Hari ni hujan turun...dah lama aku menunggu saat ini...musim panas macam ni seronok betul kalau hujan..teringat kat kampung...tapi hujan kat sini takde laa selebat macam kat kampung aku...masa aku perabih zaman kanak-kanak dan remaja kat Kota Tinggi dulu waktu hujan laa paling tak seronok..sebabnya tak boleh keluar bermain...tapi bila dah meningkat dewasa waktu hujan laa paling seronok sebab ada masa untuk berhenti seketika dari berbuat sesuatu..contohnya tengok tempias air hujan kat tingkap...
pagi ni aku bangun awal betul...rasanya dah hampir seminggu aku tidur awal...rasanya kalau kat KL mesti aku orang yang akan bangun paling awal..masakan tidak, kalau ditukar waktu maunya aku bangun pukul 4 pagi...tapi okay laa tu kot..bangun pagi pun seronok apa..mujur bilik aku takde air-condition...kalau tak mesti aku bangun pukul 10 pagi....hai tak sabar betul aku nak balik Malaya...jumaat ni aku ada appmt. dengan Brian..harap-harap laa pakcik tu bagi respon baik sikit...kalau tak terpaksa laa aku delay flight aku lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan