Memaparkan catatan dengan label campus life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label campus life. Papar semua catatan
Sabtu, Mac 06, 2010
masih di la trobe
disebabkan terlalu banyak foto di la trobe, jadi aku letak lagi kat entry yang berlainan...kang tak best ler plak satu entry punya laa banyak pic...tapi kira okay ler tu at least aku update gak...mas akami pergi ni cuaca tak begitu panas..jadi best siket laa nak ebrjalan..biasalah aku kalau panas2 ni mesti naik hantu...bak kata erwanita, nanti aku asyik cakap hot! hot! hot! hahahaha....














Rabu, Disember 23, 2009
ah, hampir tiga tahun...
masa berlalu pantas...tak sangka dah pun hampir tiga tahun kat sini...dan aku masih seperti tiga tahun lalu walaupun banyak benda aku dah belajar...bukannya mudah untuk teruskan perjalanan yang sudah dimulakan...dan aku paling takut dengan istilah give up..tapi aku harap istilah itu tidak akan wujud dalam kamus hidup...hari ini begitu panas..tapi aku tetap keluar lunch bersama N dan seorang rakan lain dari China...aku ingat nak balik felda waha summer break ni..aku betul-betul perlukan vacation...tapi dalam bentuk balik kampung..kah kah kah...okay laa tu...orang lain pergi vacation kat tempat ekslusif aku pi balik waha jer laa...at last bleh gak aku makan tido seminggu dua...tapi apa pon aku kena siapkan kerja sebelum bercuti...kalau tidak habislah..dan aku kena bersedia untuk event di canberra april ni...mampus satu perkataan pon aku tak tulis untuk event tu..tapi akur asa aku bleh start seawal bulan februari...kat opis ni dah takde orang..yang ada hanyalah muka-muka berwajah asia yang bermata dan berambut hitam...yang bermata grey dan berambut blond dah start bercuti..seperti biasa opis akan jadik rumah berhantu buat seminggu...satu hapah manusia langsung takde...yang ada balik-balik muka aku - bukan rajin, tapi sebab tak tau nak pergi ke mana...hahaha...
Selasa, November 10, 2009
lunch dengan alvin
kelmarin aku keluar lunch dengan alvin...masa nak balik tu sempat jugak aku amek shot beberapa panorama menarik musim panas...memang panas tak tahan...langit membiru tapi sangat panas...tengah dok berjalan balik tu ternampak pulak busking performance kat tepi sidewalk...vocalist tu suaranya memang ngetop..dengan muka yang ala pecah rumah pastinya akan menjadi kegilaan raja nok humalagapas...ko jangan raja nok, abang bob kau nak sumbat kat mana nanti...ko jangan print out plak gambar mamat ni lepas tu cium-cium teruja..kah kah kah....disebabkan performance depa kira ngetop laa jugak, maka aku pon berhenti laa dengar...alvin cakap band tu memang best...siap produce album sendiri lagi...anyway enjoy ler...
Jumaat, September 12, 2008
mari berjoget
aku baru jer lepas balik makan kat satu restoren jepun dengan alvin...kali ni alvin merungut besar sebab makanan dah laa tak sedap lepas tu tak authentic plak..kih kih kih..aku mana laa tahu sedap ke tak habis bila dah lapar hentam sajalah labu..jangan aku makan oink oink sudah...hari ni aku masih sibuk menyiapkan part romance dan pendefinisian soap opera..ceh..cakap jer tu, walhal dari pagi tadi tak buat mende pon..main jer lebih...tiba-tiba aku teringat video yang angelo bagi kat aku tempohari...alah..video orang berjoget..happy-happy laa kata orang...jangan tensyen beb! berjoget amendenya kalau dah banyak keje..tapi kalau si erwanita tu tengok pasti dia akan berjoget macam ni depan boss dia...bila boss dia tengok mesti boss dia berjoget sekali..lepas tu ajak satu ofis berjoget..tapi bukan berjoget poco-poco okay....say no to poco-poco...kih kih kih...anyway, enjoy joget beb!
Jumaat, Jun 20, 2008
keep busy ~
Apa yang menarik, proses ‘perkelanaan’ konseptualisasi ‘moden’ memerlukan percaturan peripentingnya pengekalan sistem dan fahaman ‘patriaki’, sungguhpun ia mampu dan perlu diubah dan disesuaikan mengikut peredaran zaman. Adalah jelas bahawa kegusaran untuk mengubah persepsi bahawa peranan wanita semakin ‘menyetarai’ kelas eksklusif ‘patriaki’ pada zaman moden hari ini, boleh mencipta siri ‘ancaman dan ugutan’ terhadap sistem gender yang berkiblatkan tradisional. Adalah jelas bahawa salah satu elemen yang membentuk pembangunan sosial masyarakat adalah wanita. Namun, apa yang perlu dipersoalkan ialah dominasi dan cabaran ke atas imej wanita. Sebagai contoh, penyerlahan imaginasi yang bercantum dengan budaya kepenggunaan kapitalis bakal memberi impak pasca moden yang melihat wanita menjadi sandaran kepada kepelbagain imej. Peluang untuk kebanyakan wanita di Malaysia khususnya orang Melayu hari ini melibatkan diri dalam sektor industri menyaksikan ‘pengkelasan’ wanita Melayu sebagai objek pemodenan keluarga, dan pada yang sama dilihat sebagai ‘ancaman’ kepada perpecahan keluarga, serta ugutan dominasi ‘patriaki’ dan sistem gender tradisional.
Sabtu, November 17, 2007
entah kenapa
satu-satunya perkara yang paling tidak menyeronokkan hidup di perantauan ni ialah bila rasa sunyi dan bosan. Bila bosan satu kerja pun tak boleh jalan. pulak tu bila masuk musim summer. dah ler panas. bertambah-tambah laa kebosanan ku ini. rasa macam nak balik kampung jer. tapi nak balik pun kena fikir tiga empat kali juga. kalau setakat nak balik tambang macam dari KL ke JB tu hari-hari pun boleh. alahai, apa laa aku nak buat lepas ni. soalan interview dah selesai. proses identify responden pun dah nak hampir selesai. proposal dan approved. ethics clearance dah submitted. begitu juga dengan research permission ke EPU. satu lagi yang tak selesai. litt review.
aku jumpa terry last friday. saje nak korek siket ilmu beliau tentang litt review. kalau aku tanya chris bertambah pening kepala otak aku. dah ler rosya pun sibuk tanya benda yang sama. lagi laa bertambah berpinar-pinar bijik mata aku. nasib baik terry bagi a few tips. nampaknya aku kena ke library esok. oh, dah pukul 2.30 pagi. dan aku tak boleh tidur. susu dah segelas aku minum tapi tetap tak boleh tidur. dah dua filem aku tonton. mr bean dan in the mood for love. best. tapi bila rasa diri keseorangan semua jadi tak seronok. tiket ke Adelaide pun dah ambil. tak sabar nak jumpa cole dan christine. pasti banyak perkara yang boleh dibualkan.
berborak dengan miss sepanjang petang musim panas. sekurang-kurangnya dapat menghiburkan hati. satu-satunya member baik yang jauh di mata dekat di hati. membesar bersama-sama di kawasan luar bandar. sama-sama berjalan kaki ke sekolah sampai kulit pun naik rentung. tapi itu semua cerita dulu dan cerita itu kami kekalkan untuk dikongsi segala rasa pahit dan manis. jika masa boleh diputar semula mahu saja kembali ke zaman itu. belajar betul-betul dan menjadi seorang profesional di usia yang muda. walaupun tak praktikal apa salahnya pasang angan-angan. oh cepat betul masa berlalu. dah pun hampir 22 tahun. masa yang begitu panjang hanya untuk belajar.
dan dalam jangka masa itu kejayaan dan kegagalan silih berganti. ke mana pergi semua rakan sepermainan yang lain? itu kata-kata miss pada satu petang di musim panas 2007. soalan itu tidak terjawab dalam satu hari. sayang aku hanya menulis diari bermula pada tahun 1994 sehinggalah 2003. jika aku mula menulis pada tahun 1985 mungkin aku dapat menyimpan semua kenangan tersebut. tak apa. untuk generasi baru keluargaku nanti biarlah mereka bertatih menulis diari pada usia yang muda. sepatah kata Ella, "pasti aku abadikan zaman riang kanak-kanak"
selamat malam.
Jumaat, Oktober 26, 2007
leganya!
hey hey hey...
GRC dah selamat....sekarang ni kena fokus utk post-GRC plak...perhaps, Chris will ask me for meeting sometimes next week to discuss another steps further in this research. Anyway, I am very happy as I did very well presentation, even though speechless sekejap in the q & a sessions. Apa pun depa puas hati, esp Dr Stephen dari NUS...siap sebut nama aku and point his finger on me waktu dia present keynote...oh bangganya...riak laa sekejap....keh keh keh...walhal research aku bukannya hebat sangat pun...mungkin it seems very ethnographic and the way I conceptualised the theoretical framework yang buat dia excited tanya lebih-lebih...
Ok lupakan GRC...aku baru jer dapat name list dari Azah - iaitu insan-insan yang digelar wanita yang menggemari televisyen drama...ada lapan orang semuanya dan rata-rata dari perlis...mak cik normah, mak cik rafida, mak cik fauziah, mak cik rokiah, mak cik misah, mak cik pura, dan mak cik Asma....alahai...nama pon tahap mak cik2 semuanya...ni yang buat aku exciting nak berjumpa dan bertentang mata...harap2 laa semua mak cik2 ni boleh bercakap dan ramah-tamah...bimbang jugak aku nanti jumpa semua jadik patung cendana tak bercakap-cakap...
Oh ya sebelum aku lupa, waktu GRC dengan tak sengajanya aku terjumpa Allison Wootherspoon, bekas penyelia sewaktu aku study kat Flinders dulu...memang lawak sampai dia pun terperanjat tengok aku study kat sini....apa lagi dia terus peluk cium sebab terlalu excited...memang lawak...terus aku teringat Cole dan Helen...Al beritahu aku Helen mengandung lagi untuk anak yang kedua..Cole pula semakin sibuk sekarang...dah lama rasanya aku tak e-mail Cole dan Helen....Al tanya sama ada aku akan buat filem lagi sepanjang aku di Melbourne...sorry laa Al, aku dah tak larat ler....dengan timbunan buku yang boleh membunuh sesiapa kalau jatuh kat atas kepala ni, macam mana laa aku nak buat filem?
tak sabar aku nak terbang ke Adelaide...walaupun ramai yang marah kt aku sbb tak pergi ke benua lain, tapi aku rasa selesa kat OZ...other than that, I learn a lot of things here and I will never stop....Kak Mira will be here somewhere around end of this year and Puan Liza plus Kak siti as well....hmmm...what would you think if we build another school of thought in term of cultural and media studies in the dept? this time an australian school of thought - that would be fun, hey! Ok laa..cukup laa takat ni...letih ler...nak rehat jap..ta!
Rabu, Oktober 17, 2007
GRC!!
Imagining Transnational Pleasure: Foreign Soaps, Malay women and the Modern world
Women and Soap operas are universally connected. Foreign soaps significantly create a new phenomenon and become one of the ‘must watch’ television programme in the afternoon or during prime time in Malaysia. At the same time, the association of Malay women and foreign soaps become a national tension and patriarchal-hegemonic discourse, in term of absorption and appropriation of foreign cultural value in the Malay’s socio-historic-specific activity environment. Thus, this research will argue how foreign soaps construct imagining transnational pleasure and the sense of ‘modern world’ to the Malay women. In order to seek the pattern of imagining construction process, this research will use media reception-ethnographic studies in the selective rural and urban setting in Malaysia.
Rabu, Ogos 22, 2007
its not right but its okay..
hari ni aku betul-betul rasa tak best..macam-macam nak kena buat sebelum next week...benda yang paling bosan nak tengok of course laa assignment si Cathie and Pavla..tapi bila aku fikir-fikir balik, walaupun assignment ni dua pages rasa macam tak tergamak pulak kalau aku tak buat..hahaha..so, kenalah jugak buat..nasib baik ada si Rosya dan Akma yang boleh jugak aku tanya & bincang apa nak buat...hehehe....Hikmah pun dah mula e-mail tanya tentang apa nak buat untuk radio program malam Ahad ni..aduh....banyaknya nak kena buat...
hari-hari berlalu macam biasa...takde apa yang menarik selain daripada penemuan argument yang baru dari apa yang terbaca dan dibaca....kadang-kadang tu best jugak kalau jadik budak nerd ni...hehehe....baca buku (konon-konon), lepas tu pergi kelas dengan semangat (semangat tengok jam bila laa nak tamat kelas) hahaha....ok laa tu kot...semalam aku called pak din dan kak liza discuss tentang methodology kajian aku...depa bagi macam-macam input yang sepatutnya aku dah perasan sejak awal-awal lagi..apa laa aku ni...tapi betol laaa kata pak din..dalam research ni kena kreatif bukan ikut buku semata-mata...buku tu cuma panduan jer....ok laa..aku nak kena fikir macam mana nak buat ayat pertama untuk essays ni....
Ahad, Julai 15, 2007
suara melayu melbourne
hari ni aku jadi tetamu dalam slot sanggar budaya suara Melbourne..memalukan..ini semua si Nurul punya songeh laa ni..tapi okay laa jugak at least dapat jugak pendedahan dengan operasi konti...dan mereka semua mahukan aku join terus sebagai team members...walaupun lokasinya tidaklah jauh dari tempat aku tinggal tapi bila di malam hari tu yang buat aku malas...masa tengah sibuk-sibuk rehearsel tadi ada team ASTRO datang untuk untuk shooting dokumentari mengenai umat Islam seluruh dunia..aku ingat bob suami si Raja ada datang sekali..rupanya takde...
Esok aku nak kena update semula proposal dan bahan bacaan sebelum GRC on October..kali ni aku mesti mantapkan semua hujah aku dan mematahkan serangan daripada Kat yang cukup terror dalam hal-hal audience studies...tak sabar nak tunggu akhir bulan ni....sebabnya elaun nak masuk..keh keh keh..boleh laa aku beli DVD player, hard disk dan buku-buku baru tentang soap opera...dan aku tak sabar nak tunggu sequel National Treasure yang bakal ditayangkan next year...best laa movie tu...penuh dengan kepintaran dan kelicikan
Sabtu, Jun 23, 2007
pesan...
Keadaan penuntut-penuntut di negara-negara sebelah Barat adalah berlainan kerana universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi di benua itu telah ditubuhkan beratus-ratus tahun. Mereka boleh mencuba apa jua yang mereka fikir secocok dengan jiwa mereka dengan tidak mendatangkan sebarang bahaya, tetapi bagi kita Malaysia ini kedudukannya sangatlah berlainan. Negara ini masih muda, universitinya masih muda dan boleh dikatakan bergantung sepenuhnya kepada sokongan kerajaaan. Universiti ini telah berkembang dari sebuah univesiti yang teratur baik dengan mempunyai lebih 6,000 penuntut. Banyak lagi perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk memperelok universiti itu setelah kita mendapat pengalaman dan dapat mengadakan peruntukan yang lebih banyak. Hasrat Kerajaan ialah hendak menegakkan universiti ini dan juga universiti-universiti lain menurut sebagaimana yamg telah kita rancang dan meletakkan kepada satu darjah dan kedudukan yang tidak kurang dari universiti-universiti yang terbaik dalam Komanwel.
Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam 13 Mei: Sa-belum dan Sa-lepas
Khamis, Jun 21, 2007
prinsip
"Dalam kehidupan kita mesti ada kerajinan, prinsip yang matang dan yang paling penting ialah perancangan yang amat strategik jika mahu berjaya"
Kata-kata ini bukanlah datang dari ahli akademik, pujangga, atau retorik pakar politik yang terkenal. Tapi ia dituturkan dengan ikhlas dari seseorang yang cukup aku kenali. Tidak berpendidikan tinggi tetapi gemar membaca akhbar dan menonton televisyen. Itulah abah aku. Anyway, Selamat Hari Bapa!
Khamis, Jun 14, 2007
selamanya
Selamanya
Ketika Kumembuka
Album Kenangan Dulu
Kuteringat Kepada Dirinya
Yang Kucinta Hingga Kini
Kemanapun Perginya
Kita Selalu Berdua
Dari Hari Ke Hari Terasa
Indah SajaItu Dulu Masa Lalu
Kuingin Tetap Menjalin
Cinta Kita Seperti Dulu
Merasakan Bahagia
Bersamamu Selamanya
Meraih Bulan
Dan Memetik Bintang
Akankah Kita Cuba
Demi Cinta KitaBerdua
bait-bait lirik Selamanya yang dinyanyikan oleh Ruth Sahanaya dan kemudiannya Sheila Majid kadang-kadang amat menyentuh perasaan. Dan seperti biasa unsur melodramatik yang menimbulkan kepuasan kepenggunaan terutamanya kepada wanita amat terserlah melalui lagu-lagu seperti ini. Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga jika ada unsur yang boleh menampilkan kekuatan yang agak maskulin bagi mengelakkan ketaksamaan gender. Apa laa yang aku mengarut ni..isk..dah jam dua pagi..patut dah lama tido...tak boleh tido laa..tak tahu kenapa..baca buku jap tadi..tiba-tiba lapar pulak..bakar roti tiga keping dan minum secawan teh..lagi ler tak boleh tidur...
esok aku nak buat apa? aku dah beli dua buah filem perancis dan dah habis tonton pun tadi. Bosan yang amat. Nak baca buku lagi? oh tidaks...! stop laa sekejap..tak nak laa aku jadi budak nerd..isk! cukup-cukup laa skema masa jadi student dulu..sekarang ni tak boleh skema sangat nanti kang kena kutuk pulak..keh keh keh...aku e-mail Christine tadi..bertanyakan khabar berita..lama betul tak jumpa dia...apa khabar Molly agaknya..mesti dia sedang berlari ke sana - sini..dan bila aku datang untuk setengah jam yang pertama mesti dia tak berapa selesa..rasa terancam laa konon..selepas beberapa ketika mula laa sibuk nak ajak aku bermain kat belakang rumah Christine...dan aku masih lagi tak berjumpa Yoyo..last pic yang Christine e-mail kepada aku beberapa bulan dulu ia masih kecil lagi..sekarang mesti dah besar siket..harap-harap dia mesra rakyat tak macam Merry...selalu menghilangkan diri..rupa-rupanya berkawan dengan kucing jiran sebelah..Christine yang beritahu tempohari...
ok laa..dah malam ni..mata pon dah mengantuk..night-night!
Ketika Kumembuka
Album Kenangan Dulu
Kuteringat Kepada Dirinya
Yang Kucinta Hingga Kini
Kemanapun Perginya
Kita Selalu Berdua
Dari Hari Ke Hari Terasa
Indah SajaItu Dulu Masa Lalu
Kuingin Tetap Menjalin
Cinta Kita Seperti Dulu
Merasakan Bahagia
Bersamamu Selamanya
Meraih Bulan
Dan Memetik Bintang
Akankah Kita Cuba
Demi Cinta KitaBerdua
bait-bait lirik Selamanya yang dinyanyikan oleh Ruth Sahanaya dan kemudiannya Sheila Majid kadang-kadang amat menyentuh perasaan. Dan seperti biasa unsur melodramatik yang menimbulkan kepuasan kepenggunaan terutamanya kepada wanita amat terserlah melalui lagu-lagu seperti ini. Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga jika ada unsur yang boleh menampilkan kekuatan yang agak maskulin bagi mengelakkan ketaksamaan gender. Apa laa yang aku mengarut ni..isk..dah jam dua pagi..patut dah lama tido...tak boleh tido laa..tak tahu kenapa..baca buku jap tadi..tiba-tiba lapar pulak..bakar roti tiga keping dan minum secawan teh..lagi ler tak boleh tidur...
esok aku nak buat apa? aku dah beli dua buah filem perancis dan dah habis tonton pun tadi. Bosan yang amat. Nak baca buku lagi? oh tidaks...! stop laa sekejap..tak nak laa aku jadi budak nerd..isk! cukup-cukup laa skema masa jadi student dulu..sekarang ni tak boleh skema sangat nanti kang kena kutuk pulak..keh keh keh...aku e-mail Christine tadi..bertanyakan khabar berita..lama betul tak jumpa dia...apa khabar Molly agaknya..mesti dia sedang berlari ke sana - sini..dan bila aku datang untuk setengah jam yang pertama mesti dia tak berapa selesa..rasa terancam laa konon..selepas beberapa ketika mula laa sibuk nak ajak aku bermain kat belakang rumah Christine...dan aku masih lagi tak berjumpa Yoyo..last pic yang Christine e-mail kepada aku beberapa bulan dulu ia masih kecil lagi..sekarang mesti dah besar siket..harap-harap dia mesra rakyat tak macam Merry...selalu menghilangkan diri..rupa-rupanya berkawan dengan kucing jiran sebelah..Christine yang beritahu tempohari...
ok laa..dah malam ni..mata pon dah mengantuk..night-night!
Selasa, Jun 12, 2007
uiks sejuknya
Memang dah lama aku tak update apa-apa dalam blogs ni sepanjang GRC berlangsung. Rasa debaran itu masih ada lagi. Tapi tak mengapa kerana semuanya sudah berakhir. Titik. Sekarang aku hanya perlu menunggu responds dan cadangan dari panel. Winter datang lagi. Cuma kali ini agak berbeza dengan winter dua tahun sudah. Lebih sejuk dan lebih seronok. Mungkin aku sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Shopping? Itu sudah semestinya. Kalau tak membeli setakat jalan sana - sini pun sudah cukup bagus. At least, aku update dengan apa yang berlaku di sekeliling. Cuma sekarang ni aku bosan sedikit sebab takde televisyen. Mungkin hujung bulan depan aku akan beli satu.
Tak puas hati rasanya kalau tak menonton SBS. Satu-satunya saluran bebas iklan yang aku gemari. Itu tidak termasuk dengan dokumentari dan filem asing terbaik yang sering ditayangkan saban malam. Esok aku nak buat apa? Oh, ya..ada beberapa artikel yang perlu dihabiskan sebelum aku melabuhkan tirai encoding and decoding approach oleh Stuart Hall. Selepas ini aku boleh beralih kepada John Frow untuk Genre dan beberapa pendekatan feminism serta gender. Kadang-kadang tu rasa macam nak muntah bila baca benda-benda yang baru.
Nasib baik jurnal dari Media, Culture and Society banyak membantu. Tapi apa pun aku akan lari dari pendekatan textuality. Malas nak baca banyak-banyak dan buat andaian yang belum pasti kebenarannya. Justeru, audience studies lebih tepat untuk kajian yang aku pilih. Cuma yang dibimbangkan sekarang ialah kerjasama dari stesen televisyen terutamanya TV3. Kalau payah sangat aku pindahkan ajer kajian ini ke RTM. Senang siket. Tak kisahlah walaupun tak sepopular TV3 at least boleh jugak bantu depa dari segi pendekatan strategik. Oh ya...dah lama aku tak ke Borders. Nak jugak tengok kalau-kalau ada filem terbaru dari perancis. Best laa filem perancis. Shot dan script memang brilliant. Aku ingat nak buat collection laa...at least boleh bagi idea shot yang macam mana nak hasilkan kalau buat filem pendek nanti..hehehe..itu pun kalau ada masa..harap-harap ada laa masa kot..tak best laa kalau biar minat hilang macam tu ajer..
Selasa, Mei 29, 2007
basah
Tamu kuyup semalam
yang datang di lebat hujan
kuberi makan,persalinan
dan tilam untuk bermalam.
Bila reda hujan
dia menghilang.
Ditinggalkannya padaku
sebilah belati
tercacak pada hati
-Hashim Yaacob-
yang datang di lebat hujan
kuberi makan,persalinan
dan tilam untuk bermalam.
Bila reda hujan
dia menghilang.
Ditinggalkannya padaku
sebilah belati
tercacak pada hati
-Hashim Yaacob-
Isnin, April 09, 2007
harmony day
03-25-2006 at 09:12 PM
Pagi-pagi lagi aku dah bangun hari ni sebab nak pergi tengok tarian poco-poco sempena Harmony Day hari ni..Mula-mula aku ingat tak nak pergi tapi disebabkan si zura dan kak za pon dah ajak, dan kerja aku pn dah ok, aku pon pergi laa ke Warraparingga park tu untuk menonton persembahan pelbagai etnik..Tapi yang peliknya hari ni punya laa ramai warga Uzbekistan yang dah migrated ke Australia nih..Datuk Bandar yang seksi tu pun siap promote lagi suruh mana-mana insan terpilih yang rasa-rasa nak jadik warga Australia tu pergi memohon ke jabatan yang berkenaan..tapi seronok laa jugak sebab dapat bergaul dengan budak-budak dan golongan veteran...mula-mula aku ingatkan dah pergi salah tempat sebab yang ada cuma itik dan angsa, rupa-rupanya tak mula lagi..ceh!!
Pagi-pagi lagi aku dah bangun hari ni sebab nak pergi tengok tarian poco-poco sempena Harmony Day hari ni..Mula-mula aku ingat tak nak pergi tapi disebabkan si zura dan kak za pon dah ajak, dan kerja aku pn dah ok, aku pon pergi laa ke Warraparingga park tu untuk menonton persembahan pelbagai etnik..Tapi yang peliknya hari ni punya laa ramai warga Uzbekistan yang dah migrated ke Australia nih..Datuk Bandar yang seksi tu pun siap promote lagi suruh mana-mana insan terpilih yang rasa-rasa nak jadik warga Australia tu pergi memohon ke jabatan yang berkenaan..tapi seronok laa jugak sebab dapat bergaul dengan budak-budak dan golongan veteran...mula-mula aku ingatkan dah pergi salah tempat sebab yang ada cuma itik dan angsa, rupa-rupanya tak mula lagi..ceh!!
jom bangun pagi
Thursday, July 07, 2005
Kali ini aku memang mengaku sukar betul untuk bangkit awal pagi. Pelik betul anak-anak mat salleh ni. Mereka amat punctual dan datang tepat pada masanya. Nasib baik aku tak datang begitu lewat. Lagi pun bukannya banyak perkara yang boleh aku lakukan. Semua post dah dipenuhi. Teruk si Eliza ni. Sepatutnya bagi laa aku join lebih siket. Tapi nak buat macam mana dah pengalaman aku dalam bidang ni terhad. Kalau aku tahu dahulu dah lama aku buat bidang dokumentari masa kat UM dulu.
Aku terima e-mail dari Erwan pagi ni. Marah betul bunyinya. Pagi-pagi lagi aku dah jadik orang gila dok senyum sorang-sorang. Memang skeptikal betul mamat ni. Perangai dia lebih kurang sama macam Ahmad Najahalhayyi. Alahai Erwan jangan laa dok gelabah sangat. Baru kena ketuk siket dah terkezut. Tapi takpe aku akan tetap backing kau punya laa walau apa pun terjadi. Yang penting next time jangan nervous sangat.
Jumaat ni kami akan ke Melbourne dan Sydney. Kali ini mereka betul-betul nak guna Great Ocean Road. Aku dah browsed website pasal bende tu tadi. Memang mengagumkan. Kami akan bertolak selepas solat Isya' dan terus ke Mount Baker. Aku harap sangat kami akan dapat penginapan yang selesa di Sydney. Kalau di Melbourne takde laa bimbang sangat sebab boleh tidur kat rumah Abang Amir dan kak Ida. Apa pun selamat berjalan.
Kali ini aku memang mengaku sukar betul untuk bangkit awal pagi. Pelik betul anak-anak mat salleh ni. Mereka amat punctual dan datang tepat pada masanya. Nasib baik aku tak datang begitu lewat. Lagi pun bukannya banyak perkara yang boleh aku lakukan. Semua post dah dipenuhi. Teruk si Eliza ni. Sepatutnya bagi laa aku join lebih siket. Tapi nak buat macam mana dah pengalaman aku dalam bidang ni terhad. Kalau aku tahu dahulu dah lama aku buat bidang dokumentari masa kat UM dulu.
