Memaparkan catatan dengan label gosip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gosip. Papar semua catatan

Isnin, November 27, 2006

let's get the party started

Tajuk tu masih dalam proses lagi sebab semuanya tak habis lagi..tapi aku dah dapat beberapa result yang belum secara rasmi pon..tapi ok laa..at least dah keluar satu dua result...hari ni memang sibuk..aku rasa dekat 24 kali aku turun naik tangga pergi library semata-mata nak siapkan DVD cover..Alhamdulillah akirnya siap jugak..esok aku nak print dengan kertas yang berkualiti tinggi..print laa dalam 3-4 salinan...

semalam aku called Che Tuan..lama betul aku tak dengar suara dia yang tahap burung gagak tu..kali ni dia kena cirit birit laa pulak..macam-macam laa dia tu..tapi sempat jugak berborak dekat sejam lebih..terkutuk laa jugak satu dua perkara..entah hapa-hapa laa mak cik tu...minggu ni aku nak merayap lagi..kali ni nak pergi Glenelg laa plak..aku dah text Tawakal awal-awal lagi nak merayap seharian kat situ...lama betul aku tak ke sana..ingat lagi first time masa sampai kat Adelaide, Glenelg laa tempat pertama kali aku pergi..best laa kat situ sebab semuanya ada..tak macam tempat-tempat lain kat Adelaide...

ok laa..hari dah malam aku nak balik flat..malam ni ada satu dua program best kat SBS..kena tonton ni...hehehehe...

Jumaat, September 15, 2006

nyanyi lagi...

So after all's said and done
I know I'm not the only one
Life indeed can be fun
If you really want to
Sometimes living out your dreams
Ain't as easy as it seems
You wanna fly around the world
In a beautiful balloon

Aku masih ingat lagi first time aku beli album Des'ree waktu aku form six kat Muar..Biasa laa masa tu tak kenal internet lagi macam budak-budak sekarang..semuanya kena beli dalam bentuk fizikal..hari ni semuanya mudah kerana boleh diperolehi dalam bentuk maya...aku dah attached clip video Life nih kat profile..konsep yang lebih kurang sama dengan Clip Video Bob Sinclair- Love Generation...

Lirik Life cukup seronok dihayati kerana mudah dan santai..paling seronok jika mendengar lagu ini ketika memandu kereta di waktu pagi...dan jika mahukan situasi gembira itu lengkap, destinasi yang hendak dituju mestilah ladang-ladang dan juga bukit bukau...bawalah sekali kopi panas dan kek keju dan nikmatilah lagu ini sambil menghadap ladang yang luas terbentang ketika musim panas..(tak tahu pulak aku kat Malaya boleh buat ke tidak..) Satu hari nanti aku harap aku boleh hasilkan clip video yang berkualiti tinggi seperti Life ...(terutamanya dari segi mesej, shot dan connection to audience..aku kurang berminat dengan clip video yang terlalu banyak kesan khas kerana ia tidak realistik)

walaupun ia bukanlah kepakaran aku kerana aku sebenarnya lebih berminat dengan dokumentari..oh, lupa pula nak beritahu..aku dah beli satu lagi dokumentari terbaru di Marion Shopping Centre minggu lepas..kali ni dokumentari tentang Malaysia, Selatan Thai dan Laos..cukup seronok..kalau erwan tahu mesti dia suruh aku beli punya...hehehehe....

Rabu, Ogos 16, 2006

kecewa dibenci

Rumah kecil tiangnya seribu
Rumah besar tiangnya sebatang
Waktu kecil kau di timang ibu
Dewasa mu di pukul gelombang
Berhijrah ke alam remaja
Menguji ketabahan jiwa
Tiada seindah impian
Sesungguhnya hidup perjuangan

Cabarannya tetap datang
Umpama laut bergelombang
Yang gagah akan berdiri
Yang lemah akan ketepi
Berjaya disanjungi
Kecewa dibenci
Begitulah lumrah manusia
Agar kau tak kecewa

lagu bernada kecewa..bukan..lagu inilah yang sentiasa memberikan inspirasi ketika berduka...untuk apa? sebagai motivasi diri..aku sebenarnya kesian kat erwan..apa laa punya malang betul nasib dia diperlakukan begitu..nak kata cerita cerekarama bukan..inilah realiti kehidupan manusia..terutamanya orang melayu laa ni..kita sepatutnya bantu-membantu atas sikap profesional melayu..bukan emosional melayu..berdendam kesumat tak sudah-sudah..sebab itulah juga dunia melayu tak maju-maju zaman-berzaman..bila sudah naik sedikit sudah ada iri hati, bongkak dan dendam kesumat...minta-mita dijauhkan dari bersikap seperti ini..Insya'allah..Amin...

Selasa, Julai 18, 2006

diari dan kehidupan

Aku masih ingat lagi dulu aku memang rajin tulis diari..kalau tak silap ada lima hingga enam diari aku ada..tapi lepas jer aku habis study terus aku tak tulis diari dah..beli jer tapi tulis tak..malas betul nak tulis..lagi pun tiada apa yang menarik disamping bilangan kawan-kawan yang semakin mengecil..kalau ada member ramai dah tentu seronok menulis diari..watak dan peristiwa sering bertukar ganti...jika dibaca berulang-ulang pun tidak akan jemu..

Memang betul kata Prof Rajenthran sewaktu di kuliah terakhir tahun ketiga di universiti..kenangan yang paling indah adalah kenangan sewaktu kita sedang berada di alam persekolahan sehinggalah tahun terakhir pengajian ijazah pertama di univerisiti..selepas itu terpulanglah kepada diri kita untuk mencorakkan kenangan seterusnya sama ada indah atau sebaliknya..

Aku mula menulis sewaktu di tingkatan 4..banyak betul benda nak tulis masa tu..pasal cikgu, rakan taulan dan apa-apa sahajalah..tapi kalau diberikan diari sekarang untuk ditulis mesti jadik macam laporan kerja..langsung tiada unsur naratif..kaku dan nak tulis punyalah payah..hehehe..apa laa..lawak betul..

ok laa.aku sebenarnya tengah berborak dengan si erwan ni..dia tengah dok jaga pameran kat DTC..lepas tu malu-malu kucing nak explain kat budak-budak sekolah tentang kajian sex industries yang dia hasilkan tu..apa laa..teruk betul..itu kan realiti masyarakat Thailand..lain kalau made in Malaysia..mesti orang dok kutuk tak habis..

Sabtu, Jun 24, 2006

aku tak paham betul si budak Azah tu..aku rasa laa mesti kepala dia ada "goyang!... goyang!... goyang kepalamu! goyang!... goyang!.....lepas bercerai tanpa talak dengan si Tut! beberapa bulan yang lalu...sekarang ni dah nak hampir-hampir menjejaskan reputasi aku plak sebagai senior reporter dalam bidang gosip..teruk betul laaa....potong trip selagi ada plak...cis!!!....asyik laa nak menggosipkan orang...kang aku gosipkan dia tahap ke lima kuasa kuda kang makin bergoyang semua...bukan kepala dia jer bergoyang..every parts of her body boleh goyang-goyang gerudi sekali....

aku ingat nak called si emy..tapi aku dah delete plak dia punya no telefon sebab aku geram sangat dengan dia hari tu merajuk macam budak tadika...ala lagi pon takde benefitnya aku call dia...lain laa kalau dia bleh masak-masak ke atau buat perkara-perkara yang mendatangkan kekenyangan...suka hati korang laa...malas aku nak layan hampas-hampas ni semua...hmmm...apa nak cerita lagi ek...malam tadi Dr Mardzuki datang bilik aku bagi serunding...hari tu waktu isteri dan anak-anak dia datang, dia orang bawa serunding dari Terengganu...bila aku tengok serunding tu teringat plak aku kat si mak cik tua jutawan serunding yang berasal dari Terengganu jugak...terrror betul laa dia jadik jutawan dengan jual serunding ajer...

eh, apa laa aku membebel banyak sangat...nanti kang terjejas reputasi aku sebagai wartawan gossip...ok laa...nak sambung kerja...see ya...

Khamis, Jun 22, 2006


Hari ni G5 dalam editing suites tu buat hal laa plak...file banyak banget so tak bleh nak render atau log/capture langsung..teruk betul laa...bebudak nih kalau dah habis projek tu pindah laa kat tempat lain...aku malas nak inform si Scott tu sebab nanti dia membebel mengalahkan mak nenek...bosan laa aku nak dengar apa dia cakap...nasib baik aku terjumpa si Alison tadi...dia kata nanti dia suruh si Scott pindahkan semua file tu kat portable hard disk...kira selamat laa siket kerja-kerja mission imposibble aku nanti...sebab si Scott tu tak bagi aku capture a few rushes dari tape yang aku bawak dari Malaysia..kuang hajor punya Scott!

hari ni aku nak balik awal sebab aku nak tengok 24..aku tak boleh miss langsung aksi Jack Bauer dalam siri kegemaran ramai nih...dah ler aku terlepas final episode season lepas yang lawan dengan Habib Marwan (tak guna punya Habib Marwan)..nak beli dvd 24 kang membazir plak sebab aku musti dah hafal jalan cerita...tapi season kali nih lagi best sebab presiden US yang bodoh tu pon ada lagi...patutnya dia kena tembak dulu...macam taik betul dia punya polisi...

Aku call si erwan tadi..dia tengah makan nasik lemak dengan Dr Mala...hai budak tu...sibuk dok mengadu kat aku baju tak muat dan seluar koyak rabak lately sebab badan dah naik gagah perkasa mengalahkan incredible hulk...cuma tak warna hijau jer...masih lagi boleh makan nasik lemak...next time makan laa nasik kurang lemak...apa laa...aku ingatkan dia dah berguling-guling kat pantai langkawi...rupanya tak pergi lagi..isk..isk...dia kata che tuan pun ikut sekali...musti seronok...kali ni bleh laaa che tuan tengok pantai puas-puas selepas di landa ribut taufan di pulau redang...wakakakakakakaa....

ok laaa..aku ingat nak balik jap lagi..tapi apa pun aku nak pi call mak aku dulu...lepas tu ingat nak call kak nosi...biasalah nak bercerita tentang gosip terkini...semalam aku dah called kak Haizan...dia kata ada pesta makanan antarabangsa kat UM..ruginya aku tak balik...kalau tak bleh laa kami berduet makan sekali....hobi kita orang memang serasi iaitu makan selagi terdaya...hahahaha...lawaknya....ok laaa...jumpa lagi...