Waktu mula-mula masuk SMBE ni dulu aku agak terkejut jugak sebab senior-senior macam budak form 4 dan form 5 semuanya besar-besar...maksud aku dari segi fizikal..tinggi dan sesuai laa kalau panggil budak sekolah menengah atau high school. Tapi time batch aku alahai budak-budak semua macam ikan bilis kecuali miss...hahaha....tapi satu perkara yang menarik tentang SMBE time tu, budak-budak takut dengan betul dengan cikgu...apa yang cikgu cakap semua akan turut 100 persen. Maklumlah, masa tu hukuman rotan masih lagi dijalankan. Tak silap laa ni takde hukuman rotan. Tu yang budak makin nakal...dan boleh jugak dikatakan jahat sebab ada yang siap boleh join geng kongsi gelap dan merempit...siap masuk dalam youtube lagi aku tengok..hahaha...yang join geng tu siap letak geng kapak merah lagi...mak aii hebatnya sampai ada trademark kapak mengalahkan parti komunis soviet...hahaha....cikgu pertama yang jadik cikgu kelas aku waktu kat SMBE tak silap aku cikgu tan lee yong. Statement yang dia yang aku ingat sampai sekarang – ‘janganlah sekali-kali meniru. Percayalah kepada diri sendiri.’ waktu belajar kat dalam kelas tingkatan satu ilham ni yang paling lawak ialah bila cikgu tan ajar menyanyi lagu ‘how much is the doggie in the window’. Nak tergelak-gelak aku dengan zaki kat belakang kelas menyanyi lagu ni. Yelah, duduk kat felda tak pernah-pernah nyanyi lagu omputeh, tiba-tiba cikgu tan suruh nyanyi lagu tu...kalo tak mesti tak habis-habis dengan lagu rock kapak, kak melah atau pun paling latest masa tu kak ziana...bila cikgu tan kena pergi kursus selama beberapa bulan, cikgu mad zain ambik alih kelas satu ilham tu...lama gak dalam 3-4 bulan..cikgu mad zain ni seperti biasa memang best ajar sejarah...kalau nak bandingkan dengan cikgu aziah yang suka tumbuk bahu orang tu, cikgu mad zain ni lagi terror ajar sejarah walaupun membosankan...hahaha....masa kat tingkatan satu ilham ni aku jarang pegi rehat kat kantin sebab masa tu takut plak tengok punya ramai laa umat beratur nak beli makanan...lepas tu tolak menolak adalah perkara biasa...macam laa makanan tu semua boleh hilang...hahaha..kadang-kadang tu aku teringat plak dokumentari tentang kanak-kanak terbiar kat india...adalah lebih kurang macam tu budak-budak kat smbe dulu...yer laa negara baru nak membangun kan..tak macam sekarang rasanya dah maju...budak-budak pun agaknya beratur nicely bila nak beli makanan kat kantin..agaknya laaa....
satu perkara yang aku tak boleh lupa waktu kat dalam tingkatan dua ilham ni ialah bila sorang cikgu naik hangin sebab satu kelas buat bising masa cikgu takde...cikgu ni depa panggil cikgu singa sebab moody tak tentu pasal...tapi dia sebenarnya baik dan sampai sekarang aku rasa dia ingat nama aku...last aku jumpa dia kira-kira 6-7 tahun yang lalu kat bandar kota tinggi....bila dia masuk kat kelas tu dia tanya kenapa you all buat bising? Tak silap aku dia cakap omputeh sebab she was trained in the states...lepas tu dia suruh kita orang semua berdiri atas meja....malangnya disebabkan sorang student kat belakang lambat sangat naik atas meja, dia terus capai buku teks geografi kat atas meja student yang duduk paling depan dalam kelas - tak silap aku meja hally emiza amin dan baling ke arah mereka...dan tak pasal-pasal marlina omar yang duduk kat bahagian tengah kelas yang kena...apa lagi melalak ler budak tu...dah ler buku teks tu tebal...ingat tak sakit ke kena baling dengan buku teks...hahaha...lepas tamat tingkatan dua, aku pon di trasnfer ke kelas 3 jasa...zaki plak ke kelas tiga gemilang...masa ni aku rasa langsung tak best sebab tkde member yang best kat dalam kelas...nak-nak dikelilingi ‘the brain’ – meminjam kata-kata drew barrymoore dalam never been kissed. Suffer laa jugak....cikgu kelas masa ni ialah cikgu ramesh yang berhempas pulas ajar english tapi nak buat macam mana kan dah nama budak melayu, memang susah nak ajar english....cikgu-cikgu lain yng turut mengajar aku masa tu – geografi/cikgu zaharah – asyik laa dok mengajar pasal contour ...aku masa tu dok pening ape kebenda laa cikgu ni ajar...bila aku masuk uni dan tengok member-member yang amek geografi buat menatang tu, baru ler aku paham..tapi kalau suruh buat lagi benda tu sekarang mintak maap ler den memang lupa...
haha...bila masuk form 4 dan terus ke aliran teknikal, masa ni aku start enjoy study...cikgu kelas masa ni ialah cikgu wardah....dia ajar matematik...mak aii bersungguh dia ajar aku matematik sebab dia tahu aku memang lemah giler matematik...macam-macam pendekatan dia buat untuk merangsang otak aku supaya paham maths tapi as I said once I said no, it means forever baby..lalalala....keh keh keh....susah betul sapa yang kena mengajar aku...cikgu wardah ni bukan calang-calang orang...she was trained in the states dalam bidang fizik...bahasa melayu/cikgu rohana..masa tu subjek ni bahasa melayu...laa ni bahasa malaysia plak...cikgu rohana ni best mengajar...lawak plak tu...dia bertanggungjawab mengajar aku menjadi lebih kritis dalam segala hal terutama bila menulis.. –english/cikgu azhar, yang kontroversi sebab dok marah aku masuk acara tari menari...bergaduh dan bermasam muka laa jugak sekejap sesama cikgu masa tu disebabkan hal-hal sebesar ikan bilis...agama islam/ustaz shukri, yang ni payah siket walaupun best mengajar...sebabnya selalu tak masuk kelas..tak tahu ler buat apa orang tua ni...hahaha... perdagangan/cikgu vincent, ni lagis atu kantolversi...pemalas nak mengajar....yang paling teruk permarkahan tak setara....nampak sangat dia tak tanda skrip exam..tu yang kena transfer ke sekolah lain tak lama lepas tu...tapi apa pun kira allrite laaa...ekonomi asas/cikgu wan zawiyah, cikgu paling best mengajar aku so far....she also was trained in the states...walaupun ekonomi asas ada maths, tapi aku bleh buat dengan jayanya...keh keh keh....pendidikan seni/cikgu iskandarrani...walaupun nampak garang tapi hati baik...suami cikgu wardah...selalu bagi nasihat agar terus berjaya...tapi perkara yang paling seronok kat SMBE ni ialah bila cikgu shis – yang mengajar subjek sains pertanian minta akud an rakan-rakan sekelas yang sekali ambik subjek tersebut buat projek untuk memenuhi keperluan penilain. So, aku pon pilih ler projek hidroponik...yang lawak tu, tak ramai budak-budak lelaki yang nak amek hidroponik sebab mereka lebih suka ternak ayam dan tanam cendawan. Agaknya masa tu hidroponik bunyik macam saintifik sangat so depa semua lari ke projek ayam dan cendawan...untuk kelas aku yang join projek tu dari kelas 4 teknikal 2 cuma shalawati, amidah, norazura, salina, norizam dan aku sendiri...dari kelas 4 teknikal 1 aku tak berapa ingat sangat...Cuma yang aku pasti rizal memang join projek tu sebab dia memang suka bab tanam menanam ni..keh keh keh....aku join projek tu sebab nak mengelakkan daripada kena jaga ayam dan sembur air kat cendawan hari-hari...projek hidroponik ni ringkas dan mudah...Cuma nak kena jaga laa kalau-kalau ada serangga yang datang menyerang...
Sambutan hari guru kat sekolah menengah bandar easter waktu tahun 90an terhad dengan perhimpunan khas depan anak murid. Dan seperti biasa semua kelas akan dibatalkan bagi memberikan penghormatan sehari untuk guru-guru kat sekolah. Waktu perhimpunan khas tu, macam biasalah lepas jer nyanyi lagu negaraku, lagu bangsa johor dan lagu sekolah, para cikgu akan menyanyikan lagu guru Malaysia. tak sure betul ke tak tajuk tu..tapi apa yang aku ingat intro dia lebih kurang macma ni - kami guru malaysia, berikrar dan berjanji...lalalala...macam tu ler...murid-murid pon terkebil-kebil laa tengok cikgu masing-masing menyanyi...pelik kot sebab biasanya murid-murid yang bersungguh-sungguh menyanyi time assembly...lepas tu pengetua sekolah akan memberikan perutusan khas sempena hari guru...biasanya teks ucapan tu akan diperolehi dari pejabat pendidikan daerah..seperti tahun-tahun sebelumnya jugak, terma-terma penting macam jasa, berkorban, sekolah, negara, bersungguh-sungguh semuanya ada laaa....habis jer pengetua bagi ucapan, pengumuman guru terbaik lelaki dan wanita akan dilakukan..aku pon dah lupa sapa cikgu terbaik waktu study dulu...yang aku cuma ingat waktu form 1 tak silap cikgu minhad yang mengajar subjek kemahiran hidup dan juga cikgu salina sabtu yang mengajar subjek sains menggondol anugerah tersebut...walaupun hadiah takdelah macam hebat seperti anugerah bintang popular berita harian atau anugerah industri muzik, tapi aku rasa anugerah cikgu terbaik ni telah pun melebihi tahap anugerah popular artis-artis (kononnya) yang takde faedah tu.....cikgu Minhad ni ajar kemahrian hidup waktu aku form 1..dia suka tanam pokok kat ladang experimen tepi sekolah tu...pokok-pokok tu disemai dalam polly bag dan dijuald engan harga dua puluh sen. Duit tersebut akan dikitar semula untuk membelikan kemudahan ladang tersebut macam anak benih dan juga perlatan menanam. Cikgu salina ni pulak aktif mengajar softball atau dalam bahasa melayunya bola lisut bagi pasukan wanita....aku tak paham apesal dia orang panggil bola lisut....hahahaha....lepas tu semua budak-budak yang masuk softball pangil dia bonda...dan sperti biasa jugaklah pasukan softball wanita SMBE yang hidup segan mati tak mahu tak pernah dapat johan sekalipun ketika itu..wakakakaka.....terkutuk laa pulak....tapi nasib baik ler ada cikgu salina sabtu ni...kalo tak mesti bukda-budak SMBE tak tahu apa itu softball...Lepas jer penyampaian anugerah cikgu terbaik dilakukan, acara sukan antara cikgu dan pelajar akan berlangsung...maka ramailah umat-umat student akan berlonggok kat tepi padang tengok cikgu dan murid bertanding acara bola jaring dan bola sepak...yang kaki bangku macam aku ni pon kena paksa tengok sekali...dah ler membosankan dan aku boleh ingat berapa kali aku menguap setiap kali aku tengok perlawanan cikgu dan murid berlangsung...hahaha...
Bersedia melangkah megah, Walaupun sukar baktiku curah, Demi mu ibu pertiwi, Sumpah ku lafaz janji kukota, Berikrar eratkan bangsa, Kukuhkan cinta kepada Negara, Berjasa terus berjasa, Menyebarkan ilmu tiada batasnya,
Guru Pembina Negara Bangsa, Gagah perjuangkan visi Negara, Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa, Demi agama dan nusa tercinta, Guru Pembina Negara Bangsa, Tetap Unggul senadakan suara, Sehaluan menggapai matlamatnya, Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
1 ulasan:
hebat betOl laa lan dgn mis punye ingatan... baikk punya.. klau akO daa tak ingat menda2 tu lagi lOst memOries.. benda daa lepas akO malas nk kenang2.. yg penting kena tumpukan pd perancangan masa depan.. tp sesekali teringat zaman2 jahil serOnok gak hehehe...
Catat Ulasan