Ahad, September 14, 2008

Siri cerita seram satu malam (Episod satu)


kisah kali ini: puaka flat teratak mesra

Untuk perhatian pembaca watak-watak yang disebutkan dalam cerita ini memang ada sangkut paut dengan yang masih hidup ajer..itu pun kalau mereka perasan…tapi watak diubah agar tidak dikenali ramai bagi mengelakkan saman fitnah dan malu…

Keletak! Keletuk! Keletak! Keletuk! Dari jauh kedengaran bunyik tapak kasut yang membingitkan telinga. aku menutup cuping telinga dengan bantal. Dalam hati menyumpah-nyumpah si polan yang memakai kasut tinggi dan berjalan dengan mengeluarkan bunyi. Ini mesti kerani pejabat pos yang tinggal di sebelah rumah yang sibuk nak ke tempat kerja. Bukan apa, sejak aku berpindah ke flat ‘teratak mesra’ ini, sudah berkali-kali jiran sebelah yang lebih mesra dipanggil che puteh menjemput makan di rumahnya. Bukan tidak mau menerima tapi agak keberatan kerana rakan serumah yang lain kerap tidak ada jadi segan rasanya mahu pergi seorang diri. Keletak! Keletuk! Keletak! Keletuk! Bunyi tapak kasut tumit tinggi semakin menghampiri pintu rumah. “hiii…bunyik apa tu?’ pekik wan benai, teman serumah yang biasanya bangun lewat kerana dia hanya masuk kerja pada lewat tengah hari. Aku hanya membatukan diri sahaja. Malas rasanya mahu bertekak dengan si wan benai yang terkenal dengan hobi menari dan menyanyi bila semua orang takde di rumah.

‘wan benai! oh wan benai! Ko tak bangun lagi ke?’ kenapa pulak suara che puteh tiba-tiba berubah jadik suara jantan? getusku dalam hati. Takkan lah che puteh tercekik malam tadi sampai suara bertukar jadik suara pakcik-pakcik yang menjaja ikan di pasar chow kit? “siapa tu?memekak pagi-pagi buta ni orang nak tido laa?” jerit wan benai dari dalam biliknya. “aku laa wan benai! pak pung mustapho gebu! mu nih bagun laa wei! dah pukul berapo dah ni” Dalam tubuh yang diseliputi selimut Aku tersengih lebar. Hai..rupa-rupanya jangkaan aku betul-betul meleset. Pak pung mustapho gebu yang bermulut murai waktu pagi itu disangkanya che puteh. Mesti kali ni dia nak menunjukkan koleksi baju terbaru yang baru dibeli di kedai jenab Scotland di seberang jalan sana. Ah, apa khabar agaknya si jenab Scotland? dah lama tak nampak kelibat beliau. Pagi yang sejuk membuatkan aku malas untuk membuka pintu. Apatah lagi mau melayan pak pung mustapho gebu yang asyik melentikkan jarinya tiap kali mahu memperagakan pakaian terbarunya.

‘kroikkkkkkk’ bunyi pintu bilik dibuka. Kelihatan wan benai keluar dengan muka berbasi-basi sambil berkemban tuala mandi. Ditanganya memegang berus gigi. Mulutnya terkumat-kamit tanpa henti. Disampuk polong barangkali. Tergelek-gelek beliau berjalan ke pintu. Sosok badannya yang agak besar itu membuatkan aku tergelak kecil di dalam selimut. Melihat wan benai sebegitu samalah menyaksikan seniwati siti tanjung perak beraksi dalam filem-filem P. Ramlee. Cuma tidak ada hiasan bunga dan siput sahaja di atas kepala. Kalau tidak lengkaplah klon siti tanjung perak. ‘haa apa ko nak’ kedengaran suara wan benai dengan perasaan tidak senang. ‘Ko baru bangun ke wan benai? Dah pukul berapa ni?’ dari celahan pintu kelihatan jelas pak pung mustapho gebu berdiri dengan jari yang melentik. Itu belum lagi dengan kemeja pink yang lengkap dengan tali leher berbunga-bungaan. Kalau aku tidak tahu dia bertugas sebagai pegwai tadbir di sebuah institusi swasta, aku mesti meneka dengan nakal bahawa dia bekerja di sebuah florist di tengah-tengah ibu kota. Kalau tidak pun pasti pegawai promosi untuk pesta flora. (bukan alam flora ya!)

Selepas habis bergaya sakan dan mempamerkan keunikan kasut yang bertapak tinggi mengalahkan kasut tumit tinggi wanita untuk beberapa ketika, pak pung mustapho gebu pon berlalu. Aku pun menutup mata kembali. Tapi kali ini semakin sukar. Bukan bunyi keletak keletuk tapak kasut tapi gedegang gedegung wan benai mengejutkan firuan, seorang lagi teman serumah. ‘bangunlah, kau tak nak pergi kuliah ke?’ Gedegong! Gedegong! Gedegong! Rasa seperti mahu runtuh seluruh flat teratak mesra ini. Aku dengan segeranya terkulat-kulat bangun. Terus mengemas tilam dan bantal dan terus menyumbat ke dalam bilik. ‘hari ni kita nak masak apa wan benai?’ soal ku bersahaja. Ku lihat muka wan benai terus berubah wajah. Mungkin agaknya trauma terhadap pak pung pak mustapho gebu masih belum hilang. Dan pagi itu aku mendengar kuliah pagi percuma. ‘kau ni tak habis-habis nak memasak. Mengalahkan orang pompuan. Orang pompuan pon tak macam tu. Tengok aku ni tak perlu nak sibuk-sibuk nak memasak. Makan aje apa yang ada.’ Bebel wan benai tanpa henti. Aku hanya terlopong sambil memandang tanpa kata.

Dalam masa yang sama aku melihat tangan wan benai sibuk menepek tuna mayonnaise ke atas roti ke atas beberapa keping roti. ‘tiru macam aku ni. Simple aje. Tak perlu nak bersusah payah. Nyum nyum nyummm….ngap…ngap….’ Dan selepas itu bebelannya berhenti setakat itu sahaja. Yang kedengaran mulut wan benai sibuk mengunyah roti dan tuna yang ditepeknya berkali-kali. ‘Firuan? Ko tak bangun lagi ke? Hai budak zaman sekarang ni. Bukan zaman macam kita dulu-dulu..pok pek pok pek…’ dan selepas itu aku tidak mendengar apa-apa sebab aku sibuk mandi dan bersiap untuk ke pejabat. Dalam kepala aku dok berfikir apa yang perlu aku masak malam ni. Dah lama betul aku tak makan best. Sesekali nak jugak masak. Ah peduliklah apa si wan benai tu nak cakap. Yang penting aku mintak dia tolong masak. Dia tu kalau memasak mengalahkan makcik-makcik dalam rancangan memasak kat dalam tv. Siap dengan berdandan sebelum nak memasak ni..katanya kena ada aura….barulah masakan menjadi. Terlintas pula dalam fikiran aku nak memasak gulai lemak ikan masin. Kalau dicampur dengan nenas lagilah sedap…terliur dibuatnya…dan aku terus sibuk merancang bahan-bahan yang patut dibeli.
bersambung ~

1 ulasan:

sentuhan @rjuna berkata...

aku sememangnya seronok berada di rumah sewa teratak muhibbah. kalau rakan lain farid, munah dan wan ariz masih mempunyai kesepakatan untuk bersama, kita mungkin terus bersama dengan azalan skali. jadi aku pun agak kurang mengingatiresam di rumah teratak tapi kalau kalian seronok dan menulis begini, setiap kenangan yang ada pastinya menjadi dokumentasi. aku akui korang memang best, tak berkira! dan sentiasa membahagiakan...aku benar2 terharu