Isnin, April 09, 2007

jom bangun pagi

Thursday, July 07, 2005

Kali ini aku memang mengaku sukar betul untuk bangkit awal pagi. Pelik betul anak-anak mat salleh ni. Mereka amat punctual dan datang tepat pada masanya. Nasib baik aku tak datang begitu lewat. Lagi pun bukannya banyak perkara yang boleh aku lakukan. Semua post dah dipenuhi. Teruk si Eliza ni. Sepatutnya bagi laa aku join lebih siket. Tapi nak buat macam mana dah pengalaman aku dalam bidang ni terhad. Kalau aku tahu dahulu dah lama aku buat bidang dokumentari masa kat UM dulu.

Aku terima e-mail dari Erwan pagi ni. Marah betul bunyinya. Pagi-pagi lagi aku dah jadik orang gila dok senyum sorang-sorang. Memang skeptikal betul mamat ni. Perangai dia lebih kurang sama macam Ahmad Najahalhayyi. Alahai Erwan jangan laa dok gelabah sangat. Baru kena ketuk siket dah terkezut. Tapi takpe aku akan tetap backing kau punya laa walau apa pun terjadi. Yang penting next time jangan nervous sangat.

Jumaat ni kami akan ke Melbourne dan Sydney. Kali ini mereka betul-betul nak guna Great Ocean Road. Aku dah browsed website pasal bende tu tadi. Memang mengagumkan. Kami akan bertolak selepas solat Isya' dan terus ke Mount Baker. Aku harap sangat kami akan dapat penginapan yang selesa di Sydney. Kalau di Melbourne takde laa bimbang sangat sebab boleh tidur kat rumah Abang Amir dan kak Ida. Apa pun selamat berjalan.

Tiada ulasan: