Memaparkan catatan dengan label paya rumput melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label paya rumput melaka. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 01, 2009

why don't you settle back?



membilang hari-hari untuk presentation memang mendebarkan tapi itu ler yang aku paling suka...tekanan memberikan satu panorama indah (tapi menurut erwanita atau raja nok humalapagas -- mesti depa akan cakap kepala hotak hang)kepada aku...tak tau kenapa sejak dari dulu lagi kalau ada tekanan mesti aku akan rasa bergumbira macam berlari-lari ke langit ke tujuh (melampau ler pulak)...kelmarin aku called dayang erwanita...aku pon apa lagi dok tanya pasal kisah kampugn beliau yang diganggu hantu pontianak...seronok betul aku dengar cerita lisan tersebut...seolah-olah aku dapat bayangkan dia tinggal bersama-sama cik ponti kat dalam bilik tidor dia yang terhias indah tu...aku dah cakap jangan hias terlalu cantik bilik tido nanti cik ponti datang..apatah lagi letak langsir berwarna-warni tu lagi laa suka dia bergayut malam-malam..tak caya cuba tunggu jam 12 tengah malam kang...wakakakaka.....

Ahad, September 27, 2009

khabar dari felda simpang waha






semalam aku bergosip dengan mak aku..biasalah hujung minggu macam ni bergosip laa kejenya...semuanya tentang hal ehwal semasa dan perkembangan penduduk di felda simpang waha, kota tinggi, johor. mak aku bergebang yang cikgu wardah dan cikgu iskandar ada mai rumah pada malam hari raya pertama. khabarnya mereka tak nak datang waktu siang hari kelak orang tiada kat rumah macam selalu. kakakaka....zatul pun dah masuk sekolah menengah..teringat dulu waktu dia kecik aku ler yang sibuk mendukung ke sana ke mari kalau mak aku sibuk buat keje kat dapur...lama betul aku tak contact cikgu iskandar..tapi bila contact pon apa yang aku nak cakap? jadik sms jer laa..kakaka....cuma yang aku ingat ialah kenangan dan nostalgia waktu kat sekolah menengah bandar easter 1994-95 ler...itu pon sebab cikgu wardah tu cikgu kelas aku...kebetulan, cikgu Iskandar ajar aku pendidikan seni...tapi yang aku paling tak lupa bila dia bagi aku hadiah kotak punya besar dan aku bawak ler hadiah tu dari sekolah sampai ke rumah...udah ler panas terik, jalan kaki pulak tu pegang kotak hadiah tu...aku pon tertanya-tanya apa kebenda laa besar sangat rupanya hadiah punya ler kecik...kakakaka...terkena jugak aku...aku simpan lagi buku autograf tu sampai sekarang kat dalam laci kat felda waha tu...bila sesekali aku bukak, nak tergelak-gelak ler jugak...hari raya pertama tahun ni di rumah aku agak sibuk..dengan nak kena marhaban dari rumah yang sebanyak dua puluh empat buah dan saudara mara yang datang dari jauh...hari raya kedua pergi pula ke segamat, pahang dan negeri sembilan..mak aii jauhnya...tak penat ke? kalau aku dha lama aku tido kat rumah lagi baik..al-maklumlah, raya kan sebulan..bila-bila boleh pergi ke rumah sedara mara...kakakaka....cakap macam hebat -- macam biasa ler...takat bilang, semua orang boleh....oh ya...dengarnya kampung dayang erwanita --paya rumput; dirasuk hantu puaka...hahaha..itu laa hang dok hias bilik macam studio celebriti...itu yang smeua hantu dok mai tumpang sekali...kakakaka....lawak-lawak...

Selasa, Februari 03, 2009

ke melaka lagi

Jumaat lepas aku ke melaka lagi. trip kali ini memang tidak disengajakan. disebabkan adik aku masuk ke pantai hospital untuk minor operation, maka aku pulak pergi merewang bersama-sama dayang erwanita di melaka. nasib baik lah bad ada dan sudi membawa kami ke sana ke mari. jadi, tak terasa susah nak bergerak. apa yang pasti aku pergi ke rumah dayang erwanita beberapa kali dan kali ini meikmati hidangan tengahari percuma. sayang betul tak ada kamera. kalu tidak boleh laa amek gambar bagaimana kami mendapat layanan kelas satu di rumah beliau. hari pertama kami tak ke mana-mana. cuma erwanita telah berjaya menjadi tourist guy bertahap diploma dengan memberikan panduan jalan raya di melaka. jadi, perjalanan kami menjadi semakin mudah. aku bermalam di rumah sewa adik aku di bukit katil. dekat banget dengan warung pak enal. masuk jer jalan sebelah warung tu terus jer sampai ke rumah sewa adik aku tu. nasib baik dia tinggal sorang jadi senang laa siket. hari pertama dan kedua banyak dihabiskan masa dengan bershopping di mahkota parade. yang kelakarnya aku tergerak hati pulak nak call bekas housemate aku semasa di vista angkasa jalan kerinchi dulu iaitu kamarul ariffin. dia ni jugak sekelas dengan aku sewaktu belajar di maktab adabi maharani muar sehinggalah sama-sama masuk ke universiti malaya pada tahun 1999.
selepas tidak bertemu lebih kurang 5 tahun, kami pun berjejak kasih di dataran pahlawan sambil minum kopi di kedai bahulu merdeka. banyak laa cerita yang kami kongsi. kamarul dan erwanita selalu berjumpa sebab isteri kamarul si mas tu sekolej dengan erwanita di kolej ke tujuh dulu. pendek kata, semuanya terjaring dalam satu susur galur. hahaha. nak jadikan cerita, waktu pelayan yang bawak bahulu panas tu datang ke meja telah melatah dengan kuatnya disebabkan kuih bahulu yang dia bawak tercampak dua bijik kat kerusi erwanita. terperanjat laa jugak si erwanita...nasib baik kuih bahulu yang dia tengah makan tu tak terkeluar sekali. muahahaha. lepas minum kopi kami ke a-famosa dan berjalan di serata bandar hilir dan jonker street. aku tak berapa suka sangat jonker street ni sebab lebih kurang jer macam petaling street. satu lagi aku tak gemar ke 'china town'...kalau 'multicultural town' tu aku suka laa pergi. kalau dah macam petaling street tu tahu-tahu ajer laa apa yang dijual. tapi kira okay laa jugak cuma takde makanan halal jer..