Jumaat, September 28, 2007

christine...

Hi Shah,

Good to hear from you. I, too, have similar emotions about my thesis proposal. My plan and literary review goes in on 6 October, soon followed by my proposal and seminar presentation. We have some aspects in common. I'm dealing with a transnational author -- model: Haruki Murakami -- and investigating his writing through critical reading and rewriting from my own POV. Enough of that -- my study is piled with books on literary and cultural criticism, so my POV will be "informed."

We have the OzAsia Festival at the moment. I've been to some super performances: contemporary music on Tuesday, William Yang doing a monologue and slide show called "China" -- excellent; Anna Yen telling the story of three generations of the women in her family in a performance piece and film called "Chinese Take Away" -- very sensitive and sad (both on Wednesday; Thursday was a traditional Indigenous Australian/Indonesian epic narrative -- much fun and laughter but sad too; tomorrow is drumming with Binari Dulsori; Monday is "Scorpionfish"; later in the week "Wanderlust" which is dance; finish with Hung Le -- comedy show.
A very busy time but I am enjoying myself, and wondering if I can get all my study done.
Family is fine, including all the furries. My sister has moved to Canberra and Mum has gone there for a month's holiday. It is quiet not having her drop by. I saw Sam at Uni yesterday for lunch. Alex I saw last week when we had a family lunch before my sister left. Val is fit as a fiddle, still plays squash several times a week.

We look forward to seeing you in December for your graduation. I saw Cole at the State Library last Tuesday. He asked after you. I told him you were fine, but not enjoying the cold weather. He laughed. He has lost a lot of weight; I hardly recognised him. Today I am cold. By December it will be warmer.

I am off for an early night, since I must be up early tomorrow for my shift at RPH (Radio for the Print Handicapped).

Keep in touch,
Cheers,Christine

Khamis, Ogos 23, 2007

memori

aku ingat nak tidor terus tapi better aku tulis siket kat blogs ni....tiba-tiba pulak dapat idea nak tulis satu cerita sebab dapat ilham bila dengar lagu memori..lagu ni antara yang aku paling suka dengar kalau ada sesiapa yang boleh nyanyi secara live..hehehe..aku mesti nak dengar walaupun suara orang yang nyanyi lagu tu tak sedap...oh, ya...apa nak tulis..kali ni aku nak bercerita tentang kenangan cinta monyet waktu kat sekolah menengah....walaupun lawak, harap sesiapa yang baca tu janganlah pulak kutuk aku..memamg aku terajang sapa yang kutuk tu...wakakaka....

ceritanya macam ni...waktu itu sekitar bulan Januari, tahun 1992...lama tu...agak-agak dah berapa tahun ya? hmmm..kejap aku ambik kalkulator...hmmmm....15 tahun yang lalu...lama tu...kalau aku kumpul duit seribu ringgit setahun mesti hari ni aku dah ada 15 ribu ringgit..terus boleh buat belanja kawin, hehehe takdelah..mana ada....tapi kan bila membebel pasal kawin ni memang tak best..setiap kali aku call mak aku kat kampung mesti dia kata, haa si polan anak si polan dah kawin dengan si anu anak si anu tu haa...kau bila lagi nak kawin? umur pon dah makin meningkat...

alamak rileks laa...takkan nak kawin cepat-cepat...nanti kalau aku dah kawin nanti susah nak bergerak..nak pergi berkaraoke dengan zaleha dan erwan pon tak boleh...hak hak hak..kelakarnya oppss..berbalik pada memori cinta monyet tadi tu...tak habis lagi aku cerita...masa tu aku berada dalam tingkatan dua..biasalah budak nerd mana ada masa nak bercinta-cinta ni..nak-nak lagi aku mak aku asyik suruh fokus dengan study..nanti susah kalau tak lulus PMR katanya..dah ler masa tu we all first batch yang ambik PMR ni seluruh Malaysia (sebelum ni SRP)...

Masa tu aku bersekolah di sebelah pagi...tak banyak perkara yang menyeronokkan kalau tinggal di kawasan pedalaman felda ni...habis jer sekolah balik rumah makan tengahari..lepas tu tidur sekejap...bangun pergi sekolah agama sampailah petang..bila malam pulak pergi mengaji sekejap sampai laa Isya' kat rumah Pak cik yang rumahnya berdekatan dengan rumah aku...lepas tu balik bukak buku sekejap then tidur...kitaran yang sama pon akan berlaku pada hari yang seterusnya dan seterusnya...memang takde life langsung masa tu..

dunia aku pulak terhad di kawasan felda tu jer..takde maknanya nak pergi keluar ke bandar nak melepak-lepak atau cuci mata kat bandar..dah laa bandar tu jauh gila..hampir 40 minit dari rumah kalau naik teksi...hahaha..tapi ok laa...at least, kadang-kadang tu keluar laa jugak ikut mak dengan abah aku beli barang laa..bayar bil laa...itu laa...ini laa...sebab tu laa sampai hari ni aku lebih selesa habiskan masa kat rumah atau ofis...kalau nak berjalan tu bergantung laa pada keadaan..kalau rasa perlu baru pergi...bersosial? jangan haraplah..terhad dengan kawan-kawan rapat ajer...

alamak...dah lewat laaa...aku nak tidur..nanti si peter cari aku esok kalau aku tak datang kuliah soap opera dia tu...penat orang tua tu dok remind aku "please come to my lecture, shah"...yer laa tu...aku harap aku tak sleep over ..otherwise, good bye ler pete...! hehehe...okay, selamat malam...sambung cerita nanti!

Rabu, Ogos 22, 2007

its not right but its okay..

hari ni aku betul-betul rasa tak best..macam-macam nak kena buat sebelum next week...benda yang paling bosan nak tengok of course laa assignment si Cathie and Pavla..tapi bila aku fikir-fikir balik, walaupun assignment ni dua pages rasa macam tak tergamak pulak kalau aku tak buat..hahaha..so, kenalah jugak buat..nasib baik ada si Rosya dan Akma yang boleh jugak aku tanya & bincang apa nak buat...hehehe....Hikmah pun dah mula e-mail tanya tentang apa nak buat untuk radio program malam Ahad ni..aduh....banyaknya nak kena buat...

hari-hari berlalu macam biasa...takde apa yang menarik selain daripada penemuan argument yang baru dari apa yang terbaca dan dibaca....kadang-kadang tu best jugak kalau jadik budak nerd ni...hehehe....baca buku (konon-konon), lepas tu pergi kelas dengan semangat (semangat tengok jam bila laa nak tamat kelas) hahaha....ok laa tu kot...semalam aku called pak din dan kak liza discuss tentang methodology kajian aku...depa bagi macam-macam input yang sepatutnya aku dah perasan sejak awal-awal lagi..apa laa aku ni...tapi betol laaa kata pak din..dalam research ni kena kreatif bukan ikut buku semata-mata...buku tu cuma panduan jer....ok laa..aku nak kena fikir macam mana nak buat ayat pertama untuk essays ni....

Rabu, Ogos 15, 2007

christine says:

Hi Shah,

I didn't get back to you yesterday. It was a bust day. I spent ages having my eyes tested and arranging for new glasses. Two pairs -- expensive. It is a rip-off. When I think back to Singapore and how cheap and easy it was to be fitted...maybe I should take a holiday there next time I need new specs. Then I spent the rest of the day at the State Library where I am viewing old films from South Australia, to see if they are suitable for a public viewing later in the year. It's voluntary work, but the new environment is interesting, as is some of the old films from the Seventies and Eighties. There is even an old one from Woomera in 1960 which shows the living quarters and school where Val used to teach (1961-1963).
When I told him of the shot of the swimming pool, all he remembers is he was bitten by a bull-ant there and it hurt. Today has been busy too. I saw my supervisors, Kate and Nick. Now I must move into writing mode and start submitting things like Literary Reviews, Plans, and Chapters/Papers for comment. I'll need those new glasses. Hope you are finding your way around Melbourne and enjoying the experience. A friend is going over for the Melbourne Festival. It happens soon I believe. So the town should be abuzz with activity.

Enjoy. Ta ta for now.
Cheers, Christine

Selasa, Ogos 14, 2007

christine says

Dear Shah,

Great to hear from you. However, I've just got back from the theatre. It's after midnight, so I'll reply to your email tomorrow. We are mostly fine, though Frisky is getting geriatric now and cannot jump into or out of the car. Lately she has been very fragile -- soon curtains I think. Molly and the cats are great. We also have a new rooster and four more hens as my sister is moving to Canberra and has passed them on to us. Great fun in the henhouse. It's given the old rooster a new lease on life.

Catch you tomorrow,Cheers,Christine

Isnin, Ogos 13, 2007

lama betul tak update blogs di sini..sibuk sikit sem ni..bosan laa..dengan class dan essays...yuk!! aku ingat dah tak jumpa lagi benda-benda macam tu kat sini..tapi jumpa jugak..anyway nak buat macam mana...buat ajer laa...bak kata A'aliyah "just try again"...actually aku baru jer kemas meja aku yang bersepah-sepah macam titanic karam ni...kalau sapa tengok mesti koma tiga hari..nak buat macam mana kan, telan air liur ajer laa sesiapa yang memandang...

oh ya...ada banyak benda berlaku sepanjang peninggalan aku beberapa minggu...antaranya Raja dah dapat anak..sadly, baby tu sakit..apa pun harap Raja banyak bersabar...Ina dah pun melangsungkan perkahwinan..bukan Ina mawi okay....ini ina member baik aku...walaupun muka ada lebih kurang sama macam ina mawi tapi tetap dua insan yang berbeza...hahahah....next week Zam pulak kawin...kad kawin dia dah pon sampai kat rumah aku last week...thanks Zam, ingat jugak kau kat aku...

kelmarin aku ada call ajak..lama betul tak dengar cerita mamat tu...banyak laa benda kami membebel termasuklah isu sama ada wolverin tu betul-betul mutan ke tak...hahaha..kelakar kan? tak boleh lupa sebab zaman kami X-men memang favourite no satu..tu tak termasuk lagi spiderman, batman dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya....aku try called Din tapi mamat tu tak angkat pulak..isk tak tahu mana dia pergi...

oh ya...aku ada called Erwan dan kak Nosi...seperti biasa bergosip laa..best betol dapat member macam depa ni...macam-macam cerita kami terokai...kalau tadi berkisar dengan marvel tapi yang ini berkisar dengan isu-isu sosial dan kemasyarakatan..hahaha...sekali imbas macam deal dengan wakil rakyat pulak...cuaca kat sini masih sejuk..bosan betul laa..aku nak buat kerja pon tak boleh..tapi aku target nak clearkan semua sebelum GRC..harap-harap ok Insya'allah, Amin..hehehehe...

okay laa..aku nak pi baca buku...nanti kang duduk sini makan gaji buta pulak..yer laa asyik goyang kaki, makan tido...hahaha....cya guys!

Jumaat, Julai 20, 2007

tak semua orang sempurna

Anggaplah kita berada dalam satu perlumbaan larian 100 meter..tidak kiralah kategori lelaki atau wanita...keputusannya akan tetap sama..pasti ada yang bakal mendapat tempat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya...tapi ini tidak bermakna yang mula-mula tiba itu juara dan yang terkemudian itu tewas..Saya masih ingat lagi ketika berada di tahun pertama di sekolah rendah. Selepas sahaja tamat peperiksaan akhir tahun keputusan diumumkan mengikut siapakah yang paling layak menduduki enam tempat teratas dalam kelas. Bagi mereka yang tergolong dalam kedudukan tersebut akan/telah mendapat hadiah yang dijanjikan oleh guru kelas. Saya gagal kerana hanya layak berada di tempat yang ke sepuluh. Aduh, kecewanya bukan kepalang. Hampir menitik air mata kerana rakan sekumpulan yang lain semuanya menerima hadiah kecuali saya seorang!

Ada satu pengalaman manis yang saya ingin kongsi bersama ika (itu pun kalau beliau terbaca blogs ini). Ika merupakan antara sahabat saya yang paling rapat dan matang ketika menuntut di Universiti Malaya. Satu hari dalam kelas Media dan Budaya, kami diminta berdebat dalam satu isu yang saya fikir cukup sensitif kerana membabitkan rakan-rakan yang berlainan kaum. Tidak cukup dengan itu, ia perdebatan ini dilihat sebagai satu pertandingan kerana kelas yang berjaya menganjurkan debate yang membina akan dipilih sebagai juara.
Justeru, kami tidak melepaskan peluang ini dengan lengkap bersedia dengan segala pengetahuan dan maklumat. Buku-buku dan nota berkaitan dengan topik dikumpul hanya kerana mahu memastikan kemenangan berada ditangan kami. Sesi perdebatan juga dipastikan agar meriah dan membina untuk menarik perhatian tutor agar memberi markah yang lebih daripada biasa. Dan ketika keputusan diumumkan kelas kami gagal memenangi apa-apa kategori. Kelu juga seketika kerana pada pandangan kami, kelas yang menjadi juara tidak harus menang jika mahu mengambil kira daya usaha dan pendekatan ilmu yang digunapakai.

Kadang-kadang saya selalu terfikir bahawa kehidupan selalu tidak memberi keadilan dan berpihak kepada apa yang saya selalu tidak fikirkan. Namun saya terlupa, bahawa seteguk air percuma yang saya minum di Malaysia hanya setitik mampu dirasai oleh insan di bumi kering kontang di benua yang lain. Ada juga rakan taulan yang sering menuturkan bahawa saya bertuah kerana dapat belajar di XX dengan tajaan XX namun apa yang selalu tekankan ialah kejayaan tidak pernah datang bergolek hanya kerana saya layak atau terpilih. Kejayaan biasanya datang dengan usaha yang ikhlas tanpa mengadu domba.
Ella dalam lirik lagunya pernah meyebut "setiap manusia ingin berjaya, namun tak semua miliki tuah" dan saya selalu memikirkan betapa bertuahnya seseorang itu jika dia berjaya. Namun pada masa yang sama, saya selalu memotivasikan diri bahawa tidak bermakna kita harus menyerah kalah jika kita tidak berjaya bila mencuba sesuatu untuk pertama kali. Mungkin tidak jika peluang kali kedua, ketiga dan seterusnya datang. Pasti ada hikmahnya. Saya sertakan di sini lirik lagu Ramlah Ram "Gurindam Seloka" untuk renungan kita bersama :)

Biar buta penglihatan, Jangan buta hati dan fikiran
Biar pun miskin hina, Jangan papa adat dan bahasa
Berhelang helang buana, Jangan lupa saudara tetangga
Bila hujung di jumpa, Jangan pula pangkal kau lupa
Harumnya bunga rampai, Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi, Tapi sayang tiada bererti
Hidup dalam dunia, Banyak ceritanya
Selagi bernyawa, Ada saja kerenahnya
Yang indah hanyalah bahasa, Disebut dibaca
Gurindam serta seloka

Namun kenyataan hidup, masih tetap sama,
Tidak kira walau di mana,
Tepuk dada tanya selera
Amalan biasa

Ahad, Julai 15, 2007

suara melayu melbourne

hari ni aku jadi tetamu dalam slot sanggar budaya suara Melbourne..memalukan..ini semua si Nurul punya songeh laa ni..tapi okay laa jugak at least dapat jugak pendedahan dengan operasi konti...dan mereka semua mahukan aku join terus sebagai team members...walaupun lokasinya tidaklah jauh dari tempat aku tinggal tapi bila di malam hari tu yang buat aku malas...masa tengah sibuk-sibuk rehearsel tadi ada team ASTRO datang untuk untuk shooting dokumentari mengenai umat Islam seluruh dunia..aku ingat bob suami si Raja ada datang sekali..rupanya takde...

Esok aku nak kena update semula proposal dan bahan bacaan sebelum GRC on October..kali ni aku mesti mantapkan semua hujah aku dan mematahkan serangan daripada Kat yang cukup terror dalam hal-hal audience studies...tak sabar nak tunggu akhir bulan ni....sebabnya elaun nak masuk..keh keh keh..boleh laa aku beli DVD player, hard disk dan buku-buku baru tentang soap opera...dan aku tak sabar nak tunggu sequel National Treasure yang bakal ditayangkan next year...best laa movie tu...penuh dengan kepintaran dan kelicikan

Sabtu, Julai 14, 2007

christine again :P

Dear Shah,

Slept late this morning and just made it to the dentist for a filling. It wasn't too bad an experience and better done than not. I enjoyed Sydney, even although I wore blisters in my feet on the first day. This was from wearing new boots and carrying a heavy backpack up and down streets while we looked for the box office to the Belvoir Theatre; then we did not get tickets for Geoffrey Rush in EXIT THE KING. But we did go to see Don DeLillo's new play at Wharf 1. It was great to walk around the harbour to the theatre at night (more blisters), but I think DeLillo is a better novellist.
The play failed to move me, but we enjoyed seeing the venue build on the foundation of the old dockside warehouses. Sam was tolerable company, and a great escort for late night train travel to Parramatta, where our hotel was. He had a great time exploring the early settlement history and the shops of Parramatta, while I was at the conference. The conference was excellent, a good opportunity to meet and talk with people of similar interests in the nature of literature and reality. Next year's conference will be based on history and fiction, to explore the means by which both processes mediate truth. Gotta go for now. I'm off to the Drama Centre for astudent production -- exhausted though I still am. Take care. Summer is less than 6 months away.

Cheers,
Christine

Ahad, Julai 08, 2007

sejuk laaa...

lama betul tak update blogs ni...aku sibuk siket kali ni sebab another GRC is coming...so, kena lah prepare awal..kalau tak nanti mahu menangis aku present bukan-bukan kat depan panel..hari ni aku bangun lewat...rasanya pukul dua petang baru aku bangun...tidur lewat..plak tu sejuk banget malam tadi..so, aku pun berselimut laa sampai tengah hari...bangun aku terus mandi dan basuh semua baju yang dah terlonggok dekat seminggu...kan best kalau ada maid..tak payah laa aku bersusah-susah nak membasuh itu ini..

nak dijadikan cerita, lepas jer aku balik dari uni (study jap, biasalah aku kan budak baik keh keh keh) aku pon terbukak laa youtube..mula-mula aku tengok shin chan dulu..tiba-tiba dengan tak semena-mena tergerak hati aku nak dengar lagu sampai hati oleh spring...lama tak dengar lagu tu..kalau tak silap waktu tu aku form 3 kat sekolah menengah..so, tengah aku mencari-cari tiba-tiba dapat....dengar laa jugak lagu syahdu tu sekejap...alamak..rasa macam jiwang karat laa pulak...hahaha..kalau sesapa baca mesti depa kutuk aku habis-habis...

lepas tu tiba-tiba banyak pulak keluar video lagu-lagu 90an macam 4U2C, feminin, Res2, apa lagi...banyak betul sampai tak tersebut..tapi yang seronok tu bila semua lagu-lagu tu membawa kepada kenangan yang pernah dilalui sewaktu tahun 90an dulu....biasalah zaman remaja katakan...kah kah kah kah ..sorry, nak tergelak dulu..tak tahu laa kenapa lawak sangat bila aku tengok semua klip tu....masa tu semua orang suka betul dengan muzik rap..zaman ni dah takde pun orang dengar muzik rap sebegitu...kalau ada pun sangat berbeza dan tak sama langsung..nampak bodoh sangat artis kita masa tu sebab sibuk nak mencelup genre muzik dari barat..tapi yang bagus tu, muzik itu selari dengan suasana 90an...so, layan ajer laaa....tapi aku paling suka dengar lagu spring - Sampai Hati dan Cempaka di Rembulan...

banyak betul kenangan waktu tahun 90an...antaranya ialah novel Ahadiat Akashah...aku masih lagi simpan beberapa buku..yang paling aku minat mestilah 'Budak Setan 1,2 & 3'..tapi Ahadiat dah compiled semuanya menjadi Lagenda Budak Setan..masa tu seakan menjadi satu trend untuk remaja membaca buku-buku beliau...walaupun ramai yang tak menyenangi karya Ahadiat atas landasan karya beliau jatuh di bawah kategori novel popular tapi bagi aku yang penting ialah keseronokan yang diperolehi....kalau kita menulis novel melangit estetisnya tapi tidak dibaca orang pun tidak boleh jugakan? itu syok sendiri namanya..

oleh sebab lawak sangat aku pun sms Miss..bertanyakan sama ada dia masih lagi menyimpan koleksi URTV yang dibeli sewaktu kami masih di sekolah menengah dahulu..hehehehe..tak lama tu dia balas sms aku "aku simpan lagi laa wei...kat dalam setor rumah Waha..aku start beli sejak tahun 1991..lepas tu stop sekejap bila masuk asrama..tapi sekarang dah jarang-jarang beli"...
err...ok laa...nak tido..esok nak bangun pagi beb..

Isnin, Julai 02, 2007

sweet sweet christine

Dear Shah,
It is good to hear from you. Yes it is cold and wet. We have just returned from Mum's and the world is shrouded in a white mist that creeps through the winter trees -- English weather. We took Molly and Frisky for a walk in the early afternoon and got soaked, an experience I thoroughly enjoyed. Now, I have washed my hair, rugged up, warmed my study and am ready to work. I hope you found a warm spot to work at Uni and managed to dry your laundry.

The conference on Literature and Sensation is next week. I am looking forward to it. Sam has organised time off to do some sightseeing in Sydney while I am busy. He has just received a traineeship with the office of a state Labor politician -- three days on the job and two days at Uni to finish his degree. He is very happy about this. Unfortunately, he cannot sew and I had the arduous task of turning up several pairs of new 'business' pants for him. I hate sewing. Fair exchange though, he took Molly and Frisky for their walk yesterday.

I went to see "Tales of Earthsea" by Goro Miyazaki last week. The film was OK, but not as good as those turned out by Hayao Miyazaki. However, not a bad first effort. Sam and his friend Matt thought it was good, so they have borrowed my boxes of Studio Ghibli films and intend to watch them all. Twice I have written to you about your study question -- cinema based on the pleasure principle -- and twice the composition failed to send because I worked on the email over the hour limit. The concept of female pleasure is difficult to discuss in a cross cultural context. Psychology, sociology, feminism, so many areas of study inform the subject. Two informative Western women authors on the subject are Teresa de Lauretis and Elizabeth Cowie.

Suffice to say, Cinema has the power to seduce through sensual engagement. The libido is brought in to play. Knowledge of dreams and desires -- fantasies -- is used to construct interesting and appealing narratives. Cinema may also be used purely for entertainment -- nothing wrong with that. There is a power of good in pleasure and laughter. The concept of catharsis is worth exploring. Troubling subject matter and themes are exposed and brought to conscious resolution in a non-threatening artspace. Tension is released and reason may be brought to bear on issues. This state is achieved by a combination of educational themes and entertainment.(Here I am talking about fictional/narrativecinema not straight documentary cinema). A spoonful of sugar helps the medicine go down, to quote Mary Poppins.

