
Boleh dikatakan semua yang menghuni asrama lelaki maktab adabi maharani muar adalah mereka yang kandas sewaktu spm atau yang tidak layak masuk ke tingkatan enam di sekolah menengah kerajaan. Aku diberikan katil di sebelah hujung dorm berdekatan dengan tingkap. Malam pertama tidur di asrama ini hampir-hampir sahaja buat aku patah semangat untuk belajar di sini dan balik sahaja ke felda simpang waha. Tidak termasuk asap rokok dan pekik bingit penghuni asrama, kedatangan ribuan nyamuk yang menggigit membuatkan aku terfikir sama ada aku tinggal di asrama atau belukar yang telah lama ditinggalkan. Aku tidak memberitahu segala kesusahan dan juga keperitan yang dialami kepada mak dan abah aku sebab aku tak mahu mereka memulangkan paku buah keras lantaran aku menolak mentah-mentah untuk kembali semula ke ITM. Selepas tidur hanya lebih kurang beberapa jam aku terjaga pada waktu awal pagi kerana semuanya sedang sibuk bersiap untuk ke sekolah. Aku mencari-cari tuala dan terus ke bilik air. Di asrama ini ada dua buah bilik air. Satu di dalam asrama dan dua di luar. aku pun pergi ke bilik air di bahagian dalam asrama. Bila sampai sahaja ke situ, alamak…rasa tak jadik laa pulak. Sekali mandi sampai 10 hingga15 orang. Dah macam mandi sungai pulak. Bila tengok macam tu aku terus lari ke bilik air di belakang. Pun sama jugak. Alamak, macam mana ni? Jam pulak dah hampir pukul 7 pagi. Kalau lambat datang habislah!


Bila zam, bob dan beberapa lagi pelajar baru masuk waktu penggal kedua makin meriah laa kelas tingkatan 6 bawah ni. Kalau tak silap aku adalah dalam 30 orang dalam kelas tu. Masa penggal pertama kat tingkatan 6 bawah ni aku banyak main. Aku rasa pengaruh duduk asrama buat aku jadik terjal kata orang johor. Aku skor cukup-cukup makan jer masa tu. Aku ingat lagi aku bohong cikgu maimunah (cikgu yang ajar pengajian am dan trademark dia yang paling aku tak lupa ialah ‘sogoshosha’) dengan cara tak tunjuk pun kad laporan kemajuan aku kat mak bapak aku. Dah laa failed semua paper kecuali sejarah dan pengajian am. Takut aku..tak pasal-pasal kena hempuk dek bapak aku. Dah laa tak nak sambung study balik kat ITM plak tu main-main lagi kat maktab adabi ni. Masa kat asrama aku asyik main jer. Belajar ikut suka. Tahu jer laa budak asrama lelaki adabi kat jalan omri ni. Ada jer benda nak buat lawak. Kalau tak buat lawak tak sah. Habis buat lawak semua tido macam batang kayu. Itu jer laa aktiviti kami masa tu. Tapi satu perkara yang aku tak lupa duduk kat asrama maktab adabi ni ialah kegiatan drug addiction di kalangan penghuni. Nasib baik aku terkecuali. Masa tu zam dan seorang lagi pelajar spm bernama tajul (laa ni dah jadik librarian kat bandar penawar) selalu melarikan diri bersama-sama aku ke dorm lain bila aktiviti yang tak best ni dijalankan oleh puak-puak ‘sekstan’ gelaran terunggul untuk dorm kami. Haha. Tapi budak-budak ni semua memang rock! Walaupun rock kapak. Haha.

Bersambung... ~