Jumaat, Jun 20, 2008

keep busy ~


Apa yang menarik, proses ‘perkelanaan’ konseptualisasi ‘moden’ memerlukan percaturan peripentingnya pengekalan sistem dan fahaman ‘patriaki’, sungguhpun ia mampu dan perlu diubah dan disesuaikan mengikut peredaran zaman. Adalah jelas bahawa kegusaran untuk mengubah persepsi bahawa peranan wanita semakin ‘menyetarai’ kelas eksklusif ‘patriaki’ pada zaman moden hari ini, boleh mencipta siri ‘ancaman dan ugutan’ terhadap sistem gender yang berkiblatkan tradisional. Adalah jelas bahawa salah satu elemen yang membentuk pembangunan sosial masyarakat adalah wanita. Namun, apa yang perlu dipersoalkan ialah dominasi dan cabaran ke atas imej wanita. Sebagai contoh, penyerlahan imaginasi yang bercantum dengan budaya kepenggunaan kapitalis bakal memberi impak pasca moden yang melihat wanita menjadi sandaran kepada kepelbagain imej. Peluang untuk kebanyakan wanita di Malaysia khususnya orang Melayu hari ini melibatkan diri dalam sektor industri menyaksikan ‘pengkelasan’ wanita Melayu sebagai objek pemodenan keluarga, dan pada yang sama dilihat sebagai ‘ancaman’ kepada perpecahan keluarga, serta ugutan dominasi ‘patriaki’ dan sistem gender tradisional.

Tiada ulasan: