penulis blogs ini mengucapkan selamat tahun baru 2009 kepada semua pembaca.buangkanlah yang keruh dan ambillah yang jernih. semoga persahabatan kita semua menjadi lebih erat dan ikhlas. selamat tahun baru 2009!(foto - sekadar hiasan)
Rabu, Disember 31, 2008
Isnin, Disember 29, 2008
Sekolah Menengah Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor
Ahad, Disember 28, 2008
miss datang!
pagi-pagi miss dah datang rumah aku. terperanjat jugak aku sebab aku ingatkan dia nak datang lambat lagi. dah ler aku tak mandi lagi. haha. tapi lepas jer mandi miss terus ajak aku keluar jalan-jalan untuk mengimbas kembali memori di felda simpang waha ni. ini ajelah masa yang kami ada sebab miss akan pulang ke nigeria dalam masa seminggu lagi. dan aku pulak akan bertambah sibuk dengan ethnography research di simpang waha, johor bahru dan lembah kelang. tadi kami ke sekolah kebangsaan bandar easter, sekolah menengah bandar easter dan juga sekolah agama bukit waha (dahulu namanya sekolah agama gugusan waha) tempat kami belajar. then kami singgah ke kedai wak kemad beli majalah dan snacks. miss seperti biasa akan beli majalah favourite dia - media hiburan. sebenarnya kami ada ambil beberapa keping foto, tapi masih lagi pada miss. jadi kemudianlah aku uploadkan di sini. selepas merayau di bukit waha dan bandar easter kami ke rumah zaki. lama betul tak jumpa zaki dan dia tak banyak berubah. lepas ni mesti ajak zaki dan miss keluar ke bandar kota tinggi dan tengok apa pula kemajuan dan pembangunan terbaru di kota kecil ini. sampai jumpa!
Labels:
home sweet home,
kenangan di SKBE,
kengkawan
makan-makan di simpang waha
Jumaat, Disember 26, 2008
Felda Simpang Waha
dah siap semua aku terus ke felda simpang waha..hujan turun renyai-renyai. bila dah sampai gugusan waha, lagi ler lebat terus. tapi seronok betul. aku paling suka hujan (bukan kumpulan hujan keh keh keh) . sampai jer rumah aku terus rasa letih giler. mata ni terus nak tido dan fikir bantal tilam jer. nak-nak bila dengar bunyi hujan renyai-renyai kat luar. teringat kisah-kisah waktu dulu. waktu-waktu zaman sekolah rendah dan menengah. masa begitu cepat berlalu. kadang-kadang tu aku rasa rindu betul dengan zaman sekolah. esok aku nak bukak diari-diari lama. aku tulis diari sejak tahun 1994. dan aku stop tulis tahun 2003. tapi kira banyak laa jugak koleksi diari-diari aku. sejak zaman sekolah menengah di tingkatan 4 hingga tahun akhir di universiti malaya. start tahun 2004 aku pun tulis blogs. tapi takde laa terlalu personal seperti apa yang aku catatkan menerusi diari. okaylah, esok kita sambung lagi. ciao!
Ahad, Disember 21, 2008
lunch appmt.

tak tahu pulak kat malaysia ada ke tak macam ni. rasanya ada kot cuma aku pun tak tahu kat mana. keistimewaan negara mat salleh ni terletak pada sikap volunteer atau sukarela. mereka suka buat kebajikan. kat malaysia sebenarnya bukan tak ada, sikap volunteer ni hanya wujud di kawasan kampung. contoh terbaik ialah kampung aku. keh keh keh. tak habis-habis puji felda simpang waha. nak buat macam mana kan. dah itu jer yang aku tahu. kalau ada kenduri kawin gotong royong akan diadakan. begitu juga ketika hari raya haji. masing-masing turun beramai-ramai potong daging. tak caya cuba tanya kak gie. cuma sikap volunteer ni terhad laa di kawasan tertentu. aku rasa memang patut kalau student menyemai sikap sukarela ni. keh keh. kadang-kadang tu aku dok terfikir bila agaknya last aku buat kerja sukarela ni. haha. ops, tak boleh sebut nanti riak.
Khamis, Disember 18, 2008
jom, kemas!
sebut pasal anak lord ni, memang ramai anak-anak lord sambung study kat sini. dan yang pelik tu kebanyakan daripada mereka dapat scholarships. kadang-kadang tu bila fikir-fikir balik rasa macam tak adil pulak..bagaimana pula dengan nasib anak-anak orang luar bandar. jika mahu diukur dari segi keupayaan untuk mendapatkan ilmu menerusi sistem asing memanglah tidak dinafikan bahawa anak-anak orang bandar memang bagus kerana pendedahan berterusan ilmu-ilmu baru dan kepakaran guru yang terlatih. tapi kita tak boleh nak salahkan anak-anak luar bandar yang 'tidak ada' keupayaan tersebut kerana kemudahan yang diberikan mungkin tidak secocok dengan apa yang dikurniakan oleh pelajar di bandar-bandar besar di Malaysia. kelmarin aku called sahabat lama - safuanezam mahmud. dia antara orang yang aku percaya kerana pandangan yang diberikan biasanya bersandarkan fakta. disebabkan zam bertugas sebagai seorang guru di sekolah jenis kebangsaan cina, aku tak melepaskan peluang untuk bertanya mengenai sistem pendidikan terutamanya pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.
zam memang tak setuju dengan program tersebut kerana ia menyusahkan pelajar untuk memahami ilmu yang cuba disampaikan oleh guru. ini memang tak boleh dinafikan kerana pelajar hanya didedahkan dengan bahasa melayu sejak mereka kecil. tambahan lagi, bahasa inggeris bukanlah bahasa ibunda. tetapi, kita tidak boleh menafikan kepentingan bahasa inggeris sebagai bahasa globalisasi. kadang-kadang tu aku agak rasa pelik kerana kebanyakan rakan yang berbangsa cina dan india mempunyai keupayaan bertutur dalam bahasa inggeris dengan lebih baik berbanding rakan-rakan melayu luar bandar. bagi rakan-rakan melayu yang memang tinggal di bandar keupayaan berbahasa inggeris memang lebih baik - mungkin disebabkan faktor-faktor seperti mass media, expertise dan segala kemudahan lengkap di sekolah. apatah lagi, jika ibu-bapa mereka educated dan mendapat pendidikan sekular. aku juga tanya zam tentang kelebihan pelajar cina menguasai matematik dan sains. jawapan yang zam bagi adalah lebih kruang sama seperti apa yang dilontarkan alvin beberapa minggu lepas kepada aku - tentang bagaimana pelajar cina di singapura berjaya menguasai matematik dengan begitu baik sekali.
resepinya mudah sahaja - menghafal. menurut zam, pelajar melayu sebenarnya bukan lah tidak cerdik. mereka sebenarnya lebih berkebolehan menguasai subjek kritikal seperti matematik dan sains. malangnya, kebanyakan pelajar melayu begitu malas untuk menghafal. hafalan yang dimaksudkan bukan hafal untuk hari ini sahaja tetapi untuk hari-hari mendatang. kebanyakan pelajar cina di kerah menghafal setiap formula yang diajar oleh guru dan menurut alvin, subjek matematik di singapura amat kurang dari sudut naratif. maksudnya di sini, permasalahan lebih ditumpukan kepada nombor berbanding penceritaan masalah. jadi aku menganggap bahawa 'kegagalan' aku dalam kebanyakan subjek matematik lebih terarah kepada kurangnya minat untuk menghafal formula matematik. seperkara lagi, minat terhadap matematik menjadi luntur dek kerana rasa putus asa yang amat sangat dengan subjek yang aku boleh cakap - paling tidak digemari sepanjang hidup aku. tapi yang peliknya aku tidak mempunyai sebarang masalah dengan 'matematik' dalam subjek lain seperti ekonomi dan pengajian am. jadi, adalah tidak tepat mengatakan bahawa orang melayu ini tak cerdik dalam matematik walau di ajar dalam bahasa apa pun.
berbalik kepada tradisi menghafal formula matematik di sekolah jenis kebangsaan cina ini, ia bukanlah satu perkara baru bagi aku dari sudut 'hafalan'. sebabnya aku pon mempraktikkan kaedah yang sama tetapi bukan untuk matematik tetapi untuk subjek-subjek favourite aku yang lain terutamanya sejarah dan ekonomi. walaupun ramai yang cakap sejarah adalah satu perkara yang membosankan tapi aku disebabkan minat takdelah perkataan bosan bila belajar sejarah. aku rasa kalau aku minat matematik mungkin sekarang aku tak buat benda yang aku sedang buat. keh keh keh. lawak sungguh rasanya pulak. tak tahulah kadang-kadang bila aku fikir-fikir balik macam mana aku tak boleh kuasai matematik waktu sekolah rendah dulu walhal bukannya susah sangat pun. rakan-rakan sekelas lain aku tengok rileks jer bila tiba exam untuk subjek matematik ni, tapi aku akan rasa macam nak pitam bila nak menjawab. tapi seperti biasa matematik 'bukanlah segalanya'. tak semestinya kita tak pandai matematik kita tak boleh berjaya, betul tak? dunia hari ini lebih menuntut kepada critical creativity. maksudnya jika kita tidak kreatif, kita tak boleh nak bersaing walaupun dapat phd in mathematics dari harvard sekali pun. tapi ini tak bermakna matematik itu tidak penting. akut ak nak ler pulak mewujudkan sentimen jangan belajar maths - tu perkembangan tak sihat. hahaha. okaylah aku nak sambung buat kerja yang bukan matematik ni. haha.
Jumaat, Disember 12, 2008
long way home
Selasa, Disember 09, 2008
Adelaide, after a year
Isnin, Disember 08, 2008
Salam Aidiladha
untuk semua yang sudi menatap blogs ini dari masa ke semasa, selamat menyambut aidiladha. penulis baru jer balik dari adelaide - penat tak terkata. terima kasih buat christine dan tawakal yang sudi bawak penulis ke sana dan ke mari - let's do it again next year. untuk semua krew - alvin, rosya, wokar, zack dan cicah, kak rizalawati, ada masa lagi kita bertandang semula ke adelaide - the city of churches.
Khamis, November 27, 2008
alamak dah hari khamis!!
sekali jer dah hari khamis...banyak lagi benda aku tak siapkan..presentation lagi, ethics lagi...aku dah e-mailed chris dan brian pagi tadi. nampaknya brian yang amat responsive. rasanya chris masih sakit lagi kot..mintak-mintak dia sembuh dengan cepat dan bersemangat kembali untuk bertugas. aku tak prepare apa-apa pun untuk trip ke adelaide kali ni. hadiah christine pun aku tak beli lagi. nak beli hadiah apa ek? beli laa apa yang patut esok. balik jer dari adelaide nanti aku nak tempah tiket balik kampung. aku nak pi revise balik paper yang aku dah siapkan untuk event di serdang. hari ni panas. plak tu windy. makin laa panas. kalau orang tengah sakit gigi mahu mengamuk. tapi tahan jer laa kan. nak buat macam mana. yang penting study, habiskan cepat-cepat, lulus cemerlang, dan balik berbakti kepada agama, nusa dan bangsa. ewah sekali keluar bahasa motivasi. ayat buku teks pulak tu. kali ni aku tak menyempat nak tulis dan sambung kembali siri terkenang semasa dulu. banyak sangat komitmen laa dik. tunggu dulu laa..nanti balik malaysia aku ambik gambar banyak-banyak dan publish kat blogs ni. tak payah ler aku recycle foto yang sama setiap kali nak buat cerita. bosan gak kan. kay laa..nanti sambung lagi..nak kena sambung kerja semula.
