Memaparkan catatan dengan label office. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label office. Papar semua catatan

Isnin, Disember 26, 2011

akhirnya..


selepas pelbagai kesukaran, suka dan duka, akhirnya aku sampai ke garisan penamat..walaupun ia bukanlah penamat dalam erti kata sebenar - lantaran masih lagi ada perkara yang perlu diselesaikan - tapi aku puas hati menamatkan yang satu ini..tidak dapat dibayangkan bagaimana aku terpaksa mengorbankan banyak perkara hanya untuk yang satu ini...terima kasih semua yang menyokong tanpa henti...aku ikhlas menghargainya :)

Isnin, Jun 20, 2011

minggu-minggu terakhir

memang tak sabar nak balik...semua barang dah siap packed...jadi sekarang ni cuma bilang hari sahaja...masa aku leka berborak dengan rosya tadi tiba-tiba aku dapat call dari printing service...rupanya menatang yang aku dok lama tunggu dah siap...excited laa jugak..ye laa kan empat tahun lamanya aku buat menatang ni..tu tak masuk lagi dengan keadaan stressnya, dengan perangai supervisor yang boleh buat darah aku turun naik..hahaha...tak sanggup betul rasanya....nak dipendekkan cerita, aku pun turun bergegas ke printing centre...dari jauh aku dah nampak menatang tu dah diletakkan kat atas meja...dalam hati aku cuma cakap - kemas dan tampak elegant....ewahhh...kena puji gak...hahaha....lepas aje aku clearkan semua perkara, terus aje angkut naik ke office...lepas tu aku ambil dua, satu aku terus bagi ke makcik main supervisor..aku dah agak dia ada kat office...sebab dia dok asyik laa e-mail aku dari pagi tadi dok tanya pasal artikel...lepas tu berborak pulak dekat setengah jam....then, habis borak, aku bergegas plak pegi ke bilik second supervisor...kebetulan dia ada..yang aku tau pakcik ni jarang ada...mungkin sekarang student tengah cuti...suka betul dia dapat satu copy menatang ni...hahaha...dan pada aku ada lagi empat copy..satu nak bagi kat situ, satu lagi kat sini..dua aku simpan...boleh laa aku peluk tiap-tiap malam...menatang yang bagi aku nightmare selama empat tahun..even dah habis keje pon masih gak aku trauma hahaha (sambil lap air mata)...

Ahad, Jun 12, 2011

makan-makan

hari ni aku bangun lewat..biasalah kan kalau bangun awal pon aku nak buat apa aje...semua kerja dah siap baik laa aku buat taik mata untuk menebus kembali masa empat tahun yang tak cukup tidur tu...aku terbangun bila naz tiba-tiba text ajar keluar makan bersama akmal...memandangkan takde apa nak buat jadi aku ikut aje laa....tapi tempat tu punya laa jauh banget...dekat 45 minit naik train...mak aii ini tempat makan ke tempat nak proses makanan....sampai jer rupanya tempat yang sangat islamic...tak hairanlah kalau akmal yang pilih (gelak sambil tutup mulut)...naz pulak yang dok merungut sejuk dan mengantuk sejak tadi dah tersenyum-senyum....so kami pilih untuk makan steak...boleh tahan....tapi takdelah mencapai tahap sedap...aku cuma boleh bagi 3 dari sepuluh mata...hahaha..sungguh! memang tak sedap...lepas makan terus balik ke city semula...naz ajak minum kopi...aku on aje...akmal nak terus balik sebab dah terlalu kenyang...sampai kat kedai kopi aku order passion fruit cheese cake...naz pulak makan macaroon...boleh tahan sedap...aku bagi 6 dari sepuluh mata...sorry laa takde pic nak letak..aku ni punya pandai bawak kamera tapilupa nak bawa cable utk transfer gambar...nanti laa aku pinjam dengan akmal ini malam...ok laa nak balik...kang nanti sejuk pulak...demam nanti menyusahkan pulak..cya!

Isnin, Jun 06, 2011

detik-detik indah

sepanjang hidup aku memang banyak peristiwa gembira yang aku tak boleh lupa, tetapi peristiwa hari ini memang aku tak boleh lupa langsung sepanjang hidup...perjalanan yang aku tempuh selama ni sudah tamat...hari ni aku boleh tarik nafas sedalam-dalamnya...aku bebas dan relax...itulah kata-kata penyelia aku petang tadi ketika bersua dengannya dalam sebuah majlis di Lygon st. sekarang aku perlu bersaing dalam bidang yang serba mencabar...cuma aku akan rindu segala kenangan di building 4 and 9 Bowen st. Bermula pada musim luruh 2007 di building 4 Bowen st. aku tamatkan perjalanan panjang selama empat tahun pada awal musim sejuk 2011 di building9 di Bowen st juga. sakit pening jangan cakap, bak kata pepatah kami di sini - hanya orang gila yang akan buat kerja-kerja sebegini...berfikir tanpa had dan tamat...lebih penat dari kerja-kerja orang lain...stress jangan cakap...tapi selepas semuanya berakhir, aku tersenyum sendirian sambil gelak-gelak...apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan sahabat-sahabat baik dan juga rakan taulan yang aku kenal sepanjang aku enam tahun di bumi 'downunder'...you are the best...especially yang dok baca dan bagi komen kat blogs ni...hahahaha....terima kasih sekali lagi..love you guys!!

Ahad, Jun 05, 2011

hari yang indah

hari ni tak hujan walaupun diramal hujan..tapi rasanya felda simpang waha hujan lebat...baru aje bersembang dengan orang kampung melalui telefon...hai, rindu betul lah dengan ikan goreng dan ulam pegaga...malangnya sekarang ni aku sudah give up nasi hampir seminggu...hanya makan roti, sayur dan buah-buahan sahaja...diet? idok ler...saja tukar selera....wakakakaka...pejam celik pejam celik lagi dua minggu lebih aku akan balik semula ke Malaya...wah tak sabar sungguh nak pulang...biasalah, ingatkan tak perlu kembali ke sini tapi kena juga mai...tapi tak apa yang penting kerja beres...so, what's the next step? apa lagi kerja laa macam orang gila....nak buat macam mana, lain lah kalau aku anak businessman...tak payah kerja, goyang kaki dapat duit tiap-tiap bulan...haha...walaupun kerja di sini sudah habis, kerja yang baru sudah muncul...jadi, mahu tka mahu kena settlekan kerja yang baru pula...malam ni nak makan apa ya? lapar laa pulak....kalau tau bawak bekal nasik lemak tadi hahaha...

Isnin, Mei 30, 2011

phewwww!!!

okay siap pun semua perkara....sekarang ni cuma tengah tunggu surat pengesahan...aku betul-betul perlukan surat tu sebelum balik ke Malaya penghujung June ni...dapat je surat tu boleh laa aku bersuka-ria kejap sebelum masuk kerja semula...hai bosan sungguh tapi apa nak buat kena laa telan jugak...sambil-sambil duduk kat sini kerja lain perlu disiapkan juga tak boleh senang lenang goyang kaki...nanti dituduh makan gaji buta pula hahaha...sempena meraikan kerja-kerja dah siap jom enjoy Tiesto - antara Club DJ yang aku paling suka....p.s- aku cuma pergi club secara virtual aje (sambil lambai erwanita) hahaha...

Khamis, Mei 19, 2011

lembab!

apa laa lembab sangat...dah siapkan semua pun masih lambat nak membaca macam siput babey...bak kata rosya, pegi minum kopi boleh nak membaca amendments punya sikit pon kemut..apa nak buat....? sabar ajer laa....marah-marah pun tak guna...tak apalah balik rumah makan nasik lagi bagus..

Rabu, Mei 18, 2011

amendments

akhirnya siap juga amendments aku..apa-apa pun aku dah hantar kat supervisa suruh dia baca blak..mana adil asyik aku je yang kena buat semua (memang aku pun yang patut kena buat semua hahaha)...okay what's next? adoiii bosannya...udah ler nazrol takde...bosan sungguh...kalau tak boleh keluar pegi minum kopi...so projek hari ni keluar lunch dengan rosya dan siriporn...nasib baika da program kalau tak mati kutu aku kat sini...

Isnin, Mei 09, 2011

minggu yang membosankan

bosan...memang betul-betul bosan...tak tau apa lagi aku nak buat di sini..nak balik tiket dah beli awal2..nak beli tiket baru takut membazir pula..kesudahannya tunggu sajalah..berfikir-fikir juga apa lagi yang mahu dilakukan...cuaca semakin sejuk di sini...dan bila cuaca berubah time tu jugaklah aku membazir dengan membeli jacket yang baru...hai, membazir sungguh...nak buat macam mana nak tak kena beli kalau tak mengeletar kesejukan...kalau dapat cold and flu susah juga..udah ler aku tak beli insurans kat sini...okay laa nak kena sambung keje semula...sampai jumpa..hehe..

Sabtu, April 30, 2011

~ Melbourning

selepas hampir sebulan setengah meninggalkan Melbourne, hari ini aku kembali semula untuk finale. 112 Lygon st, masih seperti dulu...cuma aku tidak lagi menginap di bilik kecil seperti dulu...kali ini aku menginap di bilik yang lagi kecil...rasanya untuk tidur selama dua bulan tidak salah...lagi pun yang penting aku ada teman biasa untuk berbual...sampai saja di sini aku diserang sakit kepala...macam biasalah nak menyesuaikan dengan suhu yang seringkali jatuh ketika petang...jaket pun tak berbeli lagi...yang dulu telah kuhumban ke dalam kotak di rumah Melaka...apa pun kali ini aku mesti pastikan kerja-kerja finale selesai pada bulan yang pertama...untuk bulan yang kedua aku akan mulakan kerja-kerja baru dan mesti di siapkan sebelum pulang ke tanah air lewat bulan Jun nanti...apa pun, welcome back!

Jumaat, Mac 11, 2011

the last posting?


selepas ini aku mungkin tidak akan aktif berblogs...ya, selepas hampir enam tahun blogs ini ditinta dengan pelbagai suka duka aku sebagai seorang pelajar di perantauan...lagi tiga hari, aku akan meninggalkan Bowen st. dan kembali berkerja semula di salah sebuah universiti terkemuka di ibu kota..aku memang pasti, satu hari nanti, tidak dapat tidak, masa itu akan datang juga...aku melalui masa yang begitu panjang, jatuh bangun dalam pencarian ilmu dan tiket untuk menempah kehidupan yang lebih baik...aku menerima ketentuan takdir bahawa aku akan meninggalkan jua bumi rantau ini dan segala memori yang telah aku cipta sepanjang enam tahun lamanya...aku belajar banyak perkara sepanjang tempoh ini...kejayaan tidak akan datang bergolek dalam kamus hidup...kejayaan perlu datang dengan keringat dan air mata...ya, aku adalah anak kampung yang membesar jauh di pedalaman...keluarga kami susah dan aku tidak pernah menerima pendidikan sempurna seperti kebanyakan generasi moden pada hari ini...keputusan peperiksaan tidak melayakkan aku pergi ke mana-mana sekolah berasrama penuh kerana aku tidak bijak dalam matematik dan sains...dengan persekitaran yang mementingkan sains dan matematik sebagai tiket untuk ke sekolah berasrama penuh dan universiti, apa yang mampu aku buat hanyalah dengan menduduki peperiksaan STPM sebagai satu-satunya peluang yang ada untuk ke universiti...aku selalu mengimpikan untuk menyambung pengajian ke luar negara...tapi impian hanya tinggal impian kerana untuk ke luar negara, seperti dalam tafsiran kementerian pendidikan dan masyarakat Malaysia ketika itu, anda mestilah mendapat semua A dalam peperiksaan terutama dalam subjek matematik, bahasa inggeris dan beberapa subjek sains tulen yang lain....walaupun aku mendapat keputusan yang baik dalam SPM, malangnya tidak ada tempat untuk orang seperti aku melanjutkan pengajian ke luar negara dengan pencapaian matematik dan bahasa inggeris yang cukup-cukup makan...

namun, aku cuba membina keyakinan bahawa satu hari nanti aku mesti sampai ke luar negara untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi...tapi aku hanya simpan di dalam hati sahaja kerana takut digelak oleh ramai orang...apa yang mampu aku buat setiap hari ialah dengan mencatat azam tersebut di dalam diari setiap hari...ya, dari tahun 1994 hinggalah 2004...tiap-tiap hari aku berdoa kepada Tuhan agar memberikan aku sedikit peluang untuk ke luar negara dan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi...peperiksaan STPM memberikan aku ruang yang besar untuk ke universiti...walaupun hanya ke universiti tempatan tapi aku tetap bersyukur kerana di universiti itulah aku bertemu dengan insan-insan yang faham dan sentiasa memberikan sokongan untuk aku berjaya dalam hidup...hasrat untuk menyambung pegajian ke luar negara terpadam seketika...namun, ketika hari pertama di universiti ini sebagai pelajar, aku melihat kelibat seorang profesor yang memberikan inspirasi selamanya dalam mengejar cita-cita...beliau mempunyai karisma yang tinggi dan pakar bidang...dan paling penting beliau merupakan lulusan luar negara di peringkat ijazah lanjutan...sejak hari itu, aku tertanya apakah yang dimaksudkan dengan ijazah lanjutan...dan bagaimana beliau boleh ke luar negara untuk belajar ijazah lanjutan sedangkan apa yang aku tahu hanya pelajar cemerlang dan terpilih sahaja yang layak untuk ke luar negara, itu pun pada peringkat ijazah pertama...sejak hari itu, keinginanku meluap-luap untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan ijazah lanjutan, dan apakah yang aku harus buat untuk menggapai peluang itu...selepas bertanya kepada beberapa orang pensyarah, barulah aku sedar, aku mesti cemerlang di peringkat ijazah pertama dahulu...namun perjalanan sebagai pelajar ijazah pertama di universiti ini bukanlah mudah...apatah lagi sesetengah kursus memerlukan aku menggunakan buku-buku dan makalah berbahasa inggeris....

aku banyak menghabiskan masa di perpustakaan membuat research dan sentiasa mencuba untuk menulis essay yang terbaik...lebih baik dari orang lain dan sentiasa bersaing untuk menjadi lebih baik...kegagalan di sebuah institusi pengajian tinggi lain sebelum ini - kerana tidak fasih berbahasa inggeris - menjadi azimat untuk aku bersaing dengan pelajar lain untuk menjadi lebih baik...aku sentiasa memberi motivasi pada diri bahawa walaupun penguasaan bahasa inggeris aku yang amat lemah, bukanlah satu batu penghalang untuk mencapai kejayaan...dengan semangat dan doa, aku berjaya melepasi halangan itu dan mendapat keputusan yang baik dan melayakkan aku ke luar negara bagi menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan...namun, untuk mendapatkan biasiswa ini bukanlah sesuatu yang mudah...ya, aku bukanlah anak emas atau anak orang kaya atau pelajar berasrama penuh yang terpilih menjadi pelajar cemerlang dan tiada mempunyai sebarang masalah dalam mendapatkan tiket untuk belajar ke luar negara...aku terpaksa menduduki ujian bahasa inggeris berkali-kali kerana penguasaan bahasa inggeris yang lemah...tapi aku beruntung dengan kawan-kawan yang sentiasa memberikan sokongan agar tidak cepat mengalah...akhirnya, aku dapat pergi juga ke salah sebuah universiti di Australia untuk pengajian di peringkat sarjana...

dengan penguasaan bahasa inggeris yang terhad, pengajian di peringkat sarjana amat mencabar dan memeritkan...aku masih ingat lagi hari pertama sampai di sini, aku mahu sahaja menempah tiket untuk pulang...tapi bila difikirkan balik, dengan cabaran yang aku telah lalui, bukan mudah untuk mendapatkan peluang seperti ini...jadi, aku teruskan jua...kuliah pertama memang aku tidak faham langsung...tetapi aku amat bersyukur kerana mempunyai penyelia yang sangat faham tentang keadaan yang aku hadapi...apa pun, ia bukanlah alasan untuk aku tamatkan pengajian...apa yang aku buat ialah belajar dan belajar...tidak ada masa untuk bermain dan bersuka-suka...akhirnya dengan bantuan penyelia yang baik hati itu, aku berjaya tamatkan pengajian pada musim panas 2006...selepas kembali ke tanah air, aku digalakkan oleh kawan-kawan untuk sambung belajar semula ke peringkat yang lebih tinggi....kali ini aku terbang lagi ke Australia pada awal tahun 2007...aku faham, pengajian kali ini bukanlah semudah yang disangka...berbanding pengajian diperingkat sarjana, kali ini ia memerlukan semangat yang lebih tinggi...dan sekali lagi aku berhadapan dengan faktor bahasa...aku sering tertanya-tanya mengapa penguasaan bahasa inggeris aku begitu teruk....kenapa aku tidak sebijak orang lain yang boleh bertutur dan menulis bahasa inggeris dengan begitu baik...

namun aku berjumpa dengan seseorang yang memberikan perangsang bahawa di peringkat ini, aku perlu mejadi lebih strategik...dalam erti kata lain bahasa bukanlah faktor utama kerana apa yang paling penting ialah garapan dan kelangsungan idea yang bakal dihasilkan dalam bentuk penulisan...justeru, selama empat tahun aku bersengkang mata dan mengorbankan segala masa untuk bersuka-suka...dan dalam tempoh itu aku melihat pelbagai kes yang memberikan aku pengajaran bahawa bahasa inggeris adalah sangat penting tetapi ini tidak memberi makna bahawa jika seseorang itu mampu bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris dengan baik, maka beliau boleh menamatkan pengajian ini dengan begitu mudah...ini kerana terdapat banyak kes yang melibatkan pelajar tempatan sendiri yang bertutur dalam bahasa inggeris dengan begitu baik sekali tetapi pada akhirnya tidak dapat menyempurnakan pengajian di peringkat ini...walau apa pun, ini tidak bermakna bahasa inggeris tidak penting...aku tekankan di sini bahasa inggeris sangat sangat penting dan amat rugi jika kita tidak mendalaminya seberapa boleh....seperkara lagi yang aku pelajari, tidak ada apa pun yang mustahil dalam kehidupan jika kita percaya dengan apa yang kita mahukan...jangan lekas putus asa sebaliknya berusahalah, kerana hanya kerajinan sahaja sesuatu yang kita inginkan akan kita perolehi...ya, aku adalah anak orang miskin yang datang dari kampung pedalaman yang begitu lemah dalam mata pelajaran bahasa inggeris dan matematik, tidak layak untuk masuk ke asrama penuh, atau mendapat sebarang biasiswa di peringkat ijazah pertama untuk ke luar negara kerana tidak layak, ditendang keluar dari salah sebuah ipta tempatan kerana tidak pandai bahasa inggeris, pada akhirnya berjaya walaupun mengambil masa yang begitu panjang dan berkorban keringat serta air mata....aku tidak mahu dikatakan riak dengan apa yang aku capai, tetapi aku berharap ia menjadi perangsang kepada sesiapa sahaja yang mungkin terbaca blogs ini...jika kita mempunyai impian, anggaplah ia sesuatu yang positif untuk dicapai, bukan untuk dicemuh...jika seseorang itu tidak berjaya pada peringkat awal, janganlah menganggap beliau tidak akan berjaya selama-lamanya....jika seseorang itu tidak layak untuk ke atas, janganlah kita anggap beliau akan sentiasa diam di bawah...walau apa pun, kunci kepada kejayaan, adalah kerajinan, keyakinan dan keikhlasan dalam diri...dan paling penting, janganlah memandang rendah kepada orang lain hanya kerana dia tidak layak.

Rabu, November 17, 2010

tunggu sekejap


ia bermula pada tahun 2007. pada masa itu aku ingatkan kerja-kerja ini sangat mudah. tapi bila aku lihat dengan teliti ia terlalu rencam. penuh dengan campuran perasaan yang berbaur. aku cuma belajar satu perkara: jangan sesekali menyerah kalah. jangan ada secuit pun rasa untuk berputus asa. aku masih lagi ingat dengan doa yang aku kirim kepada Tuhan dalam rimbunan ladang kelapa sawit kerana terlalu sedih dan insaf dengan kesusahan dan kemiskinan. hidup di luar bandar tanpa kemudahan asas dan pendidikan sempurna. generasi hari ini terlalu bertuah. segalanya ada: elektrik, pengangkutan, internet, handphone, tuition, apa lagi yang mahu disebut. tapi apa pun aku tetap bersyukur kerana Tuhan masih menabur rahmat yang tidak terperi. perjalanan masih jauh dan ia tidak akan berhenti hanya setakat ini. Tuhan masih lagi mahu aku meneruskannya.

mencari ruang


seringkali aku terfikir, apakah yang mahu dilakukan lagi selepas tamat belajar nanti? adakah terus sahaja mengikut tuntutan cliche - berkerja, kahwin, merancang keluarga dan menjadi religious? ay yay yay yay...tak tahu nak cakap...pernah aku bercakap dengan erwanita tentang masa depan...kadang-kadang kesian juga aku mendengar luahan emosinya...di Malaysia, kalau tak berkereta mewah orang akan bercakap, kalau tak berkahwin orang akan mengata...jadi, mahu tak mahu kena juga mengikut rutin sebegini...bak kata erwanita, kita bukan hidup di Turki, kita hidup di Malaysia...nak tergelak pun ada bila dengar dia cakap begitu...semalam aku menghubungi eliz jelita..seperti erwan, dia pun meluahkan perasaan yang sama...tapi apa nak buat, kadang-kadang jodoh tidak ada dan kekangan pendapatan hanya setakat itu untuk hidup lebih baik...tapi kalau dah ada jodoh adakah kita sedia untuk berkahwin...? atau hanya berkahwin semata-mata nak menyedapkan hati orang yang 'fanatic' terhadap perkahwinan...adakah kita mahu berkereta mewah semata-mata orang lain juga berkereta mewah? tersenyum aku mengenang kata-kata alvin kepadaku pada satu hari di musim panas 2007: marriage is not practical and it sounds quite bullshit sometimes...tapi yang lebih lucu, ada yang berkata: cuba hang cakap macam tu kat depan mak bapak hang, mau dicilinya mulut hang tu...walau apa pun, aku punya impian sendiri...dan aku mahu impian itu menjadi kenyataan satu hari nanti...bak kata orang tua, kalau dah jdoh takkan ke mana..sebut pasal jodoh, apa khabar miss? masih tak boleh give up lagi ke tetap nak suruh aku jadi hang punya pengapit? urghh...

Jumaat, November 12, 2010

nak buat apa lagi?


hari ni amat membosankan, jadi aku ingat nak balik awal dan habiskan menonton siri supernatural season 5 yang aku baru beli kelmarin....maka lengkaplah semua season koleksi supernatural aku..tup tup plak aku dengar nak buat season 6 hampess...nampaknya kena mai sini balik laa next year...hari ni mendung dan nampak akan hujan..baguih laa sebab dah lama sangat tak hujan asyik berdebu jer cuaca kat sini....aku ni sampai kena sakit tekak baru nak baik...gregoria plak nak bagi aku lollies percuma maka aku tunggu laa gak kan walaupun dah sakit tekak...kah kah kah...minggu ni tak banyak benda aku baut melainkan buat bacaan yang lebih rapi sebab takut repetition...tapi rasanya wokar dah awal-awal warning ada repetition tapi aku malas betul nak baca semula...takpe laa tunggu apa si chris tu cakap...malas dah aku nak tengok...laa ni aku nak rileks sekejap...

Ahad, November 07, 2010

tak sihat


pada mulanya aku nak habiskan masa seharian di rumah sebab aku tak berapa sihat hari ni...tapi disebabkan wokar dah called aku nak jumpa di office terpaksa laa aku datang...tak tahu plak apa makcik tu nak cakap...hari ni agak berangin tetapi tidak terlalu sejuk...yang aku tak berapa gemar ialah debunga yang berterbangan ke sana ke mari yang boleh menyebabkan aku sesak nafas dan sakit tekak...minggu ni antara minggu yang palik sibuk sepanjang aku kat sini...aku kena siapkan draft pertama hasil kajian bertahun-tahun untuk disemak kali pertama...harap-harap semua okay...aku target sebelum akhir february semua dah boleh hantar dan aku boleh berehat sekejap kat sini sebelum pulang ke Malaya...

Isnin, Ogos 23, 2010

bila nak habis??


bila pilih pekerjaan yang sebegini, satu persoalan yang sering dilontarkan oleh teman-teman ialah bila nak habis?? memang sakit hati bila difikirkan balik tapi nak buat macam mana dah minat...nak tak nak kena telan jugak..lusa ni aku nak berjumpa penyelia...tak tahu ler apa feedback yang bakal aku dapat...aku jarang bercerita pasal kerja sebab aku rasa kalau aku cerita banyak-banyak kat sini pon bukan orang paham...jadi baik laa aku cerita pasal benda lain...kelmarin aku berborak dengan cikgu yune (khairunnisa hj baharum) yang mengajar aku di sekolah kebangsaan bandar easter pada tahun 1988 sampai 1990. Lepas masuk sekolah menengah kami telah terputus hubungan...lama kami cari sampai laa cikgu md noh tolong inform kat cikgu zulkifli (agaknya) tentang kewujudan kami dalam facebook...hahaha..tak sangka akhirnya kami bertemu semula selepas lebih 15 tahun....lama tu..cikgu yune pon dah nak masuk zon pencen...aku ingat dulu cikgu yune siap bagi aku hadiah sbb dapat markah yang baik dalam subjek yang dia ajar...kenangan betul kat SKBE...tak tau apa jadik kat sekolah tu sekarang...nasib baik rinda mengajar kat situ...at least tahu gak serba sedikit perkembangan...hehehehe

Ahad, Ogos 08, 2010

hari terbuka

hari ni terlalu ramai ibu bapa dan anak-anak mereka berderet datang ke sini...sebabnya mudah - nak tau kursus apa yang sesuai untuk anak-anak mereka untuk pendaftaran sesi baru pada bulan februari tahun hadapan...banyak laa pameran dan booth dibuka untuk slot penerangan dan juga soal jawab..freebies pun banyak tapi aku tak larat dah nak pegi tengok...cuma bila tengok keadaan di sini aku terkenang pulak waktu lepas SPM dulu...masa tu tak ada pon hari terbuka atau kata mat salleh open day....cuma aku sangat-sangat hargai usaha bapak aku tolong belikan borang ITM (walaupun selepas tu aku kena tendang keluar dengan terhormatnya - sbb tak dengar cakap bapak aku yang lebih senang aku ke tingkatan 6)...selebihnya kami cuma dengar tentang permohonan ke universiti melalui akhbar dan television...masih jugak aku ingat perjalanan sehari dengan mis dan tut! (tak boleh disebut nama yang lagi sorang tu kang tak pasal2 aku kena sumpah hahaha) pergi beli borang UPU dan uruskan pendaftaran kad atm di wisma maria...sampai kena tipu dek taxi driver...walhal wisma maria tu dekat jer boleh jalan kaki...

kalau diteliti sistem pendidikan kita di Malaysia perlu diberikan lebih autonomi agar tidak menyusahkan pelajar...berilah banyak peluang kepada pelajar yang lebih berpotensi dalam bidang sains sosial, humanities dan arts untuk belajar di universiti...jangan jadikan matematik sebagai kekangan untuk mereka terus maju...matematik bukanlah segalanya...(ewahh harus laa aku kena sumpah lepas ni)...bila aku lihat balik semua kursus-kursus peringkat ijazah pertama di sini, terlalu banyak kursus yang bernilai di pasaran kerja yang tidak memerlukan maths...okay laa cukup ler cakap tentang itu sbb nanti orang cakap aku berfikiran kolot pulak...aku tak nafikan matematik itu penting tapi sistem pendidikan di malaysia suka menjadikan matematik itu sebagai syarat wajib untuk masuk ke universiti...kalau tak lulus matematik maka seseorang pelajar itu akan ditakrifkan sebagai gagal...ini adalah satu perception yang begitu naif dalam mentaliti masyarakat kita dan perlu diubah...dan ini juga menjadi salah satu penyebab ramai pelajar yang tidak kritikal dan hanya tahu angguk sahaja...sistem pendidikan di Malaysia perlu dirombak sedikit agar ia lebih bersifat flexible...

Berbalik pada hari terbuka tadi, aku rasa ia amat berguna untuk dipraktikkan di Malaysia..rasanya konsep sebegini memang sudah ada di Malaysia tapi harap-harap ia akan dilakukan di kawasan luar bandar juga...kalau diperhatikan hari terbuka asyik2 kat kawasan urban...orang yang diluar bandar nak pergi punya lah jauh...kesudahannya depa tak pergi dan pilih kursus yang salah...harap-harap ibu bapa sekarang terutamanya di kalangan orang melayu lebih celik tentang peri pentingnya pendidikan tinggi di kalangan anak-anak mereka...jangan lah kita ketinggalan terus-terusan sampai bila-bila...bagi yang berkemampuan hantar lah anak anda belajar bahasa inggeris...kita sedang mengorak langkah ke dalam dunia ekonomi yang lebih global...mungkin orang akan pandang aku anti bahasa melayu tapi ingatlah tidak guna kita terlalu taksub dengan bahasa melayu lepas itu susah nak dapat kerja...dalam dunia politik dan ekonomi yang berubah-ubah, amat penting kita mempunyai kemahiran bilingual...mungkin hari ini kita masih boleh bersyukur sebab bahasa melayu masih dipelihara dalam sektor awam...kita tak tahu pada masa depan siapa yang memelihara dan apa yang dipelihara...jadi sediakanlah payung sebelum hujan...

p.s: Raihan, tak sempat laa nak amek foto sebab hujan time tu...anyway hang boleh klik sini

Ahad, Mac 28, 2010

penat + sibuk



hai aku rasa macam tak larat dah nak menulis...nak pecah kepala hotak pon ada...tak tau dah apa lagi aku nak goreng....last friday aku dapat computer baru.....kali ni mac...au voir pc kah kah kah....dah ler besau dan laju, semangat laa siket aku nak menulis walau pon tak larat...last week gak aku dah jumpa supervisor aku selepas melakukan protes sebab dia begitu malas nak baca gue punya draft...dun play-play okay dengan gue, ngertik? kah kah kah...geram betol aku...yer ler kita dah buat penat-penat dia boleh buat muka sardin cap bunga kemboja...weekend macam ni sunyi betul kat office..yang ada cuma si danial yang asyik laa dok suruh aku bukak pintu sebab key card dia tak boleh guna..hai apa laa malang nasib honours student asyik kena buli...kah kah kah...memang bosan jadik student honours...aku ada sms tawakal kelmarin inform mamat tu aku nak mai adelaide...lama sungguh aku tak mai adelaide..rindu betul kat Christine, Val, Alex, Sam, Molly, Merry, Yoyo, Stefi dan Kiki...kali ni aku akan gunakan betol-betol conference di Adelaide untuk melepaskan tensen...aku pon nak jumpa si tristan tu gak..lama tak jumpa mamat tu...okay laa, nak sambung buat keje....jumpa lagi...

Sabtu, Mac 06, 2010

hujan batu di negeri sendiri

pepatah ada mengatakan, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...lebib baik di negeri sendiri..tapi kalau betul-betul turun hujan batu apa nak buat? maka bertempiaran ler semua orang lari menyelamatkan diri...kecuali aku laa sebab aku kat dalam bangunan dok bantai gelak sebab tengok orang kena timpa hujan batu...dajal sungguh aku hari ni..kah kah kah...tadi ada big storm kat melbourne...ni pon masih hujan lagi...tapi yang lawak tu hujan batu...nasib baik kecik-kecik macam bijik guli...kalau macam bola golf tak ke haru...ada yang ramai masuk hospital...kah kah kah...













Ahad, Februari 14, 2010

komen yang menyakitkan hati


aku betul-betul geram dengan karenah umat yang suka bagi komen tanpa memikirkan kesan komen tersebut dengan sedalam-dalamnya...aku mahu jer memanggil umat-umat seperti ini sebagai 'fuckin idiot' (itu sahaja yang layak) kerana suka membuli personaliti orang lain dengan melakukan pembunuhan karektor...bukan itu sahaja, hal-hal peribadi yang boleh membawa kepada rasa malu dan rendah diri juga ditabur sama...dan yang lebih teruk nama keluarga, mak, bapak dan atok nenek juga diletakkan untuk menambahkan perencah kutukan...bagi aku ini adalah pembulian cyber dan perlu diambil kira..apatah lagi bila komen-komen lancang seperti ini datang dari jemari orang-orang yang aku kenal sejak kecil lagi...ini tidak memberikan alasan bahawa seseorang itu boleh diberikan komen sewenang-wenang dan menjadi tatapan lawak jenaka rakan-rakan cyber yang lain. cukup-cukup laa aku dibuli dengan teruk waktu zaman sekolah dulu...takkan itu pun tak cukup lagi? dan jangan berikan alasan 'ah, komen sebegitu pon nak kecik hati'..cuba kalau aku pulak yang bagi komen macam tu? kita tengok siapa yang akan melenting hingga tak mahu bertegur sapa?