Khamis, Januari 29, 2009
patience
Rabu, Januari 28, 2009
lawatan ke melaka
sebenarnya cerita trip last minute tu macam ni. aku pergi ke melaka sebab nak merayap sekejap kat sungai melaka yang dikatakan best tu..apa namanya? river cruise? tak macam river cruise pon..macam naik perahu tambang kat sarawak ada laa...bila sampai kat sana, aku suruh ler adik aku yang keje kat melaka tu beli tiket v.i.p. ceh..macam v.i.p. laa konon...management amatlah teruk...tunggu punyalah lama dekat satu jam setengah....yang datang lewat boleh pulak bagi naik dulu..kiranya macam cerita pendekar bujang lapok laa...cuma dalam cerita ni takde orang yang kena buang dalam sungai jer...hahaha...selepas lama menunggu, akhirnya dapat naik jugak..nasib baik laa dihiburkan oleh pelawak ali mamak...kalau tak mahu jer aku sumpah mahsuri tujuh keturunan semua orang kat situ...muahaha...dah ler hari hujan..tapi boleh laa dikatakan cantik jugak sebab depa dok letak banyak lampu-lampu berkerlipan kat sepanjang sungai melaka tu...tapi yang kelakarnya, bila aku pergi balik keesokan paginya, rasa macam pergi kat kawasan pencemaran alam....hahaha..cuma solekan jer tebal yang amat...tapi okaylah at least enjoy jugak...satu lagi aku telah berkunjung ke rumah dayang erwanita di jalan paya rumput...mula-mula macam nak sesat, akhirnya jumpa jugak selepas beliau berdiri di tepi jalan menari inang menyambut kedatangan aku...muahahaha....lama gak berborak dengan orang tua tu sebelum aku balik semula ke bukit katil dan bertolak ke merlimau untuk berkunjung ke rumah saudara di sana....
Ahad, Januari 25, 2009
mari masuk kelas memandu

satu sifat aku ni suka baca benda-benda 'tak penting' (banyak laa tak penting) macam ni last minute. biasalah tengok ajer orangnya - tengok sekali imbas pun dah tahu memang last minute person. muahaha. pagi-pagi buta aku dah bangun dan baca buku undang-undang jalan raya tu. tanda anak panah laaa, tanda orang lintas jalan laa, tanda itu ini lah..cuma tanda gajah jer takde..aku baru jer nampak tanda awas gajah melintas waktu aku ke mersing kelmarin..muahahaha..lawak sungguh...tapi kawasan mersing tu memang kaya dengan gajah. sampai jer kat tempat ujian tu punyalah ramai orang tunggu. komputer ada empat ajer. teruk betul company ni. kalau aku tahu aku datang lambat-lambat. lepas tu dia punya kerani mak aii garang giler. nasib baik laa tak lawa..muahaha..jahat betol..habis semua orang ditengkingnya. nasib baik laa aku tak kena marah sekali..biasalah budak-budak spm tengah aktif kan. siket-siket gelak. tengok kengkawan sebelah pun gelak-gelak. yang lawak tu, kerani garang tu siap announce lagi result bebudak yang dah amek test tu. 'gagal! tak lulus, amek lagi!' cuak ler jugak. bila sampai turn aku, terus jer aku masuk amek ujian yang paling aku tak suka ni. nasib baik soalan tak berapa susah sangat...tapi result lulus cukup-cukup makan jer. sesuai laa dengan usaha maju jaya last minute. hahaha. so lepas ni aku kena hadiri kelas amali pulak. harap-harap aku tak langgar sesiapa kat driving school tu. hahaha.
Jumaat, Januari 23, 2009
bosan
aku bosan betul hari ni. nak teruskan acara berborak dengan makcik-makcik, aku kena hold semuanya..sebab tukang-tukang review nak baca dulu hasil 'borakan' yang pertama. hari ni kat felda simpang waha cuaca agak panas. walaupun masa pi solat jumaat tadi awan mendung kelabu nampak macam nak hujan, tapi tak hujan-hujan jugak. tapi nasib baik kat dalam rumah ni tak panas walaupun takde air conditioner. malam tadi aku tidor awal sebab diserang demam selsema..jadi aku tak buat apa-apa keje sangat selain daripada melayari internet dan membaca komik dragon ball. so far aku baru jer abis baca bab son goku mengalahkan remaja syaitan pikor dalam pertandingan kungfu antarabangsa. bosan-bosan macam ni memang tak tahu nak buat apa selain membaca bahan bacaan ringan. nak tengok tv pon dah malas. dulu masa elektrik tak sampai lagi kat felda simpang waha ni, punya laa aku excited nak tengok television. bila generator dihidupkan jam 6 petang, berebut masuk rumah sebab nak tengok kartun macam teenage mutant ninja turtle, mask, etc. laa ni nak tengok kartun pun malas. kalau anime aku suka laa tengok. tu pon kadang-kadang jer. laa ni kalau tengok televisyen pon cuma buletin utama, bernama news dan awani.
disebabkan bosan giler, mulanya aku ingat nak baca buku cerita seram. aku ni tak suka sangat baca mastika sebab keseraman majalah tu tak sehebat buku cerita seram macam buku tok awang ngah dan tamar jalis. walaupun ia sebenarnya fiksyen tapi bila baca nak pergi bilik air pun takut.. mula laa mata melilau sana sini seolah-olah diperhatikan...wakakaka...dulu jiran aku pun mempunyai hobi yang lebih kurang sama. dia suka kumpul buku fiksyen seram ni. nak-nak buku tamar jalis. walaupun ramai orang kata buang karen baca buku seram, tapi ia sebenarnya memperkayakan lagi idea untuk berkarya. bila kita sudah mahir berimaginasi maka banyak laa idea mengarurt timbul untuk ditulis..muahaha...aku ni sebenarnya nak sambung siri cerita satu malam. tengah dok-dok cari idea ni...ada sapa-sapa yang nak sumbang idea tak?muahahaha...
Rabu, Januari 21, 2009
bunga-bunga cintun
adus...
sejuk laa malam ni. walaupun dah dekat seminggu hujan tak turun kat felda simpang waha ni, tapi cuaca tetap sejuk. angin sepoi-sepoi bahasa sentiasa bertiup all the time. tu yang buat aku nak buat taik mata jer. makan banyak pulak tu. asyik laa makan. mewah betul. kalau kat 112 lygon st, jangan harap ler. tu yang aku selalu kelihatan slim bila balik. tak sempat nak makan. kat kampung ni bangun jer dah ada sarapan kat atas meja. kira macam ada ilmu ajaib laa..hahaha. banyak variety plak tu. kalau tak balik-balik susu lembu, cereals, roti bakar, keju atau butter. bosannya. tu yang aku selalu bertandang kat kafe bawah precint. balik-balik muka aku jer yang beratur beli kopi dan donut. tadi aku menyelongkar laci kat belakang. tengok album gambar lama. maaf laa aku takde scanner kat rumah ni. kalau tak dah lama aku scan semua gambar tu. nostalgia beb. berapa ya harga scanner sekarang? cap ayam pon takpe..aku bukan nak scan gambar paris hilton. yer laa dulu mana ada kamera digital. pakai kamera biasa tu jer laa. bila habis jer amek gambar terus hantar negatif ke kedai untuk develop. bila dah siap masa t boleh laa tengok gambar tengah nampak gigi laa, tak cukup sifat laa, tersenget laa...macam-macam...ok laa..nak tido...nanti sambung lagi...haha.
Isnin, Januari 19, 2009
berborak dengan mak cik
'masuk, masuk...jangan dok kat luar..dok kat dalam ni, maaflah rumah makcik bersepah siket', sambut mak cik aishah, 50 tahun (bukan nama sebenar). dan yang paling penting, televisyen bersaiz 21 inci telah terpasang, menayangkan sebuah filem bollywood. aku pun terfikir sejenak tentang apa yang telah diperdebatkan oleh eric c. thompson (2000, p.197) tentang masyarakat melayu - khususnya yang tinggal di luar bandar. jika tetamu bertandang ke rumah, televisyen bukan sahaja bertindak sebagai sebuah aset berharga di ruang tamu, tetapi juga sebagai sebuah aksesori untuk menjadikan persekitaran pertemuan kami petang itu lebih 'hidup dan menghiburkan'. pendek kata seperti yang diakui oleh thomspon, sesuatu pertemuan itu lebih menyeronokkan dengan terpasangnya television. tidak seperti apa yang telah aku alami pada bulan mac dan april tahun lepas, siri pertemuan dengan makcik-makcik di kampung kali ini lebih mencabar. mereka banyak melontarkan idea yang lebih baik dan meyakinkan.banyak juga pandangan terbaru yang aku terima mengenai penggunaan teks-teks budaya asing. mungkin soalan interview yang telah dirombak berkali-kali telah membantu mengukuhkan respon kali ini sedikit sebanyak. pertemuan petang itu berlangsung kira-kira dua jam. walaupun penat tetapi agak berbaloi. haha.
Khamis, Januari 15, 2009
cerita di malaya
dah lama betul aku tak ke malaya dan kuala lumpur... adalah lebih kurang sekitar 6-8 bulan...banyak betul dah berubah. itu pun banyak lagi aku tak explore. tapi favourite spot aku - KL Sentral pun dah banyak berubah. tempat yang paling aku tak suka pergi - midvalley city, pun dah banyak pembangunan. hampir 3-4 jam aku melilau cari baju sebab terlalu luas dan terlalu ramai pengunjung daripada biasa. aku bertolak ke malaya pagi-pagi buta lagi. sekitar jam 9 pagi. nasib baik bapak aku nak pi tolong hantarkan aku ke sanggar kota. bila sampai cuma bas mara liner jer yang ada. masalahnya tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu, bas tak datang-datang. rupanya bas rosak. ceh. teruk betul. tapi yang bestnya, bas mara liner ni tak lambat macam siput. berhati-hati dan cermat depa bawak. aku sampai kat pudu raya. then aku ambik cab terus ke kl sentral. makan jap. then amek teksi terus ke dept and jumpa head. then, head ajak aku keluar minum kopi kat bangsar. selepas berborak dan berbincang tentang persediaan untuk bentang paper di serdang, farid dan tunangnya pon datang. lepas berborak lebih kurang, head pon balik rumah sementara aku, farid dan tunangnya keluar dinner somewhere kat selayang. farid makan punya laa banyak sampai aku pulak yang takut tengok. rasanya erwanita pon tak makan macam tu punya banyak. keh keh keh. tapi yang penting tak membazir! habis jer makan kita orang pun hantar tunang farid balik ke selayang. lepas tu kami pon bergerak ke rawang. pandu punya pandu, punya pandu...tak sampai-sampai..aku ingatkan rawang tu dekat jer..sekali jer punya laa jauh..rumah farid memang cantik dan tenang. takde bunyik bising. elok laa kalau buat rumah persinggahan.
tapi kejauhannya tu yang buat aku tak tahan. kalau keluar pagi memang seronok. tapi nak balik ke sana tu membuatkan hati berdebar-debar sebab tak sampai-sampai. hahaha. esok paginya farid hantar aku ke stesen komuter. hari ni aku ada lunch appointment dengan mas. so, we all pergi makan kat secret recipe. sedapnya tak terkata. habislah jugak semangkuk spaghetti aku bedal. petangnya pulak aku tunggu erwanita dan farid di stesen lrt kerinchi. lepas tu kami terus ke rawang dan makan besar di sebuah warung tepi jalan yang cukup membingitkan telinga dengan suara sumbang penyanyi 'karaoke'. sampai nak tercekik aku makan dengar depa dok nyanyi ah! ah! ah! tak berhenti-henti. hari berikutnya aku sibuk dengan event di serdang. kesian pulak aku tengok muka tak puas hati erwanita...nak buat macam mana kan. aku ingatkan dia nak datang kl bila aku selesai semua perkara. petang tu aku kena join plak head punya appoinment dengan pak cik tony. terpaksalah si erwanita dan farid join sekali. lepas tu kena pulak teman aku ke office buat preparation untuk conference esok. then pergi tesco pulak tapi tak beli pun barang yang hendak dicari. kesudahannya kami makan waffel kat depan tesco selayang sampai kenyang. lepas tu balik rumah farid memang meletihkan. aku ler yang tido paling lewat sebab nak kena siapkan slide untuk esok. paginya farid dan erwanita hantar aku ke office. head pagi-pagi lagi dah sampai...habis jer event kat serdang, head terus jer suggests aku check in terus ke hilton sbb malam tu ada dinner di putrajaya. lepas jer check in aku pun pi ler merayau sorang-sorang kat midvalley. punya laa ramai umat..sakit mata aku tengok..untuk menyelamatkan diriku dari pening sebab tengok umat ramai sangat aku pon pi ler shopping kat metrojaya..takde laa shopping pun..cuma tengok-tengok jer (tapi beli ler sehelai baju - keh keh keh). tak lama lepas tu waktu tengah tunggu lunch erwanita called dok tanya kat mana. jadi aku minta laa tolong dia dan mas pi amek aku kat midvalley. dari midvalley kami ke tempat persidangan rasmi biasa di amcorp mall. dah lama betul tak ke amcorp mall. favourite spot aku ni sejak aku undergrade lagi. masa tu baru pindah kat vista angkasa.
Housemate aku macam din dan dek suka pergi ke amcorp mall sebab ada flea market. every weekend mesti pergi. kat flea market ni aku beli macam-macam benda. antaranya ialah koleksi karakter pokemon. ada ler dekat sekotak aku simpan. patung getah tu kecik-kecik memang sesuai laa dijadikan hiasan kat komputer. tapi laa ni aku dah sumbat kat bilik belakang. habis jer bergebang sambil minum kopi kat kopitiam di amcorp mall tu, mas hantar aku dan erwan ke pj hilton. mas kena balik sebab ada hal penting katanya. so, erwan melepak ler sekejap dengan aku kat pj hilton sementara menunggu bas pukul 7.30 malam. tepat jam 6.45 aku teman dia ke bawah tahan teksi untuk ke pudu raya. lepas tu aku naik ke bilik semula dan bersiap untuk dinner di marriot, putrajaya. head ambik aku depan lobby dan kami terus ke marriot dan sampai sana tepat jam 8.30 malam. bila sampai jer majlis dah bermula 10 minit. nyanyian lagu negaraku berkumandang dan kami kena laa berdiri tegak sebagai menghormati lagu kebangsaan - sambil mata melilau mencari meja mana yang masih kosong. malam tersebut meninggalkan kenangan yang amat manis sebab kami berjaya dapat award. keh keh keh. seronok laa jugak. habis jer dinner head terus hantar aku balik ke hilton. penat betul dan keesokannya aku bangun jam 10 pagi. check out dan terus ke dept. dan print apa yang patut. malam tu aku ke rumah che we untuk tumpang tido semalam sebelum bertolak semula ke kota tinggi pada pagi hari esoknya.
Labels:
kengkawan,
tempat keje,
universiti malaya
Khamis, Januari 08, 2009
esok nak ke malaya
akhirnya selepas beberapa minggu aku kat felda simpang waha ni, berjaya jugak aku beli phone no. yang baru. jadi senang ler semua orang nak contact aku lepas ni. dan yang paling penting aku tak perlu mendengar erwanita dok membebel sebab susah betul nak hubungi aku, nak-nak di kawasan desa yang aman permai kat sini. haha. apa yang penting esok dia pon akan turun sekali ke kuala lumpur dan aku seperti biasa akan teman dia shopping (ke dia yang teman aku shopping?) wakakaka. aku budak baik apa. aku pun nak kena jumpa mas untuk bincang dengan dia tentang interview, nak jumpa raja untuk bergosip semasa, nak jumpa head untuk bergosip jugak (gosip tentang conference), nak jumpa si polan, si anu dan banyak lagi laa...ni aku tengah dok kemas barang apa yang perlu nak dibawak. baju rasanya 2-3 helai kot. yan glain beli jer kat kl. jeans 2 helai. towel + selimut, buku-buku teori, i-pod, etc. etc. boleh laa kot. alamak duit cukup ke? Insya'allah cukup rasanya. aku dah call parid tadi minta dia amek aku kat malaya. wah, best laa dapat naik kereta baru encik parid. hmmm..ingat nak masak spaghetti. dah lama tak masak-masak dengan budak-budak ni. keh keh keh. anyway, kena tido awal malam ni. esok nak bangun jam lima pagi. jam tujuh pagi nak kena gerak ke stesen bas ekspress di sanggar kota. naik mara linear kot? cepat siket. hehehe.
Rabu, Januari 07, 2009
segelas teh di pagi hari
semalam aku called dayang erwanita. dia dok marah aku sebab tak contact dia. alahai kan aku dah bagi no telefon aku di felda simpang waha ni kelmarin. rupanya dia lupa. nasib baik dia lupa. aku ingatkan pura-pura lupa. haha. erwanita bagi tahu yang dia pun nak naik ke KL jugak tetap pada hari jumaat. haha. mesti seronok. tapi malangnya, hari sabtu, ahad dan isnin aku ada conference. jadi cuma ada hari jumaat dan sabtu malam sahaja untuk berborak-borak. erwanita bagitahu aku yang dia dah pindah ke ofis yang lebih besar mengadap tasik. kiranya macam jabatan eksekutif laa..cuma dia agak takut sedikit sebab ada unsur-unsur mistik kat situ. tapi aku harap dia tak jadik macam pelakon cerita mistik arahan razak mohideen yang asyik menjerit tak sudah dari awal sampai habis. keh keh keh. apa cerita pula azah yang tergolek macam ayam golek jatuh tangga office kat arau? kesian pulak aku dengar ko sampai jatuh macam tu sekali. lain kali ko kena belajar macam mana nak berjalan macam tyra bank. kih kih kih.
Selasa, Januari 06, 2009
Tanya Pada Hati - Iman Xara


**Tanya pada Hati, bukannya tulisan pertama IMAN XARA. Kematangan IMAN XARA terserlah pada keupayaannya membina watak utama yang mantap dalam novelnya ini. ISBN: 978-967-5118-14-2 --Harga: RM20.00
koleksi vcd yang digemari

Isnin, Januari 05, 2009
surat-surat lama

ada juga yang ditype cantik menggunakan komputer. adakalanya surat terpaksa diutuskan lantaran e-mail yang dihantar tak berbalas. bila surat yang dihantar dibalas semula, ada sahaja cerita seperti terlupa password atau e-mail tak aktif, no telefon bertukar dan lain-lain lagi. sampul surat pula pelbagai. dari yang berwarna biru dan bercop airmail, sehinggalah sampul biasa berwarna coklat. ada yang besar dan ada yang kecil. yang lawak tu, sampul surat besar gajah tapi suratnya satu page jer. bagi yang kreatif, siap guna helaian majalah berwarna untuk menghasilkan sampul surat. macam-macam cerita yang dikongsi. belajar dimana sekarang? tengah buat apa sementara tunggu keputusan stpm? dah tahu ke si polan tu dah bertunang? dia dah ada anak satu laaa ni.... eh betul ke kau makin hensem sekarang?wakakaka....pendek kata, macam-macam cerita laa...sekarang ni bila dah ada e-mail, surat tulisan tangan menggunakan pos amat terhad dihasilkan. kalau ada pun kebanyakan orang lebih gemar type menggunakan pc, print out, sign and masukkan dalam envelope, seal, tampal setem dan pos ke dalam mail box. paling kuat pun, surat saman, surat bank, surat insurans, surat tawaran, kad raya, kad jemputan kawin, kad undangan ke majlis tertentu tetapi tidak surat tulisan tangan bertanya khabar berita.
rombongan cik kiah ke kuala lumpur
aku sebenarnya kalau dah lama dok kat felda simpang waha ni, memang malas betul nak pi KL. dah laa takde sapa-sapa lagi kat KL tu..lagi laa malas aku nak pi buat rombongan cik kiah. tapi takpe nanti aku nak tumpang tidur kat rumah farid laa (itu pon kalau dia tak kemut)...maklumlah orang dah bertunang dengan dirasmikan pegawai daerah rembau...berlagak betul..muahahahaha....aku ingat nak stay dalam 4-5 hari kot. lepas tu aku blah ler balik kampung. dan aku boleh mulakan semua kerja-kerja aku yang lama tertangguh. kalau tak disebabkan hal kat serdang, baik aku merambu kat kampung lagi best..hari ni mendung tak bererti hujan. tapi rasanya akan hujan jugak kot kalau diteliti tahap kemendungan kat luar tu. tapi yang best angin sepoi-sepoi bahasa. hari ni budak-budak sekolah mulakan pengajian. apa khabar cikgu-cikgu di luar sana? - terutama kak gie - keh keh keh.. mesti excited nak mengajar murid-murid sekolah. kalau anak murid melawan kena banyak bersabar. gunakan pendekatan psikologi pendidikan. keh keh keh. apa khabar che erwanita kita? lama betul tak dengar khabar berita. mesti sedang berkerja dalam suasana gilang gemilang - keh keh keh..jangan marah aaaa....apa cerita pula rakan-rakan yang lain seperti miss? dah bersiap sedia untuk kembali ke kano state? haha..apa laa aku ni, dok tanya benda yang bukan-bukan, sebenarnya takde idea nak tulis hapa..
Ahad, Januari 04, 2009
Masih di Felda Simpang Waha
Labels:
dulu-dulu,
felda simpang waha,
kenangan di SKBE
Jumaat, Januari 02, 2009
Masjid Jamek Felda Gugusan Waha
Terkenang Semasa Dulu (siri 6): Dari Maktab Adabi Maharani ke Universiti Malaya







Langgan:
Catatan (Atom)