Ahad, Jun 08, 2008

Letih tapi seronok....hahaha..dah lama betul kan tak tulis apa kat sini...anyway, ia satu perkara biasa...bila dah terlalu sibuk sampai perkara-perkara kecik pun lupa nak buat...minggu betul-betul sibuk...apatah lagi GRC pun dah nak dekat..masa tu laa kena buat preparation betul-betul..tak nak laa buat setakat melepaskan batuk di tangga...bila buat kerja, kena hasilkan dan perform sesuatu yang terbaik...hmmm...next week Christine dan Sam datang....lama betul tak jumpa Christine...last jumpa ketika summer tahun sudah...malangnya christine tak dapat bawa Molly dan Yoyo...kalau tak mesti seronok...

tahun ni kena siapkan beberapa kerja yang tertangguh...terdapat beberapa fakta dan teori yang perlu di kaji sehingga ke akar umbi...dan paling mengejutkan aku terpaksa membaca semula karya-karya agung melayu walaupun rata-ratanya sudah diterjemah ke dalam bahasa orang kulit putih..tak kisah laa tu...last aku membaca karya-karya ini ketika di form six..alamak, teringat pula rakan-rakan ketika menuntut di Maktab Adabi Maharani...walaupun sekolah tu buruk dan kemudahan tak mencukupi, tapi aku terhutang budi betul sebab ia menjadi platform penting untuk aku mencapai cita-cita...aku masih ingat lagi bagaimana kami terpaksa memujuk beberapa kenalan di sekolah kerajaan biasa untuk rujukan soalan-soalan lepas STPM...kelakar betul....

ke mana agaknya mereka semua? Emy gemuk, Adriana yang cantik (malangnya dah ada anak dua), Ajak, Am, Fadzil, Zul Zam Zam, Bob, Zam, Azmi dan ramai lagi...hampir semuanya aku dah lost contact..kalau terjumpa semula di tengah jalan mesti rasa macam tak percaya....seakan baru semalam ia berlaku..walhal sudah lebih 12 tahun....hmmm...mungkin cuti musim panas kali ini aku akan ke muar...mengutip kembali kenangan di tepi Tanjung Emas dan Wetex parade..hahaha...ayat macam sasterawan...entah hapa-hapa...aku sebenarnya masih lagi menunggu jawapan dari Pittsburgh..tak tahu sama ada aku layak atau tidak untuk dapat fund tersebut..harap-harap berjaya....tapi aku tak meletakkan sebarang harapan..terlalu jauh dan berkos tinggi...tak apa lah...yang penting kerja-kerja aku di sini siap dan menepati jadual..tak sabar rasanya nak balik dan membetulkan semula kurikulum di Jabatan...semuanya sudah tersasar dan tidak menepati apa yang aku harapkan...tapi tidak mengapa...ia satu cabaran dan cabaran itu memang menyeronokkan..

Tiada ulasan: