lama betul tak update blogs ni...aku sibuk siket kali ni sebab another GRC is coming...so, kena lah prepare awal..kalau tak nanti mahu menangis aku present bukan-bukan kat depan panel..hari ni aku bangun lewat...rasanya pukul dua petang baru aku bangun...tidur lewat..plak tu sejuk banget malam tadi..so, aku pun berselimut laa sampai tengah hari...bangun aku terus mandi dan basuh semua baju yang dah terlonggok dekat seminggu...kan best kalau ada maid..tak payah laa aku bersusah-susah nak membasuh itu ini..
nak dijadikan cerita, lepas jer aku balik dari uni (study jap, biasalah aku kan budak baik keh keh keh) aku pon terbukak laa youtube..mula-mula aku tengok shin chan dulu..tiba-tiba dengan tak semena-mena tergerak hati aku nak dengar lagu sampai hati oleh spring...lama tak dengar lagu tu..kalau tak silap waktu tu aku form 3 kat sekolah menengah..so, tengah aku mencari-cari tiba-tiba dapat....dengar laa jugak lagu syahdu tu sekejap...alamak..rasa macam jiwang karat laa pulak...hahaha..kalau sesapa baca mesti depa kutuk aku habis-habis...
lepas tu tiba-tiba banyak pulak keluar video lagu-lagu 90an macam 4U2C, feminin, Res2, apa lagi...banyak betul sampai tak tersebut..tapi yang seronok tu bila semua lagu-lagu tu membawa kepada kenangan yang pernah dilalui sewaktu tahun 90an dulu....biasalah zaman remaja katakan...kah kah kah kah ..sorry, nak tergelak dulu..tak tahu laa kenapa lawak sangat bila aku tengok semua klip tu....masa tu semua orang suka betul dengan muzik rap..zaman ni dah takde pun orang dengar muzik rap sebegitu...kalau ada pun sangat berbeza dan tak sama langsung..nampak bodoh sangat artis kita masa tu sebab sibuk nak mencelup genre muzik dari barat..tapi yang bagus tu, muzik itu selari dengan suasana 90an...so, layan ajer laaa....tapi aku paling suka dengar lagu spring - Sampai Hati dan Cempaka di Rembulan...
banyak betul kenangan waktu tahun 90an...antaranya ialah novel Ahadiat Akashah...aku masih lagi simpan beberapa buku..yang paling aku minat mestilah 'Budak Setan 1,2 & 3'..tapi Ahadiat dah compiled semuanya menjadi Lagenda Budak Setan..masa tu seakan menjadi satu trend untuk remaja membaca buku-buku beliau...walaupun ramai yang tak menyenangi karya Ahadiat atas landasan karya beliau jatuh di bawah kategori novel popular tapi bagi aku yang penting ialah keseronokan yang diperolehi....kalau kita menulis novel melangit estetisnya tapi tidak dibaca orang pun tidak boleh jugakan? itu syok sendiri namanya..
oleh sebab lawak sangat aku pun sms Miss..bertanyakan sama ada dia masih lagi menyimpan koleksi URTV yang dibeli sewaktu kami masih di sekolah menengah dahulu..hehehehe..tak lama tu dia balas sms aku "aku simpan lagi laa wei...kat dalam setor rumah Waha..aku start beli sejak tahun 1991..lepas tu stop sekejap bila masuk asrama..tapi sekarang dah jarang-jarang beli"...
err...ok laa...nak tido..esok nak bangun pagi beb..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan