Ahad, Disember 24, 2006

cuaca terik melampau

Menempuhi minggu terakhir di bumi Adelaide memang menyakitkan apatah lagi dengan cuaca panas melampau yang boleh menghitamkan lagi kulit aku kat sini. Hai tak sabar betul rasanya nak pulang ke Malaya..bosan laa bila dah takde member kat sini. Tambahan lagi bila semua kerja dah siap..nak menganga sepanjang masa pun tak best jugak..baik laa balik buat apa yang patut kat Malaya...at least aku boleh menyibukkan diri..

Hari ni aku ke Harbour Town pergi beli barang siket..aku pi teman si Tawakal ke sana sebab kalau pergi sorang memang tak best..aku ajak si Azura tapi dia sibuk pulak dengan kenduri kesyukuran dengan course mate dia kat Fel-Fella Pizza...hari ni tak seronok macam semalam sebab panas sangat..aku rasa macam dalam filem yang ada shot kat padang pasir..nasib baik laa ada sumber air yang mencukupi..

Tiket flight aku dah tempah dan tinggal ambik ajer kat MAS office di City next week..lepas tu boleh laa boleh, aku packing barang-barang last yang perlu di bawa pulang Khamis depan..sedih jugak nak tinggalkan Adelaide ni..ye laa bila dah lama-lama kat sini dan dah ada member lama dan baru..tapi nak buat macam mana kan, friends come and go but family is forever..yang penting keep in touch...dah laa..tak perlu dibicarakan lagi soal bertemu dan berpisah sebab itu lumrah alam..nanti bila dah start keje jangan kan nak berpisah, bertemu muka pun susah...err..where is my tissues? kah kah kah...

Jumaat, Disember 22, 2006

cheers from christine

Dear Shah,
Sorry to hear that you are sick. We have had a fewfine and mild days, but today is 34 degrees and there is afull bushfire alert. Yesterday there was a fire earWilliamstown and today one near Harrogate, but fortunatelythey were contained.Yesterday I heard that I have been awarded a scholarship to do my PhD in Creative Writing. I am so happy. Dr Kate Douglas and Dr Nick Prescott have been appointed as mysupervisors, 80% for Kate and 20% for Nick. I nominated tobegin 22nd Jan 2007 when I return from Tasmania.Sam has decided that he wants to take responsibility forfinding me a kitten, so I will let him choose. I'll let youknow what colour and if Merry is pleased or spitting chips.I saw 'Casino Royale'this morning. It was a good ride.I have not heard from Nora. I hope her thesis is going well.Hope you feel better soon.

Cheers,
Christine

oh filet-o-fish

Tadi aku singgah sebentar ke McDonald..lapar sangat entah kenapa aku masih lagi sempat singgah ke restoran makanan segera ini walaupun aku sudah berikrar untuk tidak membeli apa-apa dari outlet ini lantaran rasa muak yang melampau (sebab asyik makan filet-o-fish di Adelaide)..tapi disebabkan takde member yang boleh diajak makan sekali lalu aku pun menggagahkan jugak kakiku masuk dan memesan makanan...

Suapan pertama mengingatkan aku tentang bagaimana pertama kali aku masuk ke restoran makanan segera..masa itu aku masih lagi menuntut di tingkatan tiga..aku ingat lagi cikgu Maimunah yang mengiringi kami ke kuiz perdagangan di peringkat daerah mengajak kami yang masih berduka setelah gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya ke restoran KFC yang berdekatan...dan masa itulah aku tahu apakah yang dimaksudkan dengan restoran makanan segera...barat, status, dan bermacam-macam lagi yang agak bertentangan dengan selera Melayu yang melingkungi hidup aku sejak kecil.

Pada ketika itu tidak semua orang mampu pergi ke restoran makanan segera. Apatah lagi jika pendapatan keluarga berada hanya 'lepas-lepas' tahap kemiskinan...tapi tidak mengapa ..itu hanya sebuah nostalgia yang boleh dijadikan panduan..ahh..entahlah...aku terima e-mail dari Christine pagi ini..dia bertanyakan aku sama ada banjir sudah sampai ke kawasan kampungku di Kota Tinggi..soalan itu membuatkan aku lebih bersemangat untuk sambung study lagi..half of my soul is missing..in Adelaide, still....and I don't know why..

p.s- along (siti Rahmah Idris), thanx for the e-mail

Khamis, Disember 21, 2006

siti nurbainah

Sedang aku sibuk menguruskan kerja-kerja yang tak sepatutnya aku buat kat dalam makmal ni tiba-tiba terdengar ketukan pintu dari luar..dengan wajah yang tersengih girang Siti Nurbainah yang lebih mesra ku panggil Along sewaktu sama-sama menuntut di kampus Universiti Malaya sekitar tahun 1999-2003 menjengukkan kepalanya..lama betul kami tidak bersua....tapi begitulah along sama macam dahulu walaupun dah melangsungkan perkahwinan pada bulan mei yang lepas...kami bertamu sejenak di kedai kafetaria Fakulti Pendidikan dan mengimbau kenangan lampau..along bertanyakan semua rakan-rakan baiknya seperti ika, alin, liza dan lain-lain..kali ini dia betul-betul ingin bertemu mereka dan berdamai..tidak mahu meneruskan permusuhan yang pastinya tidak membawa apa-apa keuntungan...inilah melayu..penuh dengan santun dan susila..tidak perlu dendam dan amarah...

Isnin, Disember 18, 2006

a letter from christine

Hi Shah,

Glad you made it safely and enjoyed the music. Have a great time at home. Your family will be pleased to see you.It's 8-30pm here and we have just returned from taking Mollyand Frisky to the Mylor Oval. Molly had a great run a andchased galahs to her heart's content. The weather isglorious -- fine and mild. I am about to watch some TV (MissMarple on Channel 2). It is very strange to have no study.Have a great day.

Jumaat, Disember 15, 2006

tempat jatuh lagi dikenang

Akhirnya aku sampai juga ke KLIA selepas menempuhi perjalanan selama 7 jam 15 minit..satu-satunya perkara yang paling aku tak suka lakukan dalam hidup - travelling..terima kasih banyak pada Christine, Sam, Zura dan abang Naz sebab hantar aku ke Adelaide Airport..sedih betul sebab rasa macam sekejap jer aku jumpa Christine walaupun dah hampir dua tahun aku kenal dia...tapi takpe, I might be come back to Adelaide for another few years dan boleh pergi excursion lagi...Thank you everyone...perjuangan masih belum selesai..

Selasa, Disember 12, 2006

Ok..last day..

Allright..barang hampir siap semua dah packed..malam ni tak tidur kot sebab nak make sure semua ok..aku dah jumpa Sis Daljit tadi..kami dah janji nak bertemu di KL dan akan pindah ke city next year...best tu..ada jugak rakan melepak..petang ni aku ada janji dengan Cole, Alison dan Christine untuk pergi makan-makan..lepas tu aku nak ke horse farm kakak Christine di North Adelaide kalau sempat..lepas tu nak pergi rumah kak som & Pak din untuk acara makan-makan lagi..

tak sabar nak balik Malaya..tenangkan diri, buat research siket and get back to Dr Mary secepat yang mungkin..heheh...nak ajak erwan ke langkawi..lama betul tak pergi vay-kay..ceh..berlagak macam anak jutawan..takde laa..itu pun kalau ada kesempatan..allright everyone..see all of you in Malaysia Truly Asia...

P.s- Zura, jangan menangis ok duduk kat Adelaide...jangan risau Rosalinda Ayamor ada...tak kuasa you!! kah kah kah kah....

Sabtu, Disember 09, 2006

bungee jumping i dun care...

Dalam hidup kadang-kadang kita mesti menghadapi suasana yang tidak keruan dan juga kekeliruan ketika mahu membuat keputusan. Membuat sesuatu keputusan memang cukup susah. Sehinggakan kita sendiri tidak pasti sama ada keputusan yang kita ambil itu betul-betul sempurna atau tidak. Membuat keputusan samalah juga seperti kita mahu menulis sesuatu. Hendak mula menulis memang payah tetapi jika apa yang kita tulis itu berada pada landasan yang betul dan tepat, kita seolah-olah tidak mahu menamatkan apa yang kita sedang tulis.

Ok. Barang-barang semua dah hampir siap aku packed. Cuma tinggal nak cari kotak untuk isi semua DVD yang aku dah siapkan di sini. Aku harap Cole akan siapkan surat pengesahan untuk semua barang-barang ni sebelum aku kena tahan dengan customs kat airport sebab bawa terlalu banyak DVD ke Malaya. Nanti disangka pula aku ini penjual DVD cetak rompak. So, be prepared..sediakan payung sebelum hujan. Hmm..esok aku nak pergi excursion dengan Christine. Alamak, Christmas gifts tak bungkus lagi. Hadiah untuk Molly pun aku dah beli. Ok laa..at least Molly tak marah dengan aku kalau akubawa sesuatu untuk dia nanti..allright..jumpa lagi..

Khamis, Disember 07, 2006

Good bye, my friends...

Hari ini sangat panas dan membosankan. Pada mulanya aku mahu ke bandar untuk mengambil tiket tapi dibatalkan sahaja hasrat tersebut lantaran angin panas yang boleh mendorong aku menjadi marah bila-bila masa. Ok. Kita berhenti bicara pasal cuaca. Nanti semua akan menjadi panas.

Semalam aku dan Azura pergi hantar Tawakal ke Airport. Punya laa ramai umat Malaysia nak balik kampung. Kelakar betul. Bila tengok-tengok muka insan-insan yang nak balik Malaysia ni rasa kelakar pulak. Sejauh mana pun terbang bangau akan hinggap juga di belakang kerbau. Tapi lain laa kalau bangau tu dah duduk kat dalam zoo memang takkan hinggap kat belakang kerbau punya laa...hahahaha..Lepas ajer hantar Tawakal pulang ( Tawakal, keep in touch allright, 'lil fella!!) kami pun sibuk laa bershopping kat harris Scarfe di Rundle Mall.

Punya laa banyak barang kami shopping mengalahkan rancangan Supermarket Sweep yang popular dahulu tu. Yang paling lawak kami mengangkut kotak-kotak tu macam nak pergi berniaga kat pasar Malam Kerinchi ke parking kereta. Memang aku takkan lupa punya laa pengalaman ni dan ini laa kali terakhir aku beli benda-benda ni semua. kah kah kah kah...

Aku terima e-mail dari Christine pagi ini. Kami akan meronda-ronda di South Australia untuk kali yang ke enam kalau aku tidak silap. Seronok betul. Tak sabar rasanya mahu bertemu di main campus isnin hadapan. Semasa hendak ke library tengahari tadi aku bertemu Cole yang sedang makan tengahari di cafetaria. Kami merancang untuk makan tengahari di Adelaide city rabu hadapan. Seperti Scott, Cole menggalakkan aku ke Melbourne untuk sambung study. Kepala aku pun dah menjadi pening sekarang. Tapi tak mengapa, aku perlu mendapatkan nasihat dari beberapa orang mentor dan penasihat tetap aku di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Hampir semua barang aku dah packing. Cuma tinggal nak masukkan kat dalam bag dan boxes jer. Rasa menyesal pulak aku beli barang banyak-banyak. Sebab dah menjadi tradisi aku sejak dahulu tak suka travel dengan membawa barang yang berkotak-kotak banyaknya. Bosan betul. Rasa macam nak pergi berniaga pulak. Isk..Isk..Tensen betul. aku tak terima lagi apa-apa respond dari Dr Mary. Aku rasa minah tu dah excited nak sambut Christmas kot. Entah hapa-hapa laa..

Ahad, Disember 03, 2006

Cerita lawak di musim panas..

Aku menulis blogs ini ketika sedang berada di Barr Smith Library, University of Adelaide. Pada mulanya aku ingat nak pergi melawat Zoo Adelaide (Min, jangan kutuk ok..kah kah kah) sebab tak pernah pergi laa pulak..nanti kang menyesal tak menjelajah dengan sebetul-betulnya seperti kata Linda...Anyway, semalam Azura tolong aku mengangkat segala kotak-kotak untuk shipping minggu ini...nak patah jugak laa rasanya belakang aku mengangkat kotak-kotak yang maha berat itu...

Lepas ajer mengangkat semua kotak-kotak kami pun bergegas ke rumah Tawakal untuk menghantar TV, DVD Player dan apa lagi aku tak berapa ingat..Dengan cuaca yang agak nyaman pada hari ini kami sampai ke rumah Tawakal di Westbourne Park sekitar jam 1 tengahari..habis ajer memunggah apa yang ada, kami terus laa ke Marion Shopping Centre untuk membeli-belah...tapi entah ke hapa malangnya kereta yang dipandu oleh Azura telah mnegeluarkan asap sehingga berkepul-kepul dari jauh...mula-mula aku ingatkan bau bush fire...atau pun kesan khas macam kat dalam movie (sebab malam tadi aku baru jer tengok The Matrix)..tak tahu laa pulak aku kereta tu boleh keluarkan kesan khas sebab nak menaikkan mood gembira kami nak pergi shopping..rupa-rupanya kereta yang dipandu buat hal..aiseh...nasib baik tak meletup...kalau tak tentu kami-kami ni popular masuk The Advertiser..

Check punya check rupanya takde air..kering kontang mengalahkan tasik kat main campus..rupanya telah masukkan air kat salah tangki..terpaksalah kita orang membuat rayuan untuk mintak air kat rumah insan-insan yang berdekatan untuk menyelamatkan kereta tersebut...tak lama lepas tu Pak Din, merangkap penghulu kat South dan Abang Naz datang melawat tragedi berkenaan...nak pecah perut aku gelak sebab nasib baik kereta tu tak buat hal kat tengah-tengah jalan raya...kalau tak semua orang mesti lari punya laa sebab ingat kita orang ni pengebom berani mati...

Sabtu, Disember 02, 2006

Hari-hari yang meletihkan..

Aku pun tak tahu kenapa agaknya sekarang semakin bosan..mungkin dah habis study kot dan tak tahu apa lagi nak buat selain merayap dan melakukan tinjauan kat sini...rasanya dah hampir semua tempat aku dah survey....bosan jugak..hai tak tahu laa apa nak buat lagi...oh ya, aku nak jumpa Scott next Monday morning sebab nak minta dia copy lagi tiga puluh DVD...penting sebab susah nanti kalau takde back-up...hmmm...ingat nak call tok met laa malam ni..lama jugak tak dengar khabar berita mamat tu...ok laa..jumpa lagi...

Khamis, November 30, 2006

Kenapa tiket flight aku waiting list lagi?

hari ni aku rasa dah sihat sikit..badan rasa macam nak patah-patah sebab duduk dalam bilik berhawa dingin berjam-jam dan cuaca panas di luar yang menyiksakan...hampir juga nak demam malam tadi..proses akhir DVD Al-Jauhar: The Precious Jewel telah tiba ke penghujung. Sebentar lagi aku kena ambil 30 set DVD tersebut di bilik Scott. Cuma satu lagi dokumentari Emma Hack: From Brush to Body masih lagi dalam proses rendering dan mixing kerana terdapat sedikit kecacatan. Tapi masih ok laa..at least aku dah dapat produce dua benda tahun ini..Nanti kalau dah start teaching aku nak produce lagi banyak dokumentari...mesti seronok punya laa..nak-nak kalau dokumentari pasal natural-history.

Next week aku nak pergi ambik transkrip kat enrollment office. nasib baik laa dia orang dah prepared kan awal-awal..senang laa siket aku datang nanti tunjuk muka lepas tu blah..wei..tak sanggup laa aku nak pergi situ berkali-kali nak-nak dengan cuaca yang panas membahang...kang tak pasal-pasal aku rasa macam nak terajang orang..aku tried call kak haizan pagi tadi tapi dia tak dengar suara aku..rasa telefon kat Malaya rosak kot..biasalah kat situ kalau rosak kena tunggu berabad baru pulih..tak tahu semua orang pergi mana kalau call. Makan kot..

Esok aku ingat nak ke Glenelg dengan si Tawakal..tapi aku dah janji dengan Zura nak angkat kotak..rasa sempat kot sebab angkat kotak lepas maghrib pon boleh...lagi pon waktu siang sampai pukul 9, lepas tu baru betul-betul gelap..pening laa kepala aku..nak kata tak cukup makan, malam tadi aku dah masak gulai lemak labu...hehehe.....terror jugak aku masak...cuma takde daun pegaga ajer...ok laa..banyak sangat membebel..jumpa lagi...

Rabu, November 29, 2006

thank you


Dear Shah,
Congratulations on completing the requirements of the Master ofCreative Arts (Screen Production). I have written a completion letter for you. Do youwant me to post this to you at your semester address of: B4-2 FlindersMedical Centre Flats?

Also if you are planning to graduate in December 2006, you must contactthe Graduation Office as soon as possible to make sure you will beincluded in the ceremony. You can contact them by email:grad.office@flinders.edu.au or phone (08) 8201 5069.
Kind regards,Kate Wisema

Isnin, November 27, 2006

hari ni mesti siap

tetiba ajer hari ni aku boleh banyak keje balik...ni gara-gara dokumentari untuk versi bahasa melayu tak siap lagi..bosan betul..nak kena ubah ending credit, subtitles dan banyak lagi..rasa nak baling jer mac tu kat luar..anyway aku dah dapat external hard drive yang Cole uruskan..ok laa...at least aku boleh save banyak benda...semalam Nick dah e-mail kat aku poster dan DVD cover untuk dokumentari Emma Hack..apa laa mamat tu eja nama bapak aku pon salah...rasa nak terajang jer...alamak, post sound script tak siap lagi untuk Emma hack...kalau dapat siapkan petang ni boleh laa aku rileks pergi Glenelg dengan si tawakal..malam tadi si Zura called aku ajak pi Harbour town..lama dah aku tak pergi tempat paling bosan dalam dunia tu sebab panjang sangat...sakit kaki aku nak berjalan ke sana sini...anyway, aku harap ni minggu last aku buat kerja- kerja final ni...next week Scott pergi vacation..so aku kena mintak dia siapkan dvd template untuk marketing sebelum jumaat ni..hehehehe....

let's get the party started

Tajuk tu masih dalam proses lagi sebab semuanya tak habis lagi..tapi aku dah dapat beberapa result yang belum secara rasmi pon..tapi ok laa..at least dah keluar satu dua result...hari ni memang sibuk..aku rasa dekat 24 kali aku turun naik tangga pergi library semata-mata nak siapkan DVD cover..Alhamdulillah akirnya siap jugak..esok aku nak print dengan kertas yang berkualiti tinggi..print laa dalam 3-4 salinan...

semalam aku called Che Tuan..lama betul aku tak dengar suara dia yang tahap burung gagak tu..kali ni dia kena cirit birit laa pulak..macam-macam laa dia tu..tapi sempat jugak berborak dekat sejam lebih..terkutuk laa jugak satu dua perkara..entah hapa-hapa laa mak cik tu...minggu ni aku nak merayap lagi..kali ni nak pergi Glenelg laa plak..aku dah text Tawakal awal-awal lagi nak merayap seharian kat situ...lama betul aku tak ke sana..ingat lagi first time masa sampai kat Adelaide, Glenelg laa tempat pertama kali aku pergi..best laa kat situ sebab semuanya ada..tak macam tempat-tempat lain kat Adelaide...

ok laa..hari dah malam aku nak balik flat..malam ni ada satu dua program best kat SBS..kena tonton ni...hehehehe...

Rabu, November 22, 2006

Emma Hack: From Brush to Body

A beautiful crafted, arthouse documentary portrait of Adelaide body painter Emma Hack. Emma paints extraodinary works of art on the human form. Watch as she finds inspiration and begin her latest series of art works and travel back through her career to find how she began to paint on the human form

Writer and Director
Nick-Berry Smith & Md Azalanshah Md Syed

Al-Jauhar: The Precious Jewel

Al-Jauhar: The Precious Jewel is a twenty four minutes documentary which has all the ingredients of historical fact about King Abu Bakar of Johore and his foreign policy in the past. This documentary, filmed on location in Johore and Adelaide, explores the life times of Abu Bakar, a 19th century King from the Johore region in the South of Malaysia. Abu Bakar was a modern thinker who saw connection with Europe and Australia as a way forward and much needed development for his kingdom. Combining interviews and vivid archival footage, it provides details information about his precious collection in the South Australian Museum as a sign of close relationship between him and Queen Victoria of England in the late of 19th century. Narrated by Michael Kumnick & Ahmad Adzlan Zainal Abidin, Al-Jauhar: The Precious Jewel is factual account of history and shows the adventure of researchers/archaeologist challenged to understand how King Abu Bakar changed Johore to a modern state in Malay Peninsula and standing tall under the colonial empire.

Selasa, November 21, 2006

almost there

Minggu ni aku betul-betul sibuk..sebabnya semua kerja perlu dihantar untuk assesment at least tomorrow afternoon. Aku harap malam ni aku boleh siapkan poster dan kulit DVD..kalau dah siap dua benda ni senang laa sikit kerja aku nanti..apa pun jumaat ni aku nak pergi merayap lagi dengan Tawakal..tu belum merayap dengan Christine pulak..tapi yang tak best tu aku kena datang lagi kelas post sound walaupun dah dapat result minggu ni..isk!isk! memang tak boleh merdeka betul laa....tapi tak apa at least I have learnt something here...Adelaide, what a wonderful world...

Jumaat, November 17, 2006

kak liza's farewell

pagi ni kak liza dah balik malaysia..kelakar sebab I am the one who came earlier than her last year but she managed to get her course done earlier than me..hahaha..tak apa la as long as aku boleh siapkan semuanya dengan cepat dan teratur..anyway, hari ni aku pergi cari moving boxes dengan Azura..penat la jugak menyelongkar segala tong sampah kat Marion shopping centre..nasib baik takde orang suspect kami ni homeless..kalau tak tak pasal-pasal dapat elaun pulak nanti..tapi bagus jugak tu..hahahah...allright..aku nak siapkan kerja-kerja post production yang tinggal siket jer lagi...harap semua ok...thanks to Tawakal sebab jadik member merayap serata city semalam...and a big thanks to Christine and Gordon who came along for my documentary screening two days ago...all the best!

Selasa, November 14, 2006

mesti sabar

Satu perkara dalam hidup ialah kita kena selalu banyak bersabar..eventhough the hope sometimes seems very frail kita kena jugak bersabar..bersabar itu penting sebab kalau tidak kita akan stress..bila stress nanti tak boleh fokus dengan kerja-kerja yang kita nak lakukan..sepanjang kena chicken pox last week aku belajar banyak perkara...benar, kadang-kadang kita selalu lupa untuk mengenang sejenak apa yang biasa kita lakukan dan kita tinggalkan begitu sahaja...

Aku dah siapkan dokumentari Al-Jauhar: The Precious Stone..dan akan ditayangkan sempena Festival Filem dan Video Universiti hari Khamis ini..mujur Christine dan Gordon datang...so takde laa takut sangat..Cole dan Nick betul-betul banyak support dan bantu aku di saat-saat akhir...dan aku akan cuba siapkan yang terbaik sebelum dipersembahkan pula di Malaya dan kementerian...ok laa..semalam aku tidur lewat..tak semena-mena Nick ajak ke studio hingga lewat pagi...that's ok..anyway, Happy 25th Birthday Nick! dan lupa pula...Erwan...selamat hari jadi yang ke 28 tahun..