Aku masih ingat lagi ingat tentang satu kisah sang kancil menipu seisi ahli rimba dengan mengatakan langit hendak runtuh. Semuanya dilakukan oleh sang kancil semata-mata untuk mencari jalan bagaimana mahu keluar dari sebuah perigi buta yang dalam. Maka dikatanya kepada setiap haiwan dan unggas yang lalu di tepi perigi buta itu bahawa langit hendak runtuh.
"Jika tidak percaya dongaklah ke langit", katanya lagi. Maka didongaklah sekalian haiwan dan unggas rimba ke langit dan terlihat akan mereka awan yang bergerak-gerak. Tanpa berfikir panjang semuanya terjun ke dalam perigi buta termasuklah haiwan yang gagah perkasa seperti gajah dan harimau kerana percaya bahawa langit akan runtuh tidak lama lagi.

Maka perigi yang dalam menjadi sempit. Rasa tidak puas hati pun timbul kerana mahukan hak dan ruang. Kesempatan yang ada digunakan sang kancil untuk mencari helah. Ditendangnya badan si gagah perkasa dan ditipunya bahawa orang lain yang melakukannya. Tidak cukup itu diapi-apikan lagi. Maka undian dibuat dan sang kancil didapati bersalah lalu dihumban keluar dari perigi buta agar ditimpa langit yang bakal runtuh.
Betapa bodohnya haiwan yang lain ditipu sang kancil bulat-bulat. Termasuklah unggas yang membelah angkasa raya dan terbang pada kepulan awan. Juga haiwan yang gagah perkasa seperti gajah dan harimau. Pendek kata akal yang ada hendaklah diguna. Tidak perlu kita mudah melatah hanya kerana perkara yang kecil. Ya kecil.. seperti sang kancil...
'kalau mencari tempat mandi, pertama teluk kedua pantai, kalau mencari pemimpin negeri, pertama elok kedua pandai...'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan