Memaparkan catatan dengan label Melbourne. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melbourne. Papar semua catatan

Isnin, Disember 26, 2011

akhirnya..


selepas pelbagai kesukaran, suka dan duka, akhirnya aku sampai ke garisan penamat..walaupun ia bukanlah penamat dalam erti kata sebenar - lantaran masih lagi ada perkara yang perlu diselesaikan - tapi aku puas hati menamatkan yang satu ini..tidak dapat dibayangkan bagaimana aku terpaksa mengorbankan banyak perkara hanya untuk yang satu ini...terima kasih semua yang menyokong tanpa henti...aku ikhlas menghargainya :)

Sabtu, Jun 25, 2011

The Black Rock

bila aku dok sibuk kemas folder dalam flash drive aku ternampak satu file koleksi foto ketika merayap ke Black Rock beberapa bulan yang lepas...tak silap time tu summer dan aku baru aje hantar tesis...wokar dan alvin suggest buat laaa sedikit aktiviti sebelum aku balik haha...jadi apa lagi kami pun merayap ke kawasan ni sambil makan-makan...tempatnya agak tersorok dan tidak jauh dari Melbourne CBD enjoy hehehe...
















Ahad, Jun 12, 2011

makan-makan

hari ni aku bangun lewat..biasalah kan kalau bangun awal pon aku nak buat apa aje...semua kerja dah siap baik laa aku buat taik mata untuk menebus kembali masa empat tahun yang tak cukup tidur tu...aku terbangun bila naz tiba-tiba text ajar keluar makan bersama akmal...memandangkan takde apa nak buat jadi aku ikut aje laa....tapi tempat tu punya laa jauh banget...dekat 45 minit naik train...mak aii ini tempat makan ke tempat nak proses makanan....sampai jer rupanya tempat yang sangat islamic...tak hairanlah kalau akmal yang pilih (gelak sambil tutup mulut)...naz pulak yang dok merungut sejuk dan mengantuk sejak tadi dah tersenyum-senyum....so kami pilih untuk makan steak...boleh tahan....tapi takdelah mencapai tahap sedap...aku cuma boleh bagi 3 dari sepuluh mata...hahaha..sungguh! memang tak sedap...lepas makan terus balik ke city semula...naz ajak minum kopi...aku on aje...akmal nak terus balik sebab dah terlalu kenyang...sampai kat kedai kopi aku order passion fruit cheese cake...naz pulak makan macaroon...boleh tahan sedap...aku bagi 6 dari sepuluh mata...sorry laa takde pic nak letak..aku ni punya pandai bawak kamera tapilupa nak bawa cable utk transfer gambar...nanti laa aku pinjam dengan akmal ini malam...ok laa nak balik...kang nanti sejuk pulak...demam nanti menyusahkan pulak..cya!

Rabu, Jun 08, 2011

sejuk banget

nak balik ke rumah sejuk...tapi kalau tak balik nanti tido kat mana?? takkan laa aku nak tido kat dalam office..kang nanti demam tak dapat plak aku nak ke completion seminar si rosya...nak balik sekarang pun restoren tu pun tak clear lagi....hmmm...lapar pulak..tak apa laa masak instant noodle ajer laa malam ni...tadi dah makan nasik goreng...habis laa diet aku...ni mek rosya punya pasal ler...oh ya, esok kami ada celebration untuk Siriporn...dia akan tamat belajar dan kembali ke Oklahoma...jadi aku dah pilih cafe travi dekat Lygon St. aku nak suruh si rosya cuba spaghetti kat situ....apple crumble pun sedap...hai tak sabarnya nak ada rumah sendiri....tension dok rumah orang tak boleh masak tak boleh nak buat apa...at least kalau ada rumah sendiri boleh masak-masak....boleh makan apa aje yang kita nak....sigh...rumah pn tak siap lagi ada hati laa pulak hahaha...

Selasa, Jun 07, 2011

hari ke tujuh

jadi kisahnya menghitung hari...lepas ni aku akan ucapkan selamat tinggal kepada semua orang di sini...tapi ia bukan untuk selama-lamanya sebab aku akan kembali semula pada musim panas untuk berkonvo...jadi selamat tinggal buat seketika untuk para housemate gue nazrol, akmal, dan asraf...begitu juga penghuni research precinct merangkap saki baki candidate awal semasa di building 4 dulu macam rosya, nora, lucy, peter, jose, glen, ashley, siriporn, nurul, alvin, wokar, etc...dan paling istimewa buat Christine and family yang selalu entertain aku time aku bosan...apa pun we will meet again :)

Isnin, Jun 06, 2011

detik-detik indah

sepanjang hidup aku memang banyak peristiwa gembira yang aku tak boleh lupa, tetapi peristiwa hari ini memang aku tak boleh lupa langsung sepanjang hidup...perjalanan yang aku tempuh selama ni sudah tamat...hari ni aku boleh tarik nafas sedalam-dalamnya...aku bebas dan relax...itulah kata-kata penyelia aku petang tadi ketika bersua dengannya dalam sebuah majlis di Lygon st. sekarang aku perlu bersaing dalam bidang yang serba mencabar...cuma aku akan rindu segala kenangan di building 4 and 9 Bowen st. Bermula pada musim luruh 2007 di building 4 Bowen st. aku tamatkan perjalanan panjang selama empat tahun pada awal musim sejuk 2011 di building9 di Bowen st juga. sakit pening jangan cakap, bak kata pepatah kami di sini - hanya orang gila yang akan buat kerja-kerja sebegini...berfikir tanpa had dan tamat...lebih penat dari kerja-kerja orang lain...stress jangan cakap...tapi selepas semuanya berakhir, aku tersenyum sendirian sambil gelak-gelak...apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan sahabat-sahabat baik dan juga rakan taulan yang aku kenal sepanjang aku enam tahun di bumi 'downunder'...you are the best...especially yang dok baca dan bagi komen kat blogs ni...hahahaha....terima kasih sekali lagi..love you guys!!

Jumaat, Mac 11, 2011

the last posting?


selepas ini aku mungkin tidak akan aktif berblogs...ya, selepas hampir enam tahun blogs ini ditinta dengan pelbagai suka duka aku sebagai seorang pelajar di perantauan...lagi tiga hari, aku akan meninggalkan Bowen st. dan kembali berkerja semula di salah sebuah universiti terkemuka di ibu kota..aku memang pasti, satu hari nanti, tidak dapat tidak, masa itu akan datang juga...aku melalui masa yang begitu panjang, jatuh bangun dalam pencarian ilmu dan tiket untuk menempah kehidupan yang lebih baik...aku menerima ketentuan takdir bahawa aku akan meninggalkan jua bumi rantau ini dan segala memori yang telah aku cipta sepanjang enam tahun lamanya...aku belajar banyak perkara sepanjang tempoh ini...kejayaan tidak akan datang bergolek dalam kamus hidup...kejayaan perlu datang dengan keringat dan air mata...ya, aku adalah anak kampung yang membesar jauh di pedalaman...keluarga kami susah dan aku tidak pernah menerima pendidikan sempurna seperti kebanyakan generasi moden pada hari ini...keputusan peperiksaan tidak melayakkan aku pergi ke mana-mana sekolah berasrama penuh kerana aku tidak bijak dalam matematik dan sains...dengan persekitaran yang mementingkan sains dan matematik sebagai tiket untuk ke sekolah berasrama penuh dan universiti, apa yang mampu aku buat hanyalah dengan menduduki peperiksaan STPM sebagai satu-satunya peluang yang ada untuk ke universiti...aku selalu mengimpikan untuk menyambung pengajian ke luar negara...tapi impian hanya tinggal impian kerana untuk ke luar negara, seperti dalam tafsiran kementerian pendidikan dan masyarakat Malaysia ketika itu, anda mestilah mendapat semua A dalam peperiksaan terutama dalam subjek matematik, bahasa inggeris dan beberapa subjek sains tulen yang lain....walaupun aku mendapat keputusan yang baik dalam SPM, malangnya tidak ada tempat untuk orang seperti aku melanjutkan pengajian ke luar negara dengan pencapaian matematik dan bahasa inggeris yang cukup-cukup makan...

namun, aku cuba membina keyakinan bahawa satu hari nanti aku mesti sampai ke luar negara untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi...tapi aku hanya simpan di dalam hati sahaja kerana takut digelak oleh ramai orang...apa yang mampu aku buat setiap hari ialah dengan mencatat azam tersebut di dalam diari setiap hari...ya, dari tahun 1994 hinggalah 2004...tiap-tiap hari aku berdoa kepada Tuhan agar memberikan aku sedikit peluang untuk ke luar negara dan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi...peperiksaan STPM memberikan aku ruang yang besar untuk ke universiti...walaupun hanya ke universiti tempatan tapi aku tetap bersyukur kerana di universiti itulah aku bertemu dengan insan-insan yang faham dan sentiasa memberikan sokongan untuk aku berjaya dalam hidup...hasrat untuk menyambung pegajian ke luar negara terpadam seketika...namun, ketika hari pertama di universiti ini sebagai pelajar, aku melihat kelibat seorang profesor yang memberikan inspirasi selamanya dalam mengejar cita-cita...beliau mempunyai karisma yang tinggi dan pakar bidang...dan paling penting beliau merupakan lulusan luar negara di peringkat ijazah lanjutan...sejak hari itu, aku tertanya apakah yang dimaksudkan dengan ijazah lanjutan...dan bagaimana beliau boleh ke luar negara untuk belajar ijazah lanjutan sedangkan apa yang aku tahu hanya pelajar cemerlang dan terpilih sahaja yang layak untuk ke luar negara, itu pun pada peringkat ijazah pertama...sejak hari itu, keinginanku meluap-luap untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan ijazah lanjutan, dan apakah yang aku harus buat untuk menggapai peluang itu...selepas bertanya kepada beberapa orang pensyarah, barulah aku sedar, aku mesti cemerlang di peringkat ijazah pertama dahulu...namun perjalanan sebagai pelajar ijazah pertama di universiti ini bukanlah mudah...apatah lagi sesetengah kursus memerlukan aku menggunakan buku-buku dan makalah berbahasa inggeris....

aku banyak menghabiskan masa di perpustakaan membuat research dan sentiasa mencuba untuk menulis essay yang terbaik...lebih baik dari orang lain dan sentiasa bersaing untuk menjadi lebih baik...kegagalan di sebuah institusi pengajian tinggi lain sebelum ini - kerana tidak fasih berbahasa inggeris - menjadi azimat untuk aku bersaing dengan pelajar lain untuk menjadi lebih baik...aku sentiasa memberi motivasi pada diri bahawa walaupun penguasaan bahasa inggeris aku yang amat lemah, bukanlah satu batu penghalang untuk mencapai kejayaan...dengan semangat dan doa, aku berjaya melepasi halangan itu dan mendapat keputusan yang baik dan melayakkan aku ke luar negara bagi menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan...namun, untuk mendapatkan biasiswa ini bukanlah sesuatu yang mudah...ya, aku bukanlah anak emas atau anak orang kaya atau pelajar berasrama penuh yang terpilih menjadi pelajar cemerlang dan tiada mempunyai sebarang masalah dalam mendapatkan tiket untuk belajar ke luar negara...aku terpaksa menduduki ujian bahasa inggeris berkali-kali kerana penguasaan bahasa inggeris yang lemah...tapi aku beruntung dengan kawan-kawan yang sentiasa memberikan sokongan agar tidak cepat mengalah...akhirnya, aku dapat pergi juga ke salah sebuah universiti di Australia untuk pengajian di peringkat sarjana...

dengan penguasaan bahasa inggeris yang terhad, pengajian di peringkat sarjana amat mencabar dan memeritkan...aku masih ingat lagi hari pertama sampai di sini, aku mahu sahaja menempah tiket untuk pulang...tapi bila difikirkan balik, dengan cabaran yang aku telah lalui, bukan mudah untuk mendapatkan peluang seperti ini...jadi, aku teruskan jua...kuliah pertama memang aku tidak faham langsung...tetapi aku amat bersyukur kerana mempunyai penyelia yang sangat faham tentang keadaan yang aku hadapi...apa pun, ia bukanlah alasan untuk aku tamatkan pengajian...apa yang aku buat ialah belajar dan belajar...tidak ada masa untuk bermain dan bersuka-suka...akhirnya dengan bantuan penyelia yang baik hati itu, aku berjaya tamatkan pengajian pada musim panas 2006...selepas kembali ke tanah air, aku digalakkan oleh kawan-kawan untuk sambung belajar semula ke peringkat yang lebih tinggi....kali ini aku terbang lagi ke Australia pada awal tahun 2007...aku faham, pengajian kali ini bukanlah semudah yang disangka...berbanding pengajian diperingkat sarjana, kali ini ia memerlukan semangat yang lebih tinggi...dan sekali lagi aku berhadapan dengan faktor bahasa...aku sering tertanya-tanya mengapa penguasaan bahasa inggeris aku begitu teruk....kenapa aku tidak sebijak orang lain yang boleh bertutur dan menulis bahasa inggeris dengan begitu baik...

namun aku berjumpa dengan seseorang yang memberikan perangsang bahawa di peringkat ini, aku perlu mejadi lebih strategik...dalam erti kata lain bahasa bukanlah faktor utama kerana apa yang paling penting ialah garapan dan kelangsungan idea yang bakal dihasilkan dalam bentuk penulisan...justeru, selama empat tahun aku bersengkang mata dan mengorbankan segala masa untuk bersuka-suka...dan dalam tempoh itu aku melihat pelbagai kes yang memberikan aku pengajaran bahawa bahasa inggeris adalah sangat penting tetapi ini tidak memberi makna bahawa jika seseorang itu mampu bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris dengan baik, maka beliau boleh menamatkan pengajian ini dengan begitu mudah...ini kerana terdapat banyak kes yang melibatkan pelajar tempatan sendiri yang bertutur dalam bahasa inggeris dengan begitu baik sekali tetapi pada akhirnya tidak dapat menyempurnakan pengajian di peringkat ini...walau apa pun, ini tidak bermakna bahasa inggeris tidak penting...aku tekankan di sini bahasa inggeris sangat sangat penting dan amat rugi jika kita tidak mendalaminya seberapa boleh....seperkara lagi yang aku pelajari, tidak ada apa pun yang mustahil dalam kehidupan jika kita percaya dengan apa yang kita mahukan...jangan lekas putus asa sebaliknya berusahalah, kerana hanya kerajinan sahaja sesuatu yang kita inginkan akan kita perolehi...ya, aku adalah anak orang miskin yang datang dari kampung pedalaman yang begitu lemah dalam mata pelajaran bahasa inggeris dan matematik, tidak layak untuk masuk ke asrama penuh, atau mendapat sebarang biasiswa di peringkat ijazah pertama untuk ke luar negara kerana tidak layak, ditendang keluar dari salah sebuah ipta tempatan kerana tidak pandai bahasa inggeris, pada akhirnya berjaya walaupun mengambil masa yang begitu panjang dan berkorban keringat serta air mata....aku tidak mahu dikatakan riak dengan apa yang aku capai, tetapi aku berharap ia menjadi perangsang kepada sesiapa sahaja yang mungkin terbaca blogs ini...jika kita mempunyai impian, anggaplah ia sesuatu yang positif untuk dicapai, bukan untuk dicemuh...jika seseorang itu tidak berjaya pada peringkat awal, janganlah menganggap beliau tidak akan berjaya selama-lamanya....jika seseorang itu tidak layak untuk ke atas, janganlah kita anggap beliau akan sentiasa diam di bawah...walau apa pun, kunci kepada kejayaan, adalah kerajinan, keyakinan dan keikhlasan dalam diri...dan paling penting, janganlah memandang rendah kepada orang lain hanya kerana dia tidak layak.

Ahad, Februari 27, 2011

one way ticket


semasa berkemas tiba-tiba terjumpa dengan tiket flight yang aku gunakan untuk travel ke Melbourne sekitar awal tahun 2007 dahulu...tak sangka masa berlalu begitu pantas...aku masih ingat lagi betapa berat hati untuk tinggalkan Malaya dan sambung pengajian di Melbourne...tapi aku tetap rasakan bahawa aku telah membuat keputusan yang betul untuk sambung belajar...aku tidak mahu menunggu lagi...terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong...akhirnya aku dapat tamatkan pengajian di sini walaupun sedang nervous menunggu keputusan...

Jumaat, Februari 25, 2011

berkemas

aku rasakan bilik aku dah macam gudang...penuh dengan kotak sehinggakan aku susah nak bergerak...inilah bilik kecil yang aku diami selama hampir 4 tahun...dari Mac 2007 hinggalah pertengah Mac tahun ini...hanya kerana aku mahu tinggal berdekatan dengan kampus maka aku memilih untuk 'menderita' dalam bilik yang kecil umpama stor ini dengan bayaran 790 dollar sebulan...kira-kira 2400 ringgit malaysia sebulan...rasanya kalau di KL aku boleh hidup di condominium mewah...lupakan saja impian itu...demi kerja aku sanggup korban apa sahaja especially keselesaan hidup...ramai orang cakap belajar di luar negara seronok...tapi takdelah seseronok yang dibayangkan..aku sendiri letih tengok pic ni hahahaha.....

Isnin, Februari 21, 2011

minum kopi lagi

beberapa hari selepas ke Geelong aku keluar plak dengan wokar dan alvin...aku dah tak tau nak buat apa lagi kat sini...nak balik ke Malaysia cepat-cepat pun aku rasa tak berbaloi jugak..baik aku melepakkan kepala otak aku yang tak pernah berehat selama empt tahun dulu...selepas lunch kelmarin aku ajak wokar dan alvin minum kopi...lama betul rasanya tak melepak macam dulu-dulu...lepas ni tak tau laa bila lagi boleh lepak sama-sama...kalau dah balik Malaysia tu aku tak rasa boleh jumpa tiap2 minggu..agaknya dua thaun sekali kot baru boleh jumpa hahahaha...apa pun coffee shop yang kami pergi tu memang ngetop...kami pegi dudk kat tingkat atas sambil berborak panjang sebelum balik opis semula kira-kira satu jam lebih selepas itu hahaha...






Rabu, Januari 26, 2011

coffee break




tiba-tiba wokar dan alvin ajak keluar...jadi kami pun merayau-rayau sekitar city....sebelum tu kami pergi lunch dengan rosya dan siriporn....tapi depa berdua nak balik school dulu jadi tinggal kami bertiga...then aku suggest pergi near yarra river utk minum kopi..wah tak sangka ada cafe baru, jadi apa lagi melepak laa sampai berjam-jam lamanya tengok cruise yang lalu lalang sambil melambai-lambai hahaha....tak tau lagi apa nak buat...dalam kepala aku ni cuma nak pegi adelaide melawat christine and then kemas barang, start shipping and settle plak kat KL...sigh, aku paling malas betul nak settle kat kl...i wish erwanita still lives there...tak laa bersusah payah aku nak cari rumah lagi...

Ahad, November 21, 2010

~ serenade


aku masih lagi menghitung hari dan membuat persiapan untuk hantar semua kerja-kerja yang telah aku lakukan sepanjang empat tahun di sini...musim panas datang lagi dan mengembalikan segala kenangan indah di Adelaide kira-kira 4-5 tahun lalu....tapi segala kenangan indah itu tidak mudah menjadi indah...begitu juga dengan segalanya yang aku dapat di sini...sifirnya sangat mudah...sama ada berkorban atau terkorban...berkorban dengan tekanan emosi dan kerja-kerja yang tak mungkin akan tamat, atau terkorban dengan rasa putus asa yang sentiasa mengintai peluang...walau apa pun, kerja-kerja ini mesti dihabiskan hingga ke garisan penamat...walau bagaimana susah pun perkerjaan ini ia tetap akan diteruskan...aku bukan membesar dalam dulang emas yang menawarkan seribu macam cara untuk berjaya...walaupun kadang-kadang hati ini terasa perit menelan pelbagai bentuk karenah manusia yang senang lenang menelan keringat hasil bumi tanpa bersusah payah, semangat ini tidak mudah akan patah...apa pun aku belajar begitu banyak perkara di sini...saatnya pasti tiba satu hari nanti...

Ahad, November 07, 2010

tak sihat


pada mulanya aku nak habiskan masa seharian di rumah sebab aku tak berapa sihat hari ni...tapi disebabkan wokar dah called aku nak jumpa di office terpaksa laa aku datang...tak tahu plak apa makcik tu nak cakap...hari ni agak berangin tetapi tidak terlalu sejuk...yang aku tak berapa gemar ialah debunga yang berterbangan ke sana ke mari yang boleh menyebabkan aku sesak nafas dan sakit tekak...minggu ni antara minggu yang palik sibuk sepanjang aku kat sini...aku kena siapkan draft pertama hasil kajian bertahun-tahun untuk disemak kali pertama...harap-harap semua okay...aku target sebelum akhir february semua dah boleh hantar dan aku boleh berehat sekejap kat sini sebelum pulang ke Malaya...

Ahad, Oktober 31, 2010

keluar makan


maaf laa sebab aku dah lama tak update blogs ni....maklumlah tak menyempat nak menulis...kelmarin selepas completion seminar aku keluar makan dengan kak nora, rosya dan baim di kopitiam kat QV...lama betol aku tak ke sini...rasanya last pergi ke sini dengan wokar dan nurul sekitar 6-8 bulan yang lepas sebab sibuk nak makan laksa kari...tapi kali ni aku try mee goreng...sedap gak boleh laa tahan....tapi rasanya yang paling ngetop Hainan chicken rice...seronok plak tengok kak nora lega dah confirm candidature...kesian kat dia bersusah payah mai office di pagi hari sebab nak siapkan proposal dan presentation...apa pun bila dah masuk spring ni aku dah kena hay fever...nasib baik dah beli ubat ...jadi boleh laa enjoy makan...hahaha...