebagai syarat utama untuk dia dapatkan honours...tapi sebelum tu aku kena menonton satu dokumentari tentang orang-orang sikh di canada..Cole kata dokumentari ni bagus dari suntingan jadik dia suruh aku apply dalam dokumentari aku...tak sabar rasanya nak tunggu projek dokumentari ni siap..kalau siap cepat senang laa aku nak pergi menyembah ke kementerian...
----------------------
apa laa..buat penat jer aku lari-lari balik ke flat tadi amek tape..tapi tetiba ada masalah plak kat deck...isk..geramnya..takpe harap-harap semua ok lepas nih..scott tengah tengok apa yang berlaku..nasib baik Carly cool ajer...isk..geram-geram betol...tensen gue...
Sempena hari bersejarah ini aku mengucapkan selamat ulang tahun ke 60 buat parti tercinta UMNO..Syukur Alhamdulillah, berkat usaha Dato' Onn pada tahun yang sama semuanya berjalan lancar sehingga ke hari ini tanpa diganggu gugat sungguh pun terpaksa menerima halangan oleh orang Melayu sendiri. terima kasih..Terima kasih sekali lagi...sekalung ingatan untuk semua pejuang generasi lepas...

Jika UMNO tidak wujud (11 Mei 2006)
Oleh: ZIN MAHMUD, Utusan Malaysia

APA agaknya terjadi pada Malaysia jika UMNO tidak ditubuhkan pada 11 Mei 1946? Jawapannya, besar kemungkinannya Malaysia tidak ada. Konsep Bumiputera juga tidak wujud. Malah Melayu mungkin mengecewakan Hang Tuah kerana bangsa ini hilang di dunia. Jadi apa yang ada? Mungkin yang ada hari ini ialah Malayan Union tetapi bukan dalam bentuk gagasan ketika ia mula diutarakan penjajah British. Malayan Union pada tahun 2006 mungkin merupakan sebuah negara merdeka yang menggabungkan Malayan Union 1946 dengan Singapura. Nama panggilan antarabangsanya ialah Malaya. Ibu negaranya bukan Kuala Lumpur, apatah lagi Putrajaya. Tetapi ia adalah Singapura. Bahasa kebangsaannya ialah Inggeris dengan bahasa-bahasa diiktiraf, Cina, Melayu dan Tamil.

Apa akan jadi dengan Sarawak dan Sabah? Kemungkinannya tanpa UMNO, Sarawak dan Sabah menjadi sebahgian daripada Indonesia sebagai propinsi Kalimantan Utara dan Sabah menjadi wilayah paling selatan Filipina. Di satu pihak mungkin Malayan Union lebih maju daripada Malaysia tetapi orang Melayu jauh ketinggalan daripada kaum lain. Malayan Union mungkin lebih maju kerana pemerintahannya tidak perlu membuat pertimbangan untuk berusaha meningkatkan tahap kedudukan ekonomi bumiputera. Di satu pihak yang lain pula mungkin Malayan Union menjadi kacau-bilau akibat pergaduhan kaum akibat ketidakseimbangan taraf ekonomi antara kaum. Ataupun lebih teruk lagi, Malayan Union jatuh ke tangan komunis untuk menjadi Republik Rakyat Malaya.

Jika Malayan Union menjadi komunis, ia boleh menjadi kunci kepada kemenangan komunis bukan saja di Asia Tenggara tetapi juga seluruh dunia. Bayangkan pada tahun 50-an jika Malayan Union menjadi komunis. Parti Komunis Indonesia (PKI) pula berjaya menguasai Jakarta, dengan kemenangan komunis Vietnam, maka teori domino menjadikan seluruh Asia Tenggara komunis. Dengan laluan dagang tersekat antara Jepun dan Eropah, begitu juga Australia, maka dunia lebih mudah jatuh ke tangan komunis. Lebih-lebih lagi Soviet Union dapat bersatu dengan China yang mungkin dapat mengalahkan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah Barat. Keadaan dunia menjadi begitu berubah dan jauh berubah dengan keadaan pada hari ini. Terlalu pahit untuk membayangkan apakah nasib orang Melayu di bawah pemerintahan komunis.

Jika komunis di Malaya menjadi seperti apa yang berlaku di China, maka hanya selepas pemerintahan Deng Xiaoping, barulah Malaya dapat menikmati kemajuan ekonomi seperti apa yang sedang berlaku di China hari ini. Dalam senario lebih buruk, jika Parti Komunis Malaya (PKM) menjadi begitu zalim seperti Khmer Rouge di Kemboja, mala petaka besar pasti menimpa penduduk Malaya. Tanpa UMNO, apakah parti orang Melayu di Malayan Union yang sudah menjadi minoriti kerana kehadiran Singapura di dalamnya? Yang wujud kemungkinannya adalah parti-parti yang tidak berasaskan mana-mana kaum, tetapi lebih kepada ideologi. Melayu mungkin berpecah dua. Satu pihak akan menyebelahi aliran kanan, sementara satu lagi aliran kiri.
selepas aku menyiapkan segala proses tambah baik skrip dokumentari (habis punoh segalo batu) aku terus lari ke Medical Library sebab nak memperbetulkan silap faham (bukan salah faham)..wei umat..mana ada aku marah, kecik hati, menyumpah seranah, kutuk keji, rasa nak terajang kat korang...itu kenangan indah saya laa...apa laa lu all..azura kalau you nak berlakon drama sedih I tengah nak cari pelakon sekarang ni (kisah seorang ibu kematian anok) sebab you dah tersalah ambik skrip, tetiba you nak masuk Drama lakonan I pulok..huk alloh muh...gedebe sunggoh..Erwan, kalau you nak berlakon jadik watak wanita, Che Tuan dengan Raja nak mengarah drama pasal mak andam..kalau you nak join buleh...kawe buleh tolong mu...tapi mu keno strekkk acting deh..buleh? wakaka.. lawaknya...ketawa lagik...wakakakaka....Miss...sorry laa..bebudak aku ikut sekali tangkap sayu dengan ko punya cerita...isk..isk..sedihnya....gelak lagi...wakakakakakakakakaka...warrrghhhh...waaarrrggghh....

Selasa, Mei 09, 2006

Ku harapkan sinar purnama hingga ke siang.. Ku harapkan mimpi-mimpi bukan khayalan..Telah aku jelajahi seluruh benua..Mencari pengertian hidup yang sementara..Manusia beraneka ragam dan rupa..Ada yang jujur dan ramai berpura-pura..Ku sangka dalam ilmu dan pengetahuan ku..Tapi ada waktu ku terkeliru...

**Teringat kisah lama '93, '95, '97, '03 dan kini '06.....entah bila lagi....sabar....waktunya akan tiba....
hari ni hujan...bila dah masuk winter mesti macam ni..aku pun tak tahu apa nak buat selain daripada siapkan kerja-kerja projek dan esei sebelum tamatnya bulan ini. aku rasa inilah first time aku menulis balik dalam blogs yang pertama aku register seawal tahun 2003 dahulu...lama dah...lepas tu aku tak tulis apa-apa lagi dah..malas pun ada..ingatkan aku nak fokus dengan diari konvensional..tapi tak dapat jugak...sebab tak punya masa yang terluang macam dahulu..aku harap aku boleh menulis lebih banyak dalam blogs nih..hehehe...

Isnin, Mei 01, 2006

jom kita nyanyi ramai-ramai lagu Bob Sinclair...lagu ni tengah famous sekarang sebab klip video tu nampak memang kewl...video klip saya dah letak kat my profile..apa pon enjoy...and feel the love generation!!!
From Jamaica to the world,It's just love,It's just love,Yeah!
Why must our children play in the streets,Broken hearts and faded dreams,Peace and love to everyone that you meet,Don't you worry, it could be so sweet,Just look to the rainbow, you will seeSun will shine till eternity,I've got so much love in my heart,No-one can tear it apart,Yeah,
Feel the love generation,Yeah, yeah, yeah,Feel the love generation,C'mon c'mon c'mon c'mon yeah,
(Whistling.....)
Feel the love generation,Yeah, yeah, yeah, yeahFeel the love generation,Ooohhh yeah-yeah,
Don't worry about a thing,It's gonna be alright,Don't worry about a thing,It's gonna be alright,Don't worry about a thing,It's gonna be alright,Gonna be, gonna, gonna, gonna be alright,
Why must our children play in the streets,Broken hearts and faded dreams,Peace and love to everyone that you meet,Don't you worry, it could be so sweet,Just look to the rainbow, you will seeSun will shine till eternity,I've got so much love in my heart,No-one can tear it apart,Yeah,
(Whistling.....)