Memaparkan catatan dengan label universiti malaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label universiti malaya. Papar semua catatan

Ahad, Mei 16, 2010

Selamat Hari Guru 2010



Blogs ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik yang pernah dan yang sedang mengajar Sekolah Kebangsaan Bandar Easter dan Sekolah Menengah Bandar Easter Kota Tinggi Johor, dan guru-guru di Maktab Adabi Maharani, Muar Johor. Guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Easter: antaranya Cikgu Subri Sumirin (yang sentiasa cool),cikgu Rukimin Abu Kahar (yang sensitif tapi mesra - biasalah baru keluar maktab kan masa tu...lailiza dengan esma suka betol dengan cikgu ni, aku pon tak paham), Cikgu Noraini Abdul Karim (pengajar matematik yang berkesan untuk miss tapi tidak untuk aku - katakan tidak kepada matematik hahaha), Ustazah Norliah Idris (cikgu agama islam yang cakap aku ketua kelas tak guna sebab aku pon buat bising dalam kelas sekali, ciss macam laa dia tak pernah buat bising masa jadik budak sekolah), cikgu Aris Padillah (yang berdating dengan cikgu Nora kat dalam library waktu aku tengah sibuk jaga library, tapi dia memang ngetop sebab bagi banyak tips dalam subjek Alam dan Manusia..yer laa masa tu kan bersaing hebat dengan kelas 6 Melati), cikgu Zulkifli Shariff (yang mengajar koir dan cara-cara mengguna rekoder dengan betul), cikgu latifah (cikgu muzik yang sentiasa bergaya dengan fesyen terkini) cikgu Khairunnisa Haji Baharom (tak sangka bleh kawin dengan cikgu Zul, dia rapat dengan aku dulu tapi moody, tak suka beb), cikgu Kalsom (cikgu yang suruh aku baca buku cerita bahasa inggeris kat depan perhimpunan sekolah waktu darjah 4), Cikgu Dalimah Dali (yang melempang aku sebab tak paham-paham matematik, sorry laa cikgu dali, i hate maths), Ustazah Tumirah (yang suka menyebut rokoyahhh...ketika memanggil rokiah, pelajar popular 6 cempaka), Cikgu Mat Shah (yang melempang aku sebab aku buang sampah depan dia, eleh macam bagus sangat, tunggu ler anak kau plak aku lempang)

Guru-Guru Sekolah Menengah Bandar Easter: Cikgu Mat Zin (yang cool dan aku paling suka dia mengajar subjek sejarah dan bahasa Melayu), cikgu Wardah Daud (yang bermati-matian ajar aku matematik, tapi macam tu ler gak aku tetap tak boleh paham), cikgu Iskandar Mohamad (yang mengajar aku melukis, walaupun susah tapi tetap boleh survive berbanding matematik yang susah tu), Cikgu Shis (yang mengajar subjek sains pertanian, dia memang best), Cikgu Wan zawiyah (suara yang besar berdengung-dengung, mek kelate yang mengajar ekonomi asas, sangat bagus), cikgu noriyah (yang marah budak-budak kelas 4 teknikal dua sebab tak buat keje, tak caya tanya si wati... biasa lah tengah pregnant kan masa tu), cikgu rohana (yang mengajar bahasa Melayu, begitu kritis dengan penulisan karangan aku masa tu, yer laa tu hahaha), cikgu ramesh (yang menjadi guru kelas 3 jasa, aku tak boleh ingat duduk kat kelas ni, rasa panas jer kan tiap2 hari), cikgu Aishah (guru bahasa inggeris yang bagus, sayang dia datang lewat bila dah nak dekat-dekat tahun terakhir di SMBE)...

Guru-guru di Maktab Adabi Maharani: Cikgu Zakaria (yang sanggup mengutip aku selepas dibuang dari ITM, jasamu dikenang), cikgu Hassan (yang siap bergaduh dengan aku sbb aku dok komplen dia macam-macam tapi dah jadik geng baik sekarang, apa khabar cikgu?), cikgu maimunah (yang asyik menjerit bila aku lambat menulis esei pengajian am),cikgu zainab (yang mengajar subjek bahasa melayu dengan baik), arwah cikgu haznah (yang mengajar sastera moden tingkatan 6).

juga kawan-kawan yang bertugas sebagai guru: cikgu shalawati sidek (rakan sekelas tingkatan 4 dan 5, dan sama-sama ke ITM tapi hanya dia sampai ke garisan penamat, aku plak lingkup), cikgu hairon alami ibrahim (pelajar ngetop 6 mawar), cikgu norfaezah hanafei (pelajar ngetop 6 kenanga), cikgu lailizah rahman (pelajar top 3 6 cempaka), cikgu marlina omar (opss bila fikir-fikir balik rupanya marlina menjadi cikgu, nampaknya bukan lailizah seorang, maka seri dengan 6 Mawar), Cikgu enon (rakan sekursus di UM), Cikgu Mat Tembon (Rakan sekursus di UM), Cikgu Farid (student di UM), dan ramai lagi yang mungkin aku tak dapat sebut semua di sini..selamat hari guru :P

Sabtu, Mac 28, 2009

okes - balik 'kampung'

posting sebelum depart malam esok...semua dah kemas...barang-barang semua dah packed...cuma nak fotocopy semua transkrip interview...aku harap kali ni semua maklumat yang diperolehi cukup dan aku tak perlu lagi buat any interview...penat..bukan apa penat nak cari responden...itu pon nasib baik mak aku tolong kat kampung...kat jb lak, amad najahal punya laa bersungguh-sungguh tolong...cuma kat kl jer aku carik sendiri...nasib baik ada member sporting macam si mas, azah, eliz, kak ayu, ika, kak kathijah, kak haizan, che tuan dan ramai lagi yang sukarela untuk jadi responden dan membantu aku mencari responden. so, lusa persekitaran aku akan berubah seratus persen...ini bermakna attitude aku turut berubah mengikut pusingan 360 darjah...wakakaka...tak caya tanya ler member kat sini...kalau erwanita tengok aku kat sini mesti terkeluar nasik lemak yang dia makan pagi tadi (anyway selamat meyambut hari wanita 2009 wakakakaka - kutuk siket)...


apa pun aku nak ucapkan terima kasih laa kat semua member-member yang sudi spare time untuk lepaks dengan aku sepanjang tiga bulan terutama kat dayang erwanita (bukan nama sebenar) dan amad najahalina (nama samaran)...muahaha...thanks a lot gak buat maria farida (fizikal tak sama hahaha) sebab sudi datang jemput kat kuala lumpur semata-mata nak introduce kat aku apa itu daerah rawang...mak aii takut giler aku....punya laa jauh dan gelap...keh keh keh....terima kasih daun keladi laa jugak kat semua makcik-makcik terpilih felda simpang waha sebab sporting banget untuk diinterview..lepas ni musti kena jadik participant for the next research....wakakaka....ni balik 112 lygon st aku kena mengemas bilik laaa pulak..dah ler bilik tu aku tak pernah vacuum dah lama giler..aku rasa mesti dah tumbuh pokok atau ada forest spirit macam dalam anime princess mononoke arahan hayao miyazaki...lepas tu nak kena hangkut semua buku-buku dari bilik ke working space..nasib baik ler depa delay pindah ke new building...kalau tak dah satu keje aku nak angkut semua barang-barang aku dari current building...tensen gak..tapi tak ler setensen dok kat office di kl....betul-betul bosan..muahahaha...

Selasa, Februari 03, 2009

stesen berikutnya: Rawang


foto-foto ni sebenarnya first trip aku ke kuala lumpur tempohari untuk bertemu maria farida (bukan nama sebenar) di rawang dan juga dayang erwanita (boleh dianggap sebenar jika perlu, muahahaha) di kuala lumpur. ini pon aku baru jer dapatkan dari dayang erwanita sewaktu aku melawat melaka kelmarin. itu pon tak semua aku dapat disebabkan pen drive aku dah penuh. tapi sebelum tu aku nak mengucapkan semoga cepat sembuh kepada maria farida disebabkan terkena serangan demam denggi. aku harap tak serius. kalau dia nak aku jampikan air penawar versi yahu-yahu buleh jugak....hahaha. aku sebenarnya malas nak bubuh foto diri sendiri kat sini. tapi disebabkan terlalu banyak permintaan dari hati ke hati (muahahaha...perasan gampang), maka aku letakkan laa foto aku kat sini jugak. foto ni diambil oleh dayang erwanita ketika aku tengah masukkan barang-barang ke dalam kereta depan rumah sewa farid di rawang ni.

selepas jer dayang erwanita ambik gambar tu, terus jer jiran tetangga maria farida datang menyapa bertanya khabar. depa ingatkan kami ni semua tinggal serumah dan baru berpindah di situ. sebenarnya kami cuma melawat maria farida jer. dah lama tak bertemu sejak maria farida berpindah ke rawang dan erwanita pula ke melaka menjadi dayang di sana. tapi foto terpenting iaitu maria farida dan dayang erwanita kena diletakkan di sini jugak sebab mereka merupakan watak utama dalam trip ke rawang ni. tapi you all kena teka sendiri laa yang mana satu depa...hahaha. trip ke rawang ni berjalan lancar atas bantuan maria farida sebab dia dah beli kereta. untuk sapa-sapa yang tengah ambik lesen memandu (terutamanya buat amad najahal tak hensem di jb) sila belajar dengan betul. contohilah pemanduan berhemah maria farida ni...walaupun dia dah kira setaraf diva rawang, tapi masih lagi merendah diri ketika memandu di jalan raya..hahaha....

ke melaka lagi

Jumaat lepas aku ke melaka lagi. trip kali ini memang tidak disengajakan. disebabkan adik aku masuk ke pantai hospital untuk minor operation, maka aku pulak pergi merewang bersama-sama dayang erwanita di melaka. nasib baik lah bad ada dan sudi membawa kami ke sana ke mari. jadi, tak terasa susah nak bergerak. apa yang pasti aku pergi ke rumah dayang erwanita beberapa kali dan kali ini meikmati hidangan tengahari percuma. sayang betul tak ada kamera. kalu tidak boleh laa amek gambar bagaimana kami mendapat layanan kelas satu di rumah beliau. hari pertama kami tak ke mana-mana. cuma erwanita telah berjaya menjadi tourist guy bertahap diploma dengan memberikan panduan jalan raya di melaka. jadi, perjalanan kami menjadi semakin mudah. aku bermalam di rumah sewa adik aku di bukit katil. dekat banget dengan warung pak enal. masuk jer jalan sebelah warung tu terus jer sampai ke rumah sewa adik aku tu. nasib baik dia tinggal sorang jadi senang laa siket. hari pertama dan kedua banyak dihabiskan masa dengan bershopping di mahkota parade. yang kelakarnya aku tergerak hati pulak nak call bekas housemate aku semasa di vista angkasa jalan kerinchi dulu iaitu kamarul ariffin. dia ni jugak sekelas dengan aku sewaktu belajar di maktab adabi maharani muar sehinggalah sama-sama masuk ke universiti malaya pada tahun 1999.
selepas tidak bertemu lebih kurang 5 tahun, kami pun berjejak kasih di dataran pahlawan sambil minum kopi di kedai bahulu merdeka. banyak laa cerita yang kami kongsi. kamarul dan erwanita selalu berjumpa sebab isteri kamarul si mas tu sekolej dengan erwanita di kolej ke tujuh dulu. pendek kata, semuanya terjaring dalam satu susur galur. hahaha. nak jadikan cerita, waktu pelayan yang bawak bahulu panas tu datang ke meja telah melatah dengan kuatnya disebabkan kuih bahulu yang dia bawak tercampak dua bijik kat kerusi erwanita. terperanjat laa jugak si erwanita...nasib baik kuih bahulu yang dia tengah makan tu tak terkeluar sekali. muahahaha. lepas minum kopi kami ke a-famosa dan berjalan di serata bandar hilir dan jonker street. aku tak berapa suka sangat jonker street ni sebab lebih kurang jer macam petaling street. satu lagi aku tak gemar ke 'china town'...kalau 'multicultural town' tu aku suka laa pergi. kalau dah macam petaling street tu tahu-tahu ajer laa apa yang dijual. tapi kira okay laa jugak cuma takde makanan halal jer..

Khamis, Januari 29, 2009

patience

aku baru jer sampai ke kota tinggi selepas bertolak awal pagi dari pudu raya...aku ke kuala lumpur ni pun sebab ada pelancaran buku 'The University at Pantai Valley': The glimpse of the past' sempena meraikan hari jadi ungku aziz yang ke 87 tahun. ingatkan tak ramai yang datang, sekali penuh satu hall. buku ni memang menarik untuk dibaca oleh para alumnus kerana ia menceritakan tentang kegemilangan universiti malaya sekitar tahun 60an, bermula di kampus singapura sehinggalah di kampus lembah pantai (pantai valley), kuala lumpur. aku akan cuba review sedikit kalau ada kelapangan nanti. aku ni sedang tunggu transcription review dari chris. lambat betul laa makcik tu...tapi aku kena tunggu jugak walaupun mengambil masa. christine e-mail aku kelmarin. beliau membawa molly, steffi dan kiki outing. kali ni depa semua ke pantai. happy betul dia orang. tak sabar rasanya mahu berjumpa lagi tahun ini sempena summer break. minggu ni juga adalah minggu terakhir untuk raja berkhidmat di dept. aku mengucapkan ribuan terima kasih sebab dia banyak tolong aku jugak. anywaya, semoga dia dapat cuti belajar dan meneruskan pengajian. selain daripada kena belajar asas kereta esok dengan bad, aku kena review semula transcript dan juga chapter. banyak betul kerja tapi seronok laa dok kampung. yang penting this lappy need to be wired. haha.

Khamis, Januari 15, 2009

cerita di malaya

dah lama betul aku tak ke malaya dan kuala lumpur... adalah lebih kurang sekitar 6-8 bulan...banyak betul dah berubah. itu pun banyak lagi aku tak explore. tapi favourite spot aku - KL Sentral pun dah banyak berubah. tempat yang paling aku tak suka pergi - midvalley city, pun dah banyak pembangunan. hampir 3-4 jam aku melilau cari baju sebab terlalu luas dan terlalu ramai pengunjung daripada biasa. aku bertolak ke malaya pagi-pagi buta lagi. sekitar jam 9 pagi. nasib baik bapak aku nak pi tolong hantarkan aku ke sanggar kota. bila sampai cuma bas mara liner jer yang ada. masalahnya tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu, bas tak datang-datang. rupanya bas rosak. ceh. teruk betul. tapi yang bestnya, bas mara liner ni tak lambat macam siput. berhati-hati dan cermat depa bawak. aku sampai kat pudu raya. then aku ambik cab terus ke kl sentral. makan jap. then amek teksi terus ke dept and jumpa head. then, head ajak aku keluar minum kopi kat bangsar. selepas berborak dan berbincang tentang persediaan untuk bentang paper di serdang, farid dan tunangnya pon datang. lepas berborak lebih kurang, head pon balik rumah sementara aku, farid dan tunangnya keluar dinner somewhere kat selayang. farid makan punya laa banyak sampai aku pulak yang takut tengok. rasanya erwanita pon tak makan macam tu punya banyak. keh keh keh. tapi yang penting tak membazir! habis jer makan kita orang pun hantar tunang farid balik ke selayang. lepas tu kami pon bergerak ke rawang. pandu punya pandu, punya pandu...tak sampai-sampai..aku ingatkan rawang tu dekat jer..sekali jer punya laa jauh..rumah farid memang cantik dan tenang. takde bunyik bising. elok laa kalau buat rumah persinggahan.
tapi kejauhannya tu yang buat aku tak tahan. kalau keluar pagi memang seronok. tapi nak balik ke sana tu membuatkan hati berdebar-debar sebab tak sampai-sampai. hahaha. esok paginya farid hantar aku ke stesen komuter. hari ni aku ada lunch appointment dengan mas. so, we all pergi makan kat secret recipe. sedapnya tak terkata. habislah jugak semangkuk spaghetti aku bedal. petangnya pulak aku tunggu erwanita dan farid di stesen lrt kerinchi. lepas tu kami terus ke rawang dan makan besar di sebuah warung tepi jalan yang cukup membingitkan telinga dengan suara sumbang penyanyi 'karaoke'. sampai nak tercekik aku makan dengar depa dok nyanyi ah! ah! ah! tak berhenti-henti. hari berikutnya aku sibuk dengan event di serdang. kesian pulak aku tengok muka tak puas hati erwanita...nak buat macam mana kan. aku ingatkan dia nak datang kl bila aku selesai semua perkara. petang tu aku kena join plak head punya appoinment dengan pak cik tony. terpaksalah si erwanita dan farid join sekali. lepas tu kena pulak teman aku ke office buat preparation untuk conference esok. then pergi tesco pulak tapi tak beli pun barang yang hendak dicari. kesudahannya kami makan waffel kat depan tesco selayang sampai kenyang. lepas tu balik rumah farid memang meletihkan. aku ler yang tido paling lewat sebab nak kena siapkan slide untuk esok. paginya farid dan erwanita hantar aku ke office. head pagi-pagi lagi dah sampai...habis jer event kat serdang, head terus jer suggests aku check in terus ke hilton sbb malam tu ada dinner di putrajaya. lepas jer check in aku pun pi ler merayau sorang-sorang kat midvalley. punya laa ramai umat..sakit mata aku tengok..untuk menyelamatkan diriku dari pening sebab tengok umat ramai sangat aku pon pi ler shopping kat metrojaya..takde laa shopping pun..cuma tengok-tengok jer (tapi beli ler sehelai baju - keh keh keh). tak lama lepas tu waktu tengah tunggu lunch erwanita called dok tanya kat mana. jadi aku minta laa tolong dia dan mas pi amek aku kat midvalley. dari midvalley kami ke tempat persidangan rasmi biasa di amcorp mall. dah lama betul tak ke amcorp mall. favourite spot aku ni sejak aku undergrade lagi. masa tu baru pindah kat vista angkasa.
Housemate aku macam din dan dek suka pergi ke amcorp mall sebab ada flea market. every weekend mesti pergi. kat flea market ni aku beli macam-macam benda. antaranya ialah koleksi karakter pokemon. ada ler dekat sekotak aku simpan. patung getah tu kecik-kecik memang sesuai laa dijadikan hiasan kat komputer. tapi laa ni aku dah sumbat kat bilik belakang. habis jer bergebang sambil minum kopi kat kopitiam di amcorp mall tu, mas hantar aku dan erwan ke pj hilton. mas kena balik sebab ada hal penting katanya. so, erwan melepak ler sekejap dengan aku kat pj hilton sementara menunggu bas pukul 7.30 malam. tepat jam 6.45 aku teman dia ke bawah tahan teksi untuk ke pudu raya. lepas tu aku naik ke bilik semula dan bersiap untuk dinner di marriot, putrajaya. head ambik aku depan lobby dan kami terus ke marriot dan sampai sana tepat jam 8.30 malam. bila sampai jer majlis dah bermula 10 minit. nyanyian lagu negaraku berkumandang dan kami kena laa berdiri tegak sebagai menghormati lagu kebangsaan - sambil mata melilau mencari meja mana yang masih kosong. malam tersebut meninggalkan kenangan yang amat manis sebab kami berjaya dapat award. keh keh keh. seronok laa jugak. habis jer dinner head terus hantar aku balik ke hilton. penat betul dan keesokannya aku bangun jam 10 pagi. check out dan terus ke dept. dan print apa yang patut. malam tu aku ke rumah che we untuk tumpang tido semalam sebelum bertolak semula ke kota tinggi pada pagi hari esoknya.

Khamis, Januari 08, 2009

esok nak ke malaya

akhirnya selepas beberapa minggu aku kat felda simpang waha ni, berjaya jugak aku beli phone no. yang baru. jadi senang ler semua orang nak contact aku lepas ni. dan yang paling penting aku tak perlu mendengar erwanita dok membebel sebab susah betul nak hubungi aku, nak-nak di kawasan desa yang aman permai kat sini. haha. apa yang penting esok dia pon akan turun sekali ke kuala lumpur dan aku seperti biasa akan teman dia shopping (ke dia yang teman aku shopping?) wakakaka. aku budak baik apa. aku pun nak kena jumpa mas untuk bincang dengan dia tentang interview, nak jumpa raja untuk bergosip semasa, nak jumpa head untuk bergosip jugak (gosip tentang conference), nak jumpa si polan, si anu dan banyak lagi laa...ni aku tengah dok kemas barang apa yang perlu nak dibawak. baju rasanya 2-3 helai kot. yan glain beli jer kat kl. jeans 2 helai. towel + selimut, buku-buku teori, i-pod, etc. etc. boleh laa kot. alamak duit cukup ke? Insya'allah cukup rasanya. aku dah call parid tadi minta dia amek aku kat malaya. wah, best laa dapat naik kereta baru encik parid. hmmm..ingat nak masak spaghetti. dah lama tak masak-masak dengan budak-budak ni. keh keh keh. anyway, kena tido awal malam ni. esok nak bangun jam lima pagi. jam tujuh pagi nak kena gerak ke stesen bas ekspress di sanggar kota. naik mara linear kot? cepat siket. hehehe.

Selasa, Januari 06, 2009

koleksi vcd yang digemari

selain surat-surat lama, satu-satunya koleksi anime jepun yang paling aku sayang ialah cardcaptor sakura. menjenuh juga lah aku nak kumpul siri lengkap anime sakura ni. satu kedai vcd/dvd kat KL aku merayau cari animasi ni. nasib baik ler amad, kamarul dan mazilah (juga peminat setia cardcaptro sakura) tolong aku carik. akhirnya jumpa jugak kesemua 31 episod. mula-mula aku tak berapa minat denga anime ni. tapi bila aku dok tengok din, jahari dan kamarul setia berkumpul pada hujung minggu tengok anime ni aku pon start ler tertarik. siap tukar-tukar lagi dengan kamarul kalau ada episod yang termiss. dulu masa sewa kat vista angkasa, kerinchi tu kami semua memang berpakat jangan beli televisyen sampai laa kita orang graduate. jadi, alternatif yang paling baik ialah menonton melalui vcd. hampir dua ratus ringgit lebih laa jugak aku spend untuk kumpul anime sakura ni. watak yang aku paling minat tentulah syaoran dan kero chan. boleh dikatakan aku tengok anime ni tiap-tiap malam dengan amad bila habis jer semester akhir. sementara nak tunggu graduate wakakaka. satu lagi, duit yang aku guna untuk beli koleksi aime sakura ni ialah menerusi duit gaji aku sebagai pembantu penyelidik dengan datuk dr ramlah adam. masa tu dia masih lagi profesor di jabatan sejarah. laa ni dengarnya dia dah jadik rektor kolej yayasan melaka. lama tak jumpa tok ram. apa cerita dia agaknya. p.s- sorry ler azah, aku bukan kedekut nak bagi ko pinjam, aku takut terhilang - biasalah masa tu kan baru lagi..keh keh keh...

Jumaat, Januari 02, 2009

Terkenang Semasa Dulu (siri 6): Dari Maktab Adabi Maharani ke Universiti Malaya


'I have called the UPU just to figure out a result of my application. what a surprised, I really not expected that I will get a place in the University of Malaya. My heart sank for a moment as I too scared if I can't do this. No, you have to fight all the negative part in your head. Insya'allah you shall be more succeed this time.' haha. coretan ini aku tulis pada hari sabtu, 8 Mei 1999. memang lawak masa tu sebab aku pada tahap 'desperate' nak masuk universiti. bukan apa, selepas trauma dengan apa yang berlaku di ITM pada tahun 1996. satu lagi aku takut bila dengar nama universiti malaya ni sebab apa yang aku dapat bayangkan pada masa tu ialah mesti susah nak study sebab ia adalah universiti nombor satu di malaysia. seperkara lagi ialah aku teringin nak ke universiti sains malaysia kerana kursus pengajian komunikasi mereka dikatakan yang terbaik di malaysia. jadi untuk mengelakkan rasa takut, aku telah berjumpa dengan bakal senior iaitu kak rahimah mohammad, kakak kepada bekas classmate aku waktu menuntut di sekolah menengah kebangsaan bandar easter, norfaezah mohammad. ketika bertemu dengan kak rahimah aku telah bertanyakan tentang kursus dan sukatan akademik pengajian media di fakulti sastera dan sains sosial, universiti malaya. nasib aku agak baik sebab kak rahimah berjaya meyakinkan aku tentang kursus tersebut.

aku bertolak ke universiti malaya pada 21 mei 1999 dengan ditemani abah, sahabat baik aku zaki yang ketika itu sedang menuntut di UTM skudai, adik aku bad dan juga encik razali, bapa kepada sahabat baikku juga, syamsudin yang bertindak sebagai driver. kami bertolak pada jam 10 malam lebih kurang kerana takut terlewat untuk sesi pendaftaran. bila aku ingatkan semula perjalanan kali ini rasanya cukup berbeza dengan apa yang telah aku tempuhi sewaktu pergi ke ITM dahulu. mungkin kehidupan di maktab adabi maharani muar telah memberikan aku cukup persediaan untuk menghadapi segala kemungkinan di universiti malaya. sewaktu abah nak balik pun aku tak rasa takut dan sedih (sebenarnya menangis bagai nak gila) waktu kat ITM dulu. memang bodoh. hahaha. pelajar baru yang mula-mula menegur aku sewaktu aku masuk ke kolej kediaman ke 4, UM ialah loh chun chuan - yang mengikuti kursus pengajian melayu di akademi pengajian melayu (APM). loh cukup baik dengan aku dan kami berada dalam sel (kumpulan) yang sama ketika minggu orientasi. dan kami masih berhubung sehingga ke hari ini dan beliau telah beberapa kali berkunjung ke rumahku di felda simpang waha ini. sekarang loh bertugas sebagai seorang guru bahasa melayu di sekolah jenis kebangsaan cina di pulau pinang.

seorang lagi pelajar baru yang rapat denganku ketika minggu orientasi ialah helmi atau nama singkatnya tok met. dia bukanlah pelajar baru pun sebab dia baru menyudahkan program asasi sains di UM. cuma dia bertukar kolej dari kolej kediaman ke 3 (Kurshiah) ke kolej kediaman ke 4 (Bestari). tok met mengikuti kursus kritikal - sains farmasi di fakulti perubatan (kini dia bertugas sebagai pegawai farmasi di jabatan kerajaan di shah alam) dan melalui beliau aku mengenali begitu ramai pelajar farmasi sehinggakan orang ingat aku pun ambik kursus farmasi (terharu aku dengar). dan paling lawak tok met jadi roommate aku di kolej. seorang lagi roommate aku ialah kamaruddin - juga mengambil kursus farmasi cuma dia mengikuti program asasi sains di kolej mara banting (kini din bertugas di hospital miri sarawak). melalui kamaruddin aku mengenali jahari (sains pendidikan - kimia, kini mengajar tingkatan 6 aliran sains di sabah) dan hisham atau lebih senang dipanggil e-she (dentist - kini mengajar di universiti sains islam malaysia atau USIM). seorang lagi ialah izwan (juga mengikuti kursus farmasi dan kini bertugas di salah sebuah hospital di perlis) dan frederik (yang mengambil kursus mikrobiologi di fakulti sains - bertugas di salah sebuah hospital di sabah).

pendek kata cuma aku dan loh sahaja yang mengambil kursus 'humanities' atau kemanusiaan dan dikelilingi oleh pelajar-pelajar aliran sains kritikal. jadi kadang-kadang tu adalah jugak timbul rasa rendah diri sebab peluang pekerjaan untuk pelajar aliran humanities ni agak mencabar dan tak boleh goyang kaki. pendaftaran untuk masuk kursus di jabatan pengajian media agak mengharukan sebab terlalu ramai yang nak daftar. apatah lagi, intake utk batch tahun 1999/2000 adalah yang teramai dalam sejarah. sehingga satu keputusan telah diambil iaitu hanya yang mereka yang memperolehi keputusan sekurang-kurangnya B dalam subjek STPM bahasa melayu atau kesusasteraan melayu yang layak untuk mendaftar. jadi, bilangan yang mula menyibuk sejak jam 6 pagi telah beransur-ansur susut. sesi tolak menolak dan jerit menjerit sesama sendiri di hadapan dewan kuliah A beransur pulih. tapi yang seronoknya, aku dapat ramai kenalan baru ketika mendaftar sebagai pelajar di jabatan pengajian media, fakulti sastera dan sains sosial, universiti malaya. antaranya ialah ropikah ahmad (kini bertugas di unit media, UMNO Malaysia), mariana abdul manap (guru di puchong, selangor), siti nurbainah (kolej telekom), Norfalilah (taman teknologi Malaysia), siti shafarah (perpustakaan negara malaysia), arni (radio televisyen malaysia), ya yin (monash university, malaysia campus), azlina mazlin alias (cosmopoint college), ahmad najahalhayyi (UTM skudai), norazah jaapar (PTD, perlis), norhalis (commercial bank), farid (PTPL college), shahrizal halid (guru di johor bahru), ahmad rizal (guru di pulau pinang), zulhilizan (universiti malaysia perlis), khairul riza (editor majalah), dan ramai lagi. aku pun tak berapa ingat sebab dah lama sangat tapi kalau jumpa aku mesti ingat muka -muka depa ni.

