Memaparkan catatan dengan label erwanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label erwanita. Papar semua catatan
Ahad, Ogos 28, 2011
akhirnya tiba juga
maaf sebab dah berkurun tak update. setelah sekian lama aku tak balik ke kampung, semalam aku sampai juga ke felda simpang waha selepas berehat selama sehari di melaka. apa pun sebelum tu thank you ya erwanita sebab bawak makan kat umbai sempena meraikan hari wanita. aku pun tak sedar beberapa hari lepas adalah hari wanita. so semalam petang aku pun balik laa ke felda simpang waha dengan kereta adik aku...nak naik kereta sendiri lama lagi kot sebab aku pon takut-takut juga nak drive walaupun dah dapat lesen memandu beberapa minggu lepas. tunggu dulu lah haha. lagi pun aku tak boleh drive jarak jauh nanti aku tido sambil memandu. oh ya, felda simpang waha macam biasa tak berubah pun...cuma rumah aku pulak yang berubah menjadi warna kuning..nak tergelak aku tengok rumah dah macam tokong. tapi ayah aku cakap tak apa lah ala-ala istana di zaman silam...suka hatilah...kah kah kah hari ni aku tak tau nak buat apa.. tapi nasib baik aku bawak segala buku dan nota at least boleh membaca kalau bosan...revision pon tak start buat lagi...petang ni nak keluar ke bandar sekejap untuk cari telefon baru...tak perlu laa canggih sangat sekadar cap ayam aje...yang penting boleh sms dan call..nak pergi kota tinggi takut sesak pulak...harap-harap tak ramai orang kat kota tinggi hari ni...
Labels:
bukit katil melaka,
erwanita,
felda simpang waha
Isnin, Mei 30, 2011
phewwww!!!
okay siap pun semua perkara....sekarang ni cuma tengah tunggu surat pengesahan...aku betul-betul perlukan surat tu sebelum balik ke Malaya penghujung June ni...dapat je surat tu boleh laa aku bersuka-ria kejap sebelum masuk kerja semula...hai bosan sungguh tapi apa nak buat kena laa telan jugak...sambil-sambil duduk kat sini kerja lain perlu disiapkan juga tak boleh senang lenang goyang kaki...nanti dituduh makan gaji buta pula hahaha...sempena meraikan kerja-kerja dah siap jom enjoy Tiesto - antara Club DJ yang aku paling suka....p.s- aku cuma pergi club secara virtual aje (sambil lambai erwanita) hahaha...
Rabu, Januari 26, 2011
lama tak update
maaf laa..bukan sengaja tak mau update..sampaikan erwanita yang selalu update dari aku hahaha...sekarang tugas besar dah selesai....yang tinggal cuma tugas kecik-kecik..tapi tetap penting...apa pun sebelum terlewat aku nak ucapkan selamat tahun baru...kah kah dah dekat february baru nak ucap selamat tahun baru...apa pun sekarang aku nak berehat selepas hampir empat tahun aku tak buat apa...terima kasih pada erwanita dan miss yang sentiasa menyokong gue sepanjang 4 tahun bergelumang dengan kerja di sini..begitu juga dengan raja nor aminogue yang bagaikan dj radio - sentiasa menemani dari pagi sampai petang menceceh...kalau tak mesti aku bosan kat sini kan...sekarang ni tengah dok merancang kat mana nak pegi bercuti....kali ni aku nak enjoy puas2...
Khamis, November 18, 2010
cepat-cepat
semasa keluar lunch dengan vicnesh semalam, dia bertanya aku soalan yang pernah amran (rakan sekelas sewaktu di sekolah menengah bandar easter) dan Wokar timbulkan sebelum ini...why do you always in a hurry? aku pun perasan jugak...kalau aku berjalan, mesti nak cepat-cepat...kalau bercakap mesti tergesa-gesa....kalau nak ambil makan pon sama...makan jangan cakap laa...rasa boleh kira mesti tak sampai 5 minit....aku pun perasan jugak...tak tau nak cakap sama ada aku boleh ubah attitude cepat-cepat ni kepada lambat sedikit atau lambat macam siput babi....malam tadi aku call erwanita...wah sakan betul dia beraya...tapi tak dapat cakap banyak sebab dia tengah drive...lepas tu sibuk pulak nak masuk jamban...dah lewat malam nak call balik aku rasa mengantuk...jadi aku terus tidur dan bangun seawal jam 9 pagi...
Rabu, November 17, 2010
salam aidiladha 2010
ini adalah tahun terakhir aku menyambut aidiladha di perantauan...selepas ini, aku kena kembali semula ke Malaysia untuk bertugas di Malaya...seperti biasa, kak nora yang menjadi host wajib tiap-tiap kali ada majlis hari raya...jadi semalam aku bertandang ke rumah beliau bersama-sama nurul, alvin, vicnesh, wokar, rosya, etc. Memang banyak kak nora masak sampai aku makan macam hantu raya...terkenang aku peristiwa puaka di tengah malam ketika tinggal bersama-sama erwanita di teratak muhibbah...entah bila kita boleh bergelak-gelak sebegitu lagi...
mencari ruang
seringkali aku terfikir, apakah yang mahu dilakukan lagi selepas tamat belajar nanti? adakah terus sahaja mengikut tuntutan cliche - berkerja, kahwin, merancang keluarga dan menjadi religious? ay yay yay yay...tak tahu nak cakap...pernah aku bercakap dengan erwanita tentang masa depan...kadang-kadang kesian juga aku mendengar luahan emosinya...di Malaysia, kalau tak berkereta mewah orang akan bercakap, kalau tak berkahwin orang akan mengata...jadi, mahu tak mahu kena juga mengikut rutin sebegini...bak kata erwanita, kita bukan hidup di Turki, kita hidup di Malaysia...nak tergelak pun ada bila dengar dia cakap begitu...semalam aku menghubungi eliz jelita..seperti erwan, dia pun meluahkan perasaan yang sama...tapi apa nak buat, kadang-kadang jodoh tidak ada dan kekangan pendapatan hanya setakat itu untuk hidup lebih baik...tapi kalau dah ada jodoh adakah kita sedia untuk berkahwin...? atau hanya berkahwin semata-mata nak menyedapkan hati orang yang 'fanatic' terhadap perkahwinan...adakah kita mahu berkereta mewah semata-mata orang lain juga berkereta mewah? tersenyum aku mengenang kata-kata alvin kepadaku pada satu hari di musim panas 2007: marriage is not practical and it sounds quite bullshit sometimes...tapi yang lebih lucu, ada yang berkata: cuba hang cakap macam tu kat depan mak bapak hang, mau dicilinya mulut hang tu...walau apa pun, aku punya impian sendiri...dan aku mahu impian itu menjadi kenyataan satu hari nanti...bak kata orang tua, kalau dah jdoh takkan ke mana..sebut pasal jodoh, apa khabar miss? masih tak boleh give up lagi ke tetap nak suruh aku jadi hang punya pengapit? urghh...
Labels:
bercakap sorang-sorang,
eliz jelita,
erwanita,
miss,
office
Khamis, Oktober 01, 2009
why don't you settle back?
membilang hari-hari untuk presentation memang mendebarkan tapi itu ler yang aku paling suka...tekanan memberikan satu panorama indah (tapi menurut erwanita atau raja nok humalapagas -- mesti depa akan cakap kepala hotak hang)kepada aku...tak tau kenapa sejak dari dulu lagi kalau ada tekanan mesti aku akan rasa bergumbira macam berlari-lari ke langit ke tujuh (melampau ler pulak)...kelmarin aku called dayang erwanita...aku pon apa lagi dok tanya pasal kisah kampugn beliau yang diganggu hantu pontianak...seronok betul aku dengar cerita lisan tersebut...seolah-olah aku dapat bayangkan dia tinggal bersama-sama cik ponti kat dalam bilik tidor dia yang terhias indah tu...aku dah cakap jangan hias terlalu cantik bilik tido nanti cik ponti datang..apatah lagi letak langsir berwarna-warni tu lagi laa suka dia bergayut malam-malam..tak caya cuba tunggu jam 12 tengah malam kang...wakakakaka.....
Sabtu, Mac 28, 2009
okes - balik 'kampung'
posting sebelum depart malam esok...semua dah kemas...barang-barang semua dah packed...cuma nak fotocopy semua transkrip interview...aku harap kali ni semua maklumat yang diperolehi cukup dan aku tak perlu lagi buat any interview...penat..bukan apa penat nak cari responden...itu pon nasib baik mak aku tolong kat kampung...kat jb lak, amad najahal punya laa bersungguh-sungguh tolong...cuma kat kl jer aku carik sendiri...nasib baik ada member sporting macam si mas, azah, eliz, kak ayu, ika, kak kathijah, kak haizan, che tuan dan ramai lagi yang sukarela untuk jadi responden dan membantu aku mencari responden. so, lusa persekitaran aku akan berubah seratus persen...ini bermakna attitude aku turut berubah mengikut pusingan 360 darjah...wakakaka...tak caya tanya ler member kat sini...kalau erwanita tengok aku kat sini mesti terkeluar nasik lemak yang dia makan pagi tadi (anyway selamat meyambut hari wanita 2009 wakakakaka - kutuk siket)...apa pun aku nak ucapkan terima kasih laa kat semua member-member yang sudi spare time untuk lepaks dengan aku sepanjang tiga bulan terutama kat dayang erwanita (bukan nama sebenar) dan amad najahalina (nama samaran)...muahaha...thanks a lot gak buat maria farida (fizikal tak sama hahaha) sebab sudi datang jemput kat kuala lumpur semata-mata nak introduce kat aku apa itu daerah rawang...mak aii takut giler aku....punya laa jauh dan gelap...keh keh keh....terima kasih daun keladi laa jugak kat semua makcik-makcik terpilih felda simpang waha sebab sporting banget untuk diinterview..lepas ni musti kena jadik participant for the next research....wakakaka....ni balik 112 lygon st aku kena mengemas bilik laaa pulak..dah ler bilik tu aku tak pernah vacuum dah lama giler..aku rasa mesti dah tumbuh pokok atau ada forest spirit macam dalam anime princess mononoke arahan hayao miyazaki...lepas tu nak kena hangkut semua buku-buku dari bilik ke working space..nasib baik ler depa delay pindah ke new building...kalau tak dah satu keje aku nak angkut semua barang-barang aku dari current building...tensen gak..tapi tak ler setensen dok kat office di kl....betul-betul bosan..muahahaha...
Labels:
erwanita,
felda simpang waha,
kengkawan,
rmit,
universiti malaya
Selasa, Februari 03, 2009
drama korea: resepsi
pagi-pagi buta aku telah menerima sms dari dayang erwanita yang memberitahu bahawa dia telah menangis hingga bengkak mata akibat menonton drama korea. keadaan yang sama juga berlaku kepada che we gebu ketika mengunjungi beliau baru-baru ini yang turut menitiskan air mata syahdu ketika menonton drama korea. kelmarin kamarul turut berkongsi pengalaman beliau menonton drama korea - hobi sehati sejiwa dengan isterinya. masalahnya sekarang, semuanya lelaki. aku nak pompuan laa...pompuan...bukan lelaki untuk jadik responden aku. payah betul..lain yang aku carik, lain yang aku dapat....berburu arnab, tapi yang dapatnya bugs bunny...muahahaha..tapi apa yang seronoknya menonton drama korea, selain daripada pelakon yang cantik dan hensem (syarat wajib) dan juga naratif yang bersifat komedi romantik? iu yang aku dok siasat untuk kajian aku di kampung ni. suka banget aku dengar respons dari mak cik-mak cik di kampung. haha. ke melaka lagi
Jumaat lepas aku ke melaka lagi. trip kali ini memang tidak disengajakan. disebabkan adik aku masuk ke pantai hospital untuk minor operation, maka aku pulak pergi merewang bersama-sama dayang erwanita di melaka. nasib baik lah bad ada dan sudi membawa kami ke sana ke mari. jadi, tak terasa susah nak bergerak. apa yang pasti aku pergi ke rumah dayang erwanita beberapa kali dan kali ini meikmati hidangan tengahari percuma. sayang betul tak ada kamera. kalu tidak boleh laa amek gambar bagaimana kami mendapat layanan kelas satu di rumah beliau. hari pertama kami tak ke mana-mana. cuma erwanita telah berjaya menjadi tourist guy bertahap diploma dengan memberikan panduan jalan raya di melaka. jadi, perjalanan kami menjadi semakin mudah. aku bermalam di rumah sewa adik aku di bukit katil. dekat banget dengan warung pak enal. masuk jer jalan sebelah warung tu terus jer sampai ke rumah sewa adik aku tu. nasib baik dia tinggal sorang jadi senang laa siket. hari pertama dan kedua banyak dihabiskan masa dengan bershopping di mahkota parade. yang kelakarnya aku tergerak hati pulak nak call bekas housemate aku semasa di vista angkasa jalan kerinchi dulu iaitu kamarul ariffin. dia ni jugak sekelas dengan aku sewaktu belajar di maktab adabi maharani muar sehinggalah sama-sama masuk ke universiti malaya pada tahun 1999. selepas tidak bertemu lebih kurang 5 tahun, kami pun berjejak kasih di dataran pahlawan sambil minum kopi di kedai bahulu merdeka. banyak laa cerita yang kami kongsi. kamarul dan erwanita selalu berjumpa sebab isteri kamarul si mas tu sekolej dengan erwanita di kolej ke tujuh dulu. pendek kata, semuanya terjaring dalam satu susur galur. hahaha. nak jadikan cerita, waktu pelayan yang bawak bahulu panas tu datang ke meja telah melatah dengan kuatnya disebabkan kuih bahulu yang dia bawak tercampak dua bijik kat kerusi erwanita. terperanjat laa jugak si erwanita...nasib baik kuih bahulu yang dia tengah makan tu tak terkeluar sekali. muahahaha. lepas minum kopi kami ke a-famosa dan berjalan di serata bandar hilir dan jonker street. aku tak berapa suka sangat jonker street ni sebab lebih kurang jer macam petaling street. satu lagi aku tak gemar ke 'china town'...kalau 'multicultural town' tu aku suka laa pergi. kalau dah macam petaling street tu tahu-tahu ajer laa apa yang dijual. tapi kira okay laa jugak cuma takde makanan halal jer..
Langgan:
Catatan (Atom)