Aku terima e-mail dari Erwan pagi ni. Marah betul bunyinya. Pagi-pagi lagi aku dah jadik orang gila dok senyum sorang-sorang. Memang skeptikal betul mamat ni. Perangai dia lebih kurang sama macam Ahmad Najahalhayyi. Alahai Erwan jangan laa dok gelabah sangat. Baru kena ketuk siket dah terkezut. Tapi takpe aku akan tetap backing kau punya laa walau apa pun terjadi. Yang penting next time jangan nervous sangat.
Jumaat ni kami akan ke Melbourne dan Sydney. Kali ini mereka betul-betul nak guna Great Ocean Road. Aku dah browsed website pasal bende tu tadi. Memang mengagumkan. Kami akan bertolak selepas solat Isya' dan terus ke Mount Baker. Aku harap sangat kami akan dapat penginapan yang selesa di Sydney. Kalau di Melbourne takde laa bimbang sangat sebab boleh tidur kat rumah Abang Amir dan kak Ida. Apa pun selamat berjalan.
Jumaat, April 06, 2007
good friday
masa jalan kaki dengan zain ke Albanian Mosque kat Shakespeare St. tadi banyak kedai yang tutup..tapi kedai makan masih buka lagi....ramai sangat orang keluar makan hari ni...then Zain beritahu aku tadi hari ni Good Friday..alamak lupa pulak aku...patutlah waktu Christine beritahu aku dalam e-mailnya kelmarin tentang Easter...Sam dan Alex akan pulang ke rumahnya sempena Easter hari Isnin nanti...
oh ya...lupa nak beritahu...Zain adalah housemate aku...dia berasal dari karachi, Pakistan...ada sorang lagi Housemate yang baru akan datang esok..namanya Abi dari Indonesia...nampaknya agak international jugak housemate aku..hehehe...macam-macam....entah hapa-hapa laa....
Selasa, April 03, 2007
5 sec please
ada satu perkara yang aku tidak gemari dalam dunia ini iaitu ular..selain bentuknya yang agak menjengkelkan, ia amat bahaya kerana mengandungi bisa yang boleh membunuh manusia tidak sampai beberapa minit..Dalam mana-mana masyarakat sama ada timur atau barat sering mengangkat ular sebagai satu analogi atau peribahasa..dan tidak perlu diberitahu, bahawa dengan jelasnya ular merujuk kepada perkara yang lebih negatif berbanding positif..tetapi dalam masyarakat melayu terdapat juga peribahasa seperti ular yang menyusur akar, tiada hilang bisanya...ia membawa maksud orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya...
peribahasa atau analogi sebegini lebih bersifat positif kerana apa guna kita berlagak sombong sedangkan ilmu di dada tidak cukup lagi..samalah juga jika kita berguru..bila ilmu sudah tinggi sedikit janganlah mendabik dada hinggakan langit ke tujuh mahu dilangkah..tetapi analogi dan peribahasa yang melibatkan ular dalam masyarakat melayu kebanyakannya bersifat negatif..misalannya..ular bercampur dengan belut idak akan hilang bisanya bermaksud orang yang jahat jika bergaul dengan orang yang baik-baik tidak akan hilang tabiat hasad dan jahatnya..satu lagi yang biasa disebut orang ialah ular berlingkar digulungan tikar yang bermaksud orang jahat yang menyamarkan diri dalam kumpulan orang baik-baik atau lebih tepat lagi dinamakan sebagai munafikin dalam bahasa arab...
semasa di Adelaide dulu, Sis Daljit selalu merujuk orang yang suka membawa mulut atau menuduh orang lain di belakang sebagai snake.."she/he such a snake, you know!"..macam tu laa lebih kurang...dalam cerita Harry Potter: The Chamber of Secret watak ular digunakan sebagai makhluk perosak yang jahat dan cuba memusnahkan Hogwart sebagai Institusi Pendidikan Magis yang terkenal...kesimpulannya di sini janganlah kita menjadi ular atau duduk di bawah bayangan seekor ular yang kemudiannya akan membelit leher kita atau mematuk sehingga mati tidak bernyawa lagi...
