Memaparkan catatan dengan label eating out. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label eating out. Papar semua catatan
Rabu, Mac 10, 2010
tea break - Alvin
bukan alvin the chipmunk...member aku ler si alvin tu...kebetulan mamat tu ada tutorial hari ni, lepas kelas dia ajak aku pi makan kat kebab...lepas tu kami pergi tengok exhibition kat state library pasal shoppin culture kat melbourne...then , last-last we all pegi minum teh kat satu cafe kecik tapi ngetop sebelah church...aku amek ler kesempatan ni tanya si alvin pasal macam mana nak tulis analisis...all good..at least, aku tahu ler siket-siket macam mana nak buat...sakit kepala gue..hahaha...thanks alvin..
Sabtu, Mac 06, 2010
melbourne - end of summer
balik jer dari la trobe, akmal ajak pi jalan-jalan jap kat city...walaupun aku malas tapi aku ikut jer laa sebab kalu balik office pon memang tak bleh study sebab ada concert dan orientation week....maka berkumandang ler suara-suara sumbang macma buluh pecah kat depan opis aku tu nanti...dari sakit telinga, baik aku ikut mamat tu merayap...cuaca sangat baik dan kami sempat ke cathedral st paul antara yang terbesar di melbourne...mak aii teringat aku citer sister act...
















Isnin, Mac 01, 2010
makan lagi
maaf ler aku terlalu sibuk sampai tak sempat nak update amende kat dalam blogs ni..al-maklum ler, aku dah tak punya banyak masa yang tinggal...itu yang tak menyempat..dua minggu lepas aku keluar merayau-rayau dengan akmal..masa tengah merayap tu lapar ler pulak..tu yang singgah sekejap kat kopitiam mamak kat QV...sejibik macam kopitiam yang takde sijil halal kat malaysia..kah kah kah...tapi disebabkan lapar, ditambah pulak ramai warga-warga bertudung dan muka-muka melayu, kita orang pon bantai jer ler...keh keh keh keh..nak buat camner kan...disebabkan aku terlalu lapar nak amek gambar pon tak sempat..ni jer yang ada..
Selasa, Februari 16, 2010
still at the museum
masih lagi di museum..terlalu banyak benda nak cerita sampai aku pon tak larat nak tulis..jadik aku just uploadkan beberapa foto yang aku rasakan menarik untuk dikongsi bersama. tapi dalam banyak-banyak koleksi di melbourne museum, aku lebih suka dengan phar lap satu-satunya kuda lumba yang sangat terkenal di australia....punya laa besar kuda tersebut, no wonder ler menang banyak race..anyway, enjoy!










keluar dengan akmal
aku keluar minum milkshake dengan akmal kelmarin di Brunetti dah lama tak keluar jadi aku ajak laa mamat tu keluar sekali...mula-mula nak makan kek coklat, bila aku cakap semua kek coklat ni 100 peratus mengandungi alkohol terus dia tak jadi nak makan hahaha...bila aku nak order tiramisu pondia tak bagi jadi terpaksa ler aku melupakan semua benda-benda tersebut..jadi aku order ler french tart..boleh tahan ler gak sedapnya..rasa macam tart nenas masa hari raya...brunetti ni memang terkenal dengan makanan yang ngetop2...tapi yang aku suka tengok (tak pernah minum okay) ialah kop yang dicampur dengan liquor dan diletakkan sedikit krim...mesti sedap kan? hahahaha...kalu terminum mesti jadik macam nyamuk lepas kena racun serangga.
Sabtu, Disember 26, 2009
alvin's secret garden
kesempatan cuti christmas tahun ni dihabiskan juga kat rumah alvin...lama aku tak pegi rumah mamat ni sebab takde masa..alvin ada jugak cakap kalu nak datang anytime cakap jer laa..tapi masalahnya aku sibuk terus tak datang-datang..last aku datang rumah dia waktu winter tahun ni bersama-sama wokar dan gregoria...satu perkara yang aku paling suka kat rumah alvin ialah mini garden...housemate dia si collin yang macam kasim selamat (sbb suka tiup saxs)memang pandai berkebun..walaupun tak banyak pokok tapi sangat redup mata memandang...sayang betul sebab rumah tu bukan depa punya, jadik tuan rumah telah potong apricot tree yang sangat cantik dan membuatkan taman tersebut lebih redup...buster (kucing ningrat)takde plak hari ni..kalau tidak dia mesti datang berkenalan...keh keh keh...
Jumaat, Disember 25, 2009
Happy Christmas
Nothing much to do on Christmas day this year...disebabkan hari ni semua public transportation free, aku pon keluar dengan wokar ke footscray..sampai kat situ, alvin dan agus dah tunggu..kami ke Lentil as anything...cawangan baru telah dibuka kat area situ..biasanya kami ke collingwood tapi kali ni alvin nak test kat footscray..lentil as anything adalah vegetarian restaurant yang berasaskan charity..konsepnya mudah, perkhidmatan kelas satu, makanan memang ngetop, dan harganya? terpulang kepada anda nak bayar berapa...tak nak bayar pon takpe...pekerja tak dibayar apa-apa gaji kerana ia berlandaskan sukarela...kebanyakan perkerja adalah imigran yang digalakkan melakukan kerja-kerja amal sebelum layak untuk mendapatkan taraf penduduk tetap...pendedahan berterusan menerusi kerja-kerja amal kebanyakannya telah berjaya membentuk masyarakat prihatin di sini...bila tengok makanan yang ngetop aku dan wotka pon melantak ler tak ingat dunia..al-maklumler, murah dan sedap..sapa nak bagi makanan best-best dgn harga berpatutan macam ni? kalau kat lygon st mampos kena bayar at least more than hundred bucks..kakakaka...lepas makan, terus pi rumah alvin jap...lepaks-lepaks kat mini garden belakang rumah dia....lucky him..at least bleh lepak best-best every weekend...
Labels:
alvin,
christmas,
eating out,
kengkawan,
wokar
Isnin, November 02, 2009
moving out
selepas berhempas pulas membuang dan memilih mana yang patut, akhirnya semua settle gak..tapi aku rasa aku laa yang paling banyak guna kotak setakat ini...tapi mesti ditewaskan dengan mudah oleh lucy dan ashley...hahaha..maklumlah barang mereka lagi banyak...moral - jangan beli buku banyak-banyak nanti susah nak pindah..dah ler berat..nasib baik kat sini ada movers...jadi aku tak terasa sangat beratnya...cuma masukkan segala benda ke dalam kotak, seal dan tampal sticker...susun elok-elok kat tepi...kira allright ler tu..hehehe...puas aku dengan alvin dok mememnuhkan dustbin sejak dua hari lepas...mesti cleaner pagi-pagi dok maki hamun tengok-tengok punya laa banyak wasted paper...nak buat macam mana...nasib ler babe...
Sabtu, Oktober 24, 2009
penat...
maaf sebab dah lama tak update anything...aku terlalu sibuk dengan presentation dan kerja-kerja sampingan...tapi aku agak seronok minggu ini, sebab christine dan val datang ke melbourne...dah hampir 5 bulan aku tak bertemu christine...dan seperti biasa dia yang selalu melawat aku kat sini sedangkan aku tak pernah ke adelaide hampir setahun...tapi takpe, next year aku akan pergi ke sana...kali ni pasti confirm...selain daripada tak banyak masa yang tinggal untuk aku siapkan kerja-kerja di sini, aku jugak kena berjimat sebab scholar tak banyak yang tinggal. tapi tak apa lah...aku harap aku boleh melawat christine at least setahun sekali bertanya khabar berita...lepas jer habis presentation - thanks to andrew and nurul sebab mai bagi support, aku terus keluar dengan christine, val, alvin dan wotka untuk makan malam. kali ni christine belanja kami di restoren mewah walaupun makanannya aku rasa faizal masak lagi best...kah kah kah..mungkin tekak aku ni tekak melayu kot...wakakaka...lepas makan, kami pergi ke brunetti untuk minum kopi dan dessert..kami berborak hingga lewat 9 malam dan terus hantar christine dan val di service apartment tempat mereka menginap..nasib baik ler tak jauh...hehe.
Labels:
christine,
eating out,
kengkawan,
office,
rmit
Langgan:
Catatan (Atom)