Khamis, Jun 14, 2007

selamanya

Selamanya

Ketika Kumembuka
Album Kenangan Dulu
Kuteringat Kepada Dirinya
Yang Kucinta Hingga Kini
Kemanapun Perginya

Kita Selalu Berdua
Dari Hari Ke Hari Terasa
Indah SajaItu Dulu Masa Lalu

Kuingin Tetap Menjalin
Cinta Kita Seperti Dulu
Merasakan Bahagia
Bersamamu Selamanya

Meraih Bulan
Dan Memetik Bintang
Akankah Kita Cuba
Demi Cinta KitaBerdua

bait-bait lirik Selamanya yang dinyanyikan oleh Ruth Sahanaya dan kemudiannya Sheila Majid kadang-kadang amat menyentuh perasaan. Dan seperti biasa unsur melodramatik yang menimbulkan kepuasan kepenggunaan terutamanya kepada wanita amat terserlah melalui lagu-lagu seperti ini. Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga jika ada unsur yang boleh menampilkan kekuatan yang agak maskulin bagi mengelakkan ketaksamaan gender. Apa laa yang aku mengarut ni..isk..dah jam dua pagi..patut dah lama tido...tak boleh tido laa..tak tahu kenapa..baca buku jap tadi..tiba-tiba lapar pulak..bakar roti tiga keping dan minum secawan teh..lagi ler tak boleh tidur...

esok aku nak buat apa? aku dah beli dua buah filem perancis dan dah habis tonton pun tadi. Bosan yang amat. Nak baca buku lagi? oh tidaks...! stop laa sekejap..tak nak laa aku jadi budak nerd..isk! cukup-cukup laa skema masa jadi student dulu..sekarang ni tak boleh skema sangat nanti kang kena kutuk pulak..keh keh keh...aku e-mail Christine tadi..bertanyakan khabar berita..lama betul tak jumpa dia...apa khabar Molly agaknya..mesti dia sedang berlari ke sana - sini..dan bila aku datang untuk setengah jam yang pertama mesti dia tak berapa selesa..rasa terancam laa konon..selepas beberapa ketika mula laa sibuk nak ajak aku bermain kat belakang rumah Christine...dan aku masih lagi tak berjumpa Yoyo..last pic yang Christine e-mail kepada aku beberapa bulan dulu ia masih kecil lagi..sekarang mesti dah besar siket..harap-harap dia mesra rakyat tak macam Merry...selalu menghilangkan diri..rupa-rupanya berkawan dengan kucing jiran sebelah..Christine yang beritahu tempohari...

ok laa..dah malam ni..mata pon dah mengantuk..night-night!

Tiada ulasan: