Khamis, Julai 30, 2009

bertemu sahabat lama...

aku memandang skrin telefon bimbitku berulang kali. ..entah kali ke berapa, fikiranku melayang lagi.. kami sama-sama satu sekolah di kampung. serba salah jika tak bertemu. apa pula katanya nanti di depan rakan-rakan sekampung. apatah lagi sudah kebetulan menjejak kaki di tempat orang. sesekali aku meneguk liur. dalam hati aku menyumpah-nyumpah diri. entah mengapa tiba-tiba jemariku cukup gatal pagi itu melayangkan mesej untuk bersua muka. ..sudah hampir lebih dua puluh tahun. walaupun aku pernah bertemu dengannya sekali beberapa tahun sudah, tapi aku masih lagi berasa sangsi...bimbang kalau-kalau dia tidak mengenaliku...kami sekelas ketika hendak menduduki PMR. itulah sekali. selepas itu dia ke johor bahru bersama rakan-rakan cemerlang yang lain untuk menyambung pengajian di asrama penuh kelolaan felda. aku yang tak cemerlang hanya layak mengaji di kampung. bertemankan rakan-rakan sebaya lain yang juga menerima keputusan ala kadar. dan kali ini aku ditakdirkan bertemu sekali lagi dengannya..aku melihat jam di tangan. sudah hampir jam 7...tanpa buang masa aku terus keluar. cuaca agak mendung petang ini. khabar pagi ini mengatakan hujan akan turun lebat lewat malam nanti.
Tapi khabar tetap khabar. kadangkala benar dan kadangkala tidak. titisan air hujan mula terasa. setitik. dua titik. dan titik seterusnya. fikiranku menerawang kembali merungkai kisah-kisah lalu. cerita demi cerita yang tidak terusik hampir bertahun- tahun lamanya. dalam hatiku berdetik apakah yang harus dibualkan? sesekali mataku meliar memerhatikan kenderaan yang bersimpang siur di jalan raya. kaki lima di bandar ini agak lengang hari ini. tidak ramai orang yang keluar membeli-belah. aku tercari-cari restoran tempat bertemu. selepas puas mencari, kutemukan juga restoran itu. aku mengerling sekali lagi jam di tangan. kelihatannya aku mungkin terlewat seminit dua. restoran separa mewah. agak besar dan bercermin kaca. aku terhendap-hendap di luar. mencari dan menjeling wajahnya...peluh di dahiku mula mengalir. bergoncang jantung di dada...ku perhatikan sosok seorang jiwa. dialah yang pernah kenali bertahun-tahun dulu tapi terpisah lantaran akal fikir yang berbeza. dia melambai tangan dari jauh. dan kali ini aku terpaksa membalas lambaiannya walaupun dia bersama-sama teman lain yang tidak ku kenali. 'mampus!' getusku dalam hati. janggal emosiku melihat temannya yang tidak kukenal. tapi kuberanikan juga. diperkenalkan aku kepada temannya yang lain. senyum demi senyum terukir. 'bolehlah!' hatiku memujuk. 'dah makan?' soalnya. 'oh, baru lepas' sahutku santai. kali terakhir aku menyentuh nasi lewat jam dua. 'lama di sini?' soalnya lagi. 'bolehlah' sahutku lagi. 'oh!' balasnya. sunyi sepi. sesekali terdengar sudu berlaga di meja sebelah. tiada lagi bual bicara. mati perbualan. 'aku nak order makanan sekejap, jom?' gesanya bersama teman-teman lain. 'tak apa, biar aku lihat menu dulu' jawabku lagi. 'okay'. sunyi sepi. dia mengatur langkah ke kaunter bersama teman. dan aku hanya memandang dari jauh. 'bodoh!' aku menyumpah diriku lagi. selepas menjamu selera aku mencari alasan untuk pulang. 'mahu jumpa member' aku memberitahu dengan selamba. 'oh aku pun nak balik' dia membalas sambil menarik beg galas di kerusi. kami meminta diri. pintu restoren dibuka. hujan di luar mencurah-curah. 'hujanlah!' kesal bunyinya. rokok sebatang dinyalakan. 'aku contact member ko yang kuat makan tu tadi, dia bagi tahu aku kau ada kat sini kerja dua bulan'. 'alamak ye ke? aku sebenarnya pon baru tahu tadi ko ada kat sini' kali ini perbualan menjadi tidak formal. tiada lagi sastera berbunga. hujan makin lebat mencurah-curah.

Jumaat, Julai 17, 2009

sibuk -- :P

memang penat dan sibuk siket lately..tu yang aku tak sempat nak tulis anything kat sini....lagi pun deadline dah dekat...ecehhh...aku yang buat special date tu...banyak laa...aku memang tak larat nak berkerja dengan penuh dedikasi dengan cuaca sebegini...better tarik selimut dan tidor macam yoyo (sila rujuk foto) ...ada gak faedahnya...apa khabar yoyo sekarang? last year aku jumpa dia malu-malu kucing sebab tak berapa kenal...yang datang sibuk purrrr kat aku cuma meri jer...apa khabar dayang erwanita dan raja nok hum alagapas pagi ni? okay ke tak okay? dengar masing-masing sibuk makan tak habis-habis...mesti nak menambahkan lagi berat badan...muahahahha...okay laa nak kena sambung ke balik..kang tak siap plak analysis aku...ciao :P p.s- raja nok, ko makan pulut panggang tak hengat kat aku..

Ahad, Julai 05, 2009

rock kapak punya pasal

entri ni ditulis khas untuk raja nok humalagapas sebab dia punya pasal ler aku asyik dok buang karen dengar lagu rock kapak..kalau korang nak tahu, raja nok humalagapas ni turut diberi jolokan queen of rock kapak..korang tanya laa lagu rock kapak hapa pon kat dia mesti dia boleh jawab punya laa.....disebabkan idea dia ler, aku tak berhenti-henti asyik dok dengar lagu kumpulan axl's ni...lagu rock kapak ni ngetop waktu aku kat form six kat maktab adabi maharani, muar...first time aku dengar lagu ni masa aku dok melepak kat asrama di jalan omri...tak silap tahun 1997...masa tu baru lepas maghrib, tiba-tiba member aku si kamarul arifin atau nama glamournya tajul (sekarang dah jadik librarian di bandar penawar) dok menyanyi lagu ni sambil dengan walkman (masa tu takde ipod atau mp3 lagi..)..then, aku dengan safuanezam dok tercengang tengok dia menyanyi...macam sedap jer lagu tu walaupun suara dia sengau ala-ala syahdu (konon nak tiru macam penyanyi kumpulan ni)...lagu yang dia dok nyanyi tu tajuknya 'andai dapat ku undur masa'....macam ni ler lebih kurang lagunya: kau menyangka aku pergi kerna dia, yang tak pernah wujud dalam alam cinta, belum sempat ku jernihkan suasana, engkau pula yang hilang entah ke mana...' muahahahaha....lagu rock kapak ni memang aku minat giler dulu...bila abis jer si tajul tu nyanyi aku terus tanya sapa nyanyi lagu ni...tapi disebabkan nama kumpulan ni susah sangat nak sebut, tu yang aku hanya 'hengat' lagu jer, nama kumpulan tak 'hengat' sangat....ada satu lagi lagu kumpulan ni yang ngetop -- akulah kekasihmu...kalau tanya raja humalagapas mesti dia tahu...tapi aku rasa semua orang yang sekolah menengah tahun 97-98 mesti tahu ler nyanyi lagu kumpulan ni...(sapa yang tak tahu tu mesti tak normal kah kah kah) -- itukah dia kekasih yang pernah berjanji, memberi cinta untuk mu sepenuh hati, ia akan menyesal suatu hari nanti, apabila ia mengetahui, kekasihmu ini ingin kembali....' ewahhhhh...walaupun tatabahasa agak gampang sebab kata ganti diri tak berapa betul, tapi disebabkan best, layan jer laaa.....-- p/s: tu ler gambar queen of rock kapak..amacam? memang rock kan? tu gambar semasa jadik queen of rock kapak dan selepas bersara...muahahahaha...

Jumaat, Julai 03, 2009

lepaks...

sambil mengetuk-ngetuk keyboard dan mencari idea apa yang patut ditulis, aku pun mengambil kesempatan untuk menulis sesuatu di sini...sebenarnya aku baru balik makan di restoren jepun di port philips arcade dengan alvin dna wotka....memang ngetop..mula-mula wotka macam tak nak pergi sebab dia 'hengat' tak sedap..lepas jer makan terus dia tak bercakap-cakap sambil mengunyah tanpa henti sebab terlalu ngetop katanya...sebelum pi makan kat restoren tu aku pergi beli rolling stone special edition tentang jacko...bukan senang nak dapat isu khas ni...dah ler harga $10...memang hampes...sampai jer ofis, raja humalagapas dah buzz aku mintak teka-teki..apa lagi, buang karen ler kejap main 'mari teka lirik' dengan mak cik tu...esok building 9 ditutup lagi..hapa aku nak buat...nak ke library pon semua ditutup...memang hampas dia orang ni...tiap-tiap minggu semua bangunan dia nak tutup...aku ingat nak pi beli lady in white..filem lama yang aku tonton kira-kira 23 tahun yang lampau..hari tu aku ada nampak kat jbhifi...petang ni aku pi beli ler...atau pun esok kot...hari ni sejuk betul..teringat kat molly..apa khabar agaknya molly yang peramah tu? agak-agak dia ingat aku lagi tak?

Rabu, Julai 01, 2009

sepuluh lagu dan sepuluh peristiwa

pagi-pagi buta lagi aku dah main mari teka lagu dengan raja yang membuat lintas langsung dari OUM....wah wah sejak dah dapat ofis baru ko makin menjadi diva..tak ku sangka...muahahaha....sapa yang membesar sekitar lewat 80 an sehingga pertengahan 90an mesti ingat koleksi lagu-lagu rock kapak dan melara jiwa serta raga pada ketika itu...jadi hari ni aku nak tulis cerita sepuluh lagu terbaik yang memberi kenangan lawak dan memalukan sepanjang zaman...lagu pertama mestilah lagu -- kau kunci cintaku dalam hatimu, nyanyian ramlah ram, atau nama kampungnya kak melah...masa kak melah menang juara lagu atau muzik-muzik tahun 1988, semua orang nak jadik kak melah. apa yang kak melah buat semua orang akan ikut..rambut ala kak melah, nyanyi ala kak melah, dan macam-macam lagi lah...aku hengat lagi masa belajar kat sekolah rendah kebangsaan bandar easter, si miss tu tiba-tiba come out with an idea untuk adakan pertandingan juara lagu..aku tak tahu ler macam mana pakcik tu boleh dapat idea untuk buat benda bukan-bukan waktu orang semua sibuk nak dapat 4A dalam UPSR..jadi ramai lah yang sibuk nak menyanyi sampai tak 'hengat' dunia dan lagu paling laris ketika itu ialah lagu kak melah ni ler -- kau kunci cintaku dalam hatimu. ..antara member aku yang asyik dok menyanyi lagu berhantu kak melah ni si zaki ler...bila time dia nyanyi mesti senyap sunyi macam mailakat lalu...bila smapai jer kat lirik -- 'sukarnya, untukku, berpisah denganmu...!!!' terus suara dia tak sampai...yer laa masa tu kan belum mumayyiz lagi, jadi tak keluar laa sangat suara lelaki...kira masih suara nobita ler lagi...nasib baik laa kan..kalau tak segala hantu semua lari....

lagu kedua -- darah muda versi wann...masa ni wann ngetop giler...yer laa kan pertama kali dengar suara macam nak terberak semua orang jadik pelik laa kan...tu yang menyebabkan dia popular...lagu darah muda ni lagu lama dan pernah dipopularkan oleh biduanita negara saloma..tapi bila wann nyanyi jadik bertambah pelik tapi sedap plak didengar....tu belum masuk imej wann yang memang ketara seksi time tu...alkisahnya, masa lagu ni tengah ngetop, kebetulan pulak setiap murid darjah enam sekolah kebangsaan bandar easter sesi 89/90 diwajibkan menyertai perkhemahan...bila sampai jer malam kebudayaan, tiba-tiba cikgu punahsihat PBSM pon panggil untuk raptai persembahan...dah ler last minute, lepas tu tak tau nak buat apa, cikgu tu suruh kita orang buat persembahan joget lambak...miss masa tu perangai cam bangkai dia lari menyelamatkan diri daripada menyertai persembahan...lepas tu siap ejek-ejek aku dengan zaki lagi waktu kita orang dok berlatih last minute...aku 'hengat' lagi dia menari-nari dengan suhaila bunawan time tu kat tepi kantin sekolah sambil gelak-gelak kat kita orang...bila tiba jer malam persembahan, cikgu punahsihat dah sediakan dialog....konon berlakon ler sebelum berjumpa pasangan...lepas jer intro lagu --'hatiku rindu, kepadamu...tertawan sejak...bila bertemu, jeng jeng jeng..aku sangka..' terus semua menari sampai tak 'hengat dunia'...dah ler gelak-gelak lepas tu segala step semua lupa..lagu kategori pop 60 an tapi menari hancur..ada yang macam menari tarian zapin, ada yang menari breakdance, ad ayang menari ala-ala kadar, dan yang paling kelakar aku ler yang bantai gelak sampai tak 'hengat' dunia dengan zaki...tapi yang best tu, persembahan tu menang juara malam kebudayaan walaupun terbarai sana-sini...berjaya gak mengalahkan pasukan tunas puteri dengan tarian 'endang' klise tu..kah kah kah...


lagu ketiga -- cintaku mekar di hati oleh kumpulan May..masa ni zaman kemunculan rock kapak..jangan tak tau, sampai sekarang rock kapak atau rock orang kampung ni akan berkumandang sampai bila-bila...walaupun kebanyakan time tu ramai yang suara ala-ala sengau syahdu tapi masih sedap di dengar....pendek kata walau pun takde class macam maroon 5 atau cold play, tapi kira allrite apa..tak caya pergi laa kat mana-mana pusat karaoke, lagu rock kapak ni laa yang akan menjadi pilihan utama... lagu cintamu mekar di hati ni memang ngetop sekitar tahun 1989 kalau aku tak silap...alkisahnya cikgu punahsihat pbsm telah pilih sejumlah 30 orang kalau tak silap untuk menyertai perkhemahan PBSM peringkat kota tinggi di Jason Bay sedili..maka aku dengan miss pon terpilih laa untuk pergi sekali...aku pon tak tahu apesal aku dengan miss dulu begitu rajin pergi camping..itu yang lingkup masa UPSR...seperti juga lagu darah muda yang menjadi latar belakang joget lambak ala-ala masa malam kebudayaan perkhemahan peringkat sekolah di SKBE, kali ini lagu cintamu mekar di hati dipilih, bukan untuk dijadikan lagu joget lambak (apa laa korang), tapi sebagai lagu wajib untuk koir beramai-ramai...disebabkan suara budak-budak lelaki ni semua tak sedap langsung, jadik cikgu punahsihat cuma pilih budak-budak pompuan jer untuk menyanyikan lagu ni...masa intro okay ler...tapi bila sampai korus --'ketika kau, perlukan aku, sentiasa aku, ada di sisimu...ketikaku, rindu padamu, terasa cinta...semakin dalam...sayang...!!!!!!' masa sebut perkataan sayang tu, ramai yang tak smapai jadi guna suara soprano untuk mengelakkan daripada kena ketawa.....tapi yang aku pelik tu, persembahan tu menang johan...aku pon tak tahu macma mana ler pengadil tu bagi markah...agaknya masa jeritan soprano tu 'dilaungkan' segala jembalang tanah keluar jadi back up..tu yang sampai salah sorang perserta perkhemahan, jasopha (bukan nama sebenar) kena rasuk hantu...hahaha....

lagu keempat -- resahku, rohana jalil...lagu ni memang best..tak caya tanya laa si miss...sebab apa, lagu ni menjadi lagu wajib aku kalau menyertai muzik-muzik peringkat kelas 6 cempaka..kah kah kah..nak dijadikan cerita, sekali lagi aku dengan miss dipilih oleh cikgu pbsm untuk menyertai perkhemahan pbsm kat sekolah menengah bandar easter pada pertengahan tahun 1990. tak silap aku, hairul zairi bachok (dengar nak kawin dah, jangan lupa jemput) pon join sekali...bila tiba time malam kebudayaan salah sorang perserta perkhemahan dari sekolah menengah arab kota tinggi, kak haslilin namanya keluar untuk mempersembahkan nyanyian live...walaupun bertubuh besar (koran gpaham jer laa kan), tapi beliau mempunyai pemikiran positif dan yakin untuk menyampaikan single terbaru rohana jalil, resahku...masa dia nyanyi senyap sunyi kawasan kantin sekolah menengah bandar easter tu...kalau nyamuk lalu boleh dengar ler dengungannya....memang ngetop ler suara dia malam tu..cuma dia tak pakai ler hiassan kepala dan earring berbentuk ikan macam rohana jalil pakai waktu persembahan juara lagu...aku tak ingat apa yang dilakukan oleh wakil skbe untuk persembahan malam tu...kalau tak silap aku ramlee, norhanizam dan sapa lagi aku tak ingat dok menyanyi lagu isabella sampai nak pecah mikrofon...masa tu aku dok berguling-guling gelak kat belakang denagn miss sebab tak mau masuk buat persembahan...lagu kelima -- masih lagi dengan rock kapak..kali ni lagu cinta bandar tasik selatan...aku pon tak tau kenapa aku suka dengar lagu ni...masa tu tak silap aku tahun 1992, waktu form 2...first time aku dengar lagu ni waktu si maslina saiman dan kasmah kamis -- member sekelas yang duduk depan aku dok curik-curik nyanyi lagu ni...yang aku nak tergelak dia orang siap buat nota kecik untuk tulis lirik lagu tu dan hafal..wah hebat betul budak zaman tu kan..orang suruh hafal formula matematik atau fakta sejarah, tapi sibuk tulis lirik lagu..kalau lirik lagu dalam bahasa inggeris takpe laa jugak boleh memperkayakan lagi vocabulary..ni semua lirik cinta cintun..tak caya? contoh lirik tu kan -- 'bandar tasik selatan, mencermin kenangan syahdu, berderai airmata piluku..' melampau-lampau betul jiwang karatnya....tu bila time cikgu tanya soalan semua tak boleh jawab...kalau cikgu tanya kat mana letaknya bandar tasik selatan, pon for sure semua tak boleh jawab sebab semua mesti 'hengat' bandar tasik selatan tu cuma satu rekaan...walhal punya besar ler papan tanda bandar tasik selatan kat kl...

lagu keenam -- untukmu, feminin.. bila masuk form 3, kira dah moden ler siket masa tu kan...lagu- lagupon dah pelbagai..masa ni semua gila dengan muzik rap..aku pon tak paham konteks rap kat malaysia masa tu..yer laa kan masa tu takde internet lagi, jadi imej rap tu berpandukan majalah jer laa...tu yang ada sampai gantung cd kat leher, pon masing-masing sibuk nak gantung gak...yer laa masa tu kan cd mahal..penggunaan teknologi komputer pon tak meluas lagi...msc pun launched sekitar 96/97 macam tu...so kira, precious ler cd gantung kat leher masa tu...tak tahu ler harga berapa kan....yang takde duit nak beli cd gantung kat leher terpaksa ler carik alternatif lain macma tudung periuk...palign teruk pon beli kad manila lepas tu gunting bulat-bulat macam bentuk cd pun kira allrite elr (sorry ek, aku tak buat menatang ni semua...korang jangan provoke bukan-bukan)....antara kumpulan 'rap' yang ngetop masa tu ialah feminin...lagu memang best tapi bila nyanyi rasa macam hujan nak turun satu lembah....imej memang up to date..kira ada class ler dalam berfashion...yang aku tak lupa tu fesyen rambut feminin yang macam tempurung kelapa, pakai earring bentuk O besar gedabak boleh masuk dua tangan, dengan skirt labuh kuning dan baju belang-belang..lepas tu menyanyi lagu 'rap' ala-ala hidup segan mati tak mau -- 'angin bayu, membawa diriku, sepintas lalu, kuterkenangkan mu...' punya laa syahdu dan gembira terbang....rap? langsung takde...jangan harap ler..aku pon tak tahu ler mana yang dikatakan rap....pop adalah...ni member aku si raja ni suka betul dengan kumpulan ni...kalau pergi karaoke manjang nak nyanyi lagu untukmu...disebabkan fizikal tak mengizinkan beliau untuk melompat 'rap' ala-ala, cukuplah sekadar intro yang manjang uhhh uhhhh uhhuhuhuuuuuu......

