Sabtu, November 17, 2007

entah kenapa

satu-satunya perkara yang paling tidak menyeronokkan hidup di perantauan ni ialah bila rasa sunyi dan bosan. Bila bosan satu kerja pun tak boleh jalan. pulak tu bila masuk musim summer. dah ler panas. bertambah-tambah laa kebosanan ku ini. rasa macam nak balik kampung jer. tapi nak balik pun kena fikir tiga empat kali juga. kalau setakat nak balik tambang macam dari KL ke JB tu hari-hari pun boleh. alahai, apa laa aku nak buat lepas ni. soalan interview dah selesai. proses identify responden pun dah nak hampir selesai. proposal dan approved. ethics clearance dah submitted. begitu juga dengan research permission ke EPU. satu lagi yang tak selesai. litt review.

aku jumpa terry last friday. saje nak korek siket ilmu beliau tentang litt review. kalau aku tanya chris bertambah pening kepala otak aku. dah ler rosya pun sibuk tanya benda yang sama. lagi laa bertambah berpinar-pinar bijik mata aku. nasib baik terry bagi a few tips. nampaknya aku kena ke library esok. oh, dah pukul 2.30 pagi. dan aku tak boleh tidur. susu dah segelas aku minum tapi tetap tak boleh tidur. dah dua filem aku tonton. mr bean dan in the mood for love. best. tapi bila rasa diri keseorangan semua jadi tak seronok. tiket ke Adelaide pun dah ambil. tak sabar nak jumpa cole dan christine. pasti banyak perkara yang boleh dibualkan.

berborak dengan miss sepanjang petang musim panas. sekurang-kurangnya dapat menghiburkan hati. satu-satunya member baik yang jauh di mata dekat di hati. membesar bersama-sama di kawasan luar bandar. sama-sama berjalan kaki ke sekolah sampai kulit pun naik rentung. tapi itu semua cerita dulu dan cerita itu kami kekalkan untuk dikongsi segala rasa pahit dan manis. jika masa boleh diputar semula mahu saja kembali ke zaman itu. belajar betul-betul dan menjadi seorang profesional di usia yang muda. walaupun tak praktikal apa salahnya pasang angan-angan. oh cepat betul masa berlalu. dah pun hampir 22 tahun. masa yang begitu panjang hanya untuk belajar.
dan dalam jangka masa itu kejayaan dan kegagalan silih berganti. ke mana pergi semua rakan sepermainan yang lain? itu kata-kata miss pada satu petang di musim panas 2007. soalan itu tidak terjawab dalam satu hari. sayang aku hanya menulis diari bermula pada tahun 1994 sehinggalah 2003. jika aku mula menulis pada tahun 1985 mungkin aku dapat menyimpan semua kenangan tersebut. tak apa. untuk generasi baru keluargaku nanti biarlah mereka bertatih menulis diari pada usia yang muda. sepatah kata Ella, "pasti aku abadikan zaman riang kanak-kanak"

selamat malam.

Tiada ulasan: