pada zaman dahulu ada seorang budak lelaki hensem yang tinggal kat sebuah istana empat tingkat di hemisfera selatan...kehensemannya itu telah menjadi buah mulut orang...tiba-tiba pada suatu hari budak lelaki hensem ini telah dijemput untuk majlis jamuan makan di salah satu tempat menarik di hemisfera selatan...beliau bertanya kepada dua orang khadamnya yang setia...wei mak cik, pukul berapa jamuan tu berlangsung?...pukul 12 lebih tuan yang mulia... maka selepas jam 12 lebih datang laa pemandu budak lelaki hensem yang setia ini untuk berangkat bersama-sama menikmati jamuan kelas satu di tempat menarik itu..
Sahayugia, ramailah kenalan dan tetamu yang hadir sehingga budak lelaki yang hensem ini peninglah amat melihatnya...maka diarahkan khadam-khadam dan dayangnya untuk ke meja santapan...lalu terpandanglah budak lelaki hensem itu akan hidangan yang memancar-mancar dan menyentap-nyentap barang sesiapa jua yang memandangya...maka ditanyalah kepada dayangnya, wahai dayang hidangan apakah itu? elok benar rupa bentuknya...Oh, tuan yang mulia...itulah rendang sakti purbakala yang menjadi idaman setiap insan di muka bumi ini..sekonyong-konyong mendengar jawapan dayang tersebut maka budak lelaki hensem itu tanpa berfikir panjang terus sahaja mengambil rendang sakti purbakala itu sebagai menu utama..apatah lagi budak hensem itu tidak makan daging dan ayam selama beberapa ketika...selepas jamuan tamat maka pulanglah budak lelaki hensem itu ke istana empat tingkat untuk beradu...
sekonyong-konyong ljua lah adanya sebelum fajar terbit maka berlari-larilah budak lelaki hensem itu ke tandas untuk melepaskan tanggungannya kerana sakit yang amat di bahagian perut...terfikir lah juga budak lelaki hensem tersebut kalau-kalau ada ahli sihir mahu menyihirnya kerana beliau terlalu hensem jualah adanya...
*penulis tidak sempat menghabiskan cerita rakyat ini kerana terpaksa berkejar ke tandas untuk kali yang ketiga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan