Sabtu, Mac 01, 2008

selepas jer melantak McD untuk kali yang ketiga dalam minggu ni aku pun bertapa semula kat dalam office..mula-mula ingat nak siapkan saringan soalan untuk kumpulan fokus tapi rasa malas-malas kucing laa pulak..so aku menghabiskan masa membaca berita semasa dalam dan luar negara..kang tak update rasa macam tak best laa pulak kalau berborak dengan rakan-rakan yang sewaktu dengannya di Malaya nanti..esok pagi aku nak pergi bayar itu tiket flight..aku harap kali ni boleh clear semua bayaran tersebut..kalau tak dapat tarikh yang sesuai terpaksa laa aku beli tiket sehala jer...senang siket keje aku..at least, balik Malaysia nanti bleh dapat discount kat travel agency dalam kampus nanti..kih kih kih...bijak tak aku..

esok apa aku nak buat..? oh aku inga tnak kemaskan meja aku siket..aku rasa meja aku laa yang paling teruk dalam ofis ni penuh dengan barang-barang pameran...nasib baik che temah, kura-kura plastik yang aku beli kat Brunswick tu menjadi penyeri mejaku ini...dan juga che mek molek, replika burung kiwi yang dihadiahkan oleh si Tawakal sewaktu dia pi merayap ke NZ tahun lepas..kalau tak dengan sudu, kotak biskut, kertas note sana sini, menambahkan lagi kehodohan mejaku ini...oh ya, aku nak beli apa ek nak bawak balik ke Malaya? aku ni bab shopping paling lemah sekali...rasa macam nak tido jer bila dengar perkataan shopping..kalau boleh nak shopping online jer..takde laa nak menyusahkan aku nak pergi sana-sini lepas tu kena angkut berat-berat...aku ingat nak beli benda-benda simple jer laa kot..atau aku bawak nota atau artikel ilmiah sebagai buah tangan..baru laa nampak akademik sikit..keh keh keh...

Kalau aku dapat tiket 5 Mac ni aku ingat nak pulang ke Kota Tinggi sekitar 7 Mac..tapi ada tiket bas ke nak balik kampung? jangan sampai aku kena naik Airasia pulak...tak larat laa...harap-harap si Miss boleh dapatkan tiket balik kampung tu..tapi rasanya ada banyak bas tambahan kot..kalau tak dapat tiket maka punahlah impian untuk pi mengundi kat Sekolah Kebangsaan Bandar Easter tu...hehhehe..sebut pasal SKBE ni rasanya dah hampir lapan belas tahun kami tinggalkan sekolah..teringat waktu kami lumba lari setiap kali balik sekolah sekitar tahun 1985 hingga 1990. Dan juga aktiviti yang boleh membuatkan kami terbahak-bahak ketawa sebab memang kelakar giler bila jadik budak Felda ni...sebenarnya ada perbezaan antara kehidupan sebagai anak Felda dengan anak kampung..apa pun aku tetap gembira dan bangga jadik anak Felda...

Isk...berdebar-debar pulak aku nak balik ke kota tinggi ni..mesti ada banyak perubahan kot...tapi perubahan macam mana? mana tahu dah ada LRT ke kat kota tinggi tu..eh mengarutlah..kalau nak ada LRT pon rasanya kena tunggu sepuluh tahun lagi...itu pun kalau ada...tapi bak kata Miss acara yang paling mendebarkan ialah bila bertemu rakan-rakan lama waktu sekolah dulu ketika membuang undi..masa tu laa semua sibuk bertanya khabar (soalan bonus - bila nak kawin - rasa nak cepuk jer sapa-sapa bagi soalan cepu emas ni) dan aktiviti yang dilakukan sekarang ini..ceh, macam betul-betul jer aku ni dok bercerita...walhal bila habis jer mengundi terus jer balik rumah buat taik mata..sama seperti aktivit yang aku sering lakukan kalau balik beraya..kih kih kih...
yer laa nak buat apa lagi kan..semua member dah ada family dan aktiviti khusus yang depa nak buat..so aku pon taik mata laa disamping melakukan kerja-kerja pembaikan yang lain..contohnya, menonton televisyen, membaca komik Dragon Ball, mencari album-album gambar lama (kononnya nak menyingkap memori semalam, lepas tu kena marah dengan mak aku sebab buat sepah kat ruang tamu), membaca surat-surat dari rakan-rakan ketika bersekolah di Muar dahulu, mengira balik berapa banyak pen dan trofi yang aku terima setiap kali majlis penyampaian hadiah berlangsung (riak laa siket, keh keh keh), dan banyak lagi laa...

lepas tu makan sekejap and then tido balik...dan perkara yang sama berulang-ulang sampai laa hari aku nak balik semula ke Malaya...nak buat macam mana kan..nak pergi shopping kat Felda tu mana ada tempat pun..takkan laa aku nak melepak dengan pakcik-pakcik kat warung kopi kat gerai-gerai yang dekat dewan raya sana tu haa...lain laa kalau aku nak masuk politik..boleh laa aku jadik mesra rakyat siket...tapi kan, nak tak nak aku kena jugak jadik mesra rakyat tapi di kalangan wanita ajer laa kot sbb kajian aku lebih berkisar kepada wanita dan media..cis, ni penyelia aku ler punya pasal sibuk suruh aku kaji pasal wanita...tapi yang lawak, president/VC uni tempat aku belajar adalah wanita...boss besar tempat aku keje di Malaya pun wanita...
begitu juga ketua di Jabatan aku kat Malaya pun wanita...school tempat aku study sekarang pun diketuai oleh wanita..begitu juga dengan pengarah penyelidikan dan ketua unit pengajian Asia (yang juga merangkap penyelia aku)..pendek kata start aku belajar waktu first degree dulu sampai laa sekarang semuanya diuruskan oleh wanita...that's why aku selalu confuse memanggil erwan sebagai erwanita....(kih kih kih kutuk siket)..dan sebab itu jugalah tema aku sekarang ini ialah 'wanita sumber ilham selalu'...alamak, lapar pulak laa ...apa aku nak makan? walhal aku baru jer makan banyak benda..teruk betul laaa.....okay laa kita sambung nanti....bye :P