Selasa, November 25, 2008
Kano State, Nigeria



Jumaat, November 21, 2008
tunggu sekejap
sekali jer hujan pulak turun. rasa malas betul nak balik rumah. tadi aku keluar sekejap dengan wokar pi window shopping. hujan turun renyai-renyai tapi sejuk jugak. malam ni mesti ada cerita menarik. aku tengah dok siapkan kerja yang perlu dihantar dengan segeranya. walaupun dateline dah lepas tapi aku rasa secretariat tu masih buleh terima kot. hentam sajer laa. hari pulak semakin sejuk. aku ingat nak balik jer tarik selimut dan buat taik mata pun best jugak. esok pagi ada high school musical ll. aku tak nak lepaskan peluang nak tengok..kang tak update pulak susah. lepas tu ada cerita harry potter petangnya. harap-harap cepat laa siap semua kerja-kerja tertunggak. boleh laa aku dengan selesanya tarik selimut sambil minum teh menonton rancangan kegemaran. nasib baik aku tak terlepas slot favourite aku SVU (Special Victim Unit) - Law & Order. walaupun nampak kelakar sebab orang lebih suka tengok CSI, tapi aku rasa SVU lebih baik in the sense of narrative. lagi pon kes banyak yang mewakili realiti khalayak.
sejuk-sejuk teringat pulak kat kampung. aku tak tempah lagi tiket nak balik kampung ni sebab dok tunggu progress report macam buah tak jatuh. rasanya chris sakit lagi ni. kesian jugak aku tengok makcik tu. aku dah tempah tiket untuk ke adelaide. kali ni disertai oleh alvion, wokar dan angkatan sendirian berhad rosya sekeluarga. aku nak jumpa christine. tiba-tiba dia ada masalah pulak dengan dia punya supervisor. tapi aku dah suruh dia fight for the justice. mana buleh nak salahkan student manjang walhal supervisor sendiri tak betul. aku rasa supervisor christine tu mesti ego tebal sangat. biasalah kalau ego dah tebal susah. okay laa sejuk ni. nak balik tido..tata.
Rabu, November 19, 2008
selamat pagi sayang yehaaa!!
bercerita tentang christine, teringat aku waktu first-first time jumpa dia kat dewan kuliah. satu-satunya insan kulit putih australia yang begitu friendly dengan aku. bila time semester break dia akan bagi e-mail untuk pergi excursion. biasanya kami akan pergi hiking di adelaide hills dan victor harbour. lepas tu kami akan tengok reservoir dan juga ikan paus setiap kali sekitar september. bila dah penat berjalan sana-sini, dia akan ajak aku pi lunch kat rumah dia bersama suami dia, val. kali ini aku ke adelaide tak keseorangan. alvin, wokar, rosya + family akan ikut serta. tak sabar nak jumpa stefi dan kiki. menurut christine mereka semua dah membesar bagai johan. haha.
Isnin, November 10, 2008
antara GRC dan Sherryl Crow
maaf ler sebab aku dah lama tak mengupdate hapa-hapa kat dalam blogs ni. sibuk lah. walaupun kadang-kadang tu cuma buat-buat sibuk. GRC ada lagi bersisa dua hari. apa yang aku dah buat so far? cuma bagi power siket ayat-ayat kat dalam chapter. itu pun pakai bateri cap ayam jer. nak pakai bateri energizer sampai melompat-lompat tak berhenti-henti macam arnab tu tak bleh laa kot. belum sampai tahap tu lagi. so untuk menghilangkan nervous aku pon dengar ler lagu artis favourite aku sherryl crow...sorry laa kat sesape yang tak kenal sherryl crow ni. ..lagu dia yang paling aku suka ialah if it makes you happy...wargghhhh..rock baby! cayalah...tapi takde laa rock kapak macam raja nok..walaupun dia peminat nombor satu feminin, tapi dia tetap sayang kat rock kapak dia tu...
semalam aku called dayang erwanita...lama betul aku tak call dia..walaupun aku baru jer called dua hari yang lepas...tiba-tiba malam tadi dia text aku cakap lupa nak bergosip pasal cik ponti. aku ni pantang dengar gosip cik ponti apa lagi aku called ler dia lagi semalam...dia kata dia dengar cik ponti dok mengilai kat belakang rumah dia....hihihihi....huhuhu....ahhhh...ahhhh...lebih kurang macam tu laa cara dia mengadaptasi bunyik hilaian cik ponti tu...seram jugak aku dengar..nak-nak kalau si dayang erwanita tu yang buat lakonan semula..haha..jangan marah laa erwanita...lepas tu kami pon bergosip hal ehwal semasa, luar dan dalam...kira okay lah tu..
lepas tu aku called elis jelita pulak..lama betul aku tak dengar cerita minah yang perasan jelita ala beyonce ni...laa ni dia dah tukar ke bank lain pulak..biasalah minah ni kan suka kerja-kerja yang glamour..tu yang perasan glamour siket...keh keh keh..jangan marah you..aku mintak si elis tolong carik responden berkualiti...senang siket aku tak payah buang karen macam tempoh hari...kali ini minah dangdut tu janji nak tolong aku tapi cuma waktu weekend..mula-mula dias ibuk nak jadik responden aku..tapi bila aku cakap aku nak wanita yang berumur 40 tahun ke atas tak jadik pulak....insaf laa tu kot takut aku panggil dia wanita pertengahan umur..
then aku called mas kirana...aku tanya dia pasal penduduk kampung di bahagian tumpat, kelantan untuk dijadikan responden. menurut mas kirana, dia ada kenal dengan beberapa peminat setia soap opera thai kat sana. jadi mudahlah sedikit untuk aku mencari responden. dan satu lagi si mas kirana kata nanti dia tolong carikan tempat tinggal kat kolej. kalau takat dua bulan jer, menurut beliau boleh sewa kat kolej. susah laa ni semenjak dayang erwanita pulang ke melaka, maria farida pergi ke rawang, dan rihanna umbrella dah ke desaru (dengarnya dalam usaha nak jadik kakitangan iskandar malaysia, harap-harap berjaya), aku takde tempat nak tinggal. nak duduk kat rumah che we gebu pulak, nanti kang payah dengan past gedebe issues yang tiada penyelesaiannya.
lepas tu aku called maria farida yang sibuk nak pindah rumah baru. mentang-mentang laa dah jadik artis popular sekarang, sibuk manjang. laa ni kata nak beli kereta proton pesona. harap-harap bila aku dengan dayang erwanita tumpang, kami akan terpesona. jangan plak tak terpesona, kami lebih rela naik teksi bermeter. aku try telefon datin paduka norsiah ahmad, tapi pompuan tu sibuk buat taik mata. jadik takde laa gossip. biasalah, dengan datin paduka ajer laa aku selalu bergossip untuk kategori panas membara. walaupun tak layak untuk jadik wartawan hiburan sebab tak lulus LCE, tapi bakat beliau tetap tak boleh dinafikan.
okay laa..nak sambung buat keje...jumpa lagi next time...
Rabu, Oktober 22, 2008
Terkenang Semasa dulu (Siri 5): Dari ITM ke Maktab Adabi Maharani

Boleh dikatakan semua yang menghuni asrama lelaki maktab adabi maharani muar adalah mereka yang kandas sewaktu spm atau yang tidak layak masuk ke tingkatan enam di sekolah menengah kerajaan. Aku diberikan katil di sebelah hujung dorm berdekatan dengan tingkap. Malam pertama tidur di asrama ini hampir-hampir sahaja buat aku patah semangat untuk belajar di sini dan balik sahaja ke felda simpang waha. Tidak termasuk asap rokok dan pekik bingit penghuni asrama, kedatangan ribuan nyamuk yang menggigit membuatkan aku terfikir sama ada aku tinggal di asrama atau belukar yang telah lama ditinggalkan. Aku tidak memberitahu segala kesusahan dan juga keperitan yang dialami kepada mak dan abah aku sebab aku tak mahu mereka memulangkan paku buah keras lantaran aku menolak mentah-mentah untuk kembali semula ke ITM. Selepas tidur hanya lebih kurang beberapa jam aku terjaga pada waktu awal pagi kerana semuanya sedang sibuk bersiap untuk ke sekolah. Aku mencari-cari tuala dan terus ke bilik air. Di asrama ini ada dua buah bilik air. Satu di dalam asrama dan dua di luar. aku pun pergi ke bilik air di bahagian dalam asrama. Bila sampai sahaja ke situ, alamak…rasa tak jadik laa pulak. Sekali mandi sampai 10 hingga15 orang. Dah macam mandi sungai pulak. Bila tengok macam tu aku terus lari ke bilik air di belakang. Pun sama jugak. Alamak, macam mana ni? Jam pulak dah hampir pukul 7 pagi. Kalau lambat datang habislah!


Bila zam, bob dan beberapa lagi pelajar baru masuk waktu penggal kedua makin meriah laa kelas tingkatan 6 bawah ni. Kalau tak silap aku adalah dalam 30 orang dalam kelas tu. Masa penggal pertama kat tingkatan 6 bawah ni aku banyak main. Aku rasa pengaruh duduk asrama buat aku jadik terjal kata orang johor. Aku skor cukup-cukup makan jer masa tu. Aku ingat lagi aku bohong cikgu maimunah (cikgu yang ajar pengajian am dan trademark dia yang paling aku tak lupa ialah ‘sogoshosha’) dengan cara tak tunjuk pun kad laporan kemajuan aku kat mak bapak aku. Dah laa failed semua paper kecuali sejarah dan pengajian am. Takut aku..tak pasal-pasal kena hempuk dek bapak aku. Dah laa tak nak sambung study balik kat ITM plak tu main-main lagi kat maktab adabi ni. Masa kat asrama aku asyik main jer. Belajar ikut suka. Tahu jer laa budak asrama lelaki adabi kat jalan omri ni. Ada jer benda nak buat lawak. Kalau tak buat lawak tak sah. Habis buat lawak semua tido macam batang kayu. Itu jer laa aktiviti kami masa tu. Tapi satu perkara yang aku tak lupa duduk kat asrama maktab adabi ni ialah kegiatan drug addiction di kalangan penghuni. Nasib baik aku terkecuali. Masa tu zam dan seorang lagi pelajar spm bernama tajul (laa ni dah jadik librarian kat bandar penawar) selalu melarikan diri bersama-sama aku ke dorm lain bila aktiviti yang tak best ni dijalankan oleh puak-puak ‘sekstan’ gelaran terunggul untuk dorm kami. Haha. Tapi budak-budak ni semua memang rock! Walaupun rock kapak. Haha.

Bersambung... ~
Labels:
dulu-dulu,
kengkawan,
maktab adabi maharani muar
mari menyibuk
sebulan dua ini aku terlalu sibuk. maklumlah grc dah nak dekat. kalau aku tak prepare apa-apa nanti susah pulak nak menjawab pertanyaan yang bertalu-talu dari ahli panel. ini bukan macam ahli panel dalam forum isu semasa atau fenomena seni yang mana kita boleh goreng dengan sedapnya. yang ini ahli panel kritikal yang kalau kita goreng macam mana sedap sekali pun akan tetap jadi tak sedap, walaupun kita sendiri tahu apa yang kita goreng tu memang laa tak sedap. sapa makan pon boleh keracunan jiwa dan raga. bulan depan adalah bulan yang paling getir sebab kena buat beberapa kerja dalam satu masa. aku kena prepare awal untuk beberapa acara di Adelaide, SA dan juga di serdang, selangor. maklumlah first time nak bercakap kat depan orang ramai ni, gelek gerudi pun boleh pengsan. keh keh keh. okay lah. nak kena sambung kerja siket. nanti tak siap payah pulak. kang ada tuduh aku dok berpoya-poya kat sini makan gaji buta. tu yang tak best tu. haha.
Sabtu, Oktober 18, 2008
summer scent from Christine
good morning shah,
hope the weather is as fine in melbourne as it is here. val has gone to play squash, his usual jaunt on a sunday morning. my mother is coming around shortly. she likes to pop in after she has been to church. it was alex's birthday yesterday and the family came to dinner last night. sam fetched him, since he doesn't drive and they live quite close to one another, alex at ashford and sam at goodwood. we had a very nice meal, alex's choice of menu: sweet corn and potato soup with sourdough frenchstick bread, twice-baked potatoes, stuffed mushrooms, carrots, roast leg of lamb with mint sauce and gravy, kashenka (Polish black pudding whih is like a big sausage), fruit jelly and icecream, almond cake. Alex is a big lad and a good trencherman, ha ha. it was a pleasant occasion and both boys were civilsed. mum enjoyed herself, ate well and then viewed the backlog of my photos on the laptop. she liked melbourne, from my trip over at the start of the year, particularly the shots from the eureka tower and the dome of the state library, and of course my snow pictures from falls creek. kiki and steffi loved the extra attention but yoyo and merry were buy outside doing cat things and never showed. pity my sister is in canberra. family gatherings are getting fewer.
gotta go and make things respectable before mum gets here. hope you are well. jeff lewis' book on cultural studies has been a lifeline to understanding recently—mostly on postmodern, hyperreality and transculturalism.
cheers,
christine
christine
------------------------------------------------------------
Hi Shah,
We've just returned from the oval. We let Steffi off the lead to play in the creek on the first round and put her back on to complete the leg near the road. She was quite good and came back reasonably quickly when called and got a piece of smacko. On the second round it was Kiki's turn. She had a great time chasing through the long grass. We can follow her antics by the waving blades because she is still small and virtually disappears. She splashed in the creek and Steffi was mad at still being on the lead. molly plays games in the deep water, but she watches the pups and tries to show them what to do. Then Kiki spotted some squealing girls on a mound of dirt and wanted to play too. They ran off and Kiki ran off after them to the playground. At first she would not come back but Molly fetched her and she did come back, fortunately, and got a piece of smacko instead of a whack. Next round only Molly was free. I don't know which is worst, training children or dogs. Thank goodness Alex and Sam are adults. Molly does get jealous and sometimes Steffi and Kiki have a jealous spat, especially when Mum comes and tries to give out treats.
