Jumaat, September 15, 2006

nyanyi lagi...

So after all's said and done
I know I'm not the only one
Life indeed can be fun
If you really want to
Sometimes living out your dreams
Ain't as easy as it seems
You wanna fly around the world
In a beautiful balloon

Aku masih ingat lagi first time aku beli album Des'ree waktu aku form six kat Muar..Biasa laa masa tu tak kenal internet lagi macam budak-budak sekarang..semuanya kena beli dalam bentuk fizikal..hari ni semuanya mudah kerana boleh diperolehi dalam bentuk maya...aku dah attached clip video Life nih kat profile..konsep yang lebih kurang sama dengan Clip Video Bob Sinclair- Love Generation...

Lirik Life cukup seronok dihayati kerana mudah dan santai..paling seronok jika mendengar lagu ini ketika memandu kereta di waktu pagi...dan jika mahukan situasi gembira itu lengkap, destinasi yang hendak dituju mestilah ladang-ladang dan juga bukit bukau...bawalah sekali kopi panas dan kek keju dan nikmatilah lagu ini sambil menghadap ladang yang luas terbentang ketika musim panas..(tak tahu pulak aku kat Malaya boleh buat ke tidak..) Satu hari nanti aku harap aku boleh hasilkan clip video yang berkualiti tinggi seperti Life ...(terutamanya dari segi mesej, shot dan connection to audience..aku kurang berminat dengan clip video yang terlalu banyak kesan khas kerana ia tidak realistik)

walaupun ia bukanlah kepakaran aku kerana aku sebenarnya lebih berminat dengan dokumentari..oh, lupa pula nak beritahu..aku dah beli satu lagi dokumentari terbaru di Marion Shopping Centre minggu lepas..kali ni dokumentari tentang Malaysia, Selatan Thai dan Laos..cukup seronok..kalau erwan tahu mesti dia suruh aku beli punya...hehehehe....

Isnin, September 11, 2006

laputa

Pagi-pagi lagi Nick dah datang kat flat pass kat aku finalised cut untuk portrait documentary..waktu aku minta Miriam tengok kat studio tadi, dia asyik cakap oohhhhh....ahhhhhhh...kerana terlalu asyik melihat keunikan warna dan corak rekaan objek pada tubuh manusia..tak sia-sia aku buat dokumentari ni dengan Nick..at least ada juga idea baru terutama dari segi suntingan dan pencahayaan...

Sebelum jumpa Cole tadi aku ke Marion Shopping Centre sebentar untuk beli Laputa salah satu karya besar oleh Hayao Miyazaki...aku mesti menontonnya sekali lagi sebelum bercerita panjang lebar dengan Christine..seronok betul ada member yang punya minat yang sama...aku gemarkan plot dan story line Laputa yang agak berbeza dengan Totoro dan Sprited Away..sungguh pun kebanyakan latar yang dipersembahkan lebih bersifat Eropah dan barat, namun unsur-unsur ketimuran terutamanya kebudayaan Jepun masih ada...walaupun ia tidak seketara dalam Spirited Away, Totoro atau pun Princess Mononoke.

Semalam aku berbual dengan John McConchie..menurut beliau karya Miyazaki hanya diterima oleh segolongan kategori dari jumlah audiens di Australia...ia tidaklah menghairankan kerana kebanyakan kanak-kanak seperti di Malaysia, Singapura dan Indonesia contohnya membesar dengan anime dari Jepun. Aku masih lagi ingat beberapa Anime jepun yang terkenal seperti Toriton, Thundercat etc sewaktu aku budak-budak..dan ada yang mampu menembusi pasaran barat...sepatah kata reviewer untuk Laputa, karya Hayao Miyazaki yang jitu membuatkan beliau dicemburui oleh sebilangan besar animator di dunia barat...dan tidak menghairankan apabila beliau memenangi anugerah Academy untuk Spirited Away...

Khamis, Ogos 31, 2006

salamMerdeka

Selamat menyambut Hari Kebangsaan 31 ogos 2006...dah hampir 49 tahun Malaysia merdeka..tahun ini aku sambut hari kemerdekaan selepas aku merdeka hantar semua esei...hahahaha..tapi aku tidak pernah lupa dengan tokoh kegemaran aku Dato' Onn Ja'afar. Al-Fatihah untuk beliau. Terima kasih kepada Prof Datuk Dr Ramlah Adam kerana telah berjaya menulis sebuah biografi yang penuh dengan erti kegigihan dan perjuangan pemimpun terdahulu. Aku berjaya membelinya di sebuah kedai di pekan Kota Tinggi lantaran tiada lagi cetakan terbaru dikeluarkan oleh DBP. Abah aku selalu menyebut tentang perjuangan Dato' Onn yang sukar ditandingi oleh mana-mana pemimpin negara hari ini. Melalui Dato' Onn telah lahir tokoh-tokoh pendidikan ulung seperti Ungku Abdul Aziz, Syed Naquib Al-Attas, Syed Hussin Al-Attas dan ramai lagi..mereka berjuang demi bangsa, agama dan tanah air..dan lebih penting lagi mereka berjuang untuk orang-orang Melayu.

Jadi, janganlah kita mudah lupa dan alpa dengan pengorbanan mereka semua..orang-orang Melayu mesti bangkit menjadi satu bangsa yang lebih baik dalam sepuluh tahun akan datang...sebab itulah Tun Mahathir melancarkan Wawasan 2020 sebagai teras penggerak kepada pembangunan masyarakat Melayu di Malaysia. Harapan ini akan diteruskan dengan telus oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Insya'allah, Amin..Walaupun terdapat persengketaan dalam politik Melayu akhir-akhir ini, lupakanlah ia seketika dan kembalilah kepada akar Melayu. Janganlah sesekali kita melupakan asal-usul dan budaya masyarakat Melayu yang terkenal dengan kemurnian dan budi pekerti yang tinggi. Semoga orang-orang Melayu terus bersatu dan gigih memajukan bangsanya walaupun berbeza fahaman politik. Ingatlah, Malaysia adalah tanah Melayu. Dan tanah bertuah ini dikongsi bersama kaum yang lain dengan adil dan saksama. Janji tetap diikat dan terurai tiada.

Selamat Hari Merdeka 2006 dan Hidup Melayu!

Rabu, Ogos 30, 2006

a thousand miles

Masa aku tengah sibuk cari maklumat kat library tiba-tiba dengan tidak sengajanya terjumpa video klip ni..Teringat kat erwanita sebab dia suka banget dengan lagu ni...banyak betul kenangan gelak ketawa bila dengar lagu ni...seronok betul kalau boleh bergelak ketawa lagi..tapi masa gelak ketawa dah habis walaupun ia belum tamat..tapi aku memang minat gila filem yang menjadikan lagu ini sebagai antara soundtrack utama..walapun nampak amatur tapi tetap penuh dengan kelawakan yang tiada taranya...

If I could fall
Into the sky
Do you think time
Would pass me by
'Cause you know I'd walk
A thousand miles
If I could Just see youTonight

p.s- boleh tonton terus dengan klik alamat ini http://www.muvids.com/vanessa_carlton_videos/a_thousand_miles.html

Isnin, Ogos 28, 2006

penatnya

Hari ni rasa macam nak pengsan...pagi-pagi lagi aku dah bangun pergi rumah Zura ambik mixer yang aku simpan jap kat rumah dia...disebabkan rumah dia dekat dengan Sturt so aku pon mengambil kesempatan ini untuk menjadikan rumah beliau sebagai pusat logistik...senang sikit tak payahlah aku nak mengangkut barang-barang tu semua sampai ke flat...Aku sampai kat Sturt jam sembilan pagi...Scott tegur aku kenapa datang terlalu awal...suka hati aku laa nak datang awal...ceh!

Jam sepuluh Carly dah mula cari aku kat production office...lepas tu Cole datang...kami pun mula laa menyunting bersama-sama di samping memberi komen yang mana perlu..lepas tu rehat sekejap dan sambung sampai laa jam empat petang...penat tu jangan cakap laa...bosan yang amat..sampai esei Alison pon aku tak start lagi..ingat nak mula malam ni..kalau tak mula habislah hari khamis ni memang aku tak tidur malam punya sebab nak kena siapkan esei tu....banyak pulak tu...dua pages..kira banyak laa tu...hahahahaha...

Ahad, Ogos 27, 2006

sundayyyyy

Hujung minggu ni aku dah keluar sedikit awal..lebih kurang pukul sebelas lebih macam tu..taklarat nak bangun pagi sebab penat pergi shooting tempohari tak hilang lagi..apa laa...esok pagi aku ada temujanji dengan Cole dan Carly..mereka nak tengok lagi segala benda yang dah disunting..tapi aku rasa mesti Carly kena bebel dengan cole esok sebab dia telah 'melupakan' projek aku untuk seketika..hehehe...

aku dah hantar proposal pada colleague kat jabatan..so aku nak fokus pada borang-borang yang entah hapa-hapa tu pulak lepas ni...hmmm...apa lagi ek..oh ye...Alison punya esei dua pages due jumaat ni..aku tak tulis apa kebende pon lagi..ingat malam ni nak mula type siket..pasal manifesto laa..dogma laa..mana aku tahu semua tu...teori dalam filem banyak mengarut...buat aku tak faham langsung...

Pagi ni aku dah hantar mixer set kat Zura (bukan mixer buat kek ok)..simpan jap kat dalam rumah dia sebelum aku pulangkan kepada Scott esok..next week aku nak tempah mixer dan camera cepat-cepat sebelum student lain book..nanti tak dapat aku nak praktis macam last year...tapi aku dah terror siket laa pasal DAT..sboleh laaa...nasib baik Nick ajar aku siket-siket walaupun dia pon tak berapa pandai sangat...not bad..

Bilik aku dah bersepah-sepah...cuma dapat bertahan seminggu jer kekemasan yang telah dilakukan...entah hapa-hapa...ni semua shooting tu punya pasal..essays lagi..nasib baik sem ni tak banyak esei...cuma buat projek jer lebih-lebih..tapi tu tak tahu lagi kalau tiba-tiba Cole suruh aku tulis report ke apa ke...habis laaa aku nanti...isk tak sabarnya nak balik Malaysia...lagi dua minggu sem break start...lepas tu tinggal sebulan lebih jer lagi sebelum balik....cak pong! cak pong!...hai menderita laa sapa duduk lama-lama kat sini...

Tapi itu laa pengalaman yang aku dapat...pergi belajar dengan melancong memang berbeza...pergi study kat tempat yang asing tapi takde member yang satu course memang tak rock...tensen beb..takde siapa yang ktia nak refer kalau ada masalah...so, jangan jadik macam aku....kah kah kah...ok laa...nak balik makan..masak laa apa yang ada...

Sabtu, Ogos 26, 2006

mari makan kacang kuda

Apabila kita bercakap tentang bagaimana caranya mempercayai seseorang ia bukanlah suatu perlakuan yang mudah seperti kita makan kacang kuda. Dan sebab itulah juga aku sentiasa berhati-hati bila berhadapan dengan insan yang kita tidak tahu sama ada dia itu ikhlas atau sebaliknya. Contohnya jika aku yang suka makan kacang kuda ni duduk atas bangku dekat tepi tasik..dan tiba-tiba ada insan yang tidak dikenali tiba-tiba datang mintak kacang kuda aku, mesti aku dok fikir tiga-empat kali nak bagi atau tidak..mana laa tahu bila aku bagi kacang kuda tu nanti tiba-tiba dia bagi kat burung-burung atau itik kat dalam tasik...tak rugi ke namanya itu? bukan senang nak masak kacang kuda ni...nak kena rendam dan rebus lagi..lain laa kalau beli kacang kuda kat pasar malam...tapi rasanya mesti tak sesedap kacang kuda yang kita masak sendiri...air tangan kita sendiri..bak kata orang kita curahkan segala keikhlasan, cinta dan kesabaran kita ketika proses penghasilan kacang kuda yang lemak lagi bermutu itu...tak paham? buat -buat paham laa sebab aku pon tengah tak berapa paham ni..
P.S- "Nobody business but ours" - Jake Twist, Brokeback Mountain

Rabu, Ogos 23, 2006

cerita malam tadi

Terfikir aku seketika untuk menulis sebelum aku balik ke flat...Ah..tidak..baru nak mula kepala aku melilau sebab dah missed satu lagi episod The Simpsons..aku paling minat Lisa Simpsons..best betul kalau dia berhujah dengan Principal skinner yang bengong tu...malam tadi aku called ajak..dah lama betul aku tak call dia apatah lagi dia sekarang sibuk mengalahkan tokoh korporat semulajadi...

Ajak beritahu aku dia ke Muar semalam sebab ada hal penting di sana..tapi dia sempat jugalah pergi meninjau ke Maktab Adabi tempat kami sama-sama belajar dahulu...Ajak beritahu dah banyak betul perubahan..Asrama hantu tempat kami tinggal dahulu tu pun dah dirobohkan..pendek kata, langsung takde kesan sejarah...kelakar betul..aku masih lagi hari pertama aku mendaftar kat asrama berhantu Maktab Adabi Maharani...kalau tak silap aku bulan Mac 1997...lama dah...adalah dekat lapan bulan aku duduk kat situ sebelum aku pindah ke rumah sewa..aku rasa kalau aku terus duduk situ mesti sangkut STPM aku...dan tak jejak langsung ke menara gading...

Asrama berhantu ni mengambil sempena perangai pelajarnya yang macam hantu..mengalahkan jembalang..isk..isk..mesti terperanjat punyalah kalau siapa-siapa yang tak tahan duduk kat dalam tu...sebab itulah sesiapa yang pernah menjadi penghuni di situ lebih dikenali sebagai budak baik..mana tak baiknya...dalam satu hari tu, aku rasa tak sampai satu peratus digunakan untuk study...yang lain-lain peratus tu digunakan sepenuhnya untuk tidur, buat bodoh dan mengacau orang...

Lokasi asrama ini terletak di Jalan Omri..di sepanjang jalan Omri ini ada banyak betul bangunan lama yang berunsurkan kolonial Inggeris..itu yang sikit-sikit jumpa pontianak harum sundal malam laa, jembalang tanah laa...aku ingat lagi, waktu pagi semua orang akan berebut-rebut nak masuk ke tandas dan bilik air...kemudian berjalan kaki ramai-ramai seiring dan sejalan ke sekolah...sekitar jam tujuh pagi semua dah ada kat sekolah untuk bersarapan..memang kelakar bila di fikirkan balik...

kalau ada yang ponteng atau lambat datang ke sekolah Cikgu Zack (pengetua sekolah) akan tunggu dengan dahan pokok bunga raya untuk sebat punggung insan-insan terpilih ni agar lebih mengerti pentingnya ilmu dan pengetahuan..Cikgu Zack ajar subjek sejarah..satu-satunya subjek yang paling aku minat nak belajar..yang subjek lain tu boleh laa tahan..tapi nasib baik ada cikgu Mai yang asyik laa nak soal aku apa itu Dasar Sogososha..naik muntah aku jawab soalan dia...tapi kira ok laa sebab cikgu Mai melatih aku menghafal beberapa kitab Pengajian Am samapi sekarang...

Dalam kelas aku duduk sebelah Safuanezam..sekarang dah jadik Cikgu..budak safuanezam punyalah bajet dari semua segi..itu bajet, ini bajet..aku pon tak tahu laa..nak kata dia bercita-cita nak jadi businessman tak adalah pulak...belakang aku biasalah dua orang budak India..Sheila dan priya..kalau aku tak silap..dah lama sangat...ajak duduk sebelah Am..Am sekarang dah jadik Pegawai di Agensi Anti Dadah Kebangsaan..kah kah kah...ketawa besar ajak bila dengar Am dah jadi pegawai kat situ...

Azmi duduk dengan Abang N..ke mana Abang N pergi ye? aku dah tak tahu ke mana alamat tetap Abang N..lepas dia tamat study kat UPM hari tu ada yang beritahu dia dah kahwin...Azmi dah naik pangkat sekarang..dari lembah Danum dia terbang ke KK...sebelah mamat dua orang ni Ardyana dan Emy besar...Ard dah dapat anak sorang dan dia pon terus mengajar leaps keluar maktab perguruan...Emy pulak dah balik ke Melaka...itu yang aku nak jumpa mereka semua di Melaka nanti...boleh ajak kamarul dan Bob sekali datang..

Tapi ajak tak masuk pun ke maktab adabi semalam..segan katanya..hmm..macam laa kau supermodel terkenal yang amat...dah lewat..aku nak balik flat..aku nak siapkan proposal..Prof pun dah nak pergi paris..nanti tak sempat dia nak check itu ini..risau jugak aku dengan proposal...ditambah lagi dengan keadaan politik akademik yang tidak keruan..bosan betul...

Selasa, Ogos 22, 2006

essay due

Esok aku nak kena hantar esei Helen..tak banyak dalam enam hingga tujuh muka surat..tapi berminggu laa jugak aku nak fikir apa nak tulis..akhirnya semua selesai last week..dan minggu ini aku akan tumpukan dengan proposal sebelum proses sound post bermula minggu depan..jumaat ni jadual aku memang pack..aku akan mulakan shooting tentang emma (sila lawat www.emmahack.com.au) untuk projek potrait dokumentari...tak sabar nak mengajar orang macam mana nak menghasilkan dokumentari..tapi aku pulak masih lagi terkapai-kapai..nak pegang mixer pon takut..tak ngetop betul laa aku ni...

Hmm..hujung minggu ni zura dan kak liza ajak makan-makan..lama dah tak pergi makan-makan...aku ni tak berapa minat sebenarnya nak berkumpul kat rumah orang ramai-ramai...tapi aku ingat nak ajak Christine pergi picnic cuti musim bunga ni...kalau Molly ada lagi seronok...boleh pergi lari-lari macam cerita house in praire...perasan laa pulak...

Dua tiga hari ni asyik hujan ajer..tapi seronok laa jugak tengok hujan..hujung minggu lepas aku mendaki bukit bukau dekat main campus..sampai laa kat empat paling tinggi dan dapat lihat full shot Flinders Uni...cantik amat..ingat hujung minggu kalau takde kerja nak pi ambik gambar kat situ laa jap..heheh..ok laa..nak sambung keje..jumpa lagi..

Rabu, Ogos 16, 2006

kecewa dibenci

Rumah kecil tiangnya seribu
Rumah besar tiangnya sebatang
Waktu kecil kau di timang ibu
Dewasa mu di pukul gelombang
Berhijrah ke alam remaja
Menguji ketabahan jiwa
Tiada seindah impian
Sesungguhnya hidup perjuangan

Cabarannya tetap datang
Umpama laut bergelombang
Yang gagah akan berdiri
Yang lemah akan ketepi
Berjaya disanjungi
Kecewa dibenci
Begitulah lumrah manusia
Agar kau tak kecewa

lagu bernada kecewa..bukan..lagu inilah yang sentiasa memberikan inspirasi ketika berduka...untuk apa? sebagai motivasi diri..aku sebenarnya kesian kat erwan..apa laa punya malang betul nasib dia diperlakukan begitu..nak kata cerita cerekarama bukan..inilah realiti kehidupan manusia..terutamanya orang melayu laa ni..kita sepatutnya bantu-membantu atas sikap profesional melayu..bukan emosional melayu..berdendam kesumat tak sudah-sudah..sebab itulah juga dunia melayu tak maju-maju zaman-berzaman..bila sudah naik sedikit sudah ada iri hati, bongkak dan dendam kesumat...minta-mita dijauhkan dari bersikap seperti ini..Insya'allah..Amin...

Khamis, Ogos 10, 2006

post-sound presentation

Hari ni aku nak habiskan masa di library menonton Mysteries of Egypt (Imax Version) sebab aku nak betul-betul bersedia sebelum present dalam kelas Helen next week..tapi mesti laa aku mengelabah kalau dia oang tanya habis hilang semua fakta yang aku berbuih-buih hafal..apa laa..memalukan betul..tapi harap-harap tak jadik macam tu laa..semalam aku jumpa Helen tanya dia itu ini sebab aku tak faha satu soalan dia..then, dia suka laa kalau aku tanya itu ini..aku perasan Helen ni dari dulu dia memang suka kalau orang pergi tanya dia..tapi kalau dia tengah hangin satu badan jangan laa tanya habis dia semua orang kena marah macam aku dengan Carly kena marah dengan dia hari tu..entah hapa-hapa laa...

Jumaat ni aku nak ke Dymocks Book Store sebab buku yang aku order dah sampai...buku tu tentang cinematography dan lighting..tapi yang syok tu ada notes tentang Ariflex Film Camera..aku ni obses betul dengan Film Camera sebab gambarnya ngetop...cantik yang amat berbanding DV..tapi aku tak pernah guna HDV dan tertanya-tanya gak macam mana bentuknya..apakah selari dengan DV atau lebih baik...hmm..ok laa..aku ada kerja nak buat..jumpa lagi..

Selasa, Ogos 08, 2006

film camera

Agak lama aku tidak menulis apa-apa di blogs ni..sebab aku sibuk banget...banyak gila kelas kena pergi..aku betul-betul tensen laa semester ni..tapi kelas yang aku paling enjoy pastinya kelas Helen..seronok dan thriller..sebab semua assignment yang dia bagi jelas dan mudah aku faham...kelas yang paling bosan banget ialah kelas Alison..bak kata Cole, Alison's mind is out of space..tu yang susah sangat nak faham apa yang dia dok kata....nasib baik laa Helen ada masuk dalam kelas dia untuk ajar film camera 16mm..
ni kali yang kedua aku belajar kamera ni...best.. cuma yang susahnya mas anak masukkan film role kat dalam magazine..kena raba sana-sini dalam kanvas hitam takut terkena cahaya...sesi kali ini ada kamera Ari...last year akut ak sempat pun nak pegang Ari ni..cuma dapat pegang Bolex dan Aton ajer...ok laa sampai sini laa dulu..aku nak siapkan post sound presentation untuk kelas helen next week..semester ni walaupun bosan amat tapi syok gak sebab ini laa semester terakhir aku kat Flinders Uni..lepas ni aku kena merantau kat tempat lain pulak..sajer nak berubah angin kata orang..kah kah kah kah..
anyway tahniah kepada Erwan sebab dah hantar tesis...tak lama lagi boleh graduate dan teruskan dengan pelan yang baru...bye!

Rabu, Ogos 02, 2006

kenangan lalu

kelmarin aku berbual-bual bersama sahabat lama Miss..sekarang Miss sudah menjawat jawatan yang cukup baik di Putrajaya..kami membongkar kisah-kisah lama...kisah sewaktu bersekolah rendah di Felda Simpang Waha...kalau nak diikutkan memang sedih masa itu..semuanya tak cukup..pergi sekolah pun cuma bawa duit tiga puluh sen..kalau sekarang bawa tiga puluh sen ke sekolah mustahil sunggguh kalau boleh beli apa-apa...Miss ada beritahu aku juga yang dia sering menggoreng telur dadar dan masukkan ke dalam tupperware yang berisi nasi panas..kemudian di tuangnya kicap banyak-banyak...selepas beberapa jam dia pon makan nasi dan telur goreng berkicap tersebut...itu semua semata-mata mahu mengenangkan kembali segala kenangan dan kepayahan yang pernah kami lalui sewaktu bersekolah dahulu...itu lah bekalan yang dibawa ke sekolah untuk mengalas perut...