lagu ketujuh -- curiga, ning baizura...tak sah kalau tak cerita pasal lagu curiga ni....ni kira gaya menyanyi lagu r&b soprano yang kelihatan agak asing di kalangan masyarakat melayu masa tu kan...biasalah, mana-mana masyarakat pon..sesuatu yang pelik tapi best akan dapat sambutan...tak caya tanyalah sesapa pon..dengan imej dan vokal ala-ala orang kulit hitam amerika (kononnya), ning berjaya memukau semua khalayak malaysia termasuklah member-member aku macam si rizal haron, razali muhd dan zaki pua'at..aku rasa yang palng fanatik dengan ning baizura ni hairul zairi bachok (kah kah kah..sorry zai)...sudin pon suka gak..asyik-asyik akan jerit part 'disebalik, keasyikan itu....lalu ku tersingkir, menjauh.....di sudut, memori duka, abadi........' tang part 'abadi' tu yang aku tak bleh tahan...keluar ler semua suara jantan katak bentong tapi sibuk nak tiru macam ning...aku? masa tu aku tak terlibat dengan semua-semua ni..aku budak baik masa tu..kah kah kah....lagu kelapan - rindu, amelina...tahun 90 an ni banyak betul genre muzik yang muncul...dangdut antara satu-satunya muzik golongan commonner esp yang tinggal kat kawasan felda macam aku ni...sebut jer amelina, semua tahu...lagu ah! ah! ah! dia tu yang tak boleh tahan..semua adik kak pak cik mak cik sibuk berebut nak cakap ah! ah! ah! time amelina nyanyi lagu tu kat live hiburan minggu ini....sebut pasal dangdut, member aku dayang erwanita cukup fanatik dengan mas idayu..nak-nak lagu 'seminggu sekali, kau datang padaku membawa, cinta yang suci...' tapi masa tu populariti amelina begitu kukuh sampai takde sapa bleh cabar...kalau ada majlis kawin mesti ada yang sibuk nak nyanyi lagu amelina...yang ada tu tak macam menyanyi, macam bunyi orang marhaban pon ada jugak..keh keh keh....tapi takpe, janji kita rock dan happy....bantai jer laa..


lagu kesembilan - puji-pujian, raihan...aku ingat kumpulan nasyid berbentuk kontemporari (tak tau ler betul ke dak) muncul macam cendawan dan menjadi idola begitu ramai mahasiswa-siswi IPTA ..antara member aku yang terlibat dengan muzik nasyid ni ialah si miss tu laa...hebat siap tempah jubah arab dan serban iraq sebab nak masuk nasyid mewakili kolej..tapi dia bagi tau terus lari sebab konsep tersebut tak bersesuaian dengan jiwanya yang masih tebal dengan pop rock...kah kah kah...member aku si e-she masa kat UM dulu tu pon suka betul dengan lagu-lagu nasyid...asyik ler dengar lagu nasyid..satu hari tu aku bukak lagu misha omar kuat-kuat, terus dia dah tak dengar lagi lagu nasyid tu...yang lawak masa ekspo konvo kat UM lagu nasyid ni laa yang berkumandang hari-hari..sampai aku pon nak tertido masa datang 'shopping' kat pesta konvo yang tahap pasar malam...eh jangan marah ler, tapi tak caya cuba tengok dan bandingkan sendiri...member aku semua cakap macam tu...tak happening langsung..tapi panggil pesta..kih kih kih...tu yang aku pergi cuma 3-4 kali jer...jangan plak cakap aku anti muzik nasyid...lagu kesepuluh -- putus terpaksa...sebenarnya aku dah tak tau nak tulis apa lagi sebab wotka dok tanya aku ni buat keje ke curik tulang..then aku cakap ler kat wotka, this is one of my skills as tactic..kah kah kah....lagu putus terpaksa ni favourite miss sebenarnya...dulu dia suka betul dengan ziana zain..dia cakap kat aku 3-4 kali dia pergi cinema kat pelangi mall di jb tu semata-mata nak tengok filem sembilu..sebab ada ziana zain tu yang dia minat sangat nak tengok...masa tu kak ziana tengah ngetop dengan lagu-lagu bernada tinggi yang sapa bleh nyanyi memang for sure aku salute hitler punya laa..tapi tak pernah plak aku dengar si miss ni nyanyi setanding dengan vokal ziana zain....balik-balik kalau aku call dia masa kat waha, dia asyik ler ulang-ulang korus lagu sangkar cinta -- 'yek eh! yek eh!' kah kah kah....dah ler..aku letih dah..nak sambung buat keje....