bagi sesiapa yang pernah menonton filem animasi Pocahontas yang amat popular pada lewat 90 an dulu mesti teringat dengan lagunya yang popular "Color of the Winds"..dalam bait-bait lirik yang dinyanyikan oleh Vanessa Williams ada menyebut:
You think the only people who are people
Are the people who look and think like you
But if you walk the footsteps of a stranger
You learn things you never knewYou never knew
begitulah adat manusia..kalau kita hendak menuntut sesuatu ilmu kita hendaklah yakin dan berpegang kepada satu persoalan logik atau tidak logik? dan persoalan ini hanya terhad kepada ilmu-ilmu manusiawi sahaja...dan satu lagi bait lirik yang amat berguna untuk renungan ialah:
How high does the sycamore grow
If you cut it down, then you'll never know
janganlah kita cepat melatah hanya kerana penampilan pertama seseorang yang baru kita kenali itu nampak lemah...pendek kata, itu hanyalah satu ujian untuk menguji sama ada kita benar-benar ikhlas atau tidak...siapa tahu? Datuk Kame watak utama dalam siri komik kanak-kanak terkenal Mutiara Naga atau Dragon Balls sering berkata kepada Son Goku bahawa di luar sana sentiasa ada manusia yang lebih hebat...itu bukan bermakna bahawa Son Goku tidak hebat tapi keikhlasan menuntut ilmu dan merendah diri itu adalah entiti penting dalam menguasai ilmu pengetahuan...begitu juga dalam satu dialog menarik antara Matt Damon (Will Hunting) dan Robin Williams (Sean Maguire) dan filem Good Will Hunting (1997)
Sean: I thought about what you said to me the other day, about my painting.
Will: Yeah?
Sean: Stayed up half the night thinking about it. Something occurred to me...I fell into a deep peaceful sleep, and haven't thought about you since. Do you know what occurred to me?
Will: No.
Sean: You're just a kid, you don't have the faintest idea what you're talkin' about.
Will: Why thank you.
Sean: It's all right. You've never been out of Boston.
Will: Nope.
Sean: So if I asked you about art, you'd probably give me the skinny on every art book ever written. Michelangelo, you know a lot about him. Life's work, political aspirations, him and the pope, sexual orientations, the whole works, right? But I'll bet you can't tell me what it smells like in the Sistine Chapel. You've never actually stood there and looked up at that beautiful ceiling; seen that. If I ask you about women, you'd probably give me a syllabus about your personal favorites. You may have even been laid a few times. But you can't tell me what it feels like to wake up next to a woman and feel truly happy. You're a tough kid. And I'd ask you about war, you'd probably throw Shakespeare at me, right, "once more unto the breach dear friends." But you've never been near one. You've never held your best friend's head in your lap, watch him gasp his last breath looking to you for help. I ask you about love, you'd probably quote me a sonnet. But you've never looked at a woman and been totally vulnerable— known someone that could level you with her eyes. Feeling like God put an angel on Earth just for you. That could rescue you from the depths of hell. And you wouldn't know what it’s like to be her angel. To have that love for her, be there for forever. Through anything, through cancer. And you wouldn't know about sleeping sitting up in a hospital room for two months holding her hand, because the doctors could see in your eyes that the term 'visiting hours' don't apply to you. You don’t know about real loss, because that only occurs when you love something more than you love yourself. I doubt you've ever dared to love anybody that much. I look at you— I don't see an intelligent, confident man. I see a cocky, scared-shitless kid. But you're a genius Will, no one denies that. No one could possibly understand the depths of you. But you presume to know everything about me, because you saw a painting of mine, and you ripped my fuckin' life apart. You're an orphan right?"
[Will nods]
Sean: You think I know the first thing about how hard your life's been, how you feel, who you are, because I read Oliver Twist? Does that encapsulate you? Personally... I don't give a shit about all that, because you know what, I can't learn anything from you, I can't read in some fuckin' book. Unless you want to talk about you, who you are. Then I'm fascinated. I'm in. But you don't want to do that do you sport? You're terrified of what you might say. Your move, chief.
So, your move, chief..!!
Isnin, April 02, 2007
bosan..
memang terasa bosan yang amat kali ni...takde member..takde lagi suara student tanya itu ini...ehh..memang bosan ler...nak merayap takde member...takut laa plak..walhal takde laa besar sangat pon Melbourne ni (berlagak laa pulak)...jumaat depan aku ada appmt. dengan Dr Chris...lepas tu hari khamis depan ada End Note tutorial kat library kena pergi jugak...
hmmm..semalam aku aktif bersms dengan perp. krew...raja pun selalu sms..hilang laa jugak kesunyian kat sini...walaupun duduk bilik besar, tangga bersilang-silang macam rumah kurun ke 19 tapi tak apa laa at least ada jugak aktiviti nak buat..harap-harap lepas ni ada laa budak Melayu masuk sewa kat sini..senang siket aku nak ajak dia pi merayap sana-sini....aku baru jer e-mail Christine...tanya khabar dia dan Molly..haiwan angkat kesayanganku...hahahaha...
hmmm..semalam aku aktif bersms dengan perp. krew...raja pun selalu sms..hilang laa jugak kesunyian kat sini...walaupun duduk bilik besar, tangga bersilang-silang macam rumah kurun ke 19 tapi tak apa laa at least ada jugak aktiviti nak buat..harap-harap lepas ni ada laa budak Melayu masuk sewa kat sini..senang siket aku nak ajak dia pi merayap sana-sini....aku baru jer e-mail Christine...tanya khabar dia dan Molly..haiwan angkat kesayanganku...hahahaha...
Langgan:
Catatan (Atom)