Memaparkan catatan dengan label SMBE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SMBE. Papar semua catatan

Khamis, November 18, 2010

cepat-cepat


semasa keluar lunch dengan vicnesh semalam, dia bertanya aku soalan yang pernah amran (rakan sekelas sewaktu di sekolah menengah bandar easter) dan Wokar timbulkan sebelum ini...why do you always in a hurry? aku pun perasan jugak...kalau aku berjalan, mesti nak cepat-cepat...kalau bercakap mesti tergesa-gesa....kalau nak ambil makan pon sama...makan jangan cakap laa...rasa boleh kira mesti tak sampai 5 minit....aku pun perasan jugak...tak tau nak cakap sama ada aku boleh ubah attitude cepat-cepat ni kepada lambat sedikit atau lambat macam siput babi....malam tadi aku call erwanita...wah sakan betul dia beraya...tapi tak dapat cakap banyak sebab dia tengah drive...lepas tu sibuk pulak nak masuk jamban...dah lewat malam nak call balik aku rasa mengantuk...jadi aku terus tidur dan bangun seawal jam 9 pagi...

Jumaat, November 05, 2010

yang dekat di hati


Memang ramai sungguh kenalan sewaktu zaman persekolahan; di Sekolah Menengah Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor; tiba-tiba muncul dalam facebook...ada yang dulu-dulu memang tak bercakap langsung bila berjumpa hari-hari dalam perhimpunan sekolah tiba-tiba menjadi super friendly...yang kelakarnya ada juga yang aku tak ingat langsung muka tapi mujurlah namanya masih ada sedikit pertalian dengan memori lalu...tapi yang dah tukar nama sampai jadi nama yang bukan-bukan memang aku tak kenal terus..hahahaha...kelmarin aku call Rohana, isteri kepada Am, rakan sekelas...bercakap macam sahabat rapat tapi waktu zaman sekolah rasanya boleh kira berapa kali aku bercakap dengan dia...tapi itu semua tak penting sebab rasanya persahabatan itu yang lebih berharga...bila aku menelek foto album Rohana, dia memang aktif menganjurkan pertemuan semula...aduhai, rasa seperti semalam meninggalkan SMBE...walaupun rasanya sudah hampir lima belas tahun aku tak menjejakkan kaki ke satu-satunya sekolah menengah dalam Felda Gugusan Waha itu...

Ahad, Mei 16, 2010

Selamat Hari Guru 2010



Blogs ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik yang pernah dan yang sedang mengajar Sekolah Kebangsaan Bandar Easter dan Sekolah Menengah Bandar Easter Kota Tinggi Johor, dan guru-guru di Maktab Adabi Maharani, Muar Johor. Guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Easter: antaranya Cikgu Subri Sumirin (yang sentiasa cool),cikgu Rukimin Abu Kahar (yang sensitif tapi mesra - biasalah baru keluar maktab kan masa tu...lailiza dengan esma suka betol dengan cikgu ni, aku pon tak paham), Cikgu Noraini Abdul Karim (pengajar matematik yang berkesan untuk miss tapi tidak untuk aku - katakan tidak kepada matematik hahaha), Ustazah Norliah Idris (cikgu agama islam yang cakap aku ketua kelas tak guna sebab aku pon buat bising dalam kelas sekali, ciss macam laa dia tak pernah buat bising masa jadik budak sekolah), cikgu Aris Padillah (yang berdating dengan cikgu Nora kat dalam library waktu aku tengah sibuk jaga library, tapi dia memang ngetop sebab bagi banyak tips dalam subjek Alam dan Manusia..yer laa masa tu kan bersaing hebat dengan kelas 6 Melati), cikgu Zulkifli Shariff (yang mengajar koir dan cara-cara mengguna rekoder dengan betul), cikgu latifah (cikgu muzik yang sentiasa bergaya dengan fesyen terkini) cikgu Khairunnisa Haji Baharom (tak sangka bleh kawin dengan cikgu Zul, dia rapat dengan aku dulu tapi moody, tak suka beb), cikgu Kalsom (cikgu yang suruh aku baca buku cerita bahasa inggeris kat depan perhimpunan sekolah waktu darjah 4), Cikgu Dalimah Dali (yang melempang aku sebab tak paham-paham matematik, sorry laa cikgu dali, i hate maths), Ustazah Tumirah (yang suka menyebut rokoyahhh...ketika memanggil rokiah, pelajar popular 6 cempaka), Cikgu Mat Shah (yang melempang aku sebab aku buang sampah depan dia, eleh macam bagus sangat, tunggu ler anak kau plak aku lempang)

Guru-Guru Sekolah Menengah Bandar Easter: Cikgu Mat Zin (yang cool dan aku paling suka dia mengajar subjek sejarah dan bahasa Melayu), cikgu Wardah Daud (yang bermati-matian ajar aku matematik, tapi macam tu ler gak aku tetap tak boleh paham), cikgu Iskandar Mohamad (yang mengajar aku melukis, walaupun susah tapi tetap boleh survive berbanding matematik yang susah tu), Cikgu Shis (yang mengajar subjek sains pertanian, dia memang best), Cikgu Wan zawiyah (suara yang besar berdengung-dengung, mek kelate yang mengajar ekonomi asas, sangat bagus), cikgu noriyah (yang marah budak-budak kelas 4 teknikal dua sebab tak buat keje, tak caya tanya si wati... biasa lah tengah pregnant kan masa tu), cikgu rohana (yang mengajar bahasa Melayu, begitu kritis dengan penulisan karangan aku masa tu, yer laa tu hahaha), cikgu ramesh (yang menjadi guru kelas 3 jasa, aku tak boleh ingat duduk kat kelas ni, rasa panas jer kan tiap2 hari), cikgu Aishah (guru bahasa inggeris yang bagus, sayang dia datang lewat bila dah nak dekat-dekat tahun terakhir di SMBE)...

Guru-guru di Maktab Adabi Maharani: Cikgu Zakaria (yang sanggup mengutip aku selepas dibuang dari ITM, jasamu dikenang), cikgu Hassan (yang siap bergaduh dengan aku sbb aku dok komplen dia macam-macam tapi dah jadik geng baik sekarang, apa khabar cikgu?), cikgu maimunah (yang asyik menjerit bila aku lambat menulis esei pengajian am),cikgu zainab (yang mengajar subjek bahasa melayu dengan baik), arwah cikgu haznah (yang mengajar sastera moden tingkatan 6).

juga kawan-kawan yang bertugas sebagai guru: cikgu shalawati sidek (rakan sekelas tingkatan 4 dan 5, dan sama-sama ke ITM tapi hanya dia sampai ke garisan penamat, aku plak lingkup), cikgu hairon alami ibrahim (pelajar ngetop 6 mawar), cikgu norfaezah hanafei (pelajar ngetop 6 kenanga), cikgu lailizah rahman (pelajar top 3 6 cempaka), cikgu marlina omar (opss bila fikir-fikir balik rupanya marlina menjadi cikgu, nampaknya bukan lailizah seorang, maka seri dengan 6 Mawar), Cikgu enon (rakan sekursus di UM), Cikgu Mat Tembon (Rakan sekursus di UM), Cikgu Farid (student di UM), dan ramai lagi yang mungkin aku tak dapat sebut semua di sini..selamat hari guru :P

Khamis, April 08, 2010

imbauan lalu


dah lama betul aku tak update blogs ni...aku malas ler nak cakap aku ni busy, kang orang cakap macam laa dia sorang jer busy...takat duduk kat ofis beraircond hari-hari, maka dan tido, lepas tu masuk gaji tiap-tiap bulan semua orang pon boleh buat...sapa yang cakap macam tu memang aku sumpah tujuh keturunan...keh keh keh....kelmarin tiba-tiba member waktu sekolah rendah kebangsaan bandar easter begitu aktif dok berhubung dengan aku melalui facebook...mula-mula aku ingat sapa laa yang berpakain ala pompuan arab celup ni haa..rupanya si amizah amin..bila ingat amizah maka teringatlah dia punya trademark lenggang kangkung kat dalam perhimpunan sekolah dan juga insisden tut! kat dalam kelas...tak nak laa kan cakap kat sini, dah ler amizah bukak blogs ni sesekali, kang terkecik plak hati member aku tu...kah kah kah...bercakap pasal amizah ni, pompuan ni antara yang tercantik kalu nak diperuntukkan dalam konteks felda ketika itu..tapi malang betol dia terus kawin lepas habis spm....tak paham aku kawin cepat sangat, kalu tak dah jadik artis...mana tau kan...tapi bila si amizah ni mengumumkan dia nak kawin, ramai laa yang meraung terpekik terlolong sebab tak boleh terima kenyataan...tapi aku tak termasuklah dalam kategori tersebut sebab aku dok sibuk main badminton dengan si miss, zaki dan budak-budak blok lapan...kah kah kah...aku nak jer tulis sapa yang kecewa tu kat sini, tapi kang miss panggil aku kaki propa laa pulak kan...biarlah ia menjadi rahsia sekebun cinta yang berbunga...kih kih kih....

banyak betol amizah dok bercerita dengan aku...tapi yang aku tak boleh tahan nak tergelak ialah insiden si rosita menulis perkataan setan kat blackboard tapi tak nak ngaku..kalau dalam konteks zaman sekarang, bila orang panggil setan takde beri apa-apa kesan pon...tapi zaman sekolah dulu setan tu satu rujukan yang sangat negatif...maka bila cikgu dok tanya sapa yang tulis perkataan ni, haram sekor semua tak nak mengaku....tapi keputusan majoriti kelas 6 cempaka mengatakan si rositah yang tulis...tak tahu laa plak aku saksi mana depa guna...tapi disebabkan masa tu semua masih lagi berhingus, sorang propa semua terus percaya bulat-bulat....laa ni nak buat macam tu ada kena buang sekolah...kah kah kah...lepas tu amizah dok bercerita gak pasal si nurul azlin anak pengusaha kantin sekolah...seperti biasa miss laa paling suka beli keropok basah (laa ni baru dok sibuk pangil keropok lekor - tapi aku panggil fishcake kah kah kah)..ingat lagi tak budak sekolah masa tu dok asyik laa beli keropok tu masuk kat dalam plastik letak sauce siket bawak ke sana ke mari makan....tak tau ler nutrition tu bagus ke tidak tapi itu laa yang paling ngetop masa zaman sekolah di felda gugusan waha sekitar lewat tahun 80an...laa ni tak tau laa pulak aku apa yang depa jual kat kantin sekolah....mungkin ayam panggang atau sandwich kot...

menurut amizah si nurul laa ni kat indon ikut suami dia keje kat kedutaan macam tu..dia pon dah lama tak jumpa minah tu...lama dah tak jumpa...tapi yang amizah selalu jumpa ialah si norwati, bekas penjaring terbanyak bola jaring SKBE yang mewakili rumah kuning..wei miss betol ke ni..aku tak ingat sangat bab bola jaring di SKBE kecuali insiden terloncat-loncat dan menjerit sampai kena halau dengan referee waktu pesta bola jaring peringkat zon sedili...masih segar lagi dalam ingatan aku si miss tu menyumpah-nyumpah pemain bola jarin sekolah kebangsaan bukit mahkota...kah kah kah...tapi aku tak ingat ler apa dia cakap...kalau aku ingat boleh ler aku tulis kat sini...nasib baik ko miss aku tak ingat..keh keh keh....tapi amizah pon kra power laa jugak ingatan dia sbb dia ingat si roslila, junainah dan tidak ketinggalan si mardiana - yang pernah menjadi jiran hairul zairi di felda bukit easter...

tapi amizah dok merungut apesal si zairi tak ingat kat dia...penat dia call zairi tapi zairi kata dia tak ingat sapa manusia nama amizah ni..menurut si amizah, zairi bagitahu dia tak nak mengimbau lagi kenangan lama-lama ni....ala zairi, tak baik tau ko tak ingat kat member sekelas kau di kelas lima perdagangan seisi tahun 1994/95 di sekolah memengah bandar easter...kalau aku dok join aktviti tarian dan kelab kebudayaan kau ingat gila-gila, takkan laa amizah amin yang cantik ala ratu dulu tu kau tak ingat..kau memang tak adil...kah kah kah..teruknya apa yang aku tulis ni..kang tak pasal-pasal aku kena saman ala Mstar...tapi takpe ini bukan kutuk mengutuk tapi ini adalah fakta apa...lain laa aku kutuk si zairi ni kecewa ke kan sebab tak dapat makan kek coklat ke kan..kah kah kah...propa teruk aku ni...

satu lagi insan yang disebut oleh si amizah ialah razali...lama betul aku tak jumpa si razali ni...lepas jer abih STPM terus aku tak dengar khabar berita mamat tu..dulu rajin gak dia kirim surat bercerita itu ini..tapi lepas tu senyap..rasanya dalah 10 tahun kot aku tak jumpa dia...amizah bagitau aku yang si razali ni sakit TB laa pulak...ada 4 bulan jer masa untuk hidup...betoi ka? aku pon tak tahu ler nak cakap...tapi aku suggest amizah untuk jumpa si razali tu personally....yer laa orang sakit ni kita kena lawat secara bertentang muka, bukan melalui sms jer..tak patut kau amizah..hahaha..dah amizah plak yang kena....tapi amizah ada cakap si razali ni tengah dok sibuk nak but reunion lima perdagangan SMBE tahun 94/95 di hotel sofitel johor bahru, malangnya tak dapat sambutan..nak buat macam mana kan dah semua sibuk.....

tutup cerita pasal amizah...laa ni aku nak membebel plak pasal komen bab-bab orang tak kawin ni...biasalah aku ni realistik siket muahahaha...selain dok menyemak mailbox aku dengan komen-komen mengutuk dan tak relevan, seronok laa jugak aku dok tengok bebudak ni bergaduh antara yang bujang dan beranak pinak...yang aku nak tergelak tu, yang bujang dok tuduh yang dah kawin takut bini, yang dah kawin plak kutuk yang bujang tak laku...teruknya mentaliti masyarakat macam ni...nasib baik ler aku duduk di negara maju maka terpaksa laa aku menggunakan masa yang ada sebaik-baiknya sebelum berhadapan dengan umat negara membangun ni...meh sini aku bagi nasihat, mudah jer..rileks laa beb..hang kawin pon baru tiga puluh tahun...yang bujang tak laku rileks laa gak...takkan itu pon nak nak ambik pusing...aik, tu je ke komen? nanti mesti miss dok tertanya-tanya, apesal komen hang tak sama dengan apa yang digembar-gemburkan dalam YM? muahahahaha...alahai, takkan ler aku nak tulis komen maki hamun kat blogs kesayangan gue ni...bab-bab maki hamun tu off the record jer laa...hahaha..udah, aku nak buat keje ni..kang tak jalan keje aku buat menatang ni...bye!

Selasa, Disember 08, 2009

sahabat lama: shalawati mohd sidek


lama betul aku tak jumpa watie....last-last jumpa kat facebook...last aku contact watie tak silap 2 tahun yang lepas...lepas tu terus senyap sebab aku pun busy...watie memang member baik aku waktu sekolah kat sekolah menengah bandar easter dulu..masa tu kami sekelas - 4 teknikal 2 dan 5 teknikal 2...aku jadi ketua kelas dan dia plak jadik penolong ketua kelas....satu perkara lawak tentang minah ni dia suka gelak kuat-kuat....dan kami satu geng - zura, ami dan sally selalu laa berborak waktu kat kelas...tapi paling aku tak lupa ialah bila kami semua kena buat projek hidroponik di bawah penyeliaan cikgu shis..lama tak jumpa cikgu shis..apa khabar agaknya orang tua tu..walaupun garang dia baik...lepas SPM tahun 1995, kami ditakdirkan masuk ke ITM shah alam bersama-sama..tapi berlainan kursus..dia amek art and design dan aku plak ke matrikulasi..dan start dari situ kami dah jarang jumpa...lepas jer aku kena tendang secara terhormat oleh ITM, terus lost contact sehinggalah aku call dia beberapa tahun yang lepas...rupanya watie dah ada anak sorang....hahah kelakar betol laa....aku banyak benda tulis tapi tak sempat..nanti sambung..hahaha..

Ahad, September 27, 2009

gambar waktu form 5 -- sekolah menengah bandar easter (1995)

aku memang tak berapa gemar letak sebarang gambar kat dalam blogs harum sundal malam ni..maklumlah, nanti orang cakap aku gila populariti..kakakaka....anyway, aku nak ucap banyak terima kasih kat encik hairul zairi bachok sebab sudi scan koleksi gambar-gambar pelajar tingkatan lima sesi 1995, sekolah menengah bandar easter, kota tinggi johor..sekali dia bagi empat keping gambar sekali..semuanya dari kelas tingkatan lima sains (perasan glamour), lima perdagangan, lima teknikal 1 dan lima teknikal 2 (kelas aku). dengan kehidupan beliau yang semakin sibuk, bukan senang nak mintak special request dari beliau..apa pun terima kasih banyak-banyak...tapi macam biasa laa kan...masa tu takde lagi culture ambik gambar in very poetic way macam hari ni...jadi mutu gambar sangat ler teruk dan kualitinya boleh dikira tahap satu bintang setengah...tapi dari segi nostalgia, ia boleh laa diberi 3 bintang setengah..okay la tu kan..takkan nak bagi lima bintang...kalau sekolah tu macma high schol music boleh laa aku bagi lima bintang...kakakaka...tengok jer laa background gambar tu...dengan dinding berlumut dan tiang bendera...entah hapa-hapa...patut amek laa gambar dengan lebih kreatif...tapi seperti apa yang aku cakap tadi, zaman tu belum moden sepenuhnya lagi...teknologi pon banyak tak sampai...jadi, sila ambil perhatian ya? kakakaka....



ini gambar kelas aku -- lima teknikal dua...dan seperti biasa aku superimpose muka aku yang glamour tu dengan lukisan abstract ala salvador dali -- liquid desire laa kononnya...kakakaka..tak perlu laa tunjuk muka, lagi pon aku bukan gila publisiti...cikgu kelas aku ni cikgu wardah haji daud..dia ajar matematik dan aku seperti biasa sebagai ketua kelas -- ehemm ehemm... (tapi masa tu aku takde laa berlagak wakakakakaka)akan tolong beliau isi rekod kedatangan, amek kapur kat pejabat, kelas sentiasa kemas dan tak bising kalau cikgu takde...disebabkan kelas aku ni budak lelaki boleh dibilang dengan jari, maka takde laa bising macam nak rak kalau cikgu takde...lagi pon semua pelajar pompuan kelas aku bersopan santun dan ramah tamah...kakakaka...nak sebut nama satu-satu pon aku dah tak berapa ingat, tapi nanti aku update balik laa blogs ni dari masa ke semasa dengan nama budak-budak kelas aku tu...



ini pulak foto ahli kelas lima perdagangan bersama cikgu noriah tua...maklumlah ada dua cikgu nama noriah masa tu..satu noriah muda yang kami panggil norah cun..yang ni plak cikgu noriah yang lebih tua dari cikgu noriah cun...jadi, kami gelarkan dia cikgu noriah yang tua...ketua kelas ni ialah encik hairul zairi bachok..kelas ni adalah kelas kedua terbijak mengikut ranking rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat pengetua sekolah menengah bandar easter..tapi aku tak tau laa macam mana kaedah ranking yang depa buat..guna hitungan astronomi atau undi sms kot? kah kah kah..sorry laa kutuk siket..apa pon selamat hari raya maaf zahir batin...kelas zairi ni ramai geng-geng budak 6 cempaka waktu sekolah kebangsaan bandar easter dulu..antaranya macam zaki pua'at (member baik aku), norlindah riduan, dan amizah amin..aku selalu bertandang ke kelas lima perdagangan ni untuk menyertai festival filem syok sendiri anjuran razali and the gang...lama takd engar kisah si razali ni..mana dia pergi sekarang? sebut pasal dia, teringat aku waktu dia sibuk berkempen dan melobi jawatan pengerusi putera islam, selepas tewas teruk dalam persaingan merebut jawatan ketua pengawas dan penolong ketua pengawas...hebat betul masa tu berkempen dah sama tahap pemilihan bahagian UMNO Malaysia..cuma takde laa rasuah atau character assasination...bersih kempen masa tu...



ini pulak kelas paling pandai dan genius tahun 1995, sekolah menengah bandar easter...guru kelas ni ialah cikgu sunnah...yer laa kan, kelas sains...dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang...kira kelas ni macma kelas kucing belang disebabkan kepintaran dalam matematik dan subjek sains kritikal macam kimia, biologi dan math tambah tolak...yang kelas-kelas tahap pariah macam kelas teknikal dan kemanusiaan hanya bertumpu dengan subjek tak popular dan geli orang nak amek macam sastera, pendidikan seni dan sains pertanian (apa tu? nak jadik petani ke?)..aku tak berapa kenal sangat orang-orang kelas sains ni sebab mereka terasing di tingkat dua dan hidup dalam dunia mereka di makmal..kalau budak-budak sains ni lalu, semua budak-budak kelas pariah akan tunduk dan bagi hormat...kira macam hubungan antara raja dengan rakyat pacal yang hina laa...itu tak masuk lagi masa pelajar bijak pandai terpilih belum pergi asrama penuh..lagi laa nak lalu depan kelas mereka pon takut...nak tengok muka pon tak berani...kakakakaka...aku cuma kenal yahya fadzli sebab dia ketua pengawas dan agak rapat juga dengan geng-geng aku masa tu...satu perkara yang aku ingat pasal si yahya ni, dia suka pakai krim muka hazeline snow...so, pagi-pagi nampak ler bercahaya muka dia macam seputih salji dipanahi mentari..kakakakaka....sorry ek..kutuk siket..selamat hari raya maaf zahir batin...



ini gambar kelas lima teknikal satu...guru kelas -- cikgu zuraidah..kelas ni di kira kelas celebriti sebab ramai ahli sukan dan artis yang kononnya mereka glamour tahap serena dan venus williams....masa tu yang wakils ekolah dalam pelbagai bidang sukan datang dari kelas ni ler..antara yang terkenal macma yasir ali dan norhazlin kliwon...yang popular mengalahkan artis macam esmawati multar, lailizah rahman, aini shahrin, rizal haron (hahahahaha) dan ramai lagi...tak larat aku nak mengingatnya...ada yang bergaduh baling-baling kerusi semua dtang dari kelas ni laa jugak...kira masa tu nak mendalami teknik lakonan laa kan..tu yang sampai baling-baling kerusi...hahahaha..lawak-lawak...selamat hari raya maaf zahir batin laa yer...

khabar dari felda simpang waha






semalam aku bergosip dengan mak aku..biasalah hujung minggu macam ni bergosip laa kejenya...semuanya tentang hal ehwal semasa dan perkembangan penduduk di felda simpang waha, kota tinggi, johor. mak aku bergebang yang cikgu wardah dan cikgu iskandar ada mai rumah pada malam hari raya pertama. khabarnya mereka tak nak datang waktu siang hari kelak orang tiada kat rumah macam selalu. kakakaka....zatul pun dah masuk sekolah menengah..teringat dulu waktu dia kecik aku ler yang sibuk mendukung ke sana ke mari kalau mak aku sibuk buat keje kat dapur...lama betul aku tak contact cikgu iskandar..tapi bila contact pon apa yang aku nak cakap? jadik sms jer laa..kakaka....cuma yang aku ingat ialah kenangan dan nostalgia waktu kat sekolah menengah bandar easter 1994-95 ler...itu pon sebab cikgu wardah tu cikgu kelas aku...kebetulan, cikgu Iskandar ajar aku pendidikan seni...tapi yang aku paling tak lupa bila dia bagi aku hadiah kotak punya besar dan aku bawak ler hadiah tu dari sekolah sampai ke rumah...udah ler panas terik, jalan kaki pulak tu pegang kotak hadiah tu...aku pon tertanya-tanya apa kebenda laa besar sangat rupanya hadiah punya ler kecik...kakakaka...terkena jugak aku...aku simpan lagi buku autograf tu sampai sekarang kat dalam laci kat felda waha tu...bila sesekali aku bukak, nak tergelak-gelak ler jugak...hari raya pertama tahun ni di rumah aku agak sibuk..dengan nak kena marhaban dari rumah yang sebanyak dua puluh empat buah dan saudara mara yang datang dari jauh...hari raya kedua pergi pula ke segamat, pahang dan negeri sembilan..mak aii jauhnya...tak penat ke? kalau aku dha lama aku tido kat rumah lagi baik..al-maklumlah, raya kan sebulan..bila-bila boleh pergi ke rumah sedara mara...kakakaka....cakap macam hebat -- macam biasa ler...takat bilang, semua orang boleh....oh ya...dengarnya kampung dayang erwanita --paya rumput; dirasuk hantu puaka...hahaha..itu laa hang dok hias bilik macam studio celebriti...itu yang smeua hantu dok mai tumpang sekali...kakakaka....lawak-lawak...

Ahad, Ogos 30, 2009

sahabat lama -- md zaki pua'at














hari ni aku nak berehat seketika..tak mahu merungsingkan kepala aku yang berserabut...memang laa kata orang menulis bukanlah mudah...kecuali menulis apa yang kita tahu...haha..aku baru jer telefon zaki...sahabat baik sepermainan dari kecik di felda simpang waha...zaki masih seperti dulu dan tidak pernah berubah...sebab itu aku amat senang berborak sambil minum kopi dengannya tiap-tiap kali pulang ke kampung...agak lama aku tidak menghubungi zaki lantaran kerja yang melambak...sebenarnya takde laa melambak sangat tapi aku ni agak kering idea nak bercakap semenjak dua...kalau boleh aku nak type jer apa yang aku nak cakap kat orang...haha...aku dan zaki sekelas dari darjah satu di sekolah kebangsaan bandar easter sehinggalah tingkatan dua di sekolah menengah bandar easter...tingkatan satu dan dua ilham...kami duduk sekali sehinggalah pada satu masa aku tukar tempat lain tanpa bagitau zaki...terus marah mamat tu...alasannya, aku tak nampak apa yang cikgu tulis kat papan hitam..masa tu aku rabun..nak beli glasses tak mampu..biasalah hidup kat felda; benda-benda lain menjadi keutamaan...aku pun tak sangka dapat sekelas dengan zaki semula sewaktu di tingkatan satu dan dua ketika itu sebab aku ingat aku akan kekal di kelas damai bersama hairul zairi bachok...nasib aku agak baik bila satu announcement dibuat sewaktu assembly sapa yang dapat 2A waktu UPSR jangan balik ke kelas dulu...jadi aku bertemu zaki sekali lagi dan belajar dalam kelas yang sama..terpaksa aku ucapkan selamat tinggal kepada hairul zairi bachok walaupun dalam hati aku bersyukur sebab attitude student kelas tu terlalu teruk...

sewaktu di tingkatan tiga, zaki dipindahkan ke kelas 3 gemilang...masa ni aku masuk kelas tingkatan 3 Jasa yang kononnya terlalu pandai berbanding kelas-kelas yang lain...alah aku masuk ke kelas tiga jasa tu pun sebab aku lulus matematik cukup-cukup makan iaitu 40 markah - nilai terteruk...kah kah kah....thats why aku anti matematik dan selalu berfikiran positif yang 'saya boleh berjaya tanpa lulus cemerlang dalam subjek matematik'....selepas peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang pertama kali diperkenalkan pada tahun itu, aku masuk ke tingkatan empat di sekolah yang sama beraliran teknikal...manakala zaki mengikuti aliran perdagangan...walaupun kami tidak sekelas lagi, tapi kami kerap bertemu sebab jarak antara kelas sangat lah dekatnya..ketika ini pelajar cemerlang macam miswadi abdul rahim, norzam zam minirin, yazid abu bakar, azrul aziz, zulkefli saian, anim abdullah, suhayani rugani, nerazuan nen, norfaezah hanafei, irwan mohamad, dan ramai lagi masuk ke kelas aliran sains untuk seketika sebelum hampir kesemuanya berpindah sekolah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang (sorry pak lah, i pinjam you punya slogan)di bandar-bandar besar sekitar bandaraya johor bahru dan kuala lumpur.

maka tinggallah insan-insan macam aku, zaki, hairul zairi bachok, rizal haron, razali muhammad, ramizan rafaei, dan ramai lagi kat sekolah berjenama felda di Gugusan Waha ni...aku dengan zaki ni selalu saing sekali pergi dan pulang sekolah..kadang-kadang zaki 'bawak' motor dan aku pon selalu tumpang dia...dan kami selalu study sekali kat sekolah khususnya kalau cikgu buat extra class pada sebelah petang....kira ala tuition tapi haram satu benda pon tak masuk dalam kepala otak aku masa tu terutamanya subjek matematik...aku selalu tertanya kenapa laa matematik tidak dijadikan subjek pilihan teras..contohnya, di amerika jika seseorang tu tak minat matematik dia boleh amek aliran humanities yang lebih fokus kepada pengajian falsafah dan seni...ni tak..balik-balik sains dan matematik...aku tengok malaysia pon tahap macam tu gak pemikiran...kakitangan awam yang graduated dalam aliran sains dan teknikal pon tak efisyen..lembab nak mampos...uikss...kutuk laa plak..tak kira laa tu, at least hati aku puas...kakakaka.....

zaki kira cemerlang dalam matematik...aku rasa kalau zaki dapat masuk boarding school masa tu mesti math and science dia lebih cemerlang..malangnya selepas dia join geng-geng 'tak hengat dunia' dengan aku sekali, apa yang kami dapat ialah keputusan PMR yang sangat teruk...terutamanya aku ler...hahaha....selepas SPM, zaki dapat masuk UTM tapi kami masih lagi berhubung...sehinggalah sekarang...selepas aku gagal keluar dari ITM shah alam, zaki jugak laa datang ke rumah siap bagi encouragement kat aku...lepas aku masuk maktab adabi maharani di Muar untuk amek STPM dia selalu tanya perkembangan aku menerusi surat dan kadangkala datang ke rumah juga....dan dia jugalah yang menghantar aku mendaftar ke Universiti Malaya pada tahun 1999....dan sebelum itu dia jugaklah yang menemankan aku berjumpa kak rahimah mohammad di felda bukit easter untuk bertanya lebih lanjut tentang kursus yang aku perlu ambil di UM..dan aku rasa bersalah pulak sebab dah lama tak call dia...mesti dia tertanya-tannya kenapa aku dok mendiamkan diri....rasa tak best laa kan...jadi aku pon called ler zaki tadi...banyak kenangan lama terungkit...zaki ada bertanyakan member baik kami dahulu macam syamsudin razali, miswadi abdul rahim, dan hairul zairi bachok...masa berlalu pantas dan persahabatan kami tetap terjalin mesra...p.s - sorry laa alvin...gua pinjam lu punya shot...

Jumaat, Ogos 21, 2009

sahabat lama - Marlina omar a.k.a. Malaklina dan Nadzir Mohadjir (ketua pengawas berlagak) haha

sori ler sebab aku takde masa nak layan pakar-pakar gosip power root macam miss dan wartawan pelatih kawasan johor bahru, abang zairi bachok kita akhir-akhir ni....aku busy la bengong...lain ler kalau aku takde keje, boleh laa aku dok bagi komen hari-hari kat facebook atau chatting berjam-jam..kang ada orang cakap aku makan gaji buta kat sini....tak rock laa pulak kan...kalau tak dah lama au upload gambar-gambar pergi holiday macam kat profile abang zairi bachok kita...wah makin mantap sekarang....sekali pandang macam bintang drama korea pon ada...maklumlah dah nak kawin dengar-dengarnya....kah kah kah...kelmarin aku ada terima e-mail nun jauh dari benua yang tengah bergolak..mana lagi kalau tak dari afrika yang rakyatnya asyik bergaduh manjang..thats why tak maju-maju....hahaha...miss telah melayangkan satu e-mail yang menceritakan detik-detik penemuan beliau secara virtual dengan bekas ahli kumpulan permata zamrud kelas 6 cempaka yang tak lain dan tak bukan marlina bte omar....kita orang panggil beliau malaklina sebab masa tu dia berangan for being different. contohnya, tudung berkilat satin dan kasut jenama mewah (masa tu laa kan, masa ni jeling siket pun terus sakit mata)...dan yang paling aku tak lupa ialah beliau bawak air siap letak ketulan ais...oh lupa nak bagi tahu, waktu tu kat felda gugusan waha ni, elektrik hanya datang pada tahun 1993...kiranya banyak rancangan menarik kat tv kita orang missed...jadi tak ramai yang mempunyai refrigerator (fridge) atau dalam bahasa kampungnya peti sejuk/peti ais....disebabkan marlina tinggal di kediaman rasmi pengurusan felda yang membekalkan voltan elektrik dalam kapasiti lebih banyak, maka penggunaan peti sejuk adalah perkara biasa...takde laa macam rumah peneroka, kalau satu rumah guna elektrik dalam kapasiti yang banyak habis meletup generator...aku sekelas dengan marlina dari darjah satu di sekolah kebangsaan bandar easter, sampai laa tingkatan tiga di sekolah menengah bandar easter...aku pon tak paham macam mana aku boleh sekelas dengan mak cik ni dengan begitu lama sekali..keh keh keh...
bila sebut nama marlina omar ni, semua orang akan ingat bila dia menggondol anugerah pelajar terbaik untukkategori tahun satu bagi tahun 1986...tapi yang aku paling ingat dengan marlina ni cuma tiga kes jer...satu - bila dia kena marah dengan teruknya oleh cikgu aminuddin sehingga melalak waktu assembly sebab dengan tak sengajanya (aku romanticise siket fakta ni kah kah) menganggotai kumpulan haram bernama erabella...walaupun menurut pakar sejarah 6 cempaka dan skbe, miss pernah menyuarakan bantahan atas kapasiti ia diambil sempena nama kumpulan rock kapak ekamatra, aku tetap mempertahankan pendirian aku yang nama tu diambil sempena kempen rubella injection ketika itu....kes kedua ialah bila aku bergaduh dengan dia pasal apa pon aku tak tau....tapi yang aku ingat ialah bila aku ketuk kepala dia dengan gulungan cardboard sampai dia melalak balik rumah...kira ganas jugak aku masa tu ketuk kepala budak pompuan...tak rock betul masa tu....kes ketiga ialah bila tiba-tiba miss ajak aku pedajal pemadam malaklina..aku tak tau ler apesal si miss tu tiba-tiba kerat pemadam minah tu dan sumbat dalam botol...then kita org masukkan dalam saluran paip kat dalam kolam yang ada peta malaysia...nasib baik ler malaklina tak tau...kalo tak mesti kita orang kena public canning sbb masa tu bapak dia pegawai...bila dengar pegawai masa tu semua orang bertempiaran lari...last aku jumpa marlina ni bila habis PMR..lepas tu aku memang tak tahu dia belajar kat mana....bila chat dengan miss mesti tak eprnah lekang nama malaklina daripada topik perbualan...kelakar betul masa tu....

sorang lagi member lama yang terjumpa sejak dua menjak ni ialah mohd nadzir mohadjir...kalau sebut tentang mamat ni, aku mesti kaitkan beliau dengan budak-budak skbe lain masa tu macam azmam abu dan norman salleh..sebabnya - mereka tinggal berdekatan...begitu teruknya aku menghafal nama orang...bukan hafal nama sangat pon, tapi hafal nama kawasan tempat mereka tinggal..aku tak berapa ingat sangat nostalgia dengan nadzir mohadjir ni sebab kami tidak belajar dalm satu kelas...tapi bila pakar sejarah skbe 1986-1990, miswadi abdul rahim mengingatkan aku tentang peranan beliau sebagai ketua pengawas pada tahun 1990, baru aku dapat membuka beberapa isu yang terapung-apung dalam kotak pemikiran aku....yang aku ingat miss selalu buli budak nad ni..maklumlah walaupun dia ketua pengawas, tapi size badan miss yang macam budak sekolah tinggi (ye ke?) berjaya meredakan sedikit penguasaan beliau di sekolah...tapi yang pasti si nadzir mohadjir ni selalu bersaing dengan si khairul nizam jamaluddin anak pegawai felda yang sekarang dah jadik celebriti astro laa ni, khususnya dalam bidang kurikulum beruniform...tu yang bila aku tengok gambar dia berebut tongkat pengakap yang macam tiang meja makan tu aku rasa nak tergelak laa pulak..aku masih ingat lagi bila terdengar cakap-cakap hear say budak-budak pompuan masa tingkatan satu ilham kat sekolah menengah bandar easter, yang beliau telah digosipkan dengan ratu cantik kelas satu jasa - norliza abdul wahab, budak aping timur...walaupun aku tak tau sejauh mana kebenarannya, well itu cuma gosip kan...? korang jangan plak nak menokok nambah...walau apa pun, budak dua orang ni dah pon kawin dan ada anak kecik-kecik..pakar-pakar gosip jugak yang tak kawin-kawin....apa laa nak jadik..memalukan betol....anyway, aku ada banyak keje nak buat...disebabkan stress sangat jadik aku tulis ler gossip kat sini..baru hilang stress siket.....kah kah...jumpa lagi....

Rabu, Julai 01, 2009

sepuluh lagu dan sepuluh peristiwa

pagi-pagi buta lagi aku dah main mari teka lagu dengan raja yang membuat lintas langsung dari OUM....wah wah sejak dah dapat ofis baru ko makin menjadi diva..tak ku sangka...muahahaha....sapa yang membesar sekitar lewat 80 an sehingga pertengahan 90an mesti ingat koleksi lagu-lagu rock kapak dan melara jiwa serta raga pada ketika itu...jadi hari ni aku nak tulis cerita sepuluh lagu terbaik yang memberi kenangan lawak dan memalukan sepanjang zaman...lagu pertama mestilah lagu -- kau kunci cintaku dalam hatimu, nyanyian ramlah ram, atau nama kampungnya kak melah...masa kak melah menang juara lagu atau muzik-muzik tahun 1988, semua orang nak jadik kak melah. apa yang kak melah buat semua orang akan ikut..rambut ala kak melah, nyanyi ala kak melah, dan macam-macam lagi lah...aku hengat lagi masa belajar kat sekolah rendah kebangsaan bandar easter, si miss tu tiba-tiba come out with an idea untuk adakan pertandingan juara lagu..aku tak tahu ler macam mana pakcik tu boleh dapat idea untuk buat benda bukan-bukan waktu orang semua sibuk nak dapat 4A dalam UPSR..jadi ramai lah yang sibuk nak menyanyi sampai tak 'hengat' dunia dan lagu paling laris ketika itu ialah lagu kak melah ni ler -- kau kunci cintaku dalam hatimu. ..antara member aku yang asyik dok menyanyi lagu berhantu kak melah ni si zaki ler...bila time dia nyanyi mesti senyap sunyi macam mailakat lalu...bila smapai jer kat lirik -- 'sukarnya, untukku, berpisah denganmu...!!!' terus suara dia tak sampai...yer laa masa tu kan belum mumayyiz lagi, jadi tak keluar laa sangat suara lelaki...kira masih suara nobita ler lagi...nasib baik laa kan..kalau tak segala hantu semua lari....

lagu kedua -- darah muda versi wann...masa ni wann ngetop giler...yer laa kan pertama kali dengar suara macam nak terberak semua orang jadik pelik laa kan...tu yang menyebabkan dia popular...lagu darah muda ni lagu lama dan pernah dipopularkan oleh biduanita negara saloma..tapi bila wann nyanyi jadik bertambah pelik tapi sedap plak didengar....tu belum masuk imej wann yang memang ketara seksi time tu...alkisahnya, masa lagu ni tengah ngetop, kebetulan pulak setiap murid darjah enam sekolah kebangsaan bandar easter sesi 89/90 diwajibkan menyertai perkhemahan...bila sampai jer malam kebudayaan, tiba-tiba cikgu punahsihat PBSM pon panggil untuk raptai persembahan...dah ler last minute, lepas tu tak tau nak buat apa, cikgu tu suruh kita orang buat persembahan joget lambak...miss masa tu perangai cam bangkai dia lari menyelamatkan diri daripada menyertai persembahan...lepas tu siap ejek-ejek aku dengan zaki lagi waktu kita orang dok berlatih last minute...aku 'hengat' lagi dia menari-nari dengan suhaila bunawan time tu kat tepi kantin sekolah sambil gelak-gelak kat kita orang...bila tiba jer malam persembahan, cikgu punahsihat dah sediakan dialog....konon berlakon ler sebelum berjumpa pasangan...lepas jer intro lagu --'hatiku rindu, kepadamu...tertawan sejak...bila bertemu, jeng jeng jeng..aku sangka..' terus semua menari sampai tak 'hengat dunia'...dah ler gelak-gelak lepas tu segala step semua lupa..lagu kategori pop 60 an tapi menari hancur..ada yang macam menari tarian zapin, ada yang menari breakdance, ad ayang menari ala-ala kadar, dan yang paling kelakar aku ler yang bantai gelak sampai tak 'hengat' dunia dengan zaki...tapi yang best tu, persembahan tu menang juara malam kebudayaan walaupun terbarai sana-sini...berjaya gak mengalahkan pasukan tunas puteri dengan tarian 'endang' klise tu..kah kah kah...


lagu ketiga -- cintaku mekar di hati oleh kumpulan May..masa ni zaman kemunculan rock kapak..jangan tak tau, sampai sekarang rock kapak atau rock orang kampung ni akan berkumandang sampai bila-bila...walaupun kebanyakan time tu ramai yang suara ala-ala sengau syahdu tapi masih sedap di dengar....pendek kata walau pun takde class macam maroon 5 atau cold play, tapi kira allrite apa..tak caya pergi laa kat mana-mana pusat karaoke, lagu rock kapak ni laa yang akan menjadi pilihan utama... lagu cintamu mekar di hati ni memang ngetop sekitar tahun 1989 kalau aku tak silap...alkisahnya cikgu punahsihat pbsm telah pilih sejumlah 30 orang kalau tak silap untuk menyertai perkhemahan PBSM peringkat kota tinggi di Jason Bay sedili..maka aku dengan miss pon terpilih laa untuk pergi sekali...aku pon tak tahu apesal aku dengan miss dulu begitu rajin pergi camping..itu yang lingkup masa UPSR...seperti juga lagu darah muda yang menjadi latar belakang joget lambak ala-ala masa malam kebudayaan perkhemahan peringkat sekolah di SKBE, kali ini lagu cintamu mekar di hati dipilih, bukan untuk dijadikan lagu joget lambak (apa laa korang), tapi sebagai lagu wajib untuk koir beramai-ramai...disebabkan suara budak-budak lelaki ni semua tak sedap langsung, jadik cikgu punahsihat cuma pilih budak-budak pompuan jer untuk menyanyikan lagu ni...masa intro okay ler...tapi bila sampai korus --'ketika kau, perlukan aku, sentiasa aku, ada di sisimu...ketikaku, rindu padamu, terasa cinta...semakin dalam...sayang...!!!!!!' masa sebut perkataan sayang tu, ramai yang tak smapai jadi guna suara soprano untuk mengelakkan daripada kena ketawa.....tapi yang aku pelik tu, persembahan tu menang johan...aku pon tak tahu macma mana ler pengadil tu bagi markah...agaknya masa jeritan soprano tu 'dilaungkan' segala jembalang tanah keluar jadi back up..tu yang sampai salah sorang perserta perkhemahan, jasopha (bukan nama sebenar) kena rasuk hantu...hahaha....

lagu keempat -- resahku, rohana jalil...lagu ni memang best..tak caya tanya laa si miss...sebab apa, lagu ni menjadi lagu wajib aku kalau menyertai muzik-muzik peringkat kelas 6 cempaka..kah kah kah..nak dijadikan cerita, sekali lagi aku dengan miss dipilih oleh cikgu pbsm untuk menyertai perkhemahan pbsm kat sekolah menengah bandar easter pada pertengahan tahun 1990. tak silap aku, hairul zairi bachok (dengar nak kawin dah, jangan lupa jemput) pon join sekali...bila tiba time malam kebudayaan salah sorang perserta perkhemahan dari sekolah menengah arab kota tinggi, kak haslilin namanya keluar untuk mempersembahkan nyanyian live...walaupun bertubuh besar (koran gpaham jer laa kan), tapi beliau mempunyai pemikiran positif dan yakin untuk menyampaikan single terbaru rohana jalil, resahku...masa dia nyanyi senyap sunyi kawasan kantin sekolah menengah bandar easter tu...kalau nyamuk lalu boleh dengar ler dengungannya....memang ngetop ler suara dia malam tu..cuma dia tak pakai ler hiassan kepala dan earring berbentuk ikan macam rohana jalil pakai waktu persembahan juara lagu...aku tak ingat apa yang dilakukan oleh wakil skbe untuk persembahan malam tu...kalau tak silap aku ramlee, norhanizam dan sapa lagi aku tak ingat dok menyanyi lagu isabella sampai nak pecah mikrofon...masa tu aku dok berguling-guling gelak kat belakang denagn miss sebab tak mau masuk buat persembahan...lagu kelima -- masih lagi dengan rock kapak..kali ni lagu cinta bandar tasik selatan...aku pon tak tau kenapa aku suka dengar lagu ni...masa tu tak silap aku tahun 1992, waktu form 2...first time aku dengar lagu ni waktu si maslina saiman dan kasmah kamis -- member sekelas yang duduk depan aku dok curik-curik nyanyi lagu ni...yang aku nak tergelak dia orang siap buat nota kecik untuk tulis lirik lagu tu dan hafal..wah hebat betul budak zaman tu kan..orang suruh hafal formula matematik atau fakta sejarah, tapi sibuk tulis lirik lagu..kalau lirik lagu dalam bahasa inggeris takpe laa jugak boleh memperkayakan lagi vocabulary..ni semua lirik cinta cintun..tak caya? contoh lirik tu kan -- 'bandar tasik selatan, mencermin kenangan syahdu, berderai airmata piluku..' melampau-lampau betul jiwang karatnya....tu bila time cikgu tanya soalan semua tak boleh jawab...kalau cikgu tanya kat mana letaknya bandar tasik selatan, pon for sure semua tak boleh jawab sebab semua mesti 'hengat' bandar tasik selatan tu cuma satu rekaan...walhal punya besar ler papan tanda bandar tasik selatan kat kl...

lagu keenam -- untukmu, feminin.. bila masuk form 3, kira dah moden ler siket masa tu kan...lagu- lagupon dah pelbagai..masa ni semua gila dengan muzik rap..aku pon tak paham konteks rap kat malaysia masa tu..yer laa kan masa tu takde internet lagi, jadi imej rap tu berpandukan majalah jer laa...tu yang ada sampai gantung cd kat leher, pon masing-masing sibuk nak gantung gak...yer laa masa tu kan cd mahal..penggunaan teknologi komputer pon tak meluas lagi...msc pun launched sekitar 96/97 macam tu...so kira, precious ler cd gantung kat leher masa tu...tak tahu ler harga berapa kan....yang takde duit nak beli cd gantung kat leher terpaksa ler carik alternatif lain macma tudung periuk...palign teruk pon beli kad manila lepas tu gunting bulat-bulat macam bentuk cd pun kira allrite elr (sorry ek, aku tak buat menatang ni semua...korang jangan provoke bukan-bukan)....antara kumpulan 'rap' yang ngetop masa tu ialah feminin...lagu memang best tapi bila nyanyi rasa macam hujan nak turun satu lembah....imej memang up to date..kira ada class ler dalam berfashion...yang aku tak lupa tu fesyen rambut feminin yang macam tempurung kelapa, pakai earring bentuk O besar gedabak boleh masuk dua tangan, dengan skirt labuh kuning dan baju belang-belang..lepas tu menyanyi lagu 'rap' ala-ala hidup segan mati tak mau -- 'angin bayu, membawa diriku, sepintas lalu, kuterkenangkan mu...' punya laa syahdu dan gembira terbang....rap? langsung takde...jangan harap ler..aku pon tak tahu ler mana yang dikatakan rap....pop adalah...ni member aku si raja ni suka betul dengan kumpulan ni...kalau pergi karaoke manjang nak nyanyi lagu untukmu...disebabkan fizikal tak mengizinkan beliau untuk melompat 'rap' ala-ala, cukuplah sekadar intro yang manjang uhhh uhhhh uhhuhuhuuuuuu......

lagu ketujuh -- curiga, ning baizura...tak sah kalau tak cerita pasal lagu curiga ni....ni kira gaya menyanyi lagu r&b soprano yang kelihatan agak asing di kalangan masyarakat melayu masa tu kan...biasalah, mana-mana masyarakat pon..sesuatu yang pelik tapi best akan dapat sambutan...tak caya tanyalah sesapa pon..dengan imej dan vokal ala-ala orang kulit hitam amerika (kononnya), ning berjaya memukau semua khalayak malaysia termasuklah member-member aku macam si rizal haron, razali muhd dan zaki pua'at..aku rasa yang palng fanatik dengan ning baizura ni hairul zairi bachok (kah kah kah..sorry zai)...sudin pon suka gak..asyik-asyik akan jerit part 'disebalik, keasyikan itu....lalu ku tersingkir, menjauh.....di sudut, memori duka, abadi........' tang part 'abadi' tu yang aku tak bleh tahan...keluar ler semua suara jantan katak bentong tapi sibuk nak tiru macam ning...aku? masa tu aku tak terlibat dengan semua-semua ni..aku budak baik masa tu..kah kah kah....lagu kelapan - rindu, amelina...tahun 90 an ni banyak betul genre muzik yang muncul...dangdut antara satu-satunya muzik golongan commonner esp yang tinggal kat kawasan felda macam aku ni...sebut jer amelina, semua tahu...lagu ah! ah! ah! dia tu yang tak boleh tahan..semua adik kak pak cik mak cik sibuk berebut nak cakap ah! ah! ah! time amelina nyanyi lagu tu kat live hiburan minggu ini....sebut pasal dangdut, member aku dayang erwanita cukup fanatik dengan mas idayu..nak-nak lagu 'seminggu sekali, kau datang padaku membawa, cinta yang suci...' tapi masa tu populariti amelina begitu kukuh sampai takde sapa bleh cabar...kalau ada majlis kawin mesti ada yang sibuk nak nyanyi lagu amelina...yang ada tu tak macam menyanyi, macam bunyi orang marhaban pon ada jugak..keh keh keh....tapi takpe, janji kita rock dan happy....bantai jer laa..


lagu kesembilan - puji-pujian, raihan...aku ingat kumpulan nasyid berbentuk kontemporari (tak tau ler betul ke dak) muncul macam cendawan dan menjadi idola begitu ramai mahasiswa-siswi IPTA ..antara member aku yang terlibat dengan muzik nasyid ni ialah si miss tu laa...hebat siap tempah jubah arab dan serban iraq sebab nak masuk nasyid mewakili kolej..tapi dia bagi tau terus lari sebab konsep tersebut tak bersesuaian dengan jiwanya yang masih tebal dengan pop rock...kah kah kah...member aku si e-she masa kat UM dulu tu pon suka betul dengan lagu-lagu nasyid...asyik ler dengar lagu nasyid..satu hari tu aku bukak lagu misha omar kuat-kuat, terus dia dah tak dengar lagi lagu nasyid tu...yang lawak masa ekspo konvo kat UM lagu nasyid ni laa yang berkumandang hari-hari..sampai aku pon nak tertido masa datang 'shopping' kat pesta konvo yang tahap pasar malam...eh jangan marah ler, tapi tak caya cuba tengok dan bandingkan sendiri...member aku semua cakap macam tu...tak happening langsung..tapi panggil pesta..kih kih kih...tu yang aku pergi cuma 3-4 kali jer...jangan plak cakap aku anti muzik nasyid...lagu kesepuluh -- putus terpaksa...sebenarnya aku dah tak tau nak tulis apa lagi sebab wotka dok tanya aku ni buat keje ke curik tulang..then aku cakap ler kat wotka, this is one of my skills as tactic..kah kah kah....lagu putus terpaksa ni favourite miss sebenarnya...dulu dia suka betul dengan ziana zain..dia cakap kat aku 3-4 kali dia pergi cinema kat pelangi mall di jb tu semata-mata nak tengok filem sembilu..sebab ada ziana zain tu yang dia minat sangat nak tengok...masa tu kak ziana tengah ngetop dengan lagu-lagu bernada tinggi yang sapa bleh nyanyi memang for sure aku salute hitler punya laa..tapi tak pernah plak aku dengar si miss ni nyanyi setanding dengan vokal ziana zain....balik-balik kalau aku call dia masa kat waha, dia asyik ler ulang-ulang korus lagu sangkar cinta -- 'yek eh! yek eh!' kah kah kah....dah ler..aku letih dah..nak sambung buat keje....

Jumaat, Mei 15, 2009

Edisi Khas Hari Guru: Sekolah Menengah Bandar Easter Kota Tinggi, Johor --- Guru Pembina Negara Bangsa

Okay laa miss...kali ni biar plak aku tambah cerita kenangan di sekolah menengah bandar easter...tak lengkap rasanya kalau tak bercerita tentang SMBE sempena hari guru yang bakal kita sambut lagi dua hari....apa pun sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari guru kat beberapa member aku yang satu course kat malaya sesi 99/01 yang dah pon jadik cikgu macam mat tembon, shamsul, bustaman, enon, mary, shahrizal dan yang lain-lain lagi....begitu jugak dengan member-member satu sekolah kat SKBE dan SMBE macam suhayani, shalawati dan norfaezah...tak ketinggalan member-member waktu form 6 kat maktab adabi maharani macam safuanezam, asrul, kamarul, murugan, adriana dan mumtazzah. Selamat hari guru 2009! Masa bukak friendster pagi-pagi tadi, terbaca lak discussion kat group sekolah menengah bandar easter kota tinggi johor. depa cadang nak ajak semua bekas pelajar sekolah datang ke SMKBE untuk meraikan hari guru tahun ni. sambutan hari guru ni dah macam ritual kat mana-mana sekolah seluruh malaysia. objektifnya satu jer- meraikan guru-guru yang berpenat lelah mengajar anak murid yang perangai kadang-kadang macam gampang. haha. nak buat macam mana kan. itulah cabaran kerjaya sebagai seorang guru. bak kata orang, guru ibarat lilin yang membakar diri semata-mata nak menerangi kehidupan anak murid.

Waktu mula-mula masuk SMBE ni dulu aku agak terkejut jugak sebab senior-senior macam budak form 4 dan form 5 semuanya besar-besar...maksud aku dari segi fizikal..tinggi dan sesuai laa kalau panggil budak sekolah menengah atau high school. Tapi time batch aku alahai budak-budak semua macam ikan bilis kecuali miss...hahaha....tapi satu perkara yang menarik tentang SMBE time tu, budak-budak takut dengan betul dengan cikgu...apa yang cikgu cakap semua akan turut 100 persen. Maklumlah, masa tu hukuman rotan masih lagi dijalankan. Tak silap laa ni takde hukuman rotan. Tu yang budak makin nakal...dan boleh jugak dikatakan jahat sebab ada yang siap boleh join geng kongsi gelap dan merempit...siap masuk dalam youtube lagi aku tengok..hahaha...yang join geng tu siap letak geng kapak merah lagi...mak aii hebatnya sampai ada trademark kapak mengalahkan parti komunis soviet...hahaha....cikgu pertama yang jadik cikgu kelas aku waktu kat SMBE tak silap aku cikgu tan lee yong. Statement yang dia yang aku ingat sampai sekarang – ‘janganlah sekali-kali meniru. Percayalah kepada diri sendiri.’ waktu belajar kat dalam kelas tingkatan satu ilham ni yang paling lawak ialah bila cikgu tan ajar menyanyi lagu ‘how much is the doggie in the window’. Nak tergelak-gelak aku dengan zaki kat belakang kelas menyanyi lagu ni. Yelah, duduk kat felda tak pernah-pernah nyanyi lagu omputeh, tiba-tiba cikgu tan suruh nyanyi lagu tu...kalo tak mesti tak habis-habis dengan lagu rock kapak, kak melah atau pun paling latest masa tu kak ziana...bila cikgu tan kena pergi kursus selama beberapa bulan, cikgu mad zain ambik alih kelas satu ilham tu...lama gak dalam 3-4 bulan..cikgu mad zain ni seperti biasa memang best ajar sejarah...kalau nak bandingkan dengan cikgu aziah yang suka tumbuk bahu orang tu, cikgu mad zain ni lagi terror ajar sejarah walaupun membosankan...hahaha....masa kat tingkatan satu ilham ni aku jarang pegi rehat kat kantin sebab masa tu takut plak tengok punya ramai laa umat beratur nak beli makanan...lepas tu tolak menolak adalah perkara biasa...macam laa makanan tu semua boleh hilang...hahaha..kadang-kadang tu aku teringat plak dokumentari tentang kanak-kanak terbiar kat india...adalah lebih kurang macam tu budak-budak kat smbe dulu...yer laa negara baru nak membangun kan..tak macam sekarang rasanya dah maju...budak-budak pun agaknya beratur nicely bila nak beli makanan kat kantin..agaknya laaa....

bila masuk tingkatan dua, aku ke sesi sebelah pagi dan miss plak ke sebelah petang...jadi makin jarang kami jumpa..nasib baik zaki sekelas dengan aku jadik takde laa rasa sunyi sangat...plak tu dah ler kelas dua ilham bersebelahan dengan tingkatan 2 SPT 4...kelas ni dikira kelas paling teruk masa tu...kalau ikut tahap kasta india, kelas 2 SPT 4 ni berada pada tahap pariah...bukan ler nak menghina tapi itu laa kapasiti yang boleh aku berikan untuk kelas tersebut....student kelas tu makk aii Tuhan jer laa yang tahu...perangai punya laa teruk walaupun tak mencapai tahap henry gurney...syiling kelas tu sampai pecah-pecah, kerusi meja jangan cakap laa..habis patah semua....tak tahu ler aku depa makan kerusi meja kot time study kat dalam kelas...masa kat tingkatan dua ilham ni cikgu kelas bertukar-tukar jugak...sekejap cikgu rahim lepas tu cikgu iskandarrani ambik alih...tapi seronok laa jugak..masa tu rakan sekelas agak ramai dan emriah azman ahmad, nazri noh, helly ameza, roslila ishak, marlina omar, yazid wagiman, razmi ali, maslina saiman, kasmah kamis, norzlyana zainudin, esmawati multar, zaki puaat, suriyati mansor, norfaezah mohamad, suziana abu, dan ramai lagi aku tak ingat...walaupun aku ketua kelas masa tu tapi tak semua aku ingat..kalau tengok gambar satu kelas kat almbum di kampung rasanya ingat kot..malang betul masa balik kampung hari tu aku lupa nak beli scanner...kalo tak habis semua gambar dulu-dulu akus can dan upload kat sini...hahaha..

satu perkara yang aku tak boleh lupa waktu kat dalam tingkatan dua ilham ni ialah bila sorang cikgu naik hangin sebab satu kelas buat bising masa cikgu takde...cikgu ni depa panggil cikgu singa sebab moody tak tentu pasal...tapi dia sebenarnya baik dan sampai sekarang aku rasa dia ingat nama aku...last aku jumpa dia kira-kira 6-7 tahun yang lalu kat bandar kota tinggi....bila dia masuk kat kelas tu dia tanya kenapa you all buat bising? Tak silap aku dia cakap omputeh sebab she was trained in the states...lepas tu dia suruh kita orang semua berdiri atas meja....malangnya disebabkan sorang student kat belakang lambat sangat naik atas meja, dia terus capai buku teks geografi kat atas meja student yang duduk paling depan dalam kelas - tak silap aku meja hally emiza amin dan baling ke arah mereka...dan tak pasal-pasal marlina omar yang duduk kat bahagian tengah kelas yang kena...apa lagi melalak ler budak tu...dah ler buku teks tu tebal...ingat tak sakit ke kena baling dengan buku teks...hahaha...lepas tamat tingkatan dua, aku pon di trasnfer ke kelas 3 jasa...zaki plak ke kelas tiga gemilang...masa ni aku rasa langsung tak best sebab tkde member yang best kat dalam kelas...nak-nak dikelilingi ‘the brain’ – meminjam kata-kata drew barrymoore dalam never been kissed. Suffer laa jugak....cikgu kelas masa ni ialah cikgu ramesh yang berhempas pulas ajar english tapi nak buat macam mana kan dah nama budak melayu, memang susah nak ajar english....cikgu-cikgu lain yng turut mengajar aku masa tu – geografi/cikgu zaharah – asyik laa dok mengajar pasal contour ...aku masa tu dok pening ape kebenda laa cikgu ni ajar...bila aku masuk uni dan tengok member-member yang amek geografi buat menatang tu, baru ler aku paham..tapi kalau suruh buat lagi benda tu sekarang mintak maap ler den memang lupa...

sains/cikgu kamson – tak silap aku cikgu zaharah ni kawin dengan cikgu kamson...masa ni cikgu berkumis tebal ni popular dengan mengajar sains kat smbe selain daripada cikgu maat. Yer laa masa tu mana ramai cikgu sains lagi...laa ni melambak-lambak tak terkata... – matematik/cikgu saharuddin – tak perlu diterangkan lagi, sejajar dengan sifat anti matematik – aku memang tak paham langsung apa cikgu ni ajar...ingat lagi waktu dia mula-mula masuk kelas dia dok tanya berapakah markah matematik yang awak dapat waktu exam fina sem last year? Bila aku cakap dapat 40 markah terus jer dia cubit aku...hek elleh...itu pun nak cubit gak...macam ler matematik boleh kayakan orang....hahaha.....teruk betul aku masa tu...- sejarah/cikgu asman – masa ni aku memang minat sejarah..tanya laa apa pun kat dalam buku teks sejarah malaysia form 3 pasti aku ingat..laa ni dah tak ingat ler sebab aku tak tahu apa yang budak-budak laa ni belajar kat sekolah...tapi cikgu asman ni mengajar bersungguh-sungguh sebab semangat nasionalis dia kuat...haha... – agama islam/ustazah zurina – tak silap dia kawin dengan cikgu saharudin...membosankan....mungkin masa tu aku tak enjoy dok kat dalam kelas tu...aku rasa best lagi ustazah tumirah waktu kat skbe ajar..hahaha...tapi apa pun dia mengajar okay laaa....then bila dapat result tak best waktu PMR aku tak pernah salahkan cikgu yang mengajar tapi sebab aku tak pay attention kat dalam kelas...wei miss aku ingat elr si budak zam zam tu cakap dia makan sardin kat rumah masa dia terima reward utk pelajar terbaik PMR 1993...banyak ler aku cakap kat belakang waktu perhimpunan berlangsung..aku tau ler ko glamour masa tu sebab dapa pi sekolah teknik JB - ceh sempat lagi tu kutuk...hahaha..

haha...bila masuk form 4 dan terus ke aliran teknikal, masa ni aku start enjoy study...cikgu kelas masa ni ialah cikgu wardah....dia ajar matematik...mak aii bersungguh dia ajar aku matematik sebab dia tahu aku memang lemah giler matematik...macam-macam pendekatan dia buat untuk merangsang otak aku supaya paham maths tapi as I said once I said no, it means forever baby..lalalala....keh keh keh....susah betul sapa yang kena mengajar aku...cikgu wardah ni bukan calang-calang orang...she was trained in the states dalam bidang fizik...bahasa melayu/cikgu rohana..masa tu subjek ni bahasa melayu...laa ni bahasa malaysia plak...cikgu rohana ni best mengajar...lawak plak tu...dia bertanggungjawab mengajar aku menjadi lebih kritis dalam segala hal terutama bila menulis.. –english/cikgu azhar, yang kontroversi sebab dok marah aku masuk acara tari menari...bergaduh dan bermasam muka laa jugak sekejap sesama cikgu masa tu disebabkan hal-hal sebesar ikan bilis...agama islam/ustaz shukri, yang ni payah siket walaupun best mengajar...sebabnya selalu tak masuk kelas..tak tahu ler buat apa orang tua ni...hahaha... perdagangan/cikgu vincent, ni lagis atu kantolversi...pemalas nak mengajar....yang paling teruk permarkahan tak setara....nampak sangat dia tak tanda skrip exam..tu yang kena transfer ke sekolah lain tak lama lepas tu...tapi apa pun kira allrite laaa...ekonomi asas/cikgu wan zawiyah, cikgu paling best mengajar aku so far....she also was trained in the states...walaupun ekonomi asas ada maths, tapi aku bleh buat dengan jayanya...keh keh keh....pendidikan seni/cikgu iskandarrani...walaupun nampak garang tapi hati baik...suami cikgu wardah...selalu bagi nasihat agar terus berjaya...tapi perkara yang paling seronok kat SMBE ni ialah bila cikgu shis – yang mengajar subjek sains pertanian minta akud an rakan-rakan sekelas yang sekali ambik subjek tersebut buat projek untuk memenuhi keperluan penilain. So, aku pon pilih ler projek hidroponik...yang lawak tu, tak ramai budak-budak lelaki yang nak amek hidroponik sebab mereka lebih suka ternak ayam dan tanam cendawan. Agaknya masa tu hidroponik bunyik macam saintifik sangat so depa semua lari ke projek ayam dan cendawan...untuk kelas aku yang join projek tu dari kelas 4 teknikal 2 cuma shalawati, amidah, norazura, salina, norizam dan aku sendiri...dari kelas 4 teknikal 1 aku tak berapa ingat sangat...Cuma yang aku pasti rizal memang join projek tu sebab dia memang suka bab tanam menanam ni..keh keh keh....aku join projek tu sebab nak mengelakkan daripada kena jaga ayam dan sembur air kat cendawan hari-hari...projek hidroponik ni ringkas dan mudah...Cuma nak kena jaga laa kalau-kalau ada serangga yang datang menyerang...

Bila naik form 5, cikgu wardah masih jadi guru kelas...kebanyakan guru yang mengajar subek waktu form 4 masih terus kekal kecuali bahasa inggeris. Masa ni cikgu aishah yang mengajar...masa kat form 5 ni takde banyak benda sangat yang aku ingat..sorry laa miss aku ni kena tengok album gambar dulu baru ler aku bleh ingat apa peristiwa yang berlaku....oh ya, masa tu pergerakan putera Islam baru jer ditubuhkan...masing-masing dok melobi ler nak jadik pengerusi putera islam...lawak betul masa tu...tapi jangan ‘hengat’ aku plak yang sibuk melobi jawatan tu...hahaha..aku ni budak baik masa tu...keh keh keh....masa form 4 dan form 5 tahun 1994-95, kelas sains dan perdagangan cuma ada satu jer...laa ni bila aku tengok majalah ulung banyaknya kelas sains....agaknya budak-budak ni semua nak jadik saintis kot...hahaha...yang banyak kelas zaman aku study kat SMBE ni ialah aliran teknikal – tu pon cuma ada dua buah kelas...paling mendominasi ialah kelas kemanusiaan sebanyak 4 kelas...average satu kelas lebih kurang 25-35 orang kalau tak silap...menjenuh ler jugak sapa yang jadik cikgu zaman tu...dengan attitude budak-budak felda lagi...sebenarnya budak-budak felda ni bukanlah mangkuk semuanya...cuma yang taknak dengar cakap jer yang akan jadik betul-betul mangkuk...ada gak budak felda yang berjaya....waktu aku belajar kat private school kat muar dulu, ada laa sorang pakcik tu kata budak felda ni perangai teruk...dadah ler, bohsia ler...wah, wah sedap betul mulut dia memberikan label – atau men ‘streotype’ kan semua budak-budak felda dengan amalan yang buruk-buruk jer....ketuk kang kepala tu...hahahaa....tapi waktu kat sekolah rendah dulu ada sorang cikgu namanya cikgu nang rohani...dia ada laa cakap waktu mula-mula kena posting kat ‘Bandar Easter’ dia begitu teruja sebab ingatkan betul-betul bandar..rupanya Cuma kelapa sawit segala...rasanya kak gie pon macam tu gak kan? Hahaha...tapi apa pun aku rasa cikgu-cikgu yang pernah mengajar kat sekolah menengah bandar easter patut bangga sebab bukan mudah nak membentuk anak-anak felda berjaya dalam lapangan dan bidang masing-masing in the future.

Sambutan hari guru kat sekolah menengah bandar easter waktu tahun 90an terhad dengan perhimpunan khas depan anak murid. Dan seperti biasa semua kelas akan dibatalkan bagi memberikan penghormatan sehari untuk guru-guru kat sekolah. Waktu perhimpunan khas tu, macam biasalah lepas jer nyanyi lagu negaraku, lagu bangsa johor dan lagu sekolah, para cikgu akan menyanyikan lagu guru Malaysia. tak sure betul ke tak tajuk tu..tapi apa yang aku ingat intro dia lebih kurang macma ni - kami guru malaysia, berikrar dan berjanji...lalalala...macam tu ler...murid-murid pon terkebil-kebil laa tengok cikgu masing-masing menyanyi...pelik kot sebab biasanya murid-murid yang bersungguh-sungguh menyanyi time assembly...lepas tu pengetua sekolah akan memberikan perutusan khas sempena hari guru...biasanya teks ucapan tu akan diperolehi dari pejabat pendidikan daerah..seperti tahun-tahun sebelumnya jugak, terma-terma penting macam jasa, berkorban, sekolah, negara, bersungguh-sungguh semuanya ada laaa....habis jer pengetua bagi ucapan, pengumuman guru terbaik lelaki dan wanita akan dilakukan..aku pon dah lupa sapa cikgu terbaik waktu study dulu...yang aku cuma ingat waktu form 1 tak silap cikgu minhad yang mengajar subjek kemahiran hidup dan juga cikgu salina sabtu yang mengajar subjek sains menggondol anugerah tersebut...walaupun hadiah takdelah macam hebat seperti anugerah bintang popular berita harian atau anugerah industri muzik, tapi aku rasa anugerah cikgu terbaik ni telah pun melebihi tahap anugerah popular artis-artis (kononnya) yang takde faedah tu.....cikgu Minhad ni ajar kemahrian hidup waktu aku form 1..dia suka tanam pokok kat ladang experimen tepi sekolah tu...pokok-pokok tu disemai dalam polly bag dan dijuald engan harga dua puluh sen. Duit tersebut akan dikitar semula untuk membelikan kemudahan ladang tersebut macam anak benih dan juga perlatan menanam. Cikgu salina ni pulak aktif mengajar softball atau dalam bahasa melayunya bola lisut bagi pasukan wanita....aku tak paham apesal dia orang panggil bola lisut....hahahaha....lepas tu semua budak-budak yang masuk softball pangil dia bonda...dan sperti biasa jugaklah pasukan softball wanita SMBE yang hidup segan mati tak mahu tak pernah dapat johan sekalipun ketika itu..wakakakaka.....terkutuk laa pulak....tapi nasib baik ler ada cikgu salina sabtu ni...kalo tak mesti bukda-budak SMBE tak tahu apa itu softball...Lepas jer penyampaian anugerah cikgu terbaik dilakukan, acara sukan antara cikgu dan pelajar akan berlangsung...maka ramailah umat-umat student akan berlonggok kat tepi padang tengok cikgu dan murid bertanding acara bola jaring dan bola sepak...yang kaki bangku macam aku ni pon kena paksa tengok sekali...dah ler membosankan dan aku boleh ingat berapa kali aku menguap setiap kali aku tengok perlawanan cikgu dan murid berlangsung...hahaha...

tak tahu apa cerita SMBE sekarang...harap-harap semakin maju..lagi pon cikgu semakin ramai jadi lebih senang nak mengajar budak-budak..dulu cikgu tak cukup jadi cikgu terpaksa mengajar sampai 5-6 kelas dalam sehari...kalau aku pun tak sanggup....tengok muka budak-budak kat malaya pon rasa macam nak muntah hijau kadang-kadang...hahaha...apa pon sempena hari guru 2009 ni meh ler kita semua mengenang jasa-jasa guru yang pernah mendidik kita...bagi yang terasa hati dengan apa yang cikgu telah lakukan sepanjang kita belajar di sekolah menengah bandar easter tu, jangan laa ambil hati...bukanlah semua orang sempurna...cikgu pon kadang-kadang buat silap juga..tapi yang selalu banyak buat silap ialah anak murid...hahaha....untuk semua para guru di sekolah menengah bandar easter kota tinggi, johor – selamat menyambut hari guru 2009: Guru Pembina Negara Bangsa. Dan untuk semua pembaca, bersama-sama lah kita menghayati lirik lagu tema hari guru tahun ini yang bertajuk Guru Pembina Negara Bangsa. Harap korang tak nyanyi lagu kak melah plak...hahaha....

Bersedia melangkah megah, Walaupun sukar baktiku curah, Demi mu ibu pertiwi, Sumpah ku lafaz janji kukota, Berikrar eratkan bangsa, Kukuhkan cinta kepada Negara, Berjasa terus berjasa, Menyebarkan ilmu tiada batasnya,

Guru Pembina Negara Bangsa, Gagah perjuangkan visi Negara, Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa, Demi agama dan nusa tercinta, Guru Pembina Negara Bangsa, Tetap Unggul senadakan suara, Sehaluan menggapai matlamatnya, Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Khamis, Mei 14, 2009

Edisi Khas: Selamat Hari Guru 2009 -- Sekolah Menengah Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor

Kredit to miss di kano state, nigeria yang siapkan coretan khas sempena hari guru 2009 kali ni....Seminggu gak aku ambik masa nak siapkan coretan kali nie...Sebenarnya aku terpaksa menulis coretan nie...Aku bukan la sasterawan negara..Aku hanya insan biasa..Tapi memandangkan best friend aku yang macam mangkuk hayun nie beria2 benar request kat aku mencoretkan sesuatu..aku pasrah dalam keterpaksaan...Bak kata pepatah arab..Kita kawan-kawan tak mau lawan...14 tahun bai, aku tingalkan zaman persekolahan yang meninggalkan kenangan manis dan suka duka...hahaha ...Menitik air mata jantan aku nie bila terkenang2 kisah2 yang berlaku dulu...Umur 13 tahun aku mula2 menjejaki aku aku ke sekolah menengah pada tahun 1991... Bila terkenang2 zaman persekolahan ketika di Sekolah Menengah Bandar Easter (atau singkatan glamournya SMBE), aku tersenyum sinis...Menghabiskan hampir separuh zaman remaja disini....Walaupun aku hanya bersekolah disitu selama 3 tahun tetapi kebanyakan geng2 lama di SKBE melanjutkan pelajaran di sekolah yang sama...Nie sume geng2 yang dapat 2A, 1A atau tkde A dalam UPSR..Ha ambik ko! Dulu ada chance study main2...hahahaha...tapi kejadian yang berlaku ada hikmahnya kan..So sape pedulik!!....Kalo tak tak kan ler noya jadi best student SPM 1995....Tapi time tue dia menang mudah tanpa cabaran sebab aku dan geng2 lain yang tahap kepintaran yang hampir sama meninggalkan SMBE selepas PMR....Hahahhaha....Jangan marah la noya oii...Cuma aku tercari2 time tue geng2 SKBE yang missing in action antaranya Nurazuan Razali, Khairul Nizam Jamaludin, Lilihidayu Zubir, Suzana Abu Sairin, Rinda Hamin, Mashanizah Sakiman, Nerazuan Nen, Aida Mohd Nor, Hairon Alami, Zamzam Tukiban, khairenawati dll..Diorang dapat sambung belajar kt sekolah lebih baik atau pun malas nak belajar...Aduss!!...so aku, noya, zaki, zairi dan geng2 lain terpaksa meneruskan pelajaran di SMBE...Sekolah harian biasa tapi telah melahirkan ramai tokoh2 yang disegani di seantaro Gugusan Waha...Hahaha....Amboi melampau tue...Lama dah aku tk menjejak kaki ke sekolah keramat tue....

Teringat geng2 lama waktu di SMBE...Weh lame tak jumpa korang.....Aku imbas kembali nostalagia lama ok...hee..hee...Walaupun semua membawa haluan masing2 selepas ambik SPM tapi bila ada time free aku dan noya kerapkali akan menyingkap kembali atau membelek2 majalah sekolah ‘ULUNG” untuk sama-sama mengenang detik-detik indah time tue...kemana agaknya korang semua ek!!! Ada yang masuk universiti, kolej dan ada yang kerja selepas menamatkan tingkatan lima..Tak kurang jugak yang kawin awal...Amboi gatalnya tak sabar2...Hahaha...Apa khabar agaknya geng2 lame...Aku rasa hampir 95% dikalangan kitorang yg sudah berumahtangga dan mengahabiskan sisa2 hidup bersama keluarga...Cuma segelintir makhluk tuhan jer yang still hidup membujang smpai ke hari ini..Aku pun tak tau pe problem..Maybe terkena sumpahan mental kot..... Zaki Puaat, Azrul Aziz, Hisam Parman, Zulkefly Saian, Suhayani Rugani, Salwa Saedon, Aini Syahrin, Hamizi Hassan, Noraidah Samsuri, Norliza Wahab, Samsiah Fakeh, Razmi Mohamed, Syarifudin Abu Bakar, Norlaily Abdul Hamid, Azlina Ayob, Afizah Rajudin, Issahly Jais, Asrif Sameon, Norlinda Riduan, Norzamzam Minirin, Sumiamah Sakimin, Erwan Mohamad, Siti Suzana Baharom, Amizah Mohd Amin, Roslizawati Ibrahim, Nordiana Kusnan, Mariamah Tijo, Mahzan Mat Toha, Hishamuden Johan, Zulkairi Tupon, Norhidayu Yunos, Norhidayu Nasir, Idah Ruhayu Hassan, Rohaizah Alwi, Rohayu Hassan, Azizah Ibrahim, Norfamilah Ngatmi, Ramizan Rafaie, Yazid Abu Bakar, Nazir Tukichor, Nadzir Mohajir, Azmam Abu, Norman Salleh, Zahid Ponari, Azril Hisyam Jumaat, Nerazuan Nen, Rozalita Ramli, Norazura Kemad, Tinazila Musa, Shalawati Sidek, Rosetah Md Razib, Norzita Osman, Nurul Azlin Abdul Rahman, Isniliza Ibrahim, Faridah Seli, Fadzly Omar, Alfan Naim Katiman, Yusry Baai, Amran Muharram, Zamzarina Salleh, Normala Jemahat, Fahmy Sapari, Hairul Zairi Bachok, Kher Ramli, Lailizah Rahman, Marlina Omar, Esmawaty Multar, Anim Abdullah, Surya Yaacob, Norfaizal Naim, Fadly Yahya, Omar Yusof, Yazid Wagiman, Norazura Osman, Norzlyana Zainuddin, Saiful Bahrin, Zarina Hassan, Norhayati Noh, Ramlee Idris, Rostam Muhamad, Nazarudin Sani, Yasser Ali, Norhazlie Kliwon, Razali Muhammad, Rizal Haron, Mirzan Sabiran, Azlinawaty Alias, Zaiham Azril Zainon, Faizal Razib, Moideen Sadali, Zamry Amat, Siti Radhiah Kusnin, Roslila Ishak, Roslizawati Ibrahim, Inah Jaafar, Nahidah Mehah, Maslina Saiman, Asnor Atmuri, Murni Ibrahim, Norwati Abd Rahim, Asmidar Sulaiman, Azilah Misnan, Norhaslin Rominor, Rabihah Sirat, Zetty Asmara Musa, Nazir Samad, Rostam Muhammad, Sharizan Tongkol, Elly Amizah, Hamizah Ramli, Rohayu Hassan, Rohaizah Alwi, Fezawyah, Amidah Ali, Sidek Solihin, Suhaily Mustapha, Hairani Jufri, Zetty Asmara Musa, Norfamilah Ngatmi dll. Kalau nak disebutkan satu persatu nampak gaya 3 hari 3 malam pun tak abes...boleh jadi giler aku nie...Hahahaha...

Waktu mula2 menjejaki kaki waktu tue dalam tingkatan satu...sekolah sesi petang..Wah time tue dapat la kenal geng2 baru dari felda Bukit Waha, Bukit Easter dan Aping Timur...Macam2 gelagat budak2 dulu...perangai pun banyak yang pelik2...Sume nak control macho..ayu..macam lakhanat! Takyah la kalo nak control2 nie..pergi sekolah pun jalan kaki..Ape kelas..Paling gempak pun naik motor sendiri..tue pun motor cabuk....Noya ngan member baik dia si zaki nie jalan kaki je la...Budak2 Aping Timur nie datang sekolah naik bas...lagi la haru dibuatnya...sampai sekolah jer terabur tudung..abuk penuh kat muka..yang lelaki biasalah bwk sikat sebab rambut pun dh macam david arumugam alleycat sebab angin tiup ar...Time tue mane bas ada aircon...Ciss macam bau ada...kadang2 bas diorang nie selalu jer rosak..Tue yang best diorang nie kerjanya asyik jer memonteng....Muahhhh!!! time tue pergi sekolah pun parents bagi duit ade la dlm singgit kot..lagi2 dapat makan mi sup or mi kuah mak cik kantin tue memang best..sebab resipi kuah nya di buat dari tulang lembu....Ish terliur aku la...

Mcm biasa la budak baru sure de sesi orientasi...dekat seminggu kot..mcm2 aktiviti yang kitorang kene sertai trmasuklah sesi ceramah dan motivasi..2 benda nie dr dulu sampai sekarang mmg aku tak berkenan...sebab ape..kadang2 aku rasa orang yang memberikan motivasi tue syok sendiri..betul tak...lagi satu kene nyayikan lagu sekolah..yelah time tue kene hafal lagu sekolah....Nasihat itu ini tapi ntah diorang nie amalkan ke tak!!!kah kah....tapi time tue tkde kes ragging oleh pelajar senior...yelah sekolah biasa...karang buli2 kat luar kena belasah plak....biasalah semua nak jadi gangster felda.....Sampai mak bapak pun masuk campur! Boleh plak macam tue....Macam biasa tiap2 hari ada perhimpunan...nyanyi lagu negaraku....lagu negeri johor...lagu sekolah....dulu tak suka..tapi sekarang bila pkir2 balik time nie..langsung tk dapat nak nyanyi lagu2 tersebut....kah kah kah....tapi dulu2 kecut perut bila time perhimpunan harian ialah sesi membaca sifir dan baca artikel dalam bahasa inggeris kat depan budak2...nasib badan la sape yang kena...sape yang bertuah tue akan berdiri dihadapan budak2 lain dan cikgu yang bertugas akan memberikan arahan untuk membaca sifir berapa....mcm nak terkencing pun ade...lagi satu yang paling aku fed up ialah time sport check...nak sport check kasut la, rambut, kuku, buku teks la dll...kelakar la time tue...sampai misai dan janggut pun kene cukur licin....yang check biasanya ialah pengawas2 yang kitorang gelar sebagai tut!....hehehehe....biasala dulu zaman budak2 tk pikir ape...ketua pengawas kirorang panggil tut!!!!!....sape budak lelaki yang kena tahan abesla mmg kene libas kat bontot tue....yang pompuan kene cubit or pukul guna rotan kat tangan..ish2 tak adil la kan de perbezaan gender....cikgu disiplin yang garang time tue ialah cikgu Azhar Mansor atau dikenali sebagai cikgu ujang...garang giler time tue...suara dia la yg paling ampuh kalo bab2 menjerit nie..orangnya kecik jer tapi mak oii bapak segala singa pun kalah...cikgu pompuan plak yang garangnya mengalahkan singa betina ialah cikgu kholidah sayot dan Cikgu hamimah....
Ada satu insiden tue dimana agaknya budak pompuan tue bengang kot ngan cikgu Hamimah...dia tulis la perkatan lucah di dinding tandas..Siap buat perhimpunan tergempar lagi nak tau sape yang tulis perkataan tue...dan yang paling aku ingat dan terngiang2 dalam kepala hotak aku sampai kini ialah cikgu hamimah cakap “ Bapak kamu semua nie peneroka felda, Kalo saya saman nanti mampu ker nak bayar duit!!!! Amboiii..boleh plak cakap macam tue...Kalau sekarang dia cakap macam tue depan aku sure kene penumbuk....paling tak aku HAGOL (meminjam ayat cikgu zabedah) kepala dia kat dinding...tak pun suh dia tangankan mulut dia...Bila dah masuk ke tingkatan dua, masing2 dah mula main cintan cintun..bibit2 cinta sudah berputik ya....Cinta monyet la.....La aku pelik nape tak pangil cinta ayam ker..cinta beruk ker....Ape specialnya monyet!!! Couple cintan cintum yang gempak time tue seperti Suhayani dan zulkefly saian, Azrul dan amizah, Razmi dan Maslina, Yasser dan hairani..time tue berdating kat belakang kelas, dalam library..ish2 tempat macam tue pun jadi gak..astaga...tepi makmal bengkel kemahiran hidup...hahahaha......tapi yang aku tau hanya pasangan razmi dan jai , yasser dan hairani yang kekal dan berkahwin sampai la ke hari ini...,yang lain sume kawin ngan org lain...cinta sehangat tahi ayam jer...bila bau taik hilang...cari taik baru yang lebih wangi....hahahhaa....tapi kalo pikir2 balik macam gampang jer sebab aku dulu selalu la jgk p temankan azrul dan amizah nie pergi dating kat library...kah kah..bersama2 seorang lagi mangkuk hayun roslizawati atau dikenali sebagai mak mok...mak mok anak 4 orang sekarang...wah kelazz ko....time tue semua budak2 nie bergaya abes g sekolah..lagi2 iron baju tajam..lipas jatuh kat baju pun boleh kiok....

yang pompuan bedak muka tue..tebal sampi 3 inci..sebab nak nampak cantik lagi bergaya....Time tue macam Yasser Ali, Hamizi Hassan, Norliza Wahab dan Aini Shahrin kiranya paling popular la...Nie sume budak aping!! Mane pergi hero2 dan heroin2 terlampau dari Simpang Waha!!!! Duk bawah tempurung kelapa ek...Tingkatan tiga tahun kritikal kitorang sebab ada PMR...Mula2 diperkenalkan tahun 1993...Sebelum nie SRP..Kira kitorang nie dijadikan eksperimen la...Time tue jugak semua sibuk menjalankan kajian tempatan sejarah dan geografi...So tiap2 petang kena la g site...g stesyen teksi la...kampung makam kota tinggi la...nie semua untuk memenuhi syarat 20% untuk peperiksaan PMR....Tue tak termasuk lagi kajian tentang tanaman kontan, sara diri, ladang...Tak pasal2 kene masuk kebun dan buat interview ala2 majalah tiga...kira time tue sume de bakat sebagai perantaraan la....so mane2 pakcik yang just tanam ubi kayu ala2 hidup segan tapi tak mau pun sibuk gak nak interframe..hahahha....Time tue elektrik baru masuk kat felda..Kesian kitorang dulu2 bersusah payah belajar dalam kegelapan....Bila result PMR diumumkan member aku nie yang memang kepandaian mengalahkan cikgu time tue..sape lagi Norzamzam minirin dapat 7A....pelajat terbaik time tue...Semasa perhimpuanan Pengetua time tue panggil dia ke depan..adela interview ckit2...bagi duit seratus ringgit kalo tk silap aku...dalam interview tue paling aku tk puas hati bila pengetua tanya kat rumah selalu makan apa...boleh si zamzam nie ngan spontan tanpa rasa bersalah cakap makan sardin dan ikan kering!!!! Kah kah kah....lawak tul....so pengetua cakap..ha tengok makan sardin ngan ikan kering pun leh dapat 7A..kalau makan ayam daging sure leh score sume A..tapi aku tak tau la si noya nie hengat tak!!! Sebab keje si noya nie asyik jer berborak time perhimpunan....Si Zamzam sekarang berjawatan besar dan bekerja sebagai Pegawai Kanan di TLDM Lumut....Hebat ko bro...round the world ko ek....lain2 budak macam Irwan (6A), Nerazuan dan norfaezah (5A), anim, azrul, norhidayu, suhayani (4A)...Noya!!! yang ado time tue...

Noya ko hengat tak sukantara time tue...setiap budak2 kena masuk 3 acara; lari 100m, lompat jauh dan melontar peluru...sukantara nie macam kira bagi mata la kat rumah2 sukan...kiranya semua org kene sertai la...tapi ada gak yang malu kucing nak lari pun pegang baju, pegang tudung..kah kah...kalo aku jadi cikgu time tue memang kene tempeleng!...tapi aku paling terror acara lontar peluru la..confirmed tiap2 kali sukantara 3 mata penuh aku sumbangkan untuk rumah sukan aku...nama rumah sukan pun ambik nama burung....Kenari, Merak, Bayan (burung bayan memang top time tue), Helang..Tapi selalunya yang jadi champion ialah rumah helang or kenari...sebab nya ramai jaguh sukan ala2 kampung yang dilahirkan oleh SMBE that time...antaranya ialah pakar lompat kijang, lompat jauh dan lari 100m..sape tak kenal razali muhammad...tapi last2 tewas jugak sbb berat badan semakin bertambah...kah kah...pastue timbul pulak jaguh2 baru seperti yasser ali, mirzan sabiran dll..kalo yang pompuan seperti azizah ibrahim...norzlyana zainudin dan pakar lontar peluru dan rejam lembing..zarina hassan (ex awek aku) kah kah kah....tapi Smbe jugak de melahirkan pakar lari berganti2 4x100m..tak tau dia nie anchor man or just reserved....zaki puaat..tk sangka zaki de bakat rupanya..selain syarifudin abu bakar...kalo tak silap aku si noya nie de gak masuk acara jarak jauh..800m kot..tapi tau2 jelah no berapa dia dapat..kah kah....tapi yang pasti dalam ingatan aku..razali muhammad, yasser ali dan azizah ibrahim pernah mengondol anugerah olahragawan/olahragawati SMBE...tue semua dalam kenangan.....Sampai sekarang still lagi teringat detik2 semasa lintas hormat perbarisan rumah sukan dan unit badan beruniform..pengakap, PBSM, Pandu Puteri, Puteri Islam, Putera Islam, Kadet Bomba....time tue rasa bangga jer...

Kalau la aku ade power sehebat doraemon, cukup la sekali dlm seumur hidup putar kembali masa zaman sekolah dulu....banyak tul kenangan manis....kenangan pahit pun ada..antaranya bila kena denda dengan cikgu sebab satu kelas tak dapat jawab soalan...bayangkan kena jalan itik keliling bangunan sambil bunyi macam itik..kuek..kuek...malu giler time tue...tapi sekarang bila pkir balik rasa kelakar la...selain kena ketuk ngan buku teks sbb tk sampul buku, tue belum lagi kene piat kat telinga or cubit....sekali la gak aku kene tempeleng ngan cikgu Kholidah sayot sebab berbual dalam kelas..bila dia tanya aku tak tau jawab....hahahha...kene lempang ngan cikgu aziah sebab aku bergaduh ngan azrul...musuh ketat aku..tapi akhirnya jadi kawan baik...lama tk jumpe ko bro...kene tarik side burn dengan cikgu hasrafunnisa sebab aku rehat awal pergi minum dikantin dengan hisam parman...hahahha....noya ko kene ape...noya baik zaman SMBE...Cikgu2 yang aku sayang time tue ialah cikgu Aziah, cikgu mat zain, cikgu saharudin dan juga cikgu badrol hisyam....Ape khabar2 cikgu2 semua....dan tak lupa juga cikgu lain seperti cikgu Maat Kozin, cikgu hasrafunnisa, cikgu paijah, cikgu hamimah, cikgu ujang, cikgu mat, cikgu nazarudin, cikgu Zubaidah, ustzh zaimah, ustzh hanisah, cikgu freda francoice, mr vincent, mr kahtirvelo, cikgu puspha, cikgu aminah, cikgu kholidah, cikgu Roslina, cikgu noriah cun, cikgu noriah tua, cikgu zarina, cikgu mimi, cikgu zuraidah, cikgu khir, cikgu fazilah, cikgu fadilah, cikgu maizurah,..noya ko tambah la aku pening dh tak hengat la....kah kah kah...belum terlambat aku nak mengucapkan selamat hari guru...jasamu dikenang....Dan kalo nak bercerita cikgu2 yang popular time tue dan selalu menang cikgu paling popular SMBE ialah cikgu noriah cun dan cikgu sape tah yg pompuan main softball tue..cikgu lelaki cikgu ujang la....Sebelum aku menoktahkan coretan ini ada beberapa perkara ingin aku luahkan..1) Kenapa dulu2 bila buat jamuan kelas..Kitorang yang keluarkan duit perbelanjaan...Sepatutnya cikgu2 la yang bagi duit sebeb cikgu time dah kerja dan ada banyak duit..kih kih...pastue cikgu2 datang masuk kelas tanpa ada jemputan...hahahha..2) Kenapa dulu2 berebut ambik kapur papan hitam...pastu kena sekat lagi setiap kelas hanya leh ambik 3-4 batang kapur jer...kan senang bagi sekotak kaput terus...bukan kitorng nak makan kapur pun..Cuma main baling2 jer dalam kelas...tue pun sebagai hiburan...3) Kenapa dulu2 cikgu suka kitorang salin nota kat papan hitam...Sebab dulu aku malas nak salin nota terutama sejarah..panjang berjela2...kan senang bagi buku..lantak la sape nak baca ker tak...