kisah kali ini: puaka flat teratak mesra
Sebaik sahaja habis kerja aku terus ke pasaraya berdekatan membeli bahan-bahan untuk memasak. Sebelum itu aku menelefon wan benai untuk memberi makluman agar tidak keluar makan malam lantaran aku telah membeli segala bahan untuk gulai lemak ikan masin yang sememangnya menjadi kegemaranku sejak dulu lagi. Walaupun hanya kedengaran dengusan seperti naga baru bangun tidur, aku tahu wan benai mesti suka bab-bab makan ni. Sampai ajer aku di rumah aku melihat si wan benai dan firuan yang berperut bori itu sedang melepak dan bersantai sambil menonton tv. ‘haa dah balik pon kau…mana kau pergi? Aku ingat kau tak tahu nak balik rumah’ brok brek brok brek kedengaran bebelan wan benai..seperti mak-mak lagaknya..mak aku yang kat kampong pon takde membebel seperti itu. Cuma satu jer yang tak lengkap..kalau dia pakai tudung dengan kain batik for sure memang macam mak-mak orang kat kampung.
‘kau nak masak apa hari ni?’ soalnya. ‘macam biasalah, gulai lemak ikan masin campur nenas,’ balasku. ‘uiks, sedap tu..firuan..apa lagi kau pergi masak nasi cepat,’ getus wan benai. Firuan bangun sambil mengusap-usap perutnya. ‘nak masak banyak ke siket?’, soal firuan. ‘masaklah untuk kita bertiga, kita ni bukan nak buat jamuan,’ balas wan benai memberi arahan. Selepas sahaja aku mandi, proses memasak pun bermula. Bersungguh wan benai memotong sayur dan merendam ikan kering. Firuan pula sibuk mengemas ruang tamu dan mengalas helaian akhbar lama agar kuah tidak tertumpah di atas tikar. Setelah lebih kurang 20 minit mengacau dan menggulai, akhirnya semua pun siap. Baru sahaja kami mahu melabuhkan punggung di atas tikar tiba tiba kedengaran bunyi yang tidak asing dari jauh. Keletak! Keletuk! Keletak! Keletuk! ‘wan! Oh wan benai! mu buak gapo tu? Dah makan ko?’ pak pung mustapho gebu menjerit ayu dari jauh. ‘iyer lah, nak makan laa ni, kau nak apa pak pung?, rengus wan benai. ‘I dah agok dah…’ sengih pak pung mustapho gebu sambil jarinya melentik-lentik. Melihat keadaan itu Firuan tergelak kecil. Kadang-kadang aku rasa seperti ada persamaan dengan pelakon filem zombie kampung manggis.
‘meh laa join sekali pak pung,’ aku mempelawa ikhlas. Bukan apa, pak pung mustapho bukannya orang lain. Lagi pun dia laa yang bersusah payah membawa kami pergi berkelah di jeram bukit timah bersama-sama limah mandul tiga bulan lepas. Bukan main beriya-iya wan benai ketika itu mandi bersama limah mandul. Kalah puteri kayangan langit ke tujuh turun mandi ke dunia. ‘you all masok gapo hari ni?’ , pak pun mustapho gebu terus saja bertanya sebaik sahaja masak ke rumah. ‘tak masak apa pon pak pung, cuma gulai lemak ikan masin campur nenas jer,’ sahut firuan sambil menghulurkan pinggan. ‘aku dah agok doh..’, senyum pak pung mustapho gebu meleret. Sesekali wan benai menjuihkan bibir. Aku terus tersengih-sengih. Geli benar hatiku melihatkan perlakuan wan benai. Sejak dulu lagi wan benai begitu tidak gemar kalau pak pung mustapho gebu datang ke rumah ketika waktu makan. Sikapnya yang suka mengkritik apa yang disajikan cukup membuatkan wan benai meluat. Pernah wan benai membebel tidak henti-henti apabila pak pung mustapho gebu mengkritik mee asap gua musang yang disajikan oleh wan benai ketika jamuan hari raya peringkat flat teratak mesra tahun sudah.

‘dah laa tu, apa lagi meh laa kita makan’, tiba-tiba wan benai memecah keadaan yang sedikit sunyi. Berkeletang keletung sudu dan pinggan berlaga. ‘uhhhh…..tak cukup manih ni…mu tak letok gulo ko?’, tiba-tiba pak pung mustapho menegur. Seraya aku melihat air muka wan benai berubah kepada suhu mendidih 100 darjah celcius. ‘hai laa pak pung, takkanlah masak lemak pon kau nak letak gula jugak? Kencing manis kau nanti’, dengus wan benai. ‘tak lengkap wan benai oiii, kawe ni mari kelate, keno laa make manih siket,' sahut pak pung mengerutkan dahinya. ‘buleh kawe mintak gulo siket?’ pintanya lagi. ‘bekas gulo dah hilang, pak pung!’, jawab firuan yang asyik sibuk mengunyah tanpa henti dari tadi. ‘hilang?’ hampir terkeluar mata pak pung mustapho gebu sebab terkejut. ‘Macam ada cerita hantu jer’, jeling pak pung mustapho gebu lagi sambil melentikkan jarinya. ‘betul pak pung, kami tak bohong,’ kataku cuba meyakinkannya lagi. ‘iskkk…takkan lah bekas gulo buleh hilang? Apo cerito? ghoyatlah siket?’ aku melihat jari-jemari pak pung mustapho gebu sudah mula melentik-lentik macam nak menari inang dan zapin. Memang semua orang tahu yang pak pung mustapho gebu memang sering mengajar kanak-kanak di flat teratak mesra ini menari zapin dan inang tiap-tiap petang lepas sekolah.
‘begini ceritanya, pak pung. Satu malam tu cuma aku dengan wan benai jer tinggal kat rumah ni. Bukan sahaja bekas gula dengan lauk-pauk yang kami masak tiba-tiba hilang dari dapur. Rasa-rasanya rumah ni keras,’ aku memulakan cerita. ‘aku dah agok dah…..mesti ada cerita seram ni…ni yang buat aku nak tidur sini malam ni,’ kata pak pung mustapho gebu penuh minat. Aku melihat wan benai menjeling tajam ke arahku. Aku tergelak besar dalam hati. Sesekali aku berpaling ke arah lain menahan tawa. Firuan yang asyik makan dari tadi tiba-tiba berhenti kerana mahu mendengar cerita. ‘apa ceritanya man? Korang tak penah beritahu aku pun?,’ soal firuan. ‘mu tak takut ke firuan nak mendengor cerita seram ni,' soal pak pung mustapho gebu tiba-tiba. ‘apa nak takut? Aku ni setakat cerita seram ni takde apa-apa masalah pun, jangankan hantu polong, jembalang tanah pon aku tak takut,’ dabik firuan. ‘aloh, cerito jer laa yang sebenornya. Kami-kami ni semua tahu yang kamu tu penakut takdok buoh,’ jawab pak pong mustapho gebu sambil senyum meleret ke arah firuan. ‘errr…yang sebenarnya, aku nak pi toilet tak tahan nak terkencing,’ terus sahaja firuan berlari ke arah toilet. Kihhh kihhhhhh kihhh….hilai pak pung mustapho gebu melihat gelagat firuan.
‘Haaa..sampai mano kito tadi? Cepatlah cerita…,’ gesa pak pung mustapho gebu. ‘betul tu man, sambunglah, cerita seram kau tu,’ tambah wan benai sambil menyenduk lagi kuah gulai ikan masin yang dicampur dengan nenas. ‘ceritanya begini…satu malam tu cuma aku dengan wan benai jer yang ada kat rumah. Waktu tu baru jer pukul 9 malam. Tapi kami dah mengantuk. Maklumlah baru lepas makan gulai lemak ikan masin campur nenas yang macam kita masak hari ni..tapi entah kenapa malam tu aku terlelap lebih awal. Agaknya sedap sangat kot gulai lemak tu sampai tak perasan terus tidur. Nasib baiklah aku dah gosok gigi. Kalau tak mesti mulut aku bau ikan kering. Wan benai dah lama masuk tidur. Sebabnya aku dok mendengar dia berdengkur kroihhh kroihh kroohhhhhh dari luar ni..’ terangku panjang lebar. ‘aku dah agok doh…mesti ado cerito seram ni,’ pak pung mustapho gebu membalas lagi dengan penuh minat. ‘malam tu agak sejuk sebab sebelah petang hujan. Jadik aku pun teruslah tarik selimut. Iyalah kan, kalau sejuk-sejuk ni makin sedaplah tidur nak-nak lagi bila perut dah kenyang. Tiba-tiba…,’ aku terhenti seketika sambil memerhatikan mulut wan benai, pak pung mustapho gebu dan firuan yang aku tak perasan entah bila dia datang kembali dari toilet melopong ke arahku.
Bersambung….
1 ulasan:
hahahahahah ! lawak lawak, mcam sial ko azalan ko kena kan aku, kau jadikan hidup aku jalan cerita ko...untuk menulis..apapun aku suka...lawak2
Catat Ulasan