Minggu ini adalah permulaan semester yang terakhir di universiti. Rasa memang tidak sabar untuk kembali ke tanah air. Bukan tidak suka untuk tinggal lebih lama di sini tetapi hati aku tetap di Malaya. Jika permohonanku untuk sambung belajar menjadi kenyataan alamatnya lebih lama aku akan tinggal di sini. Mungkin untuk dua hingga tiga tahun lagi. Penghujung musim dingin kali ini tidak begitu menyeronokkan seperti tahun lepas. Mungkin kerana tidak ada aktiviti yang dijalankan. Tapi bila aku fikir balik aktiviti yang aku ikuti tahun lepas tidaklah bermakna sangat selain daripada menonton rancangan kegemaran di televisyen dan DVD. Teruk betul.
Esok aku ada appointment dengan Cole, Helen, dan Carly. Aku pun tidak tahu apa yang Cole akan arahkan untuk aku laksanakan semester ini. Tapi apa yang aku harapkan projek bersama Kementerian akan terlaksana secepat mungkin. Projek ini betul-betul menyeksakan kerana terikat dengan masa dan kualiti produk. Sebenarnya aku pun tidak tahu bagaimana aku boleh tercebur dalam bidang produksi atau lebih tepat lagi film studies. Ini bukanlah bidang yang aku betul-betul pakar sebenarnya kerana aku lebih berminat dengan dunia politik dan kewartawanan.
Tapi aku tetap bersyukur kerana bidang ini memberikan pengalaman baru yang lebih berharga. Tidak mengutamakan teori tetapi lebih kepada praktikal dan kreativiti. Dan mungkin alasan ini jugalah aku berasa seperti rusa masuk kampung kerana tidak ada satu asas pun yang pernah kupelajari semasa di ijazah pertama dahulu. Ok lah..banyak pulak merapu daripada buat kerja..nanti kena marah pulak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan