Rabu, Mac 29, 2006

besday

Ehem...Ehem..diam tak diam aku dah sambut hari jadik yang ke berapa ek? alamak lupa laa...(ke buat-buat lupa?) alahaia..biasa laa tu sambut hari jadik...tak nak laa sentimental sangat...tapi yang penting dah buat apa yang patut...hmmm...this friday nak pergi city jap dengan sis Daljit..then weekend ni nak mulakan buat timecode apa yang patut...walaupun takde kemeriahan hari jadik macam waktu budak-budak dulu tapi keseronokannya masih lagi terasa sehingga ke hari ini..masa berlalu begitu cepat...apa pon, selamat panjang umur dan murah rezeki, Shah!!

Selasa, Mac 28, 2006

Pagi-pagi lagi aku dah keluar ke bandar untuk pergi ke State Library...kali ni aku kena hantar release form kat Anthony sebelum Helen kata kat aku "shah, you are bloody jerk"...ceh..macam laa aku ni bodoh sangat...sekali aku tempeleng kang hilang segala ilmu di dada..wakakakakaka...apa kabar erwan ya? bukan ke semalam dia pergi mengadap dewa?

Ahad, Mac 26, 2006

Pagi-pagi lagi aku dah bangun hari ni sebab nak pergi tengok tarian poco-poco sempena Harmony Day hari ni..Mula-mula aku ingat tak nak pergi tapi disebabkan si zura dan kak za pon dah ajak, dan kerja aku pn dah ok, aku pon pergi laa ke Warraparingga park tu untuk menonton persembahan pelbagai etnik..Tapi yang peliknya hari ni punya laa ramai warga Uzbekistan yang dah migrated ke Australia nih..Datuk Bandar yang seksi tu pun siap promote lagi suruh mana-mana insan terpilih yang rasa-rasa nak jadik warga Australia tu pergi memohon ke jabatan yang berkenaan..tapi seronok laa jugak sebab dapat bergaul dengan budak-budak dan golongan veteran...mula-mula aku ingatkan dah pergi salah tempat sebab yang ada cuma itik dan angsa, rupa-rupanya tak mula lagi..ceh!!