Memaparkan catatan dengan label bercakap sorang-sorang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bercakap sorang-sorang. Papar semua catatan

Isnin, Jun 20, 2011

minggu-minggu terakhir

memang tak sabar nak balik...semua barang dah siap packed...jadi sekarang ni cuma bilang hari sahaja...masa aku leka berborak dengan rosya tadi tiba-tiba aku dapat call dari printing service...rupanya menatang yang aku dok lama tunggu dah siap...excited laa jugak..ye laa kan empat tahun lamanya aku buat menatang ni..tu tak masuk lagi dengan keadaan stressnya, dengan perangai supervisor yang boleh buat darah aku turun naik..hahaha...tak sanggup betul rasanya....nak dipendekkan cerita, aku pun turun bergegas ke printing centre...dari jauh aku dah nampak menatang tu dah diletakkan kat atas meja...dalam hati aku cuma cakap - kemas dan tampak elegant....ewahhh...kena puji gak...hahaha....lepas aje aku clearkan semua perkara, terus aje angkut naik ke office...lepas tu aku ambil dua, satu aku terus bagi ke makcik main supervisor..aku dah agak dia ada kat office...sebab dia dok asyik laa e-mail aku dari pagi tadi dok tanya pasal artikel...lepas tu berborak pulak dekat setengah jam....then, habis borak, aku bergegas plak pegi ke bilik second supervisor...kebetulan dia ada..yang aku tau pakcik ni jarang ada...mungkin sekarang student tengah cuti...suka betul dia dapat satu copy menatang ni...hahaha...dan pada aku ada lagi empat copy..satu nak bagi kat situ, satu lagi kat sini..dua aku simpan...boleh laa aku peluk tiap-tiap malam...menatang yang bagi aku nightmare selama empat tahun..even dah habis keje pon masih gak aku trauma hahaha (sambil lap air mata)...

Sabtu, April 30, 2011

~ Melbourning

selepas hampir sebulan setengah meninggalkan Melbourne, hari ini aku kembali semula untuk finale. 112 Lygon st, masih seperti dulu...cuma aku tidak lagi menginap di bilik kecil seperti dulu...kali ini aku menginap di bilik yang lagi kecil...rasanya untuk tidur selama dua bulan tidak salah...lagi pun yang penting aku ada teman biasa untuk berbual...sampai saja di sini aku diserang sakit kepala...macam biasalah nak menyesuaikan dengan suhu yang seringkali jatuh ketika petang...jaket pun tak berbeli lagi...yang dulu telah kuhumban ke dalam kotak di rumah Melaka...apa pun kali ini aku mesti pastikan kerja-kerja finale selesai pada bulan yang pertama...untuk bulan yang kedua aku akan mulakan kerja-kerja baru dan mesti di siapkan sebelum pulang ke tanah air lewat bulan Jun nanti...apa pun, welcome back!

Ahad, November 21, 2010

~ serenade


aku masih lagi menghitung hari dan membuat persiapan untuk hantar semua kerja-kerja yang telah aku lakukan sepanjang empat tahun di sini...musim panas datang lagi dan mengembalikan segala kenangan indah di Adelaide kira-kira 4-5 tahun lalu....tapi segala kenangan indah itu tidak mudah menjadi indah...begitu juga dengan segalanya yang aku dapat di sini...sifirnya sangat mudah...sama ada berkorban atau terkorban...berkorban dengan tekanan emosi dan kerja-kerja yang tak mungkin akan tamat, atau terkorban dengan rasa putus asa yang sentiasa mengintai peluang...walau apa pun, kerja-kerja ini mesti dihabiskan hingga ke garisan penamat...walau bagaimana susah pun perkerjaan ini ia tetap akan diteruskan...aku bukan membesar dalam dulang emas yang menawarkan seribu macam cara untuk berjaya...walaupun kadang-kadang hati ini terasa perit menelan pelbagai bentuk karenah manusia yang senang lenang menelan keringat hasil bumi tanpa bersusah payah, semangat ini tidak mudah akan patah...apa pun aku belajar begitu banyak perkara di sini...saatnya pasti tiba satu hari nanti...