In the hands of dedicated and ethical professionals the medium is a two way contract with the audience. The experience lightens the burden of living -- problems -- an individual or group may, perhaps, have faced alone. The intellect is engaged as well as the senses, to find equipoise, that is a balance of all things material, intellectual and moral. Society and the individual must learn, through experience and negotiation, to use the space of cinema in the best way. Such decisions are culturally determined.

Enough of that. My words are running in circles, and probably not answering your questions. Read. There are books. Ask me little questions that don't take spiels to answer. I am enjoying my study of Haruki Murakami. Nick Prescott is a good supervisor who, although busy, has taken trouble to motivate and further my interest in Murakami's style of literature. Will go now before I am wiped again.

Cheers,Christine
PS Keep in touch

Sabtu, Jun 23, 2007

pesan...

Keadaan penuntut-penuntut di negara-negara sebelah Barat adalah berlainan kerana universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi di benua itu telah ditubuhkan beratus-ratus tahun. Mereka boleh mencuba apa jua yang mereka fikir secocok dengan jiwa mereka dengan tidak mendatangkan sebarang bahaya, tetapi bagi kita Malaysia ini kedudukannya sangatlah berlainan. Negara ini masih muda, universitinya masih muda dan boleh dikatakan bergantung sepenuhnya kepada sokongan kerajaaan. Universiti ini telah berkembang dari sebuah univesiti yang teratur baik dengan mempunyai lebih 6,000 penuntut. Banyak lagi perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk memperelok universiti itu setelah kita mendapat pengalaman dan dapat mengadakan peruntukan yang lebih banyak. Hasrat Kerajaan ialah hendak menegakkan universiti ini dan juga universiti-universiti lain menurut sebagaimana yamg telah kita rancang dan meletakkan kepada satu darjah dan kedudukan yang tidak kurang dari universiti-universiti yang terbaik dalam Komanwel.

Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam 13 Mei: Sa-belum dan Sa-lepas

Khamis, Jun 21, 2007

prinsip

"Dalam kehidupan kita mesti ada kerajinan, prinsip yang matang dan yang paling penting ialah perancangan yang amat strategik jika mahu berjaya"

Kata-kata ini bukanlah datang dari ahli akademik, pujangga, atau retorik pakar politik yang terkenal. Tapi ia dituturkan dengan ikhlas dari seseorang yang cukup aku kenali. Tidak berpendidikan tinggi tetapi gemar membaca akhbar dan menonton televisyen. Itulah abah aku. Anyway, Selamat Hari Bapa!

Ahad, Jun 17, 2007

secawan kopi dan roti apricot

Aku malas betul nak baca apa-apa hari ni..sebabnya senang - takde hati laa...biasalah bila nak baca tapi tak ikhlas, nanti semuanya tak ingat..better aku baca time aku ikhlas...tapi aku kan budak baik, of course laa selalu ikhlas...heheheh...buat lawak laa pulak..semalam budak Allynerd tu beritahu aku news yang dia tulis keluar kat paper hari ni..takde pon kat dalam Utusan online...mesti mamat tu syok sendiri kot? aku called erwanita beberapa hari yang lepas..kali ini telefon beliau telah berfungsi seperti biasa..kalau tidak Masya'allah mengalahkan zaman perang Iraq nak call pun susah lah! Sebenarnya aku nak pergi IMAX esok nak tengok Fantastic Four dengan Abi dan Fariha..sekali jerk hari khamis ni baru masuk pawagam...tensen betol ler...so terpaksa ler delay kami punya plan mau nonton rame-rame...tak kisah laa tu at least depa tetap tayangkan kat IMAX..baru seronok siket...pagi tadi ada news tentang sesi tembak-menembak kat CBD...sorang mati, dua kritikal...takut plak aku nak merayap sana-sini...persitiwa kat Virginia Tech tu pon tak habis lagi isu..harap-harap takde laa apa-apa berlaku sampai nak tembak semua insan...

semalam aku called Miss..seronok betul ler ungkit kisah-kisah lama..antara cerita wajib yang akan kami perkatakan saban kali ialah kenangan sewaktu di sekolah rendah..sudah hampir 22 tahun kami tinggalkan Sekolah Kebangsaan Bandar Easter...antara sekolah yang terawal ditubuhkan dalam penempatan Felda yang kami diami sejak tahun 1981. Antara cikgu yang menjadi topik perbualan utama ialah Cikgu Khairunnisa Hj Baharum atau pun cikgu mata jengkol (jering). Miss ler yang selalu kutuk cikgu tu cikgu mata jengkol sebab kalau makcik tu tengah naik hot sebab kami tak paham apa kebende dia ajar (beliau merupakan cikgu bahasa Inggeris ketika itu) dia akan menjenggilkan matanya sehabis ada..kelakar betul..beliau berkahwin dengan Cikgu Zulkifli Shariff yang merupakan cikgu muzik di sekolah kami. Last kami dengar berita tentang dia ialah sekitar tahun 1991...masa tu kami semua dah masuk sekolah menengah..beliau terus berpindah ke sekolah lain sebaik sahaja selepas melangsungkan perkahwinan....Seorang lagi cikgu yang kami senaraikan dalam top list ialah cikgu kalsum. Dia ni amatlah terkenal dengan kegarangannya sebab suka mencubit dan menempeleng pelajar yang selalu salah pronounce suku kata dalam bahasa Inggeris.
Paling lawak bila dia suruh kami buat persembahan nyanyian beramai-ramai kat perhimpunan sekolah..perghh....memalukan betul...satu hari tu dia suruh aku baca satu buku cerita kat perhimpunan rasmi hari ahad (dulu hari ahad adalah hari persekolahan di Johor - Jumaat dan Sabtu kami cuti)..entah hapa-hapa....dia pernah cubit aku waktu exam sebab aku dok sibuk kaler gambar berbanding jawab soalan..dia kata nak kaler apa pon nanti dulu..jawab semua soalan...kaler tak masuk dari segi pemarkahan...sejak hari tu aku terus jadik lembab siket terutamanya dalam subjek pendidikan seni sebab aku selalu fikir mewarna tu tak penting...keh keh keh...Cikgu kalsum hanya ajar kami setahun iaitu ketika kami berada di darjah tiga..masa tu tahun 1987..dah lama pon..trademark beliau ialah tudung yang diikat ke belakang dengan jambul terkeluar di depan...selain cincin yang berbagai-bagai bentuk kat jari dia (kes nak menunjuk laa tu kot- gurau jerk)...hehehehe...

bila sebut matematik, cikgu yang paling ngetop ialah cikgu Noraini..disebabkan aku ni tak cukup protein setiap kali belajar matematik so anggap jer laa semua result math aku dari primary sampai laa secondary school semuanya merah menyala...masa ambik PMR dan SPM pon tetap logo atau simbol yang sama jugak aku dapat...apa punya lembab daa....Miss selalu cakap aku ni slow motion betol kalau bab-bab kira-mengira..la nak buat macam mana dah aku tak suka tengok simbol-simbol zaman firaun (ceh nak kutuk laa siket) sebab aku cepat pening...hik hik hik...sabor ajer laaa...cikgu noraini mengajar di sekolah tersebut agak lama tetapi beliau mengajar kami ketika di darjah lima dan enam....Aku rasa sepanjang kami di sekolah rendah tak terfikir langsung nak masuk uni..yang kami fikir ialah main games, makan, tidur dan tengok TV..kalau tengok sesuatu program kat TV mesti jadi semacam satu budaya untuk membincangkannya sehingga ke akar umbi..maklum ler, masa kami sekolah rendah elektrik terhad...bukan 24 jam dekat kawasan bandar atau pinggir bandar..kawasan FELDA (jangan ler cakap pedalaman kecik hati aku beb) tempat aku tinggal ni tak silap waktu aku form 3 baru ada elektrik. Hai, ketinggalan zaman betul masa tu...nak buat macam mana kan, tanya laa sapa yang organised electricity masa tu...memalukan betul....kami guna generator untuk generate electricity...itu pun dari jam 7 malam sehingga pukul 12 tengah malam..lepas tu dah takde elektrik..guna laa pelita bagi sapa-sapa yang rajin nak belajar overnight..fridge? Iron? wei jangan harap ler...

Aku ingat lagi kalau nak minum air sejuk terpaksa ler beli ais kat kedai runcit berdekatan..itu pun depa beli dari cina yang datang tiap-tiap hari hantar sayur dengan ikan..tak silap about twenty cents jer masa tu..kalau fasting month naik plak sampai 30 cent..entah hapa-hapa...kalau nak seterika baju pulak kena laa guna yang letak arang dan bara api kat dalam tu haa...(manual okay)..berabuk laa mulut nak meniupnya sebab nak kemas punya pasal..masa tu aku tak pedulik sangat nak pakai smart-smart pergi sekolah...masa tu mana laa reti nak bergaya sakan macam budak-budak zaman sekarang ni...nak ke sekolah pun mengalahkan artis..nak pakai kasut yang berjenama..ceh! bukan pi belajar pon- bercinta lebih-lebih....
Sapa yang pakai smart, scorer dan ada rupa siket (sapa yang perasan lebih) akan ngetop laa kat sekolah...everyone will say ohhhhh..awwww....uhhhhh...bila tengok 'popular student' ni berjalankat koridor atau ke kantin sekolah..glamour laa konon..rasa macam artis pulak kan? siapa? aku? aku takdelah sampai ke tahap popular student (tapi aku takde laa nerd okay- melampau pertuduhan tu)...biasa ajer laa....nak buat macam mana kan...masa tu susah jadik kena laa belajar betul-betul...kalau tak mati aku nanti kena tempeleng percuma dek bapak aku nanti...my father is very strict in academic matters...more or less tempiasnya kena jugak pada aku...so aku ni kira garang laa siket kot...keh keh keh....

masa kat sekolah rendah kami dibahagikan mengikut kumpulan..aku berada dalam kumpulan yang dirasakan paling okay laa...satu group dengan Miss yang terrorist in math..ahli kumpulan aku ialah Miswadi Abdul Rahim...Miss suka buli aku sepanjang kami kat sekolah rendah disebabkan badannya yang besar itu..kira aku ni jadik nobita laa masa tu...well, no choice so telan ajer laa...tapi kami memang very closed sampai laa ni....persahabatan kami terputus bila Miss masuk ke sekolah asrama penuh..seorang lagi ialah Md Zaki Pua'at...sorang lagi yang rapat dengan aku....dari sekolah rendah sampai laa menengah kami sentiasa seiringan...Khairul Nizam Jamaludin - anak pegawai FELDA...dia berpindah ke salah sebuah sekolah di bandar sebaik sahaja tamat darjah enam..selepas bertahun-tahun Miss berjumpa dengan Nizam ketika menuntut di UPM.....
Marlina Omar....dia ni anak Pengurus Felda..so, kira ngetop laa di kalangan cikgu-cikgu sebab "oh, awak anak pengurus kan?"..kadnag-kadang tu nak muntah ler jugak bila dengar...tapi nak buat macam mana..as I said, no choice..well telan ajer laa...kami lost contact dengan beliau...tak tahu apa Marlina buat sekarang...kali terakhir dengar berita tentangnya ialah dia melanjutkan pengajian ke sebuah universiti di utara semenanjung...Lailizah Abdul Rahman...semua orang panggil dia Elly...bosan betul..dia ni dulu perasan siket sebab dia antara yang boleh digolongkan cerdik dalam math dan bahasa Inggeris..tapi dia ni kira okay laa jugak dengan aku sebab kami tinggal dalam satu blok (di FELDA penempatan penduduk berdasarkan blok - satu blok ada 24 orang penghuni)...Elly dah kawin..dah ada anak pon..sekarang mengajar..tapi tak tahu kat mana..hehehe...

Seorang lagi calon favourite cikgu-cikgu sewaktu di sekolah rendah ialah Esmawaty Multar...dia pun terror Math..pendek kata kalau dalam kelas tu persaingan untuk merebut hadiah untuk subjek matematik setiap tahun ialah antara Miss, Zaki, Nizam, Elly dna Esma..aku? takde maknanya...lupakan ajer laa...jangankan matematik, subjek lain pon aku tak score...gampang betul aku masa tu..keh keh keh...well, well, well...tapi aku takde laa teruk sangat...at least aku aktif laa jugak dalam ko-kurikulum..s, setiap tahun muka aku jer laa yang akan ambil hadiah untuk kategori kokurikulum (bukan sukan) sebab selalu wakil sekolah..walaupun ia tidak dikira sebagai satu pencapaian terbaik dalam akademik tapi kira okay laa tu....Then, masa berlalu dengan begitu pantas..diam tak diam sudah hampir 22 tahun aku tinggalkan Sekolah Kebangsaan Bandar Easter..dan kami coretkan begitu banyak kenangan serta titik kehidupan pahit dan manis yang mewarnainya...
aku ingat lagi kata-kata emak "belajar seperti kak ina...boleh masuk sekolah asrama penuh" sambil merujuk kepada kak Sarina, anak jiran sebelah rumah aku..setiap kali cuti sekolah akan ada kakitangan FELDA yang ditugaskan untuk menghantar dan menjemput beliau untuk di hantar sama ada ke FELDA atau ke bandar Kota Tinggi..beliau bersekolah di salah sebuah sekolah terbaik di Kuantan,Pahang... sekarang kak Sarina sudah menjadi Dr Sarina selepas menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan di UKM...

Aku? masih lagi mencari cita-cita...nak jadi apa yer?

Sabtu, Jun 16, 2007

fuhh

Aku baru jer habis tengok movie - Under the Tuscan Sun - Diane Lanne & Christina Oh..enjoy banget deh...hehehe...tak tahu nak buat apa..pergi school tadi perabih dua chapter buku "love in the Evening"...habis juga akhirnya...bosan betol laaa....ingat nak call nocc tapi bila fikir-fikir balik esok ajer laa call...dia e-mail aku hari tu...seperti biasalah gosip-gosip hangat negara ketika ini...hehehehe...

hari ni takde langsung sinar matahari..aku nak keluar rasa macam malas ajer..bangun pun lewat..aku ingat nak susun semula jadual rutin aku..kalau berterusan macam ni sakit laaa....isnin aku nak jumpa Chris..so, aku kena baca beberapa atikel siket lagi untuk explain tentang konsep yang aku mahu lakukan..kalau aku nak buat case studies mesti cerewet...hmm...apa nak buat lepas ni? bakar roti dan minum teh? oh tidak..for sure aku tak tidur nanti..eh, nanti jap..ada susu kan dalam fridge? minum susu ajer laaa..at least, cepat sikit aku nak mengantuk...yummy....

esok aku nak buat apa? isk...baca lagi? tidaks....takde life langsung laaa..tak nak laa jadik nerd baca buku, merepek itu ini.....ewwww....not me...lusa aku, Abi dan Fariha nak pergi tengok fantastic four kat IMAX...mesti thrill nih...hara-harap tak ramai orang...hahahaha...aku ingat lagi....aku tengok first series Fantastic Four tu kat Sydney..lama dah...dua tahun sudah..and now the second one is coming..mesti lawak....masa aku pergi Borders tadi aku ingat nak beli Fantastic Four tapi bila terpandang Under the Tuscan Sun aku lupakan tujuan asal aku...aku dah tengok cerita ni dulu spring last year kat TV....tapi tak puas hati nak tengok jugak lagi..hehehe..ok laaa..nak buat kerja lain...ciao!

Khamis, Jun 14, 2007

another warm letter from Christine

Hello Shah.

Pleased to hear from you. I'm glad your presentation went well. Certainly, audience response and survey is an intersting focus for your thesis. I focus on text -- mainly the creation of my own. My proposal presentation seminar will be next semester. i have a little more time to prepare. I'm going to a two-day conference in early July in Sydney called LITERATURE and SENSATION. Affect on the audience/reader is one of the main focuses. Many authors from past and present times will presented. Sam is coming along for a break, although he will sight-see while I am busy. My mother had a pacemaker fitted two days ago.
Val will fetch her from the hospital at 2pm today. We hope she has more energy once the heartrate settles into normal rhythm. The nights have been cold recently, but the days just gorgeous. It would be brilliant to walk along the Heysen Trail from Mt Lofty again. Cox's Creek is flowing strongly and the Autumn leaves hang red on the trees. Though the display of colour is almost over. The first strong wind will see the trees bare. Yoyo is big and sleek. He is a lovely warm bundle to cuddle. I'll send a photo soon -- when I get organised. Molly and the other furries are fine, enjoying walks in the park as usual.
In fact Sam arrived at 7am this morning. He had been up all night doing an assignment for Uni. He took Molly and Frisky for an early walk. Now we are going to have brunch, then I'm off to uni for a seminar presentation by two language students (French). I do enjoy hearing other PhD students present their stuff. Keep in touch. There is good snow for so early in the season at Mt Buller. Maybe we will go to Falls Creek later. I don't know. Depends if I can wake some enthusiasm in Val. We have friends there in August pressing us to join them. Maybe, maybe not. It will be a spur of the moment decision.

Take care,
Christine

selamanya

Selamanya

Ketika Kumembuka
Album Kenangan Dulu
Kuteringat Kepada Dirinya
Yang Kucinta Hingga Kini
Kemanapun Perginya

Kita Selalu Berdua
Dari Hari Ke Hari Terasa
Indah SajaItu Dulu Masa Lalu

Kuingin Tetap Menjalin
Cinta Kita Seperti Dulu
Merasakan Bahagia
Bersamamu Selamanya

Meraih Bulan
Dan Memetik Bintang
Akankah Kita Cuba
Demi Cinta KitaBerdua

bait-bait lirik Selamanya yang dinyanyikan oleh Ruth Sahanaya dan kemudiannya Sheila Majid kadang-kadang amat menyentuh perasaan. Dan seperti biasa unsur melodramatik yang menimbulkan kepuasan kepenggunaan terutamanya kepada wanita amat terserlah melalui lagu-lagu seperti ini. Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga jika ada unsur yang boleh menampilkan kekuatan yang agak maskulin bagi mengelakkan ketaksamaan gender. Apa laa yang aku mengarut ni..isk..dah jam dua pagi..patut dah lama tido...tak boleh tido laa..tak tahu kenapa..baca buku jap tadi..tiba-tiba lapar pulak..bakar roti tiga keping dan minum secawan teh..lagi ler tak boleh tidur...

esok aku nak buat apa? aku dah beli dua buah filem perancis dan dah habis tonton pun tadi. Bosan yang amat. Nak baca buku lagi? oh tidaks...! stop laa sekejap..tak nak laa aku jadi budak nerd..isk! cukup-cukup laa skema masa jadi student dulu..sekarang ni tak boleh skema sangat nanti kang kena kutuk pulak..keh keh keh...aku e-mail Christine tadi..bertanyakan khabar berita..lama betul tak jumpa dia...apa khabar Molly agaknya..mesti dia sedang berlari ke sana - sini..dan bila aku datang untuk setengah jam yang pertama mesti dia tak berapa selesa..rasa terancam laa konon..selepas beberapa ketika mula laa sibuk nak ajak aku bermain kat belakang rumah Christine...dan aku masih lagi tak berjumpa Yoyo..last pic yang Christine e-mail kepada aku beberapa bulan dulu ia masih kecil lagi..sekarang mesti dah besar siket..harap-harap dia mesra rakyat tak macam Merry...selalu menghilangkan diri..rupa-rupanya berkawan dengan kucing jiran sebelah..Christine yang beritahu tempohari...

ok laa..dah malam ni..mata pon dah mengantuk..night-night!

Selasa, Jun 12, 2007

uiks sejuknya

Memang dah lama aku tak update apa-apa dalam blogs ni sepanjang GRC berlangsung. Rasa debaran itu masih ada lagi. Tapi tak mengapa kerana semuanya sudah berakhir. Titik. Sekarang aku hanya perlu menunggu responds dan cadangan dari panel. Winter datang lagi. Cuma kali ini agak berbeza dengan winter dua tahun sudah. Lebih sejuk dan lebih seronok. Mungkin aku sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Shopping? Itu sudah semestinya. Kalau tak membeli setakat jalan sana - sini pun sudah cukup bagus. At least, aku update dengan apa yang berlaku di sekeliling. Cuma sekarang ni aku bosan sedikit sebab takde televisyen. Mungkin hujung bulan depan aku akan beli satu.

Tak puas hati rasanya kalau tak menonton SBS. Satu-satunya saluran bebas iklan yang aku gemari. Itu tidak termasuk dengan dokumentari dan filem asing terbaik yang sering ditayangkan saban malam. Esok aku nak buat apa? Oh, ya..ada beberapa artikel yang perlu dihabiskan sebelum aku melabuhkan tirai encoding and decoding approach oleh Stuart Hall. Selepas ini aku boleh beralih kepada John Frow untuk Genre dan beberapa pendekatan feminism serta gender. Kadang-kadang tu rasa macam nak muntah bila baca benda-benda yang baru.

Nasib baik jurnal dari Media, Culture and Society banyak membantu. Tapi apa pun aku akan lari dari pendekatan textuality. Malas nak baca banyak-banyak dan buat andaian yang belum pasti kebenarannya. Justeru, audience studies lebih tepat untuk kajian yang aku pilih. Cuma yang dibimbangkan sekarang ialah kerjasama dari stesen televisyen terutamanya TV3. Kalau payah sangat aku pindahkan ajer kajian ini ke RTM. Senang siket. Tak kisahlah walaupun tak sepopular TV3 at least boleh jugak bantu depa dari segi pendekatan strategik. Oh ya...dah lama aku tak ke Borders. Nak jugak tengok kalau-kalau ada filem terbaru dari perancis. Best laa filem perancis. Shot dan script memang brilliant. Aku ingat nak buat collection laa...at least boleh bagi idea shot yang macam mana nak hasilkan kalau buat filem pendek nanti..hehehe..itu pun kalau ada masa..harap-harap ada laa masa kot..tak best laa kalau biar minat hilang macam tu ajer..

Ahad, Jun 03, 2007

words from Christine

Dear Shah,
I, too, am coming to grips with modernism, in relation to Haruki Murakami. I've just finished "After Dark" which is a neat little novel that argues for the restoration of warmth and compassion in human relations, respect and negotiation rather than unequal power play and exploitation. Stylistically, he is into magical realism. Today, I think that; tomorrow, who knows!!!
Yoyo is here. He is purring and wants to play with the keyboard. His back is wet, so it must be raining outside. Molly and the other furries are fine.
Val, Sam and I went to see "Pirates of the Caribbean 3"last Sunday. It is super fun. Johnny Depp is gloriously scatty, in all his split personalities -- riotous action. On Tuesday Val and I saw "Leonard Cohen: I'm your man." It is a brilliant documentary. Cohen is a superlative poet and musician. I've loved his work since the early 1970s. Cold, but the way I like it. Take care and enjoy your presentation...hehehe. Mine will probably be early next semester.

Cheers,
Christine

Selasa, Mei 29, 2007

basah

Tamu kuyup semalam
yang datang di lebat hujan
kuberi makan,persalinan
dan tilam untuk bermalam.

Bila reda hujan
dia menghilang.
Ditinggalkannya padaku
sebilah belati
tercacak pada hati

-Hashim Yaacob-