Selasa, Jun 12, 2007

uiks sejuknya

Memang dah lama aku tak update apa-apa dalam blogs ni sepanjang GRC berlangsung. Rasa debaran itu masih ada lagi. Tapi tak mengapa kerana semuanya sudah berakhir. Titik. Sekarang aku hanya perlu menunggu responds dan cadangan dari panel. Winter datang lagi. Cuma kali ini agak berbeza dengan winter dua tahun sudah. Lebih sejuk dan lebih seronok. Mungkin aku sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Shopping? Itu sudah semestinya. Kalau tak membeli setakat jalan sana - sini pun sudah cukup bagus. At least, aku update dengan apa yang berlaku di sekeliling. Cuma sekarang ni aku bosan sedikit sebab takde televisyen. Mungkin hujung bulan depan aku akan beli satu.

Tak puas hati rasanya kalau tak menonton SBS. Satu-satunya saluran bebas iklan yang aku gemari. Itu tidak termasuk dengan dokumentari dan filem asing terbaik yang sering ditayangkan saban malam. Esok aku nak buat apa? Oh, ya..ada beberapa artikel yang perlu dihabiskan sebelum aku melabuhkan tirai encoding and decoding approach oleh Stuart Hall. Selepas ini aku boleh beralih kepada John Frow untuk Genre dan beberapa pendekatan feminism serta gender. Kadang-kadang tu rasa macam nak muntah bila baca benda-benda yang baru.

Nasib baik jurnal dari Media, Culture and Society banyak membantu. Tapi apa pun aku akan lari dari pendekatan textuality. Malas nak baca banyak-banyak dan buat andaian yang belum pasti kebenarannya. Justeru, audience studies lebih tepat untuk kajian yang aku pilih. Cuma yang dibimbangkan sekarang ialah kerjasama dari stesen televisyen terutamanya TV3. Kalau payah sangat aku pindahkan ajer kajian ini ke RTM. Senang siket. Tak kisahlah walaupun tak sepopular TV3 at least boleh jugak bantu depa dari segi pendekatan strategik. Oh ya...dah lama aku tak ke Borders. Nak jugak tengok kalau-kalau ada filem terbaru dari perancis. Best laa filem perancis. Shot dan script memang brilliant. Aku ingat nak buat collection laa...at least boleh bagi idea shot yang macam mana nak hasilkan kalau buat filem pendek nanti..hehehe..itu pun kalau ada masa..harap-harap ada laa masa kot..tak best laa kalau biar minat hilang macam tu ajer..

Tiada ulasan: