selepas berhempas pulas selama lebih 3 minggu akhirnya aku berjaya juga siapkan struktur kasar ulasan susastera utk tesis...hehehe..sukanya aku..walaupun aku tak jamin tepat atau tidak mengikut keperluan school tapi aku rasa macam okay..keh keh keh..apa laa...tapi not bad laa..at least aku dah tulis sekitar 10k...cuma aku nak menyuntik ayat-ayat menggoreng bagi nampak ayu siket...cuaca hari ni sedang elok..tak panas dan juga tak sejuk...aku ingatkan nak pergi ke Melb. Central beli baju tapi aku melencong ke bookshop...hari ni sheryl takde..selalunya mak cik tu laa yang sibuk tolong aku tempahkan buku....rasanya dia off kot...aku dah tempah empat buah buku...nasib baik dah dapat elaun untuk beli buku..at least berguna jugak buku-buku yang dibeli tu nanti...
laptop aku dah meragam sejak akhir-akhir ni..mungkin dah terlalu banyak virus yang kurang ajar menyerang beliau dari segala sudut..hehehe...takpe..tunggu laa rosak...nanti boleh beli Mac...ceh perasan..macam ada banyak duit nak beli Mac...nak tak nak kena la kumpul duit dari sekarang...aku inagt nak pergi merayap ke rumah Rosya laa esok..tapi tak tahu pulak mak cik tu ada ke tak..kalau ada boleh laa aku ajak si zam pi merayap sekali...bosan betul akhir-akhir ni..rasa macam nak balik kampung ajer..harap-harap Chris balik cepat dari Thailand..aku nak suruh dia baca jugak ulasan susastera yang aku dah buat tu....kalau tak lambat laa nanti..aku nak semuanya selari dengan pelan yang aku dah rancang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan