
Ahad, Mei 31, 2009
member lama -- khairul nizam jamaluddin

Sabtu, Mei 30, 2009
sejuk nyer...

winter pieces from christine
Dear Shah,
Khamis, Mei 28, 2009
gaduh dengan washing machine
geram betol aku pagi-pagi buta mesin basuh tu buat hal..dah ler aku nak cepat pi school, punya ler lembab nak basuh kain baju kotor tu...takde ler banyak pun cuma 2 helai bed sheet, satu jeans, satu tee, dan satu towel...plak tu bila aku dah set kan auto spin dia tak nak spin...gedegang gedegung bunyik macam nak protes ler pulak...geram sangat aku henyak-henyak kan jer kain baju tu...lepas tu baru spin...tapi kali ni spin bunyik mengalahkan motorbot...takut gak aku...kang tetiba meletup ke kan...habis terburai semua kain baju aku...dah ler lokasi mesin ni betul-betul atas bilik aku...buat robohnya lantai tak memasal jer aku cedera parah kena hempap dek mesin basuh...keh keh keh...apa pon mintak maap ler encik mesin basuh...sapa suruh ko buat hal pagi-pagi buta...haha...
Isnin, Mei 25, 2009
tunggu hujan teduh
selepas buat keje dengan gigihnya dari pagi tadi, aku ingat nak pergi beli kebab kat chinatown...tiba-tiba hujan ler plak...hampess betol..nampaknya aku kena tunggu ler hujan teduh dulu...walaupun tak selebat macam kat Malaysia sampai bleh nyanyi lagu tunggu sekejap, tapi rasanya boleh basah kuyup kalau aku pergi...tapi takpe aku ada payung mary poppin...guna jer laa...aku ni paling malas nak berpayung-payung kalau nak keluar...haha....tapi rasa macam berlakon dalam filem les parapluies de cherbourg plak...mahu orang menangis hiba tengok aku menyanyi dalam hujan...keh keh keh....dah ler lapar..ni kalo makan kebab panas-panas ni memang kick arse...apatah lagi sambil baring-baring atas katil sambil tengok drama tv -- memang contoh tak baik, jangan ikut aku punya perangai...muahaha
Ahad, Mei 24, 2009
bila bosan -->
bosan betul ler aku lately...macam takde semangat jer nak buat keje...tak cukup makan kot? nak kata tak cukup, aku ni siap ada tukang masak khas lagi tolong aku masak hari-hari....agaknya takde movie kot nak tengok...apa jer lagi yang aku nak tengok..x-files? semua seasons aku dah tengok...24 pon sama...nak kena tunggu dua tahun lagi baru best tengok balik..kalo tak mesti aku dah tahu apa akan terjadi sebab aku dah tengok...keh keh keh...nak pergi beli movie aku tak tahu cerita apa yang best...aku suka cerita action..ala yang letup-letup tu kan...filem seni leceh aku malas nak tengok selalu sebab mesti aku tertido...kang langsung tak paham apa cerita...aku ingat nak ajak alvin pi tengok wolverine kat imax tapi dia kata tunggu ler dulu lepas GRC..betul gak..kang tak siap keje aku mampus aku kena bambu waktu present nanti...okay laa..banyak cakap ler hari ni...
kawin-kawin
aku ada sms eliz jelita malam tadi...dia bagitahu kat aku si azah tudung labuh nak kawin next week...hari sabtu kalau tak silap..pompuan tu pon tak bagitahu aku apa-apa...cuma dia ada mention nak kawin dalam bulan ni....apa pon selamat kawin laa....next year, parid plak nak kawin...tak silap hujung tahun ni, erwan katanya nak bertunang...wah ramai betul nak mengakhiri zaman solo..agaknya hidup berduet dan trio lebih best kot...hahaha....masa aku called parents aku malam tadi nasib baik ler depa tak tanya bila hang nak kawin....tak larat aku nak bagi alasan berangkai...bukan rosya jer ada soalan berangkai, aku lak ada jawapan berangkai...nak kawin mendenya harta benda pon takde....jangankan rumah nak tinggal, kereta pon takde...tu belum bercakap lagi soal lesen kereta...memang hangin aku satu badan pasal bab-bab belajar memandu ni...nak jer aku lepuk kepala insan yang organise driving lesson kat aku hari tu...dan bila soalan tahap bangkai sering diajukan - u ni takde someone special ke?- aku pon bagi ler jugak jawapan tahap bangkai - none of your fucking business, my dear..,.keh keh keh keh...kalau parents aku tanya kat aku, takde laa aku jawab macam tu...kang terbang plak pinggan mangkuk kat muka aku yang hensem ni....hahaha...
dua minggu lagi...lebih kurang
banyak betul perkara yang harus aku siapkan dalam masa yang tak sampai dua minggu ni...memang membosankan tapi takpelah, itu kan cabaran...walaupun rasa tak best, redah jer laa...buat tak tau jer....pagi ni aku bangun tak begitu awal..lebih kurang jalam lapan lebih macam tu...bila aku pegi kitchen, aku tengok faizal dah mula masak..awalnya mamat ni masak...restoren bukak jam 2 petang hari ni...rupanya dia nak keluar pergi sunday market...dengan si aiman - anak towkay restoren...lama aku tak jumpa budak aiman tu...then faizal kata hari ni dia masak kari kepala ikan...wah bestnya...dia kata amek jer kat dalam periuk....bila tengok depa semua dah keluar, aku bukan jer amek makan terus, tapi siap buat bekal lagi...tamak haloba mengalahkan pharaoh aku ni...nak buat macam mana kan dah favourite aku kari kepala ikan tu...bukan nak senang nak carik kat sini....plak tu faizal yang masak..bab-bab kari serah kat dia..memang dia expert..bab masakan lain tu, erkkk aku tak berani nak jamin...keh keh keh...malam tadi aku tido awal sebab mata aku rasa dah berat yang amat...tapi sebelum tu aku tengok satu filem jennifer garner...wah best betol...aku main beli jer kat jb hifi...tapi aku memang tensen betul sebab beli indiana jones yang baru...memang sampah ler filem tu...menyesal aku beli...mahal lak tu..kalau aku tahu aku beli totoro lagi best....lepas jer makan-makan kat dapur tu aku terus pergi uni...kali ni bawak beg yang aku beli dengan alvin kelmarin...backpack nike yang aku selalu guna tu aku campakkan sementara kat dalam bilik...maaf ya, backpack...nanti aku guna bila nak balik kampung nanti..muahaha....hari tu waktu jalan-jalan aku nampak satu bag samsonite...nampak macam best jer..bila alvin tengok harga lebih kurang $40..so aku tanpa fikir apa lagi sambar jer laa terus...lagi pon design lebih canggih dari beg kat coutnry road yang harga lebih $150...jimat siket duit aku....muahaha....macam gampang jer ...
Isnin, Mei 18, 2009
secawan kopi, janet jackson dan cuaca sejuk
pagi ni sejuk banget. tapi aku tetap masuk bilik air dan mandi macam biasa (bukan luar biasa). nasib baik aku bangun awal. tapi sebenarnya lebih awal daripada itu. rasanya dalam pukul 4 pagi. sebab aku tido awal malam tadi sekitar jam 12.30. lepas tu bunyik burung sampah kat luar tu memekak bagai nak giler. biasalah berebut sampah. kalau aku ada kuasa x-men mahu jer aku 'petirkan' semua burung-burung tu. nak tido pon tak senang. keje aku masih banyak lagi nak siapkan..bila ntah nak siap aku pon tak pasti. tapi aku target hujung tahun ni mesti siap 2/3. kalu tak habislah aku kena bambu. kelmarin aku keluar shopping dengan alvin. dan seperti biasa - takde size...aku hangin satu badan betul kalu pi shopping tapi tak jumpa size. buat penat jer aku berjalan. lepas tu buang masa plak. okay lah. aku nak sambung keje balik. kita sambung lain kali.
Labels:
bercakap sorang-sorang,
office,
uni and stuff
Jumaat, Mei 15, 2009
Edisi Khas Hari Guru: Sekolah Menengah Bandar Easter Kota Tinggi, Johor --- Guru Pembina Negara Bangsa
Waktu mula-mula masuk SMBE ni dulu aku agak terkejut jugak sebab senior-senior macam budak form 4 dan form 5 semuanya besar-besar...maksud aku dari segi fizikal..tinggi dan sesuai laa kalau panggil budak sekolah menengah atau high school. Tapi time batch aku alahai budak-budak semua macam ikan bilis kecuali miss...hahaha....tapi satu perkara yang menarik tentang SMBE time tu, budak-budak takut dengan betul dengan cikgu...apa yang cikgu cakap semua akan turut 100 persen. Maklumlah, masa tu hukuman rotan masih lagi dijalankan. Tak silap laa ni takde hukuman rotan. Tu yang budak makin nakal...dan boleh jugak dikatakan jahat sebab ada yang siap boleh join geng kongsi gelap dan merempit...siap masuk dalam youtube lagi aku tengok..hahaha...yang join geng tu siap letak geng kapak merah lagi...mak aii hebatnya sampai ada trademark kapak mengalahkan parti komunis soviet...hahaha....cikgu pertama yang jadik cikgu kelas aku waktu kat SMBE tak silap aku cikgu tan lee yong. Statement yang dia yang aku ingat sampai sekarang – ‘janganlah sekali-kali meniru. Percayalah kepada diri sendiri.’ waktu belajar kat dalam kelas tingkatan satu ilham ni yang paling lawak ialah bila cikgu tan ajar menyanyi lagu ‘how much is the doggie in the window’. Nak tergelak-gelak aku dengan zaki kat belakang kelas menyanyi lagu ni. Yelah, duduk kat felda tak pernah-pernah nyanyi lagu omputeh, tiba-tiba cikgu tan suruh nyanyi lagu tu...kalo tak mesti tak habis-habis dengan lagu rock kapak, kak melah atau pun paling latest masa tu kak ziana...bila cikgu tan kena pergi kursus selama beberapa bulan, cikgu mad zain ambik alih kelas satu ilham tu...lama gak dalam 3-4 bulan..cikgu mad zain ni seperti biasa memang best ajar sejarah...kalau nak bandingkan dengan cikgu aziah yang suka tumbuk bahu orang tu, cikgu mad zain ni lagi terror ajar sejarah walaupun membosankan...hahaha....masa kat tingkatan satu ilham ni aku jarang pegi rehat kat kantin sebab masa tu takut plak tengok punya ramai laa umat beratur nak beli makanan...lepas tu tolak menolak adalah perkara biasa...macam laa makanan tu semua boleh hilang...hahaha..kadang-kadang tu aku teringat plak dokumentari tentang kanak-kanak terbiar kat india...adalah lebih kurang macam tu budak-budak kat smbe dulu...yer laa negara baru nak membangun kan..tak macam sekarang rasanya dah maju...budak-budak pun agaknya beratur nicely bila nak beli makanan kat kantin..agaknya laaa....
satu perkara yang aku tak boleh lupa waktu kat dalam tingkatan dua ilham ni ialah bila sorang cikgu naik hangin sebab satu kelas buat bising masa cikgu takde...cikgu ni depa panggil cikgu singa sebab moody tak tentu pasal...tapi dia sebenarnya baik dan sampai sekarang aku rasa dia ingat nama aku...last aku jumpa dia kira-kira 6-7 tahun yang lalu kat bandar kota tinggi....bila dia masuk kat kelas tu dia tanya kenapa you all buat bising? Tak silap aku dia cakap omputeh sebab she was trained in the states...lepas tu dia suruh kita orang semua berdiri atas meja....malangnya disebabkan sorang student kat belakang lambat sangat naik atas meja, dia terus capai buku teks geografi kat atas meja student yang duduk paling depan dalam kelas - tak silap aku meja hally emiza amin dan baling ke arah mereka...dan tak pasal-pasal marlina omar yang duduk kat bahagian tengah kelas yang kena...apa lagi melalak ler budak tu...dah ler buku teks tu tebal...ingat tak sakit ke kena baling dengan buku teks...hahaha...lepas tamat tingkatan dua, aku pon di trasnfer ke kelas 3 jasa...zaki plak ke kelas tiga gemilang...masa ni aku rasa langsung tak best sebab tkde member yang best kat dalam kelas...nak-nak dikelilingi ‘the brain’ – meminjam kata-kata drew barrymoore dalam never been kissed. Suffer laa jugak....cikgu kelas masa ni ialah cikgu ramesh yang berhempas pulas ajar english tapi nak buat macam mana kan dah nama budak melayu, memang susah nak ajar english....cikgu-cikgu lain yng turut mengajar aku masa tu – geografi/cikgu zaharah – asyik laa dok mengajar pasal contour ...aku masa tu dok pening ape kebenda laa cikgu ni ajar...bila aku masuk uni dan tengok member-member yang amek geografi buat menatang tu, baru ler aku paham..tapi kalau suruh buat lagi benda tu sekarang mintak maap ler den memang lupa...
haha...bila masuk form 4 dan terus ke aliran teknikal, masa ni aku start enjoy study...cikgu kelas masa ni ialah cikgu wardah....dia ajar matematik...mak aii bersungguh dia ajar aku matematik sebab dia tahu aku memang lemah giler matematik...macam-macam pendekatan dia buat untuk merangsang otak aku supaya paham maths tapi as I said once I said no, it means forever baby..lalalala....keh keh keh....susah betul sapa yang kena mengajar aku...cikgu wardah ni bukan calang-calang orang...she was trained in the states dalam bidang fizik...bahasa melayu/cikgu rohana..masa tu subjek ni bahasa melayu...laa ni bahasa malaysia plak...cikgu rohana ni best mengajar...lawak plak tu...dia bertanggungjawab mengajar aku menjadi lebih kritis dalam segala hal terutama bila menulis.. –english/cikgu azhar, yang kontroversi sebab dok marah aku masuk acara tari menari...bergaduh dan bermasam muka laa jugak sekejap sesama cikgu masa tu disebabkan hal-hal sebesar ikan bilis...agama islam/ustaz shukri, yang ni payah siket walaupun best mengajar...sebabnya selalu tak masuk kelas..tak tahu ler buat apa orang tua ni...hahaha... perdagangan/cikgu vincent, ni lagis atu kantolversi...pemalas nak mengajar....yang paling teruk permarkahan tak setara....nampak sangat dia tak tanda skrip exam..tu yang kena transfer ke sekolah lain tak lama lepas tu...tapi apa pun kira allrite laaa...ekonomi asas/cikgu wan zawiyah, cikgu paling best mengajar aku so far....she also was trained in the states...walaupun ekonomi asas ada maths, tapi aku bleh buat dengan jayanya...keh keh keh....pendidikan seni/cikgu iskandarrani...walaupun nampak garang tapi hati baik...suami cikgu wardah...selalu bagi nasihat agar terus berjaya...tapi perkara yang paling seronok kat SMBE ni ialah bila cikgu shis – yang mengajar subjek sains pertanian minta akud an rakan-rakan sekelas yang sekali ambik subjek tersebut buat projek untuk memenuhi keperluan penilain. So, aku pon pilih ler projek hidroponik...yang lawak tu, tak ramai budak-budak lelaki yang nak amek hidroponik sebab mereka lebih suka ternak ayam dan tanam cendawan. Agaknya masa tu hidroponik bunyik macam saintifik sangat so depa semua lari ke projek ayam dan cendawan...untuk kelas aku yang join projek tu dari kelas 4 teknikal 2 cuma shalawati, amidah, norazura, salina, norizam dan aku sendiri...dari kelas 4 teknikal 1 aku tak berapa ingat sangat...Cuma yang aku pasti rizal memang join projek tu sebab dia memang suka bab tanam menanam ni..keh keh keh....aku join projek tu sebab nak mengelakkan daripada kena jaga ayam dan sembur air kat cendawan hari-hari...projek hidroponik ni ringkas dan mudah...Cuma nak kena jaga laa kalau-kalau ada serangga yang datang menyerang...
Sambutan hari guru kat sekolah menengah bandar easter waktu tahun 90an terhad dengan perhimpunan khas depan anak murid. Dan seperti biasa semua kelas akan dibatalkan bagi memberikan penghormatan sehari untuk guru-guru kat sekolah. Waktu perhimpunan khas tu, macam biasalah lepas jer nyanyi lagu negaraku, lagu bangsa johor dan lagu sekolah, para cikgu akan menyanyikan lagu guru Malaysia. tak sure betul ke tak tajuk tu..tapi apa yang aku ingat intro dia lebih kurang macma ni - kami guru malaysia, berikrar dan berjanji...lalalala...macam tu ler...murid-murid pon terkebil-kebil laa tengok cikgu masing-masing menyanyi...pelik kot sebab biasanya murid-murid yang bersungguh-sungguh menyanyi time assembly...lepas tu pengetua sekolah akan memberikan perutusan khas sempena hari guru...biasanya teks ucapan tu akan diperolehi dari pejabat pendidikan daerah..seperti tahun-tahun sebelumnya jugak, terma-terma penting macam jasa, berkorban, sekolah, negara, bersungguh-sungguh semuanya ada laaa....habis jer pengetua bagi ucapan, pengumuman guru terbaik lelaki dan wanita akan dilakukan..aku pon dah lupa sapa cikgu terbaik waktu study dulu...yang aku cuma ingat waktu form 1 tak silap cikgu minhad yang mengajar subjek kemahiran hidup dan juga cikgu salina sabtu yang mengajar subjek sains menggondol anugerah tersebut...walaupun hadiah takdelah macam hebat seperti anugerah bintang popular berita harian atau anugerah industri muzik, tapi aku rasa anugerah cikgu terbaik ni telah pun melebihi tahap anugerah popular artis-artis (kononnya) yang takde faedah tu.....cikgu Minhad ni ajar kemahrian hidup waktu aku form 1..dia suka tanam pokok kat ladang experimen tepi sekolah tu...pokok-pokok tu disemai dalam polly bag dan dijuald engan harga dua puluh sen. Duit tersebut akan dikitar semula untuk membelikan kemudahan ladang tersebut macam anak benih dan juga perlatan menanam. Cikgu salina ni pulak aktif mengajar softball atau dalam bahasa melayunya bola lisut bagi pasukan wanita....aku tak paham apesal dia orang panggil bola lisut....hahahaha....lepas tu semua budak-budak yang masuk softball pangil dia bonda...dan sperti biasa jugaklah pasukan softball wanita SMBE yang hidup segan mati tak mahu tak pernah dapat johan sekalipun ketika itu..wakakakaka.....terkutuk laa pulak....tapi nasib baik ler ada cikgu salina sabtu ni...kalo tak mesti bukda-budak SMBE tak tahu apa itu softball...Lepas jer penyampaian anugerah cikgu terbaik dilakukan, acara sukan antara cikgu dan pelajar akan berlangsung...maka ramailah umat-umat student akan berlonggok kat tepi padang tengok cikgu dan murid bertanding acara bola jaring dan bola sepak...yang kaki bangku macam aku ni pon kena paksa tengok sekali...dah ler membosankan dan aku boleh ingat berapa kali aku menguap setiap kali aku tengok perlawanan cikgu dan murid berlangsung...hahaha...
Bersedia melangkah megah, Walaupun sukar baktiku curah, Demi mu ibu pertiwi, Sumpah ku lafaz janji kukota, Berikrar eratkan bangsa, Kukuhkan cinta kepada Negara, Berjasa terus berjasa, Menyebarkan ilmu tiada batasnya,
Guru Pembina Negara Bangsa, Gagah perjuangkan visi Negara, Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa, Demi agama dan nusa tercinta, Guru Pembina Negara Bangsa, Tetap Unggul senadakan suara, Sehaluan menggapai matlamatnya, Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Labels:
felda simpang waha,
kengkawan,
kota tinggi,
SMBE
Khamis, Mei 14, 2009
Edisi Khas: Selamat Hari Guru 2009 -- Sekolah Menengah Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor
Teringat geng2 lama waktu di SMBE...Weh lame tak jumpa korang.....Aku imbas kembali nostalagia lama ok...hee..hee...Walaupun semua membawa haluan masing2 selepas ambik SPM tapi bila ada time free aku dan noya kerapkali akan menyingkap kembali atau membelek2 majalah sekolah ‘ULUNG” untuk sama-sama mengenang detik-detik indah time tue...kemana agaknya korang semua ek!!! Ada yang masuk universiti, kolej dan ada yang kerja selepas menamatkan tingkatan lima..Tak kurang jugak yang kawin awal...Amboi gatalnya tak sabar2...Hahaha...Apa khabar agaknya geng2 lame...Aku rasa hampir 95% dikalangan kitorang yg sudah berumahtangga dan mengahabiskan sisa2 hidup bersama keluarga...Cuma segelintir makhluk tuhan jer yang still hidup membujang smpai ke hari ini..Aku pun tak tau pe problem..Maybe terkena sumpahan mental kot..... Zaki Puaat, Azrul Aziz, Hisam Parman, Zulkefly Saian, Suhayani Rugani, Salwa Saedon, Aini Syahrin, Hamizi Hassan, Noraidah Samsuri, Norliza Wahab, Samsiah Fakeh, Razmi Mohamed, Syarifudin Abu Bakar, Norlaily Abdul Hamid, Azlina Ayob, Afizah Rajudin, Issahly Jais, Asrif Sameon, Norlinda Riduan, Norzamzam Minirin, Sumiamah Sakimin, Erwan Mohamad, Siti Suzana Baharom, Amizah Mohd Amin, Roslizawati Ibrahim, Nordiana Kusnan, Mariamah Tijo, Mahzan Mat Toha, Hishamuden Johan, Zulkairi Tupon, Norhidayu Yunos, Norhidayu Nasir, Idah Ruhayu Hassan, Rohaizah Alwi, Rohayu Hassan, Azizah Ibrahim, Norfamilah Ngatmi, Ramizan Rafaie, Yazid Abu Bakar, Nazir Tukichor, Nadzir Mohajir, Azmam Abu, Norman Salleh, Zahid Ponari, Azril Hisyam Jumaat, Nerazuan Nen, Rozalita Ramli, Norazura Kemad, Tinazila Musa, Shalawati Sidek, Rosetah Md Razib, Norzita Osman, Nurul Azlin Abdul Rahman, Isniliza Ibrahim, Faridah Seli, Fadzly Omar, Alfan Naim Katiman, Yusry Baai, Amran Muharram, Zamzarina Salleh, Normala Jemahat, Fahmy Sapari, Hairul Zairi Bachok, Kher Ramli, Lailizah Rahman, Marlina Omar, Esmawaty Multar, Anim Abdullah, Surya Yaacob, Norfaizal Naim, Fadly Yahya, Omar Yusof, Yazid Wagiman, Norazura Osman, Norzlyana Zainuddin, Saiful Bahrin, Zarina Hassan, Norhayati Noh, Ramlee Idris, Rostam Muhamad, Nazarudin Sani, Yasser Ali, Norhazlie Kliwon, Razali Muhammad, Rizal Haron, Mirzan Sabiran, Azlinawaty Alias, Zaiham Azril Zainon, Faizal Razib, Moideen Sadali, Zamry Amat, Siti Radhiah Kusnin, Roslila Ishak, Roslizawati Ibrahim, Inah Jaafar, Nahidah Mehah, Maslina Saiman, Asnor Atmuri, Murni Ibrahim, Norwati Abd Rahim, Asmidar Sulaiman, Azilah Misnan, Norhaslin Rominor, Rabihah Sirat, Zetty Asmara Musa, Nazir Samad, Rostam Muhammad, Sharizan Tongkol, Elly Amizah, Hamizah Ramli, Rohayu Hassan, Rohaizah Alwi, Fezawyah, Amidah Ali, Sidek Solihin, Suhaily Mustapha, Hairani Jufri, Zetty Asmara Musa, Norfamilah Ngatmi dll. Kalau nak disebutkan satu persatu nampak gaya 3 hari 3 malam pun tak abes...boleh jadi giler aku nie...Hahahaha...
Mcm biasa la budak baru sure de sesi orientasi...dekat seminggu kot..mcm2 aktiviti yang kitorang kene sertai trmasuklah sesi ceramah dan motivasi..2 benda nie dr dulu sampai sekarang mmg aku tak berkenan...sebab ape..kadang2 aku rasa orang yang memberikan motivasi tue syok sendiri..betul tak...lagi satu kene nyayikan lagu sekolah..yelah time tue kene hafal lagu sekolah....Nasihat itu ini tapi ntah diorang nie amalkan ke tak!!!kah kah....tapi time tue tkde kes ragging oleh pelajar senior...yelah sekolah biasa...karang buli2 kat luar kena belasah plak....biasalah semua nak jadi gangster felda.....Sampai mak bapak pun masuk campur! Boleh plak macam tue....Macam biasa tiap2 hari ada perhimpunan...nyanyi lagu negaraku....lagu negeri johor...lagu sekolah....dulu tak suka..tapi sekarang bila pkir2 balik time nie..langsung tk dapat nak nyanyi lagu2 tersebut....kah kah kah....tapi dulu2 kecut perut bila time perhimpunan harian ialah sesi membaca sifir dan baca artikel dalam bahasa inggeris kat depan budak2...nasib badan la sape yang kena...sape yang bertuah tue akan berdiri dihadapan budak2 lain dan cikgu yang bertugas akan memberikan arahan untuk membaca sifir berapa....mcm nak terkencing pun ade...lagi satu yang paling aku fed up ialah time sport check...nak sport check kasut la, rambut, kuku, buku teks la dll...kelakar la time tue...sampai misai dan janggut pun kene cukur licin....yang check biasanya ialah pengawas2 yang kitorang gelar sebagai tut!....hehehehe....biasala dulu zaman budak2 tk pikir ape...ketua pengawas kirorang panggil tut!!!!!....sape budak lelaki yang kena tahan abesla mmg kene libas kat bontot tue....yang pompuan kene cubit or pukul guna rotan kat tangan..ish2 tak adil la kan de perbezaan gender....cikgu disiplin yang garang time tue ialah cikgu Azhar Mansor atau dikenali sebagai cikgu ujang...garang giler time tue...suara dia la yg paling ampuh kalo bab2 menjerit nie..orangnya kecik jer tapi mak oii bapak segala singa pun kalah...cikgu pompuan plak yang garangnya mengalahkan singa betina ialah cikgu kholidah sayot dan Cikgu hamimah....
Ada satu insiden tue dimana agaknya budak pompuan tue bengang kot ngan cikgu Hamimah...dia tulis la perkatan lucah di dinding tandas..Siap buat perhimpunan tergempar lagi nak tau sape yang tulis perkataan tue...dan yang paling aku ingat dan terngiang2 dalam kepala hotak aku sampai kini ialah cikgu hamimah cakap “ Bapak kamu semua nie peneroka felda, Kalo saya saman nanti mampu ker nak bayar duit!!!! Amboiii..boleh plak cakap macam tue...Kalau sekarang dia cakap macam tue depan aku sure kene penumbuk....paling tak aku HAGOL (meminjam ayat cikgu zabedah) kepala dia kat dinding...tak pun suh dia tangankan mulut dia...Bila dah masuk ke tingkatan dua, masing2 dah mula main cintan cintun..bibit2 cinta sudah berputik ya....Cinta monyet la.....La aku pelik nape tak pangil cinta ayam ker..cinta beruk ker....Ape specialnya monyet!!! Couple cintan cintum yang gempak time tue seperti Suhayani dan zulkefly saian, Azrul dan amizah, Razmi dan Maslina, Yasser dan hairani..time tue berdating kat belakang kelas, dalam library..ish2 tempat macam tue pun jadi gak..astaga...tepi makmal bengkel kemahiran hidup...hahahaha......tapi yang aku tau hanya pasangan razmi dan jai , yasser dan hairani yang kekal dan berkahwin sampai la ke hari ini...,yang lain sume kawin ngan org lain...cinta sehangat tahi ayam jer...bila bau taik hilang...cari taik baru yang lebih wangi....hahahhaa....tapi kalo pikir2 balik macam gampang jer sebab aku dulu selalu la jgk p temankan azrul dan amizah nie pergi dating kat library...kah kah..bersama2 seorang lagi mangkuk hayun roslizawati atau dikenali sebagai mak mok...mak mok anak 4 orang sekarang...wah kelazz ko....time tue semua budak2 nie bergaya abes g sekolah..lagi2 iron baju tajam..lipas jatuh kat baju pun boleh kiok....
Noya ko hengat tak sukantara time tue...setiap budak2 kena masuk 3 acara; lari 100m, lompat jauh dan melontar peluru...sukantara nie macam kira bagi mata la kat rumah2 sukan...kiranya semua org kene sertai la...tapi ada gak yang malu kucing nak lari pun pegang baju, pegang tudung..kah kah...kalo aku jadi cikgu time tue memang kene tempeleng!...tapi aku paling terror acara lontar peluru la..confirmed tiap2 kali sukantara 3 mata penuh aku sumbangkan untuk rumah sukan aku...nama rumah sukan pun ambik nama burung....Kenari, Merak, Bayan (burung bayan memang top time tue), Helang..Tapi selalunya yang jadi champion ialah rumah helang or kenari...sebab nya ramai jaguh sukan ala2 kampung yang dilahirkan oleh SMBE that time...antaranya ialah pakar lompat kijang, lompat jauh dan lari 100m..sape tak kenal razali muhammad...tapi last2 tewas jugak sbb berat badan semakin bertambah...kah kah...pastue timbul pulak jaguh2 baru seperti yasser ali, mirzan sabiran dll..kalo yang pompuan seperti azizah ibrahim...norzlyana zainudin dan pakar lontar peluru dan rejam lembing..zarina hassan (ex awek aku) kah kah kah....tapi Smbe jugak de melahirkan pakar lari berganti2 4x100m..tak tau dia nie anchor man or just reserved....zaki puaat..tk sangka zaki de bakat rupanya..selain syarifudin abu bakar...kalo tak silap aku si noya nie de gak masuk acara jarak jauh..800m kot..tapi tau2 jelah no berapa dia dapat..kah kah....tapi yang pasti dalam ingatan aku..razali muhammad, yasser ali dan azizah ibrahim pernah mengondol anugerah olahragawan/olahragawati SMBE...tue semua dalam kenangan.....Sampai sekarang still lagi teringat detik2 semasa lintas hormat perbarisan rumah sukan dan unit badan beruniform..pengakap, PBSM, Pandu Puteri, Puteri Islam, Putera Islam, Kadet Bomba....time tue rasa bangga jer...
Labels:
felda simpang waha,
home sweet home,
kengkawan,
kota tinggi,
SMBE
Selasa, Mei 12, 2009
kopi, jom!
aku betul-betul sibuk minggu ni dan minggu-minggu seterusnya...nak contact dayang erwanita pon tak sempat..tertanya-tanya gak sama ada dia dah jadi artis tyra banks associates selepas mewarnakan rambut dengan warna blue black..hahaha...semalam jumpa chris, and thank God she showed me everything. sekarang dah boleh mula fokus balik....kalau tidak mahu jer aku jadik macam kiddo citer kill bill vol 1....keh keh keh...aku sedang menanti short stories dari miss ni...entah bila dia nak e-mail akt aku..then aku bleh ler upload lagi kat sini....short stories pak cik tu memang ngetop...hahaha....hari ni sunny jadik tak berapa sejuk sangat..aku pun dah terasa 'di dadaku ada kamu' sebab cuaca sejuk bila malam....oh ya kesian laa kat z tak dapat pi states...nak buat macam mana kan takde 'rejeki' bak kata orang jawa..betol tak raihan? haha..takpe, Insya'allah pasti ada peluang yang lain...jangan risau...
Khamis, Mei 07, 2009
Edisi Khas: Selamat Hari Guru 2009 -- Sekolah Kebangsaan Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor

Apa khabar agak2nya cikgu-cikgu SKBE sessi 1985-1990 seperti cikgu Suhaimi (1 Amanah), Cikgu Dalimah Dali (2 Amanah dan 3 Cempaka), Cikgu Khairunnisa Baharom (4 & 5 Cempaka) dan Cikgu Rukimin Abu Kahar (6 Cempaka), Ustzh Noliyah Idris, Cikgu Borhanudin Abdullah, Cikgu Zulkifly, Cikgu Aris, Cikgu Amilluddin, Cikgu Saharudin, Cigu Zaini, Cikgu Subri, Cikgu Khalid, Cikgu Noraini Abd Karim, Cikgu Fauzah, Ustzh Nora, Cikgu Ahmad Kassim, Cikgu Azura, Cikgu Md Shah, Cikgu Shafie, Cikgu Roslina, Cikgu Rodziah, Cikgu Latipah, Cikgu Kalsom, Cikgu Rosnani, Cikgu Qayyum, Cikgu Siti Sarah, Cikgu Yaasin, Cikgu Amir, Cikgu Tarmizi, Cikgu Syed, Cikgu Ahmad Awang, Cikgu Salina, Cikgu Mohaini, Mr Chelvendran, Ms Goh, Cikgu Kamarudin, Cikgu Noraini Atan, Cikgu Abidin Alwi (Guru Besar), Cikgu Tulus (Guru Besar) dan lain-lain..Aku pun terlupa nama-nama cikgu yang mengajar time tue...Tapi kita orait la kalau nak compare ngan Noya..10 nama cikgu pun belum tentu dia boleh senaraikan....
Labels:
felda simpang waha,
kenangan di SKBE,
kengkawan,
kota tinggi
Rabu, Mei 06, 2009
tiba-tiba aku kuat makan
mungkin disebabkan faktor cuaca kot. sebab tu ler aku bleh habis melantak roti canai sampai empat keping. tak pernah-pernah aku buat perkara yang menakjubkan itu. biasanya aku makan paling banyak pun dua keping jer...itu pun kadang-kadang tak habis aku akan suruh farid habiskan...hahaha...betul, rasa macam tak percaya pulak...aku kelip-kelipkan mata aku beberapa kali...nak gosok kang tak pasal-pasal meraung kepedihan disebabkan jari aku ada kuah kari melekat lagi....atau pun disebabkan tensen yang amat sangat kot tu yang makan banyak...menurut kajian etnografi pemerhatian dan makan ikut serta oleh dayang erwanita, kalau stress memang akan banyak makan...tapi aku tak stress pon...kalau stress pon biasanya aku buat taik mata membuta jer....atau pun aku makan multivitamin kot...kata orang kalau amek supplement nanti kuat melantak...keh keh keh....lepas tu minum lagi teh tarik...nasib baik segelas jer...kalau tiga gelas tentu aku akan terus takjub serta merta dengan keupayaan aku melantak banyak benda sejak akhir-akhir ni..hantu raya? mungkin tidak....
Isnin, Mei 04, 2009
nusajaya, pusat pentadbiran johor yang ngetop!







walaupun aku busy banget minggu ni, dan minggu-minggu seterusnya namun aku penuhi jugak permintaan miss untuk mengupload beberapa keping foto pusat pentadbiran johor yang baru. sorry laa miss kalau aku tak respond tu maksudnya aku terbusy yang amat sangat...bukannya disengajakan..aku sebenarnya tak berapa maklum sangat dengan pusat pentadbiran johor yang baru ni...sebabnya dulu depa kata nak buat kat kota tinggi...tup tup tak jadik plak...mungkin disebabkan banjir besar dua tiga tahun sudah...tapi takpelah, at least siap dan berfungsi..jangan plak jadik projek gajah putih macam waterfront city tu...terus tutup...baik buat projek tanam terung, ada gak faedahnya....keh keh keh...menurut miss, ni adalah sebahagian daripada projek-projek pembangunan nusajaya yang dah siap setakat ni...namanya kota iskandar...sempena nama sultan johor....ni kalau dah siap mesti hebat dan ngetop..bleh laa memberikan saingan dekat negeri melaka dan singapura....kik kik kik....tapi bagus jugak depa pindahkan pusat pentadbiran johor tu..kalau tak sesak tak bernafas dengan traffic kat tengah-tengah bandar jb tu...dah ler buat icq tu besar-besar lepas tu traffic flow macam tu gak...rasanya kalau depa decide nak buat balik jambatan bengkok tu, mesti traffic makin okay....tapi denganrnya nak buat balik..nasibbaik..sapa kata orang johor tak nak jambatan? kalau jambatan tahap london bridge (oh shit!) tu, mesti laa orang nak...kalau jambatan hari ni buat esok runtuh macam dalam laporan berita tv selalu tu, tak buat pon takpe...hahahaha.....apa laa aku merepek ni...(p.s - anggap jer la aaku tak pandai nak susun foto-foto ni haha)
the president's visit
tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada kak mira yang mengatakan presiden akan datang melawat...dan boss besar kat ofis pon akan datang sekali....mula-mula aku dah planned awal-awal nak cakap aku sakit perut pada hari lawatan dan malas nak datang, tapi tak berjaya mengelakkan daripada menghadiri majlis lawatan tersebut...alamak bosan betul dengar ceramah pagi-pagi buta...habis jer jumpa tuan presiden aku terus balik ofis. yang ada kat ofis cuma alvin dan ashley...teng, teng, teng bila check e-mail christine dah ada kat Melbourne. dia ajak keluar dinner dna minum kopi..so, aku ajak ler alvin join sekali...so, kami jumpa di depan state library...nasib baik sam dah habis lecture...jadi sam, pon join sekali...kami ke yamato dan seperti biasa kami pon berborak-borak tentang research....agak lawak jugak bila aku tengok sam pegang chopstik macam pegang pen...terkial-kial gak mamat tu nak habiskan noodle dalam pinggan. aku dok bantai gelak dengan alvin...merah padam mat salleh tu...tu ler, lain kali tengok drama korea...keh keh keh....habis jer makan kat yamato, aku dan alvin pon temankan christine dan sam balik kat suite depa...tapi rasa macma nak minum kopi lak..so singgah plak brunetti untuk makan crepes...wah sedapnya tak terkata...aku pon bantai ler sekali...habis jer berborak sambil minum kopi, terus jer ke suite depa dan borak-borak lagi sebelum aku dengan alvin balik ofis semula...esok paginya aku bangun jam 11 sebab kenyang sangat makan banyak....keh keh keh..tak guna betol!
Langgan:
Catatan (Atom)