It looks like rain shortly, but it is still humid and warm. I'm off to complete reading Ellipse of Uncertainty: an introduction to postmodern fantasy by Lance Olsen, and wash my hair. I wouldn't mind watching a comedy movie but I don't know where the hours go. Dr Who has finished on TV. I did enjoy that series very much especially, at the end when David Tennant was talking about making the show and reverted to his Scottish accent.
Cheers,
Christine
Christine
Rabu, Oktober 01, 2008
Salam Aidilfitri

penulis blogs ini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca dan rakan taulan yang sudi bertandang ke sini. tahun ini adalah kali ketiga penulis akan beraya di perantauan. walaupun rasa tak best tapi nak buat macam mana kan dah tugas terpaksa laa beraya kat sini. tapi jangan bimbang, hari raya tetap hari raya...bila dah habis raya nanti lupa laa semua pasal hari raya...suasana selepas hari raya mesti lebih seronok sebab dapat bergosip semula. apa khabar encik miswadi bin abdul rahim di nigeria? best tak beraya dengan kaum kerabat serena dan venus williams? mesti seronok sambil bergambar kat jelapang padi? apa khabar dayang erwanita?mesti bergaya sakan di pagi hari sambil memakai baju melayu potongan kau kunci cintaku dalam hatimu. aku bukan tak tahu perangai kau yang suka melaram tu. mesti kali ni bergambar kat depan pokok bunga kertas depan rumah lagi. jangan lupa control ayu. tahun ni raya aku seperti biasalah di ofis. nak buat macam mana kan. nasib baik ada angelo, alvin, trenton, steve, pete, wotka, huge, dan ashley. takdelah sunyi sangat. family di felda simpang waha? oh dah lama aku called. sejak semalam lagi. sampai tak larat depa mendengar aku menceceh kat dalam telefon. bukan cerita pasal hari raya tapi asyik dok bercerita pasal pemilihan umno dan politik semasa tanahair. nak buat macam mana kan. dah minat. untuk semua terutama farid dan erwanita jangan makan banyak sangat. nanti susah nak bergerak. buat raja aminah di pangsapuri kerinchi, semoga menjadi ibu mithali sempena raya ni. jangan lupa kau tu tak boleh pakai baju ala-ala untukmu feminin. kang runtuh moral pulak. buat rakan setugas di Malaya, selamat menyambut hari raya maaf zahir dan batin. jangan lupa lepas raya ni kita gaduh semula. disebabkan aku takde kad raya aku lampirkan satu foto menarik oleh matt harding, salah seorang penuntut RMIT dalam bidang fotografi. beliau pernah mengadakan satu pameran koleksi foto-foto beliau di RMIT ni tak lama dulu. anyway enjoy!
Selasa, September 30, 2008
Sekolah Kebangsaan Bandar Easter: KiSaH BuDaK BuDak ZaMaN DuLu

Tidak kuharapkan rencana darimu...kalau kau beri, cinta sementara...bimbang diri jadinya...bagai sampah terbuang....manismu dibibir saja..dihati lain bicara...hidup yang sederhana...bebas dari sengketa bersama suka dan duka...tinggi gunung sama didaki...lembah duri kita lewati..pegang tanganku, bimbingilah daku..ke taman hatimu menjadi pujaanku...itu pilihanku, bukan sementara..cinta sementara!
Amacam hengat lagi ker kisah2 lama yang menyayat hati 2...kih kih...Alkisahnya, masa ktrng start masuk sekolah rendah, noya, aku dan zaki duk dalam kelas yang sama dan menyambung persahabatan kami yang terjalin sejak dari sekolah tadika lagi, kelas kitorang 1 Amanah....guru kelas cikgu suhaimi....kira noya nie dulu2 gaya ala budak kampung sejati la, dari segi dressing, beg sekolah sandang kt belakang, bwk bekal air ke sekolah....memang dah jodoh ktorng bertiga sentiasa bersama kecuali kalo gi toilet la gi sendiri2...ahakks! dulu2, time bodoh2 alang, ktorng amat takut ngan si nizam@beg busuk...sebab dia anak pegawai felda, time 2 pulak dia jadi ketua kelas...dulu2 dia memang eksyen gler2, kawan pun ngan sesama anak pegawai felda yang lain ngan member baik dia si norizad din (giant dalam kartun doraemon), muka sebijik giant...so si MANGKUK HAYUN 2 pun ambik la kesempatan kat ktorang TAPI tak la sampai mencabul kehormatan...so ktorng kena ikut la apa yang cakap...macam pepatah melayu~bagai kerbau tercucuk hidung....suh makan taik ker, suh ketok ketampi atau enjut pun ktorng akan wat gak...kih..kih...bodoh jer dulu kena buli ngan si nizam! Ada satu perkara yang sampai la sekarang maybe noya, aku, zaki dan elly tak leh lupa sampai ke akhir hayat, dimana si nizam nie, mentang2 la dia ketua kelas, so dia pikir leh wat sesuka hati mak bapak dia la..CILAKAK LU...

noya antara mangsa yang selalu kena balun ngan roti panjang time 2 coz nakal dan selalu tak siap kerja rumah yang cikgu suh siapkan......cian noya! Aku tak pasti kenapa panggil roti panjang time 2...kalo roti perancis aku tau la..cicah ngan air kopi..BEST giler...Lagipn budak2 dulu kan takut ngan cikgu, tak ler mcm budak2 sekarang, suka melawan cikgu, ada plak 2 yang berani ugut cikgu...member2 aku yang jadi cikgu la bagitau! cikgu pulak kena buli sekarang...2 la coz mak bapak sekarang terlalu manjakan anak2...dulu2 bila ktorng kena pukul ngan roti panjang, ish tak berani nak bagtau kat mak ayah...tak pasal2 kena double roti panjang.....TAPI yng aku tak puas hati bila jumpa balik si nizam nie, selepas 6 tahun, aku tanya la tentang kisah colour 2, ish2x..dia tak mengaku pulak! Benggang gak aku....Cuma tak de bukti jer nak tunjuk kt nizam, apa yang dia telah lakukan kat ktorang dulu! Noya dapat gak jumpa nizam kt UPM serdang! 2 pun aku yang bawak noya g jumpa nizam coz ktorng sama2 study kat UPM....yg pasti ktorng berempat sampai la nie tak kawin2 lagi...BELUM ADA JODOH! kena sumpahan kot...noya, aku, zaki dan nizam! Still bujang trang tang tang! Tapi aku teringin la nak jumpa MARLINA OMAR...mana tah hilang minah nie...
Marlina Omar, anak pengurus felda bukit waha, dulu time sekolah suka pakai tudung yang licin ala2 artis...pernah menyertai kumpulan erabela tahun 1990 bersama suhayani rugani, roslizawati ebarahim dan khairenawati..hekeleh, mentang2 time 2 kumpulan search popular ngan lagu isabella! Senang2 jer korng p cilok nama ek! tapi dibubarkan secara paksa selepas aktiviti gelap yang diorng wat telah berjaya dikesan oleh pihak sekolah time 2...termasukla kumpulan reebok (brand kasut) dan caltex (syarikat minyak)...marlina juga dikenali sebagai malaklina oleh zaki...pelopor guna pensel colour luna king size (36 batang) ala beli kt parkson kota tinggi la...selalu bawak jemput2 udang ke sekolah...dan sapa lagi yang selalu membahamnya kalo bukan aku ler..hehehe...tak tau apa status sekarang! Belajar kat UUM, sintok...

Esmawaty Multar, anak seorang pemandu teksi juga peneroka felda bukit easter, start join group ktorng tahun 1988...budak baru la time 2..ada taik lalat bawah mata sebelah kanan...suka bawak jemput2 ikan bilis yang diletak dengan sos cili perisa betik! Dulu2 mana2 cikgu lelaki yang macam miang2 cikit macam cikgu rukimin dan cikgu subri suka ngorat dia nie...hehehe...suka nyanyi lagu norsheila amin...layang2 terbang melayang! Dah berkahwin, anak 2 orang...last aku tau dia kerja kat kedai jual emas JB!
Md. Zaki Puaat, anak peneroka blok 3, felda simpang waha, lemah lembut orangnya...tapi garang time marah! Dulu2 ktorng suka panggil dia dengan gelaran saloma atau poot! Member baik noya dari tadika sampai la sekarang...ada satu insiden dulu2 ktorang buli dia sampai la dia nangis dan nak balik rumah...tapi bila cakap pelawat datang sekolah...terus tak jadi balik..kih kih...sorry la zaki dulu2 selalu buli ko...suka nyanyi semut...dia nie sehaluan citarasa ngan noya! Kira COMOLOT la...sambung belajar kat UTM skudai..sekarang kerja sebagai supervisor syarikat ubat di Kota Tinggi (aku letak jer tak hengat dia keje mana la)..masih bujang lagi....pernah langgar anak ayam!
Khairul Nizam Jamaludin, anak pegawai felda simpang waha...pengawas dulu dan pernah jadi ketua kelas time darjah 1 dan 2, sebelum noya merampas jawatan tersebut! Pembuli...kedekut! pernah wakil rumah biru (Dato Bahaman) sebagai goal keeper time pertandingan football antara rumah2 sukan SKBE..tapi setiap kali kena bola, mesti menangis! Cengeng la ko bro...tak tough macam noya! Belajar kat UPM, sama ngan aku la..sekarang kerja sebagai ketua technician bahagian lampu di Astro, Bukit Jalil...kalo nak tau time roda impian musim ke 2-3 dia la ketua lighting bersama2 yusrey baai...mamat ni pun belum kawin lagi...tunggu apa lagi bai!
Miswadi Abdul Rahim, anak peneroka blok 8, felda simpang waha...seorang yang sopan santun dan berhemah tinggi tetapi tegas dalam membuat keputusan...dia nie belajar pun tak dela tinggi mana setakat SPM jer...kerja pun biasa2 jer...low profile orangnya tapi janganla dijolok sarang tebuan...pepatah melayu ada berkata “air yang tenang jangan disangka tiada buaya” kah kah kah....

Md. Azlanshah Md. Syed, anak peneroka felda simpang waha...dia nie banyak musuh semua orang kalo boleh nak diajak gaduh! Giler glamour masa kat sekolah dulu2...pantun favourite dia “pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas!” Lagi satu orangnya jenis pendendam...suka filem melayu indie macam dendam fatamorgana dan jugak dibawah lindungan kaabah...sekarang aku dengar dia sambung belajar wat PHD (penyakit hasad dengki) kat australia...tak lama lagi dapat la tittle doktor..jangan suntik badan sendiri sudahla....cikgu kesayangan cikgu wardah!
Dulu2 bila musim sesi persekolahan start, 2 hari sebelum g sekolah, ktorng dah kena daftar kelas dah, bayar yuran sekolah...termasukla yuran PIBG, yuran MSSD membazir jer bayar yuran ni, bukan dapat apa pun), bayar duit buku, pensil, pembaris, getah pemadam (ish dah lama tak dengar perkataan getah pemadam), pengorek pencil, pen dll....time 2 jugak la liquid paper mula2 diperkenalkan..noya sibuk nak beli...siap jalan kaki tu ke kedai hj mukri (dulu lum naik haji lagi) semata2 nak beli benda jadah 2...kih kih...time 2 jugak aku still hengat lagi lencana sekolah SKBE..di buat dr besi...jual kat koperasi sekolah..yang boleh diibaratkan hidup segan mati tak mau...murah jer 45 sen kalo tak silap aku la...yang jual pun kerani sekolah yang ktorng panggil dia kak tim jer..nama asal kak timah...tapi sebab nak glamer punya pasal so tukar nama yg lebih up to date la..kak tim nie, kakak kepada cikgu zaini...ala cikgu yang jaga ktorng masa wat lawatan ke Kuala lumpur tahun 1990...cikgu zaini yang juga merangkap cikgu penjaga library...rambut dia pun dah nak sama dengan ko, noya! Teringat time ambik gambar bertiga kat zoo negara, aku dengan sapu tangan tak lepas dari tangan sampai la sekarang...hahahah....
Selain 2 yang aku hengat ada jual baju sekolah sukan mengikut warna rumah sukan time 2...semua budak2 wajib beli time 2...tapi yang lawaknya baju 2 ntah buat kat mana, kualiti teruk sangat2...bila basuh warna baju jadi luntur la...lagi satu baju pun cepat reput tarik sikit dah zraaap...koyak dah...so masuk la dalam tong sampah...tamat la riwayat baju 2...noya rumah sukan dol said, jadi baju warna merahkn....lagi satu koperasi SKBE jgk jual beg sekolah...kalo aku tak silap, beg sekolah 2 warna putih....pas2 logo lencana sekolah duk kat depan beg...2 dia besar giler nak bagi nampak orang kot...mam mok pun kalah time 2.... REKODER, apa 2 rekoder!!!! maybe korang yang sekolah pada era akhir 80an dan awal 90an tahu apa 2 rekoder...alat muzik yang ditiup!.. walaupun bentuk dia lebih kurang sama dengan trumpet tapi fungsinya berbeza! Ada 2 colour, warna putih dan hitam...biasanya rekoder nie digunakan ketika kelas muzik time darjah 4 hingga 6...noya ko ingat tak marlina omar..macamana cara dia tiup rekoder 2...fuhh! dahsyat, kepala rekoder masuk semua sekali kat dalam mulut pompuan nie...dapat bayangkan! kih kih kih....bila time kelas muzik jer, cikgu yang ajar kelas muzik time 2 ialah cikgu zulkifli...suami kepada cikgu khairun nisa (mata jengkol)...macam2 kan noya, dia ajar..contohnya simbol crochet, minim dll...ktorng gak diajar macamana tiup rekoder 2 dengan bunyi yang berbeza2 mengikut nada dia...kalo a macam nie, b macam nie dan seterusnya sampai la ke g...aku tak hengat la panggil apa nie...rekoder jugak time 2 dimainkan bersama2 drum samping, tamborin, kerincing (mcm jengkol warna biru)..paling teruk pun guna kulit tempurung kelapa....hahahaha.....tapi paling aku benggang giler bila ada orang nak pinjam rekoder aku....yelah MOLOT BUSUK la...tak gosok gigi ker??
Time darjah 2, ktorng dah start dah g kelas tambahan dan dijalankan pada waktu malam kat rumah Arwah cikgu khalid...cikgu yang paling garang kt SKBE time 2, pantang silap sikit, free penampar la gamaknya...lagi2 muka cikgu khalid 2 serius memanjang, dengan misai dan janggut serta berjambang menggerunkan ktorng time 2....noya, ko hengat lagi tak kita belajar subjek ape!...subjek favourite noya sampai sekarang, MATEMATIK dan english...dari dulu lagi si noya belajar matematik tapi tak tau la hantu mana dah sampuk otak dia so jadi lembab bila bab mengira nie..TAPI kalo bab mengumpat dan bergossip...kita tau dah sapa orang nya!! Ntah apa yang susah pun aku tak tau la...hehehehe....jangan marah bro...nizam dan marlina join sekali..kira noya nie dulu pun brlagak la jugak..KEKWAT PETET betul la dia nie...aku gi kelas, jalan kaki jer malam2 tapi dia g naik kereta...time 2 uncle syed dah pakai kereta..tapi aku tak hengat kereta jenis ape! Yang aku hengat colour merah hati la....aku pun tak tau keta 2 mana p sekarang...at least aku dapat la gak naik kereta 2 terutama time hujan! Ade la 2-3 kali brsama2 ngan si noya nie ngan geng2 dia macam arni, suhayani dll...noya aku tengok ada gak jeling2 aku time aku duk dalam kereta 2...konon2 nak tunjuk eks la 2 kat aku....yelah tumpang kereta bapak dia! Ala kalo nak tau dia pun pernah naik motor bapak aku...motor besar lagi...hahahaha......cikgu khalid, walaupun dia garang tapi sebenarnya dia baik..dalam baik2, 2 kali gak muka aku kena penampar! Aduh...sakit la..tapi tak pe cikgu, saya saya tak marah pun! Sebab dah biasa sangat kena penampar jepun, kat rumah pun sama....time mengajar dalam kelas memang dia garang nak mampos! Tapi bil jumpa kat luar baik glercakap pun sopan jer! Dia ajar subjek english kelas kitorang time 2....time 2 dia tak kawin lagi....bila ktorng naik darjah 3, cikgu khalid dah tak mengajar lagi kt SKBE...tak tau dia berpindah ke sekolah mana! Lastly, tau2 dengar story dia dah meninggal dunia time ktorng form 1, Jiran aku cakap dia sakit jantung...tapi tak tau la kesahihan story tersebut....Apa pun sedekahkan Al-Fatihah utk rohnya....Jasamu tetap ku kenang!
aku still simpan lagi buku 2 sampai sekarang buat kenangan orang kata!....Noya! aku rasa ntah mane dia buang buku 2..mcm dia buang dan bakar kitab mutlaal badrin kat kebun kelapa sawit bapak dia...buku 2 ada sediakan jawapan kat muka surat belakang, so kira noya ngan aku selalu la buat kerja2 diluar tabie nie...meniru jawapan di belakang muka surat untuk dapatkan jawapan yang betul.....hehehehe.....aku pecahkan rahsia ko nie noya! supaya ko sedar ko 2 takdela TERROR mana pun subjek english!...suam2 kuku jer....tapi ktorng bukannya belajar betul pun time 2, just datang kelas dok main-main la kat padang sekolah, lumba lari malam2 buta, aku hengat lagi time bulan puasa macam2 la kuih yang ktorng bawak dan jugak kuaci matahari dan kuaci labu, smbil belajar smbik makan...pas tu sepah2 kan kulit kuaci kt lantai...yelah kalo bersih lantai time 2, esok pagi sapa yang duty menyapu sampah tak de plak kerja....son ktorang bagi la kerja ye...hihihihi.....pas 2 main kat tiang plak!.....kira sampai sepuluh...satu, dua, tiga, bla..bla...nak main mesti kene cukup corum....4 orang jaga tiang manakala sorang duk kat tgh...mcm bodoh la dulu2 tak pikir apa pn nak enjoy jer...yang aku perhatikan betul2 nak belajar dulu2 mcm suzana, norfaezah, rinda, nurazuan, suhayani....TAPI yang lain sama naik la ngan perangai noya nie.....ada satu insiden gempak lg menggegarkan SKBE time 2 , kes budak2 lelaki meraba tooot....tooot budak pompuan! Mula2 tak dapat dikesan kerana diorang pakain pakaian pompuan siap pakai tudung lagi...Dua orang nie, ridzuan yusof ngan anuar dagang...sungguh memalukan la, lebih2 lagi diorng nie sekelas ngan ktorng sebelah pagi, 6 cempaka ! tak tau la kenapa kelas kita dulu noya penuh ngan budak2 nakal dan bermasalah!
Yg aku hengat diorng nie kena penampar free ngan cikgu dan disebat dihadapan budak2 lain time perhimpunan mingguan! Tapi still tak serik2 jugak....Hiss malunya kalo aku yang kena....Padan la muka! si ridzuan nie sekarang berkawin dah, anak pun dah 2 org! Dah jadi orang rupanya...Anuar, aku tak sure la mana hilang dia sekarang, yang aku tahu 10 tahun lepas ada dengar member2 cakap dia asyik keluar masuk pusat serenti, kes ketagihan dadah...ISAP DADAH...berbalik cerita sebelum nie, maybe terlalu banyak main dan tak tumpu bagi perhatian pada pelajaran time cikgu mengajar dalam kelas, noya akhirnya disingkirkn dari kelas xpress coz result peperiksaan pertengahan semester dia teruk...kesian noya time 2....pertama kali ktorng dipisahkan sekelas sejak sekolah tadika lagi....aku, zaki dan member satu kumpulan lain bernasib baik dan terselamat dari penyingkiran tersebut...hahaha...mcm kat Akademi Fantasia la pulak....dan lebih memalukan noya kerana dia sorang jer yang kena TENDANG (bahasa kasar dengan izin) time 2....Sudah jatuh dilanggar lori daa....member2 lain kekal dalam kelas xpresss hingga exam UPSR...bila result diumumkan penghujung 1990 time 2 cuti sekolah, takde sorang pun batch ktorng yang dapat 4A...dan cipta sejarah rekod terburuk pada exam UPSR tahun 1990...maybe tahun 2 jd lipatan sejarah kot dalam kalendar SKBE....dan paling teruk AKU la cuma dapat 1A, sedangkan member2 lain teraesuk noya, zaki, nizam, elly, marlina, esma dll dapat 3A dan 2A...sedihhh time 2...pas 2, nizam sambung sekolah menengah di sekolah menengah laksamana, kota tinggi. Sedangkan noya, aku, zaki dan lain2 belajar disekolah menengah bandar easter...disini aku tulis la lirik lagu sekolah sebagai menghargai jasa2 guru SKBE yang mengajar noya, aku dan member2 lain dengan jujur dan ikhlas sehingga berjaya dalam hidup masing2 dan berada ditahap ini sekarang....Cuma noya jer tak abis2 belajar...dulu2 suh belajar rajin2 malas asyik nak main jer...SEKIAN....Jom main sembunyi2 ibu nak tak???
Version baru (1987-smpi sekarang kot)
Persekitaran Tenteram Udaranya Nyaman, Permandangan Mempersonakan,
Sekolah Ini Kebanggaan Kami, Pekerti Mulia Jadi Amalan Kita,
Tekun Belajar Ke Mercu Jaya, Hormati Guru Dan Ibu Bapa,
S.K.Bandar Easter, Berbakti Untuk Semua, S.K.Bandar Easter, Jasamu Pasti Ku Kenang,
Maju Terus Maju Meningkatkan Mutu, Pendidikan Cemerlang.......
Sekolah Ini Kebanggaan Kami, Pekerti Mulia Jadi Amalan Kita,
Tekun Belajar Ke Mercu Jaya, Hormati Guru Dan Ibu Bapa,
S.K.Bandar Easter, Berbakti Untuk Semua, S.K.Bandar Easter, Jasamu Pasti Ku Kenang,
Maju Terus Maju Meningkatkan Mutu, Pendidikan Cemerlang.......
Version lama (1981-1987)
S.K.B.E....S.K.B.E Itulah Sekolah Kami, Berdiri Megah Di Hujung Desa,
Sekolah Kebangsaan Bandar Easter, Guru-Guru Kami Semua Peramah dan Mesra,
Mendidik Kami Petang Dan Pagi, Tanpa Jemu dan Benci,
S.K.B.E..Maju...Maju....Majuuu... Kami Putra Putri Desa,
Bakal Warisan Bangsa, Walau Derita Atau Sengsara Kami Pasti Berjaya,
Bersih, Cekap dan Amanah Menjadi Rukun Hidup Kita, Bersama Kita Terus Berjaya,
Berjaya...Berjaya...Dan Berjaya.... S.K.B.E..Maju...Maju....Majuuu.
S.K.B.E....S.K.B.E Itulah Sekolah Kami, Berdiri Megah Di Hujung Desa,
Sekolah Kebangsaan Bandar Easter, Guru-Guru Kami Semua Peramah dan Mesra,
Mendidik Kami Petang Dan Pagi, Tanpa Jemu dan Benci,
S.K.B.E..Maju...Maju....Majuuu... Kami Putra Putri Desa,
Bakal Warisan Bangsa, Walau Derita Atau Sengsara Kami Pasti Berjaya,
Bersih, Cekap dan Amanah Menjadi Rukun Hidup Kita, Bersama Kita Terus Berjaya,
Berjaya...Berjaya...Dan Berjaya.... S.K.B.E..Maju...Maju....Majuuu.
Best Regards,
addy putra...
kano state, nigeria
Langgan:
Catatan (Atom)