Dan ketika itu juga kami mengungkit segala kenangan lama berlumba-lumba mencapai markah tertinggi di dalam kelas...berlumba-lumba juga siapa yang mendapat kedudukan yang lebih baik di dalam kelas...memang seronok ketika itu..walaupun kenangan ini berlangsung hampir dua puluh tahun yang lampau tetapi kami sematkannya kukuh di dalam hati. Setiap kejayaan yang ingin dicapai memerlukan pengorbanan yang cukup besar. Mustahil kita akan sampai di puncak gunung tanpa mendakinya terlebih dahulu...dan seringkali aku membaca puisi ini pastinya kenangan lampau itu akan terngiang-ngiang di dalam hati...

Di sini aku pulang
tempat bersekolah dan dibesarkan
lewat Padang Speedy
terus ke Durian Sebatang
semuanya kini terasa kecil
mengimbau rindudan kenangan

Di sini anak belasan tahun
mulai mengenal cinta dan ilmu
pengorbanan ayah dan emak
keakraban teman dan pergelutan
detik itu mengambang bagai mimpi
sewaktu kulewati kota kecilku ini

Sesaat tiba di muka sekolah
telah lama kutinggalkan
kini sudah berubah
terasa sepi
suara guru yang memberikan markah
pada pangkat pertama
buat si anak desa
dan ayahku tak berkata bangga

Di sinilah anak desa
mengenal duniadi kota kecilnya
Padang Speedy dan Durian Sebatang
meski berubah pandangan
mengimbau rindu dan kenangan,sayang..

Dato' Baha Zain, Telok Anson, Ogos 1977

Rabu, Julai 26, 2006

bangun awal

Hari ni aku telah membuat satu kejutan dengan bangun awal pagi..takde laa terkejut sangat sebab aku kan budak baik apa, selalu bangun pagi...heheheh..nak cover laa pulak...tapi yang kelakar tu, Pauline sampai terkejut beruk sebab aku bangun dan mandi lebih awal dari dia..nak buat macam mana kan sebab aku ada temujanji dengan Carly pagi ni untuk teruskan proses editing yang dah delayed selama beberapa minggu..tapi not bad..dah nak siap..cuma tinggal beberapa perkara jer lagi terutamanya stills dan visual yang penting. Tapi ok laa...

Semalam aku called Kak Nosi..dekat satu jam lebih kami berborak..bercerita laa pasal semua benda..tapi yang paling best ialah topik tetap- keturunan raja-raja...mesti menjadi topik dan agenda wajib yang kami akan borakkan..lepas tu aku called pulak Erwan dan Che Tuan..Che tuan masak bubur kacang durian semalam..ceh..sedap betul tu..dah lama aku tak makan durian..masa aku balik cuti musim panas hari tu pun tak sempat makan durian..kat kedai Thuan Phat tu ada laa jual durian tapi dah termasuk dalam kategori hidup segan mati tak mahu..tak nak laa aku beli..kang tak pasal-pasal aku ambik bahagian dalam acara larian berganti-ganti pergi masuk tandas..dah tensen terus hilang idea semua...

Petang semalam waktu aku nak balik dari shopping kat Marion ada laa sorang pompuan tu aku tanya dia pasal nombor bas..rupa-rupanya dia orang Malaysia baru datang dua minggu..Kak Mazne namanya..kesian kat dia tak tahu sapa-sapa pon kat sini..jadik aku sebagai Datuk Bandar Marion kenalah tolong beliau..so, aku dah kenalkan dia dengan Zura...jumaat ni kita orang pi ajak dia ke Central market..aku ingat nak pergi makan kat Knoodle Junction sebagai jamuan introduction....Ok laa..aku dah banyak membebel..nanti kang terlupa itu ini pulak..aku nak pi unibook shop..tengok reader terbaru..kalau ada yang berkenaan aku boleh beli..ok laa jumpa lagi beb!

Selasa, Julai 25, 2006

kelip-kelip dari jauh


Minggu ini adalah permulaan semester yang terakhir di universiti. Rasa memang tidak sabar untuk kembali ke tanah air. Bukan tidak suka untuk tinggal lebih lama di sini tetapi hati aku tetap di Malaya. Jika permohonanku untuk sambung belajar menjadi kenyataan alamatnya lebih lama aku akan tinggal di sini. Mungkin untuk dua hingga tiga tahun lagi. Penghujung musim dingin kali ini tidak begitu menyeronokkan seperti tahun lepas. Mungkin kerana tidak ada aktiviti yang dijalankan. Tapi bila aku fikir balik aktiviti yang aku ikuti tahun lepas tidaklah bermakna sangat selain daripada menonton rancangan kegemaran di televisyen dan DVD. Teruk betul.

Esok aku ada appointment dengan Cole, Helen, dan Carly. Aku pun tidak tahu apa yang Cole akan arahkan untuk aku laksanakan semester ini. Tapi apa yang aku harapkan projek bersama Kementerian akan terlaksana secepat mungkin. Projek ini betul-betul menyeksakan kerana terikat dengan masa dan kualiti produk. Sebenarnya aku pun tidak tahu bagaimana aku boleh tercebur dalam bidang produksi atau lebih tepat lagi film studies. Ini bukanlah bidang yang aku betul-betul pakar sebenarnya kerana aku lebih berminat dengan dunia politik dan kewartawanan.

Tapi aku tetap bersyukur kerana bidang ini memberikan pengalaman baru yang lebih berharga. Tidak mengutamakan teori tetapi lebih kepada praktikal dan kreativiti. Dan mungkin alasan ini jugalah aku berasa seperti rusa masuk kampung kerana tidak ada satu asas pun yang pernah kupelajari semasa di ijazah pertama dahulu. Ok lah..banyak pulak merapu daripada buat kerja..nanti kena marah pulak..

Isnin, Julai 24, 2006

mengerling bintang

Dalam kehidupan kita selalu mengharapkan sesuatu. Tapi tak semua yang kita harapkan akan jadi kenyataan. Namun kadangkala impian itu akan hadir walaupun ia tiba dengan jangka masa yang agak lewat. Tetapi lebih menakjubkan jika ia datang tanpa kita sedari. Itulah kuasa Tuhan. Sewaktu kecil-kecil dahulu aku cukup suka melihat bintang. Jika terlihat shooting star cepat-cepat aku memejamkan mata dan berhajat sesuatu. Walaupun ia agak kurang logik tetapi ia sebenarnya menambahkan keyakinan dan semangat untuk berusaha mencapai cita-cita. Tidak semua insan di dunia ini mencapai cita-cita dengan jalan yang mudah. Jika berasal dari keluarga yang kurang berada, kejayaan yang dicapai memang menerbitkan bibit-bibit kepuasan dan rasa terharu dalam diri. Puas kerana segala yang dicitakan tercapai dan terharu apabila mengenangkan segala cabaran dan pengorbanan yang telah dilakukan.

Setiap manusia di dunia ini melihat sesuatu dengan persepsi yang berbeza. Jika persepsi itu sama itu mungkin suatu kebetulan. Tetapi mungkin juga tidak jika diasuh dari latar belakang yang sama. Setiap benda akan dinilai dengan pandangan yang serupa. Jika berbeza pun mungkin hanyalah perkataan dan cara ia disampaikan. Aku masih ingat sewaktu aku berjalan kaki ke sekolah rendah antara tahun 1985 hingga tahun 1990. Perjalanan yang mengambil masa hampir 20 minit menjadikan aku biasa dengan tempat yang akan aku lalui dan lewati. Kemungkinan besar apa yang aku lihat sepanjang perjalanan ke sekolah ketika itu tidak sama dengan apa yang aku lihat sekarang jika aku memandu ke arah tempat yang sama. Jalan yang sama dan udara yang sama. Tetapi ‘rasa’ yang dinikmati antara tahun 1985 hingga tahun 1990 mungkin pudar sedikit. Dan ini mungkin adat dan kebiasaan yang pasti akan ditempuhi oleh sesiapa pun.

Kelmarin aku mendongak ke langit dan melihat taburan bintang. Aku berada beribu-ribu batu jauhnya dari kampung halaman. Namun bintang tetap bintang. Bintang yang kuamati dahulu masih tetap sama. Ia memancar terang. Sinar dan kerlipannya jelas dari jauh. Pancaran itu menusuk mata dan jatuh ke hati.

Anugerah yang diberi, kekuatan kita sebenarnya..

Khamis, Julai 20, 2006

tak puas hati betul - 24 punya pasal

Isk, sejak malam tadi sampailah waktu kat dalam shower room aku memang tak puas hati dengan Presiden Charles Logan tu...kurang asam betul..taktik beliau dengan menjadi seorang Presiden Amerika yang pura-pura bodoh telah menipu banyak orang terutamanya isteri beliau Martha dan penasihatnya Mike..tak puas hati sungguh aku..apa pun aku musti beli laa dvd 244 tu..bagus betul laa idea yang datang dari kepala otak pengarah 24 tu..apa pun aku sertakan profile Jack Bauer, Chloe O'Brian dan Presiden Charles Logan...boleh juga dilihat keterangan lanjut tentang siri 24 di http://www.fox.com/24/ yang begitu hebat menentang pengganas..hahaha..lawaknya...sesungguhnya media mempunyai peranan dan pengaruh cukup besar dalam masyarakat..



JACK BAUER
EXPERIENCE: Department of Defense, Washington DC – Special Assistant to the Secretary of DefenseCTU – Director of Field Operations, Los Angeles Domestic UnitCTU – Former Special Agent in Charge, Los Angeles Domestic UnitLos Angeles PD - Special Weapons and Tactics
EDUCATION:LASD - Basic SWAT School Master of Science, Criminology and Law - University of California (Berkeley)Bachelor of Arts, English Literature - University of California (Los Angeles) Special Forces Operations Training Course
MILTARY: US Army - Combat Applications Group, Delta Force Counter Terrorist Group
PERSONAL: WidowedDaughter - Kimberly Bauer


CHLOE O'BRIAN
EXPERIENCE: CTU – Senior Analyst, Los Angeles Domestic UnitCTU – Intelligence Agent, Los Angeles Domestic UnitCTU – Internet Protocol Manager, Los Angeles Domestic Unit
EXPERTISE: Built IPSec architecture.Attacks scripts, computer vulnerabilities, intrusion detection, penetration testing, operational security, viruses Proficiency in Cerberus and PlutoPlus.
EDUCATION: Bachelor of Science, Computer Science - University of California (Davis)
PERSONAL: Single


PRESIDENT CHARLES LOGAN
EXPERIENCE: President of the United States Lt. Governor of CaliforniaCalifornia State Congress, Representative (Santa Barbara)CEO, Western Energy Coal & ReserveVice President, Western Energy Coal & ReserveDirector, Pacific Nuclear Energy
EDUCATION: Bachelor of Arts, History – Princeton University
HONORS: Energy CEO of the Year
PERSONAL: Married – Martha Logan

ikan paus bersama christine

Alamak..penat betul hari ni...aku ni sebenarnya baru balik pergi tengok whales (ikan Paus) kat Victor harbour dan Port Elliot..best jugak sebab waktu kat Great Ocean Road dulu cuma nampak ekor jer dari jauh..laa ni bukan takat ekor malah seluruh badan ikan paus tu aku nampak..adalah besar rumah...waktu aku pergi tengok tadi adalah dalam enam hingga tujuh ekor..kalau masak kenduri boleh laa cover tiga hingga empat negeri kat semenanjung...

Al-kisah semalam aku telah diserang cirit-birit..inilah akibatnya pergi minum air tak masak kat main library..malam ni seperti biasa aku nak pergi memasak...sekejap lagi aku nak tengok siri kegemaran aku 24...lepas tu aku nak buat marketing kit jap sebelum tidur...harap-harap hari ni takde apa-apa masalah lagi seperti semalam..aku dah buang masa banyak disebabkan cirit-birit..ok laa..dah nak malam ni..aku nak balik masak..nanti senang siket kerja aku..jumpa lagi..

Selasa, Julai 18, 2006

diari dan kehidupan

Aku masih ingat lagi dulu aku memang rajin tulis diari..kalau tak silap ada lima hingga enam diari aku ada..tapi lepas jer aku habis study terus aku tak tulis diari dah..beli jer tapi tulis tak..malas betul nak tulis..lagi pun tiada apa yang menarik disamping bilangan kawan-kawan yang semakin mengecil..kalau ada member ramai dah tentu seronok menulis diari..watak dan peristiwa sering bertukar ganti...jika dibaca berulang-ulang pun tidak akan jemu..

Memang betul kata Prof Rajenthran sewaktu di kuliah terakhir tahun ketiga di universiti..kenangan yang paling indah adalah kenangan sewaktu kita sedang berada di alam persekolahan sehinggalah tahun terakhir pengajian ijazah pertama di univerisiti..selepas itu terpulanglah kepada diri kita untuk mencorakkan kenangan seterusnya sama ada indah atau sebaliknya..

Aku mula menulis sewaktu di tingkatan 4..banyak betul benda nak tulis masa tu..pasal cikgu, rakan taulan dan apa-apa sahajalah..tapi kalau diberikan diari sekarang untuk ditulis mesti jadik macam laporan kerja..langsung tiada unsur naratif..kaku dan nak tulis punyalah payah..hehehe..apa laa..lawak betul..

ok laa.aku sebenarnya tengah berborak dengan si erwan ni..dia tengah dok jaga pameran kat DTC..lepas tu malu-malu kucing nak explain kat budak-budak sekolah tentang kajian sex industries yang dia hasilkan tu..apa laa..teruk betul..itu kan realiti masyarakat Thailand..lain kalau made in Malaysia..mesti orang dok kutuk tak habis..

dia wanita....(bukan erwanita)

Bagai pohon tegak berdiri
Sentiasa kau tahan diuji
Bagai Sungai yang terus mengalir
Pengorbanan tetap tak pernah berakhir

Wanita
Engkau bulan engkau juga suria
Wanita
Kerana keistimewaanmu
Terpikul segala amanah di bahumu

Demi kebahagiaan semua
Api kau genggam menjadi bara
Jasad lebur
Semangat tak luntur
Wanita mithali engkaulah obor

lagu nyanyian oleh salamiah hassan dan lirik oleh Habsah Hassan ni pernah berkumandang di Televisyen waktu aku form 3...lama dah..tapi aku cukup terpesona dengan lirik yang terbina..apa pun enjoy..untuk semua wanita di dunia ini...kecuali Erwanita... (hahaha..jangan ko terajang aku sudah..)