Rabu, November 17, 2010

tunggu sekejap


ia bermula pada tahun 2007. pada masa itu aku ingatkan kerja-kerja ini sangat mudah. tapi bila aku lihat dengan teliti ia terlalu rencam. penuh dengan campuran perasaan yang berbaur. aku cuma belajar satu perkara: jangan sesekali menyerah kalah. jangan ada secuit pun rasa untuk berputus asa. aku masih lagi ingat dengan doa yang aku kirim kepada Tuhan dalam rimbunan ladang kelapa sawit kerana terlalu sedih dan insaf dengan kesusahan dan kemiskinan. hidup di luar bandar tanpa kemudahan asas dan pendidikan sempurna. generasi hari ini terlalu bertuah. segalanya ada: elektrik, pengangkutan, internet, handphone, tuition, apa lagi yang mahu disebut. tapi apa pun aku tetap bersyukur kerana Tuhan masih menabur rahmat yang tidak terperi. perjalanan masih jauh dan ia tidak akan berhenti hanya setakat ini. Tuhan masih lagi mahu aku meneruskannya.

mencari ruang


seringkali aku terfikir, apakah yang mahu dilakukan lagi selepas tamat belajar nanti? adakah terus sahaja mengikut tuntutan cliche - berkerja, kahwin, merancang keluarga dan menjadi religious? ay yay yay yay...tak tahu nak cakap...pernah aku bercakap dengan erwanita tentang masa depan...kadang-kadang kesian juga aku mendengar luahan emosinya...di Malaysia, kalau tak berkereta mewah orang akan bercakap, kalau tak berkahwin orang akan mengata...jadi, mahu tak mahu kena juga mengikut rutin sebegini...bak kata erwanita, kita bukan hidup di Turki, kita hidup di Malaysia...nak tergelak pun ada bila dengar dia cakap begitu...semalam aku menghubungi eliz jelita..seperti erwan, dia pun meluahkan perasaan yang sama...tapi apa nak buat, kadang-kadang jodoh tidak ada dan kekangan pendapatan hanya setakat itu untuk hidup lebih baik...tapi kalau dah ada jodoh adakah kita sedia untuk berkahwin...? atau hanya berkahwin semata-mata nak menyedapkan hati orang yang 'fanatic' terhadap perkahwinan...adakah kita mahu berkereta mewah semata-mata orang lain juga berkereta mewah? tersenyum aku mengenang kata-kata alvin kepadaku pada satu hari di musim panas 2007: marriage is not practical and it sounds quite bullshit sometimes...tapi yang lebih lucu, ada yang berkata: cuba hang cakap macam tu kat depan mak bapak hang, mau dicilinya mulut hang tu...walau apa pun, aku punya impian sendiri...dan aku mahu impian itu menjadi kenyataan satu hari nanti...bak kata orang tua, kalau dah jdoh takkan ke mana..sebut pasal jodoh, apa khabar miss? masih tak boleh give up lagi ke tetap nak suruh aku jadi hang punya pengapit? urghh...

Ahad, Mac 28, 2010

penat + sibuk



hai aku rasa macam tak larat dah nak menulis...nak pecah kepala hotak pon ada...tak tau dah apa lagi aku nak goreng....last friday aku dapat computer baru.....kali ni mac...au voir pc kah kah kah....dah ler besau dan laju, semangat laa siket aku nak menulis walau pon tak larat...last week gak aku dah jumpa supervisor aku selepas melakukan protes sebab dia begitu malas nak baca gue punya draft...dun play-play okay dengan gue, ngertik? kah kah kah...geram betol aku...yer ler kita dah buat penat-penat dia boleh buat muka sardin cap bunga kemboja...weekend macam ni sunyi betul kat office..yang ada cuma si danial yang asyik laa dok suruh aku bukak pintu sebab key card dia tak boleh guna..hai apa laa malang nasib honours student asyik kena buli...kah kah kah...memang bosan jadik student honours...aku ada sms tawakal kelmarin inform mamat tu aku nak mai adelaide...lama sungguh aku tak mai adelaide..rindu betul kat Christine, Val, Alex, Sam, Molly, Merry, Yoyo, Stefi dan Kiki...kali ni aku akan gunakan betol-betol conference di Adelaide untuk melepaskan tensen...aku pon nak jumpa si tristan tu gak..lama tak jumpa mamat tu...okay laa, nak sambung buat keje....jumpa lagi...

Khamis, Disember 31, 2009

apa azam tahun baru?


macam-macam perancangan dan harap menjadi...tapi bak kata wati, bila nak amek lesen kereta ni? hahaha...teruknya hidup aku...lesen kereta pon takde...camner nak pikat anak ketua kampung? muahaha...zaman dah berubah laa..orang sekarang guna lrt...keh keh keh..haruslah aku kena maki dengan raja humalagapas bila dengar aku cakap camni...ala biasalah kan...pelan-pelan..ada rezeki nanti dapat gak aku lesen kereta tu...apa pon biar aku perabihkan dulu study kat sini..selamat tahun baru 2010...wokar nak datang jap lagi..mesti dia nak ajak aku pi new year celebration..tak hingin aku pegi..banyak keje nak buat laa beb..haha..

Ahad, Oktober 04, 2009

pagi hujung minggu...


masa bangun pagi tadi bila tengok jam aku rasa macam awal...then bila tengok mobile phone dah flat..cari charger terus on balik...tengok-tengok hari ni dah start daylight saving..alamak rupanya aku bangun lewat...kena set up semua jam balik...sampai jer uni tengok takde apa pon..jadi pergi safeway jap beli roti, salad, dan salmon spread...balik jer tengok-tengok rupanya kopi pon dah habis..alamak...malas betol ler aku nak berjalan pergi pasar...nak tak nak kena laa menapak..mencungap laa jugak sebab dah lama tak bersenam....tu yang alvin dok pelik ape ke hal? kena keja dengan penyamun ke? hahaha....kali ni aku beli mexican and cuban coffee..hail to Castro! hahaha...terus buat sandwiches..sedapnya...lepas tu bukak lagu blue..dah lama ler tak dengar lagu zaman-zaman undergrade dulu...tu yang raja nok humalagapas dok cakap, teringat zaman-zaman pergi clubbing...tak silap dayang erwanita cukup suka dengan lagu kumpulan ni..walaupun kedengaran macam budak-budak - walaupun umur dah remaja hahaha - tetap enjoy every time dengar lagu-lagu macam ni...ewahhh....

Ahad, September 27, 2009

~ and the way you sip, your tea.....



hari ni aku bangun agak lewat -- sekitar jam lapan pagi..cuaca agak sejuk hari ni..tak tau ler apesal..lepas jer mandi, aku terus basuh baju yang hampir seminggu tak berbasuh...siap jer basuh baju, terus aku bersiap pergi office..sampai office, tengok alvin dah sampai..aku ingat takde orang weekend macam ni...semua orang ah panik sebab presentation dah nak dekat...kakakaka...takutnya...hari ni kena buat kerja lebih siket..aku terus bancuh kopi dan bakar roti...makan sambil tengok pokok yang ditiup angin menerusi tetingkap kaca...

Jumaat, September 25, 2009

all the way....





















aku dok perhati kat meja ofis...bersepah-sepah...dengan surat khabar lama, tupperware, coffee plunger, cabel, notes, etc...buku-buku tak usah cakap..dan aku pon dah tak tahu nak bezakan mana satu buku library dengan yang aku punya..tapi takpe..yang cantik dan baru tu aku punya laa...kah kah...bila fikir-fikir balik dah pun nak masuk tiga tahun..cepat betul masa berlalu..rasa macam sekejap jer aku say good bye kat dayang erwanita di terminal ERL, KL sentral..dan dalam masa tiga tahun tu jugak bermacam-macam perkara yang berlaku yang aku malas nak fikir lagi...masa outing dengan secret society semalam macam-macam isu aku dengar...tapi aku harap aku tak berhadapan dengan apa-apa masalah untuk siapkan kerja-kerja aku kat sini...okay laa..aku nak sambung keje ni...

keje laa beb!!

hari ini aku sampai agak awal, walaupun tak seawal semalam...hujan baru jer berhenti...tapi tak sesejuk bulan-bulan yang lepas...jadi aku keluar dengan pakai t-shirt dan jeans macma biasa...tapi akus arung laa jugak jaket yang dah bertahun tak berganti..nak beli yang baru tapi pokai pulak...maklumlah semua budget terpaksa spend banyak kat amazon...tapi okay ler, bukan orang perasan pon...semalam rosya bagi aku biskut suji...dia tak sangka plak aku peminat setia biskut suji..tu yang dia bawak semangkuk untuk aku...kakakakaka...aku bukanlah peminat nombor satu pon, cuma aku ni peminat bab makan-makan....hahaha...semalam aku keluar dengan geng-geng secret society ke french cafe...macam biasa aku pon melantak tak hengat ler...kakakaka...hari ni vicky mesti mai office...tu mesti nak ajak aku kuar minum lagi...boleh laa..kat mana yer nak pergi?

