kisah kali ini: puaka flat teratak mesra
‘haaaaaaaa….!!!!’, aku tiba-tiba menjerit sambil menepuk lantai. ‘makkkkkkkkk!!!!!!!’, wan benai, pak pong mustapho gebu dan firuan menjerit ketakutan. Aku mengekek ketawa melihatkan keadaan mereka terperanjat. Hampir terkeluar kepala ikan kering yang dikunyah oleh wan benai dek terperanjat yang amat sangat. Ku lihat pak pung mustapho gebu mengurut dadanya dengan jari yang melentik-lentik. ‘mu nih, nasib baik buah dada eh jantung aku ni tak gugur’, marah pak pung mustapho gebu. ‘hahaha..jangan lah marah pak pung, aku saja nak buat lawak kat deme semua,’ jawabku sambil mengekek tanpa henti. ‘haaa apa jadi dengan cerita seram kau tu,’ wan benai menyoalku. ‘ala wan benai, aku buat joke jer laa..hahahaha,’ aku tergelak lagi. ‘hushhh….kau ni, buat menyusahkan aku ajer. Kalau aku tahu lebih baik aku tengok filem sumpah orang minyak tadi,’ bebel wan benai. ‘betul tu wan benai,’ sokong firuan. ‘takat cerita seram ni aku pun ada kisah yang lebih hebat,’ sahut wan benai lagi. ‘cerita seram apa tu wan benai?,’ giliranku pula menyoal. ‘ alah, kisah ni dah lama..masa tu kau tak masuk lagi ke rumah sewa ni. Kalau kau nak tahu aku tiap-tiap malam asyik kena tindih,’ bersungguh wan benai bercerita. ‘kena tindih?’, sampuk pak pung mustapho gebu yang dari tadi asyik melentikkan jarinya bagi menghilangkan ketakutan. ‘iyerrr…kena tindih pak pung oiii…,’ jawab wan benai sambil meletikkan jarinya sekali.
Tergelak kecil aku memerhatikan wan benai. Agaknya dia nak mula bersaing dengan pak pung dalam sesi bercerita pulak. Lepas ni mesti pak pung mustapho gebu tu ada cerita seram jugak. ‘macam ada cerita seram jer,’ sengih pak pung meleret. Sesekali dia meletakkan jarinya ditepi bibir. ‘masa tu aku tinggal kat rumah ni sorang-sorang. Sebelum che puteh jiran sebelah rumah kita ni pindah ke sini lagi. Yer laa kan flat ni baru bukak. Kata orang kalau tempat yang baru dibuka ni keras. Aku ni jenis tak kisah. Bukak ke tutup ke sama jer bagi aku. Masa balik keja satu hari tu aku rasa penat. Dah laa cuaca hari tu panas. Jadi aku ni separuh bogel jer kat rumah. Nasib baik takde housemate kalau tak susah jugak,’ terang wan benai panjang lebar. Aku melirik mata ke arah firuan. Walaupun sedang mengunyah nasik yang aku sendiri tak pasti pinggan yang ke berapa, dia tetap mampu tersengih mendengar cerita wan benai. ‘eh mu dok keno intai ko wan benai kalau berseparuh bogel hok dale rumoh? Mu nih bahayo laa ni banyok orang minyok!’ maso sedaro kawe melancong pegi Honolulu duo bule lepas jiran dio dok sibuk kato ado nampok lembago hite,’ beriya-iya pak pung mustapho gebu meyakinkan wan benai. ‘mana ada orang nak intai. Aku mangga laa pintu rumah ni pak pung,’ jawab wan benai selamba.
‘haa apa lagi wan benai ceritalah cepat,’ gesaku kerana malas mahu mendengar celoteh pak pung mustapho gebu. ‘aku pon masuklah tido awal sebab penat sangat kan...lepas tu panas pulak..aku pun tido pakai seluar dalam jer,’ terang wan benai. ‘kih kih kih,’ terdengar firuan tergelak kecil. ‘apehal kau gelak-gelak firuan? Aku cerita yang betul ni,’ tegur wan benai agak tidak selesa. Mesti dia berfikir si firuan cuba mentertawakannya. ‘lepas tu?’ , soalku lagi. ‘masa aku tengah syok-syok tido, tiba-tiba aku rasa tak boleh bergerak. Seolah-olah ada benda duduk kat atas badan aku nih. Masa tu Tuhan sahajalah yang tahu. Tak boleh pandang kiri kanan langsung,’ terang wan benai lagi. ‘agaknya dia makan banyak sangat kot, tu yang tak boleh bergerak,’ fikirku dalam hati. ‘hebat…..’, celah firuan ketawa mengekek. ‘eh apa kau gelak-gelak? Aku cerita yang betul ni, bengong,’ gerutu wan benai. Aku tergelak kecil. Lawak jugak budak firuan ni. ‘habis tu apa jadi wan benai?’, soalku lagi. ‘aku tak boleh bergerak dekat dua jam, rasa kena tindih macam nak pitam pun ada, korang tau tak,’ jawab wan benai. ‘betul ko wan benai hok mu keno tindih? Jange-jange mu keno tindih denge oghe minyok. Mu ada tengok ke dahi mu dok? Mano tahu kalau ada tando pangkoh,’ sahut pak pung mustapho gebu. ‘ah dah mula laa tu pak pung ni,’ kataku dalam hati. Mesti lepas ni dia pulak nak cerita pengalaman dia kena tindih jugak. ‘ah sudah laa, aku malas nak cerita lagi. Ha kau tu pak pung ceritalah kalau-kalau pernah jumpa hantu jembalang,’ berdengus-dengus wan benai menahan kemarahan.
‘aku memang ado cerito seram ni hok nok bagitahu you all,’ pak pung mustapho gebu memulakan ceritanya. ‘aku dah agak dah,’ aku tertawa kecil dalam hati. ‘haaa apa ceritanya?,’ wan benai pula menyoal. ‘cerito ni berlaku maso aku kat kampong, di guo muse sano tu. You know guo muse?’, tiba-tiba pak pung mustapho bertanyakan pula soalan geografi tingkatan tiga kepada kami. ‘kau ni nak bercerita pasal hantu ke atau nak mengajar ilmu alam pak pung?,’ soal firuan. ‘huk aloh mu ni, aku ni nak menguji ja. Manolah tahu you all semuo ni dok tahu gapo-gapo pasal guo muse,’ ujar pak pung lagi. ‘dah laa tu cepatlah aku nak tahu ni. Ada pontianak gua musang ke,’ soalku tanpa bertangguh. ‘mano ado pontianok guo muse. Muse banyoklah kat belake umoh aku,’tiba-tiba pak pung meninggikan suara. ‘eee..eh marah pulak si mulut murai ni,’ aku berbisik dalam hati. ‘habis tu apa yang ada,’ soal firuan pula. ‘rumoh aku kat kampung tu keras. Pok aku kato ado jembale tanoh, mu tahu dok?’ kelihatan beberapa titik air liur pak pung bertempiaran dek bersungguhnya dia bercerita. ‘kau pernah jumpa ke pak pung?’ soal wan benai. ‘jumpo tu takdok lah, tapi aku raso aku pernah keno tindih jugok. Tapi aku keno tindih limo jam, mu tahu,’ jawab pak pung. ‘dah agak dah. Entah betul atau tidak tu, entah-entah dia yang jadik jembalang,’ tuduhku dalam hati. ‘aii pak pung, lamanya kau kena tindih?,’ wan benai bertanya dengan agak sinis. ‘betul wan benai oii...aku tak tipu. Memang aku kena tindih tak buleh gerok sano sini doh,’ jawab pak pung lagi.
‘alah itu tak seram sangat,’ sahut wan benai lagi. ‘kalau mu nak tahu kat bilik air kampung aku tu lagi keras. Dah laa belakang rumah aku tu belukar gelap. Bilik air aku pulak boleh nampak jelas dari luar sebab ada lubang-lubang angin untuk aliran udara. Kadang-kadang tu rasa takut jugak kalau nampak sepasang mata warna merah ke kan…heeee..takut kau! Pernah satu hari tu aku tengah mandi dalam bilik air aku dengar ada orang menjerit-jerit dari jauh cakap wannnn…wannnnn…wannnnn…masa tu aku nak pegang gayung ambik air pon rasa tak larat…sebab takut sangat,’ ujar wan benai bersungguh-sungguh. ‘masa tengah mandi tu kau ada buat apa-apa tak wan?,’ soal firuan. ‘aku biasalah waktu nak mandi ni kena laa nyanyi sikit-sikit...nak praktis vocal la katakan,’ jawab wan benai. ‘itulah agaknya kau menyanyi kuat sangat kot tu yang hantu datang,’ ujar firuan pula. ‘betul ke hantu?,’ getusku dalam hati. Entah-entah mak dia kot dok menjerit dari luar marah-marah sebab mandi sambil menyanyi. Setahu aku wan benai pernah bercerita kepada aku dulu yang dia dimarahi ibunya kerana menyanyi lagu ning baizura – ‘antara mungkin dan curiga’ di dalam bilik air. ‘nyanyi suara lelaki! nyanyi suara lelaki! Jangan nyanyi suara pompuan!’,’ begitulah lebih kurang jeritan mak si wan benai ni. Berdasarkan apa yang si wan benai ni cerita dulu, aku rasa mungkin si wan benai ni keliru antara perkataan ‘wan’ dan ‘perempuan’. Bunyiknya pun dekat-dekat sama. ‘agaknyalah, sebab tu laa hantu datang. Aku nyanyi kuat sangat,’ wan benai mengiakan pandangan firuan. Mengekek aku tergelak dalam hati. ‘aku pun ada cerita seram jugak,’ tiba-tiba firuan pula mencelah.
‘cerito seram apo firuan?,’ soal pak pung mustapho gebu. ‘ni cerita waktu aku nak balik kampung. Masa tu aku drive sorang-sorang kat lebuh raya,’ terang firuan. ‘isk, macam ado cerito seram jo,’ sahut pak pung mustapho gebu dengan jari melentik dan kali ini lebih lentik dari tadi. ‘apa ceritanya? Tak pernah pulak aku dengar kau balik kampung drive sorang-sorang,’ sahut wan benai yang sudah mula bosan dengan karenah pak pung mustapho gebu. ‘betul aku tak tipu. Masa aku drive sorang-sorang dari KL ni ke kampung aku, aku ada nampak benda putih meloncat-loncat kat tengah lebuh raya tu,’ ujar firuan lagi. ‘betul ke ni firuan?,’ soal pak pung mustapho gebu lagi. ‘betul, aku nampak dari jauh benda tu meloncat-loncat! Adalah dalam beberapa kilometer,’ jawab firuan. ‘wah hebat. Mungkin si firuan ni keturunan bionic woman. Boleh nampak sesuatu benda berkilometer jauhnya,’ bisikku dalam hati. ‘alah, mengaku jer laa firuan. Takdok nyo mu nak drive sore-sore kelik kampung nu. Aku tahu mu tu penakut,’ jeling pak pung mustapho gebu sambil tersenyum. Kali ini bukan sahaja jari malah kedua-dua tangannya pula menjadi lentik seperti mahu menari pula. Aku tersengih sahaja. Kelihatan firuan menggaru-garu kepala yang tidak gatal.’betullah, aku tak tipu. Kau ingat aku tipu ke pak pung,’ jawab firuan. ‘takdolah. Aku cumo ragu-ragu,’ senyum pak pung.
‘dah laa tu, moh laa kita habiskan makan ikan kering campur nenas ni. Bukan senang ni nak makan ramai-ramai ni,’ aku cuba menyuraikan keadaan. ‘aku sebenarnya ado lagi cerito seram kalau mu semuo nak tahu. Pasal nasik kangke,’ sampuk pak pung mustapho gebu lagi. ‘dah laa tu pak pung, aku boleh bagi nasik masa kau nak balik nanti. Lepas tu kau kangkang laa puas-puas,’ sampuk wan benai. ‘entahnya pak pung ni. Tak habis-habis,’ sahut firuan pula. ‘udah ler tu. Moh laa kita makan,’ sahutku pula. Aku tergelak memerhatikan gelagat mereka. Niat dihati pada mulanya nak makan nasik dengan gulai lemak ikan masin campur nenas. Tapi terus jadik sidang cerita seram pula. Yang lawak tu, semuanya tak seram pon. Macam hampeh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan