Khamis, Disember 31, 2009
post christmas BBQ
beberapa hari selepas christmas gregoria call untuk BBQ..kali ni dia cakap nak sponsor semua sekali yang penting aku, alvin dan wokar mesti datang...jadi pagi-pagi buta aku dah bangun beli gift dan soft drink - lime, lemon and bitter. hari tu agak mendung dan sunny pada sebelah petang jadik kami pon enjoy ler makan-makan...alvin bertindak jadik tukang masak, wokar tukang potong bawang, aku menyediakan flavour dan kemas meja, gregoria buat salad....bila start makan memang best..tapi bila dah makan terlalu banyak terus mengantuk...hahaha...lepas tu gregoria sediakan coffee dan kami makan dengan desert yang dia beli dari turkish pastry...bila dah berbual2 lebih kurang 2 - 3 jam lebih, gregoria ajak tengok transformer 2 pulak...so kami tengok ler kat bilik dia yang comel tu...habis tengok movie dalam jam 9 lebih...then aku balik ofis kemas barang-barang, sampai rumah dalam jam 11 malam..then call parents aku plak...berceloteh dengan setengah jam, ingat nak tido tapi dah lama tak call dayang erwanita...aku pon call ler mamat tu...dekat 2 jam aku call dia...then aku tido sekitar jam 2 pagi..kah kah kah...


















Sabtu, Disember 26, 2009
ke geelong...
disebabkan wokar tak puas hati dengan williamstown, we all decide pergi ke geelong...sekitar 30 minutes by car, kira okay laaa....view agak menarik..teringat aku kat glenelg di adelaide...hari ni tak ramai orang..mungkin masih lagi christmas jadik tak semua orang keluar...geelong takde laa sebesar mana, tapi bandar tu agak cantik juga...banyak juga histroci building kat sini..tapi yang paling penting pizza kat sini memang best kakakaka....aku makan tak ingat dunia sebab lapar sangat...mahu ejr aku bungkus bawak balik tapi tak nak laa nampak macam buruk lantak sangat kan..jadi aku terpaksa pura-pura bersopan santun..hahaha...anyway, enjoy!!
christmas journey
masih lagi dalam mood christmas...tengah lepaks-lepaks kat alvin's secret garden tiba-tiba wokar ajak pergi lepaks kat beach di williamstown..aku tak berapa gemar melepak kat tepi pantai sebab panas...hahaha..jadi aku ajak depa pegi garden dekat pantai tu...memang best dan mendamaikan...alvin dan wotka amek kesempatan baring-baring tapi aku sibuk shoot photo...dah lama aku tak practice amek gambar jadi semua yang aku amek entah hapa-hapa...lusa ni gregoria ajak bbq kat umah dia jadik kenalah pegi sebab dia dah buat preparation..aku tengah dok fikir nak beli apa untuk dia...chocolate and wine kot..tapi pompuan tu tak suka minum wine...kang aku beli tak minum membazir plak..tapi takpe, alvin dan wokar ada..depa bleh tolong perabihkan...kakaka...
alvin's secret garden
kesempatan cuti christmas tahun ni dihabiskan juga kat rumah alvin...lama aku tak pegi rumah mamat ni sebab takde masa..alvin ada jugak cakap kalu nak datang anytime cakap jer laa..tapi masalahnya aku sibuk terus tak datang-datang..last aku datang rumah dia waktu winter tahun ni bersama-sama wokar dan gregoria...satu perkara yang aku paling suka kat rumah alvin ialah mini garden...housemate dia si collin yang macam kasim selamat (sbb suka tiup saxs)memang pandai berkebun..walaupun tak banyak pokok tapi sangat redup mata memandang...sayang betul sebab rumah tu bukan depa punya, jadik tuan rumah telah potong apricot tree yang sangat cantik dan membuatkan taman tersebut lebih redup...buster (kucing ningrat)takde plak hari ni..kalau tidak dia mesti datang berkenalan...keh keh keh...
Jumaat, Disember 25, 2009
Happy Christmas
Nothing much to do on Christmas day this year...disebabkan hari ni semua public transportation free, aku pon keluar dengan wokar ke footscray..sampai kat situ, alvin dan agus dah tunggu..kami ke Lentil as anything...cawangan baru telah dibuka kat area situ..biasanya kami ke collingwood tapi kali ni alvin nak test kat footscray..lentil as anything adalah vegetarian restaurant yang berasaskan charity..konsepnya mudah, perkhidmatan kelas satu, makanan memang ngetop, dan harganya? terpulang kepada anda nak bayar berapa...tak nak bayar pon takpe...pekerja tak dibayar apa-apa gaji kerana ia berlandaskan sukarela...kebanyakan perkerja adalah imigran yang digalakkan melakukan kerja-kerja amal sebelum layak untuk mendapatkan taraf penduduk tetap...pendedahan berterusan menerusi kerja-kerja amal kebanyakannya telah berjaya membentuk masyarakat prihatin di sini...bila tengok makanan yang ngetop aku dan wotka pon melantak ler tak ingat dunia..al-maklumler, murah dan sedap..sapa nak bagi makanan best-best dgn harga berpatutan macam ni? kalau kat lygon st mampos kena bayar at least more than hundred bucks..kakakaka...lepas makan, terus pi rumah alvin jap...lepaks-lepaks kat mini garden belakang rumah dia....lucky him..at least bleh lepak best-best every weekend...
Labels:
alvin,
christmas,
eating out,
kengkawan,
wokar
Rabu, Disember 23, 2009
ah, hampir tiga tahun...
masa berlalu pantas...tak sangka dah pun hampir tiga tahun kat sini...dan aku masih seperti tiga tahun lalu walaupun banyak benda aku dah belajar...bukannya mudah untuk teruskan perjalanan yang sudah dimulakan...dan aku paling takut dengan istilah give up..tapi aku harap istilah itu tidak akan wujud dalam kamus hidup...hari ini begitu panas..tapi aku tetap keluar lunch bersama N dan seorang rakan lain dari China...aku ingat nak balik felda waha summer break ni..aku betul-betul perlukan vacation...tapi dalam bentuk balik kampung..kah kah kah...okay laa tu...orang lain pergi vacation kat tempat ekslusif aku pi balik waha jer laa...at last bleh gak aku makan tido seminggu dua...tapi apa pon aku kena siapkan kerja sebelum bercuti...kalau tidak habislah..dan aku kena bersedia untuk event di canberra april ni...mampus satu perkataan pon aku tak tulis untuk event tu..tapi akur asa aku bleh start seawal bulan februari...kat opis ni dah takde orang..yang ada hanyalah muka-muka berwajah asia yang bermata dan berambut hitam...yang bermata grey dan berambut blond dah start bercuti..seperti biasa opis akan jadik rumah berhantu buat seminggu...satu hapah manusia langsung takde...yang ada balik-balik muka aku - bukan rajin, tapi sebab tak tau nak pergi ke mana...hahaha...
Christine, the magical of christmas
Dear Shah,
Just back from KI. We had a lovely time. Excellent conference, although I don't think I distinguished myself with my paper. It was OK. Penneshaw is a beautiful spot and we had good weather. Sam and his friend Matt were great company when I was not at the conference. They managed to see the other side of the island, Seal Bay, Remarkable Rocks and then Kingscote. Yesterday, we went to Cape Willoughby Lighthouse. The view from the top is spectacular. Great guided tour.
Thank you a million times for the piece of Selangor Pewter. I wore it to a big seminar at uni today and felt very special. You pick lovely cards too. I have not thought yet about sending mine because of the fuss for the conference, but tomorrow after 5RPH I'll get cracking. My relatives in the UK must think I've gone AWOL. Shah, if you can come to Adelaide for a few days' break you are welcome here. We have plenty room and would love to see you. I must get to bed since I have an early start in the morning. Take care. And thanks again for the gift, which I adore. Merry has been out fighting and has a thick ear. I haven't seen Yoyo since this morning. I gave the pups a bath after a walk and now they hate me. Ah well! They smell better.
Cheers, Christine, Val etc
Selasa, Disember 08, 2009
soalan cepu emas
apesal ler korang suka tanya kat aku pasal bab kawin-kawin ni? tanya laa aku soalan yang best-best siket macam bila nak makan steam boat ke, bila nak pi picnic ke...? kakakaka....bila bercerita bab kawin ni teringat kat raja humalagapas yang suka citer pasal ragam suami isteri...maklumlah dah tinggal sama-sama ada jer yang tak kena...nak masak itu inilah, nak kena jaga berat badan lagi, entah hapa-hapa laa yang bagi aku cukup cerewet...kalau ada jodoh, ada laa Insya'allah..betol tak miss? aku dengar ko dah nak membina masjid? betoi ka? masjid simpang waha ka? muahahaha....bulan lepas aku ada called kak nosi...tanya laa kat dia dah dapat jodoh ke belom? terus mengekek gelak minah tu..siap bagitahu aku siang malam berdoa agar segera dapat jodoh tapi tak sampai-sampai...itulah kak nosi..dulu orang dah recommend sorang mamat arab kaya tak nak terima...kah kah kah..kenangan betol laa kan? muahahahaha....aku sebenarnya tak tahu apa nak tulis pasal bab-bab kawin dan jodoh ni..maklumlah takde pengalaman..si raja humalagapas siap suruh aku tulis yang dia sebenarnya hidup happy mengalahkan victoria beckham kat mahligai bahagia bersama suami tercinta....mahligai mende woi flat abdullah hukum tu...kalau alam suria tu boleh laa aku propa kat sini mahligai bahagia...kah kah kah..ko memang ek suka-suka suruh aku tulis citer palsu....takpelah aku tokok tambah siket kat sini: raja humalagapas merupakan teman baik saya yang baru berkahwin....selepas lapan tahun memadu cinta, beliau yang mempunya berat badan ala victoria beckham memadu kasih bahagia bersama suaminya yang hensem ada iras-iras muzamil ibrahim..kah kah kah...nak muntah pon ada gak aku baca....apa laa yang aku buat ni...jodoh akan datang cepat atau lambat..kalau ada , ada laa...hahaha..tpai kawin banyak komitemen laa...nak enjoy pon tak boleh...haha...gelak lagi...
sahabat lama: shalawati mohd sidek

lama betul aku tak jumpa watie....last-last jumpa kat facebook...last aku contact watie tak silap 2 tahun yang lepas...lepas tu terus senyap sebab aku pun busy...watie memang member baik aku waktu sekolah kat sekolah menengah bandar easter dulu..masa tu kami sekelas - 4 teknikal 2 dan 5 teknikal 2...aku jadi ketua kelas dan dia plak jadik penolong ketua kelas....satu perkara lawak tentang minah ni dia suka gelak kuat-kuat....dan kami satu geng - zura, ami dan sally selalu laa berborak waktu kat kelas...tapi paling aku tak lupa ialah bila kami semua kena buat projek hidroponik di bawah penyeliaan cikgu shis..lama tak jumpa cikgu shis..apa khabar agaknya orang tua tu..walaupun garang dia baik...lepas SPM tahun 1995, kami ditakdirkan masuk ke ITM shah alam bersama-sama..tapi berlainan kursus..dia amek art and design dan aku plak ke matrikulasi..dan start dari situ kami dah jarang jumpa...lepas jer aku kena tendang secara terhormat oleh ITM, terus lost contact sehinggalah aku call dia beberapa tahun yang lepas...rupanya watie dah ada anak sorang....hahah kelakar betol laa....aku banyak benda tulis tapi tak sempat..nanti sambung..hahaha..
Labels:
felda simpang waha,
kengkawan,
kota tinggi,
shalawati,
SMBE
Jumaat, November 27, 2009
pergi makan-makan
aku, alvin dan gregoria keluar ke rumah kak nora tadi makan-makan sempena hari raya...punyalah banyak kak nora masak sampai aku pon tak larat nak berjalan..ada lontong, satay goreng, rendang, puding dan bermacam-macam lagi...wokar tak dapat join sekali sebab dia ada keje nak buat..agaknya minah tu malas nak catch train kot...hari ni agak sunny, nasib baik tak hujan...kalau tak mesti susah nak kuar..tapi aku suka hari hujan...at least best siket laa kan...tak panas...sementara tunggu gregoria datang tadi, kami pergi beli cheesecake untuk kak nora...then balik semula ke research precinct...bila gregoria sampai terus jer pergi ke tram stop...walaupun jauh tapi berbaloi..kak nora memang pandai masak....boleh laa bukak catering lepas retired nanti hahahaha....
Labels:
kengkawan,
makan-makan,
rmit,
tempat keje
Khamis, November 26, 2009
Salam Aidiladha
selamat menyambut hari raya aidiladha untuk semua pengunjung...walaupun dah lama tak balik raya tapi tetap gembira juga..wakakaka..apa laa punya statement...aku dah tak tau nak tulis apa lagi sebab ada banyak keje lain nak buat..keh keh keh...esok nora ajak datang mai rumah tapi tak tau lagi nak pegi ke tak..macam malas jer...alkisahnya aku baru jer balik dinner dengan alvin...makan kat zam zam...dah lama tak makan kat situ..sekali makan punya banyak terus tak larat nak jalan...hehehe...anyway, selamat hari raya aidiladha 2009...jangan makan banyak-banyak okay...hahaha..
Langgan:
Catatan (Atom)