Khamis, Ogos 31, 2006

salamMerdeka

Selamat menyambut Hari Kebangsaan 31 ogos 2006...dah hampir 49 tahun Malaysia merdeka..tahun ini aku sambut hari kemerdekaan selepas aku merdeka hantar semua esei...hahahaha..tapi aku tidak pernah lupa dengan tokoh kegemaran aku Dato' Onn Ja'afar. Al-Fatihah untuk beliau. Terima kasih kepada Prof Datuk Dr Ramlah Adam kerana telah berjaya menulis sebuah biografi yang penuh dengan erti kegigihan dan perjuangan pemimpun terdahulu. Aku berjaya membelinya di sebuah kedai di pekan Kota Tinggi lantaran tiada lagi cetakan terbaru dikeluarkan oleh DBP. Abah aku selalu menyebut tentang perjuangan Dato' Onn yang sukar ditandingi oleh mana-mana pemimpin negara hari ini. Melalui Dato' Onn telah lahir tokoh-tokoh pendidikan ulung seperti Ungku Abdul Aziz, Syed Naquib Al-Attas, Syed Hussin Al-Attas dan ramai lagi..mereka berjuang demi bangsa, agama dan tanah air..dan lebih penting lagi mereka berjuang untuk orang-orang Melayu.

Jadi, janganlah kita mudah lupa dan alpa dengan pengorbanan mereka semua..orang-orang Melayu mesti bangkit menjadi satu bangsa yang lebih baik dalam sepuluh tahun akan datang...sebab itulah Tun Mahathir melancarkan Wawasan 2020 sebagai teras penggerak kepada pembangunan masyarakat Melayu di Malaysia. Harapan ini akan diteruskan dengan telus oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Insya'allah, Amin..Walaupun terdapat persengketaan dalam politik Melayu akhir-akhir ini, lupakanlah ia seketika dan kembalilah kepada akar Melayu. Janganlah sesekali kita melupakan asal-usul dan budaya masyarakat Melayu yang terkenal dengan kemurnian dan budi pekerti yang tinggi. Semoga orang-orang Melayu terus bersatu dan gigih memajukan bangsanya walaupun berbeza fahaman politik. Ingatlah, Malaysia adalah tanah Melayu. Dan tanah bertuah ini dikongsi bersama kaum yang lain dengan adil dan saksama. Janji tetap diikat dan terurai tiada.

Selamat Hari Merdeka 2006 dan Hidup Melayu!

Tiada ulasan: