Khamis, Januari 27, 2011

bercuti

akhirnya aku terus book tiket ke Adelaide..tak mau pening-pening kepala...yang penting aku boleh melawat Christine, Val, Sam dan Molly sebelum balik...yang paling penting aku tak perlu bersusah payah nak cari accomodation...sam suruh duduk rumah dia...tristan pun offer duduk rumah dia...kalau datang lewat sikit bleh tumpang rumah tawakal...jadi pendek kata, tak perlu pening-pening kepala membayar sewa hotel/motel/service apartment...yang penting sekarang cuma makan-makan jer hahaha...aku pergi lima hari empat malam...percutian yang lebih bersifat peribadi...ewahh...banyak benda nak fikir...

Rabu, Januari 26, 2011

coffee break




tiba-tiba wokar dan alvin ajak keluar...jadi kami pun merayau-rayau sekitar city....sebelum tu kami pergi lunch dengan rosya dan siriporn....tapi depa berdua nak balik school dulu jadi tinggal kami bertiga...then aku suggest pergi near yarra river utk minum kopi..wah tak sangka ada cafe baru, jadi apa lagi melepak laa sampai berjam-jam lamanya tengok cruise yang lalu lalang sambil melambai-lambai hahaha....tak tau lagi apa nak buat...dalam kepala aku ni cuma nak pegi adelaide melawat christine and then kemas barang, start shipping and settle plak kat KL...sigh, aku paling malas betul nak settle kat kl...i wish erwanita still lives there...tak laa bersusah payah aku nak cari rumah lagi...

lama tak update


maaf laa..bukan sengaja tak mau update..sampaikan erwanita yang selalu update dari aku hahaha...sekarang tugas besar dah selesai....yang tinggal cuma tugas kecik-kecik..tapi tetap penting...apa pun sebelum terlewat aku nak ucapkan selamat tahun baru...kah kah dah dekat february baru nak ucap selamat tahun baru...apa pun sekarang aku nak berehat selepas hampir empat tahun aku tak buat apa...terima kasih pada erwanita dan miss yang sentiasa menyokong gue sepanjang 4 tahun bergelumang dengan kerja di sini..begitu juga dengan raja nor aminogue yang bagaikan dj radio - sentiasa menemani dari pagi sampai petang menceceh...kalau tak mesti aku bosan kat sini kan...sekarang ni tengah dok merancang kat mana nak pegi bercuti....kali ni aku nak enjoy puas2...