Ahad, September 13, 2009

keje laa wei...

maaf laa...aku tak sempat nak update apa pon kat sini...pulak tu tak tau nak cerita apa selain daripada duduk kat ofis mengadap pc dan menulis...minggu ni last puasa...boleh laa aku makan dan minum macam biasa...dan paling penting boleh laa aku fokus dengan lebih baik menulis dan membaca...tak ada mengira (i hate maths)...dua hari lepas kak liza inform aku yang pak din mai ke Ade. untuk bengkel...lama batoi aku tak call orang tua tu..musti dia bengang giler..jadik, aku pon try ler call...seperti yang dijangka dengar laa siket bebelan sarcastic..kah kah kah..nak buat macam mana aku pon bila buat keje leka tak sempat nak call bekas penghulu pasadena tu...tapi apa pon aku nak ucap tahniah kat pak din sebab dia berjaya dalam misi menyiapkan kajian dalam masa yang ditetapkan..maka, berkobar-kobar ler aku dengan kak liza nak buat cam tu gak...kakakaka....oh, ya...apa plan hari raya tahun ni? takde apa pon kot sebab aku kena gak pi ofis..bila dah bertahun-tahun bua tbenda sama, sometimes tu rindu gak nak berhari raya...masalahnya nak berhari raya macam mana kerja tak siap..lain laa kalau kerja semua dah siap boleh laa aku goyang kaki....hari ni suam-suam kuku..malam tadi angin bertiup kencang...nasib baik aku tak terbang sekali...sepanjang jalan aku asyik laa dok terbersin sebab pollen yang berterbangan ke sana sini...

Isnin, Ogos 31, 2009

selamat hari merdeka


















bila bercakap pasal merdeka, aku kecik-kecik dulu suka tunggu Merdeka Parade live dari saluran perdana RTM1. punya laa excited dan bersemangat siap bawak breakfast makan kat depan TV anak beranak...tapi itu dulu ler, sekarang dah takde laa buat macam tu...tak tahu ler kenapa mungkin perasaan menyambut kemerdekaan tu dah boleh diterjemahkan dalam bentuk yang lain..bentuk yang macam mana? aku pon sukar nak explain...tapi yang penting aku selalu berdoa agar orang Melayu di Malaysia terus bersatu dan ekonomi bertambah kukuh...okay laa cukup ler setakat tu sebab aku tak berapa gemar bercakap tentang politik di sini...apa pon selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52. selamat! foto ehsan -- http://blog.fizaljohari.com/

Jumaat, Julai 17, 2009

sibuk -- :P

memang penat dan sibuk siket lately..tu yang aku tak sempat nak tulis anything kat sini....lagi pun deadline dah dekat...ecehhh...aku yang buat special date tu...banyak laa...aku memang tak larat nak berkerja dengan penuh dedikasi dengan cuaca sebegini...better tarik selimut dan tidor macam yoyo (sila rujuk foto) ...ada gak faedahnya...apa khabar yoyo sekarang? last year aku jumpa dia malu-malu kucing sebab tak berapa kenal...yang datang sibuk purrrr kat aku cuma meri jer...apa khabar dayang erwanita dan raja nok hum alagapas pagi ni? okay ke tak okay? dengar masing-masing sibuk makan tak habis-habis...mesti nak menambahkan lagi berat badan...muahahahha...okay laa nak kena sambung ke balik..kang tak siap plak analysis aku...ciao :P p.s- raja nok, ko makan pulut panggang tak hengat kat aku..

Rabu, Jun 24, 2009

sajer tulis-tulis

sementara tunggu jam lapan nak balik rumah, aku masih lagi ada masa mengetuk-ngetuk keyboard ni...tapi aku takdelah ketuk kuat sangat tapi ketuk ala kadar jer...kalau aku ketuk kuat-kuat macam ayam patuk jagung kat tanah tu maksudnya aku tengah naik hot...keh keh keh...aku baru jer balik makan roti canai dengan wotka...alvin pulang awal hari ni...mungkin dia letih banget...atau takde mood dan stress...aku tengok muka dia macam sedih jer..kesian plak aku tengok alvin lately...masa aku sampai opis dari tempat melantak, gregoria masih lagi ada kat ofis..dia pulang lewat katanya takde geng study di state library...so, dia study kat research precint jer hari ni...insan-insan yang lain semua dah hilang ala supernatural...tadi aku bergosip dengan miss...nak lebih tepat lagi 'bercelah bedah' -- meminjam kata-kata pujangga malay mok...kah kah kah...seperti biasa masing-masing cuba nak jadik 'kak propa'...keh keh keh...rasa tak lengkap dalam sehari kalau tak bergossip dan berpropa dengan miss...walaupun cerita tu dah diulang banyak kali tapi tetap jugak nak cerita walaupun masing-masing dah tahu apa ceritanya...kah kah..kadang-kadang aku fikir jugak kenapa ler perangai kita orang macam gampang...masa kat sekolah rendah dulu pon sama gak...hari-hari asyik laa bergossip dan berpropa..tapi cerita tentang rakan sekolah, artis-artis ngetop tanahair (macam takde orang lain) jiran tetangga atau pun cikgu-cikgu...bila masuk sekolah menengah hobi yang sama tetap diteruskan jugak...aku hengat lagi bergosip kat bawah pokok mempelam atau kat tepi padang sekolah waktu rehat....lepas tu habis sekolah, masih jugak sempat bergosip kat dalam kelas yang mana takde student pada sesi petang....lepas abis spm, si miss dan razali selalu datang rumah aku bergosip lepas berbuka puasa...orang sibuk buat amal ibadat kat surau, kita orang sibuk bergosip dan berpropa kat depan rumah...memang contoh tak baik betol..kah kah kah....teruk betul perangai masa tu...no wonder ler dapat result teruk...muahahaha....udah ler, tak larat aku nak tulis..nak balik dah...favourite show aku - criminalminds dah nak start...bubbye...

dah tak tensen - chapter ?

baru jer balik meeting dengan chris. so far, semua allrite....jadik, takde laa rasa nak 'menyamurai' sapa-sapa hari ni...laa ni aku kena start tulis analisis...aku rasa agak tough siket tugas ni...nak kena baca lagi..malasnya! tapi cabaran buat kita matang...ye ke? hahaha..okay, hari ni kau kena start tulis sesuatu...otherwise nanti aku akan jadik lupa apa yang patut aku buat dalam masa 6 bulan dari sekarang...harap aku boleh buat kali ni...weekend ni the school might be shut down..jadik, aku tk tau ke mana aku nak pergi...nak pergi library ramai orang...paling kuat pon nanti aku bantai tido kat library...tak leh study ler kat library...sebut pasal study kat library aku mesti allergic...dah try tapi tak boleh...library ni tempat cari buku, bukan tempat untuk study -- falsampah aku...muahaha...semalam aku bergossip dengan miss...biasalah tentang kisah-kisah lama...nak bergosip dengan hairul zairi tak seronok sebab dia dah melupakan kisah-kisah lama..apa laa lu zairi....nasib baik ada miss...dia ni kira media hiburan bergerak...kah kah kah...

Selasa, Jun 23, 2009

mood tak baik - chapter 1

aku betul-betul banyak keje hari ni..esok aku nak kene jumpa mak cik chris tu...mintak-mintak dia tak membebel yang bukan-bukan...ada kang kena pedang hattori hanzo pagi-pagi esok...ceh konon ala-ala beatrix kiddo nih...haha...biasalah imaginasi budak-budak aku masih ada lagi...tu belum menjelma jadik gaban lagi....atau wolverine ke kan...better korang jangan buat taik...marah ni beb...aku dah penat-penat punya pikir dekat dua tahun, siap ler dia kalo nak ubah-ubah.....muahahahaha..tu semua khayalan fantasi aku jer....ni ler akibat banyak sangat tengok movie...nak buat macam mana kan...hari ni agak panas...tapi tiba-tiba jer hujan jap tadi..nasib baik...kalau tak mesti lagi membahang aku nak 'menyamurai' jer sapa-sapa yang banyak cakap....dah ler aku penat giler carik struktur yang mantap lagi terkesan dalam jiwa rasa examiner...bloody bastard betol...muahaha...okay, jangan contohi mulut celupar aku....

Rabu, Jun 17, 2009

penat -- bestnya kalau dapat pi holiday

life sekarang busy banget...memang tak menyempat...nak kena buat itu dan ini...nak fikir nak makan apa hari ni pon susah...kadang-kadang rasa naik bosan pon ada sebab asyik makan benda yang sama jer....keh keh...kalau dapat pi holiday kan best....kalau nak ikutkan konteks fantasi, aku nak berholiday kat laputa..ala, macam citer laputa: castle in the sky tu...keh keh..kalau berangan dan berfantasi bagi kat aku...pagi ni foggy..nak jalan pon tak larat...tapi nasib baik aku bleh nampak jalan..kiranya kalau amek lesen kereta (jangan kau sebut benda ni depan aku) pasti lulus HD...muahahaha...aku teru ke QV tadi dan beli beberapa potong roti kat bakery...lepas tu singgah caffeine jap..nasib baik tak ramai orang..tony dok sibuk bercerita tentang stolen harry potter kat aku..aku yes, yes jer laa...ambik latte terus cakap have a nice day..tak larat aku nak layan pagi-pagi buta...sampai jer office tengok wotka dah sampai..awalnya pompuan ni bangun...sebab dia cakap dia sampai tepat jam 7...mesti tak mandi pagi ni..kah kah....

Sabtu, Mei 30, 2009

sejuk nyer...

malam tadi sejuk banget..jadi bila sejuk ni aku pon jadik kuat makan laa...tapi aku tkde laa makan sampai badan aku jadik macam hulk...kih kih...pagi tadi bila bangun aku dok terpikir nak makan kebenda pagi-pagi buta ni..biasanya aku pi jer cafein dan beli secawan kopi dan sebijik muffin yang sedap banget tu...tiba-tiba aku teringat yang aku ada beli beberapa bijik avocado kat woolworth kelmarin...nasib baik roti pon ada lagi...jadi dengan gembiranya aku pon membakar roti sambil menyanyi-nyanyi lagu mulanya di sini - freedom. nasib baik ramai umat tak bangun lagi walaupun dah pukul 9 pagi..lepas jer siap membakar roti kat tingkat atas aku turun ke tingkat bawah pi kitchen besaq. then aku pon berusaha memproses avocado mengikut citarasa aku sendiri - inspired by jamie oliver - tak sia-sia aku beli dvd jamie at home -- boleh blah laa...keh keh...lepas siap letak fig spread dan butter, aku buat secawan teh plak...siap semuanya masuk bilik dan duduk atas katil..breakfast in bed laa kononnya...dengan katil tak kemas bersepah-sepah, kain baju yang tak disidai, dvd berterabur sana sini, aku pon bukak tv...sekali jer tengok ada katun jungle book...teringat aku waktu kat sekolah menengah bandar easter dulu..masa tu aku form 3...cikgu nasaruddin abdullah yang mengajar bahasa inggeris tiba-tiba ajak kami semua tonton katun ni...gembira sungguh masa tu..yer laa awal tahun 90 an kan masa tu teknologi vcd/dvd mana ada lagi...masa jer sampai bab monyet tengah makan pisang, tiba-tiba akut eringa tyang aku ada beli pisang gak..so aku pon carik kat mana aku letak...dah jumpa terus aku makan sambil menari-nari ikut rentak monyet kat dalam citer jungle book tu...ukk ukkk ukkk....keh keh keh...

Isnin, Mei 25, 2009

tunggu hujan teduh


selepas buat keje dengan gigihnya dari pagi tadi, aku ingat nak pergi beli kebab kat chinatown...tiba-tiba hujan ler plak...hampess betol..nampaknya aku kena tunggu ler hujan teduh dulu...walaupun tak selebat macam kat Malaysia sampai bleh nyanyi lagu tunggu sekejap, tapi rasanya boleh basah kuyup kalau aku pergi...tapi takpe aku ada payung mary poppin...guna jer laa...aku ni paling malas nak berpayung-payung kalau nak keluar...haha....tapi rasa macam berlakon dalam filem les parapluies de cherbourg plak...mahu orang menangis hiba tengok aku menyanyi dalam hujan...keh keh keh....dah ler lapar..ni kalo makan kebab panas-panas ni memang kick arse...apatah lagi sambil baring-baring atas katil sambil tengok drama tv -- memang contoh tak baik, jangan ikut aku punya perangai...muahaha