kehidupan di kolej ke 4 memang lawak. selain tak aktif langsung dalam sebarang aktiviti kolej, aku asyik buat bodoh jer setiap kali pengumuman dibuat oleh penyelia. aku pun tak ingat sapa penyelia kolej ke 4 tu melainkan tuan haji ghazali - pensyarah di fakulti pendidikan. kesudahannya tak dapat tinggal dikolej lagi selepas setahun. jadi, aku, din, tok met dan jahari pun pergi laa mencari tempat tinggal kat luar. yang paling ngetop untuk budak-budak UM tentulah vista angkasa. menerusi seorang ejen hartanah, kami berjaya mendapatkan sebuah unit di blok 3, vista angkasa. aku ingat lagi no rumah tu, 3-13-6. kami berpindah pada semester pertama, tahun kedua pengajian. antara member lain yang turut tinggal di vista angkasa ialah dua orang member dari sarawak shamsul (kini bertugas sebagai guru di MRSM kuching) dan bustaman (juga bertugas sebagai guru tetapi di sarikei) tetapi mereka tinggal di blok 4. aku dan shamsul jadi geng baik sewaktu kami sama-sama tinggal di kolej 4. aku ingat lagi sewaktu dia jatuh tangga sampai patah kaki. kelakar betul. dan yang paling sedih akibat aku gelakkan dia ialah bila aku pulak yang patah tangan pada semester pertama tahun kedua. akibat kejadian yang malang dan mengharukan itu, aku pun tangguh satu semester.

belajar kat universiti malaya ni memang unik. al-maklumlah, selain daripada pesta merebut kursus (ada yang sanggup tidur di padang dari jam 12 tengah malam), yang paling seronok ialah pesta konvokesyen. aku dan tok met selalu pergi ke feskum (festival konvokesyen universiti malaya) sebab nak makan-makan sambil tengok apa yang ada. mula-mula pergi memang laa rasa seronok. tapi bila tiap-tiap tahun tengok tema sama jer (rasanya pasar tani lebih menarik) terus malas nak pergi. kalau pergi pon sebab nak meraikan member graduate. tapi yang betul-betul seronok ialah bila student keluar dari dewan tunku canselor. masa tu kesesakan lalu lintas boleh berlaku sekitar 4-5 jam. disebabkan aku tangguh satu semester, jadi aku graduate lewat setahun daripada yang dijangkakan. tapi aku tetap pergi meraikan member-member sekuliah seperti ika dan shamsul yang graduate pada tahun 2002. semester terakhir di universiti malaya memang menyeronokkan. di sini aku telah berkenalan dengan rapat dengan erwan atau nama divanya - erwanita (beliau kemudiannya menjadi housemate aku), sewaktu kami sama-sama mengambil subjek sejarah sosial india moden. perkara lucu yang selalu buat aku gelak bila terkenang semula ialah copkan dia seat sebab dia selalu banget datang lewat. walaupun erwanita sudah tidak lagi berkerja satu bumbung dengan aku (kini dia bertugas di uiversiti teknikal malaysia - UTeM), tapi kami tetap berhubung - tukar-tukar cerita.

pada 16 ogos 2004 aku berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda sastera (hons.) selepas berhempas pulas selama 4 tahun. aku ingat lagi sehari sebelum konvokesyen tu aku, amad dan mary pergi ke petaling street beli bunga. lepas tu kita orang tukar-tukar bunga tu sesama sendiri. begitu teruknya perangai kami masa tu. keh keh keh. ramai juga member yang datang meraikan hari yang sangat menyeronokkan bagi aku. elis dan azah juga datang. dan yang paling memeranjatkan ialah michele, gadis tionghua yang cukup cute dan selalu membantu aku ketika melakukan fieldwork di taman sentosa pj. ke mana dia sekarang, rindu betul nak jumpa dia. selain aku, yang turut menamatkan pengajian ialah loh chun chuan, erwanita, tok met, din, jahari, mazilah (isteri kamarul dan kini bertugas di seri negeri, melaka), dan ramai lagi. sebenarnya belajar di universiti memang seronok dan meninggalkan banyak kenangan manis. selain daripada tidak terikat dengan kelas dan homework seperti di sekolah biasa, universiti menjanjikan lebih banyak ruang untuk berfikir secara kritis dan menangani masalah secara ideal bersandarkan kepada fakta dan rationality. dan yang paling penting, universiti memberikan aku banyak peluang untuk membina persahabatan dengan begitu ramai insan tanpa mengira ideologi, bangsa dan agama. pendek kata - yang pertama, yang perdana - itulah universiti malaya. p.s - foto-foto adalah ehsan erwanita :P