Ahad, Julai 05, 2009

rock kapak punya pasal

entri ni ditulis khas untuk raja nok humalagapas sebab dia punya pasal ler aku asyik dok buang karen dengar lagu rock kapak..kalau korang nak tahu, raja nok humalagapas ni turut diberi jolokan queen of rock kapak..korang tanya laa lagu rock kapak hapa pon kat dia mesti dia boleh jawab punya laa.....disebabkan idea dia ler, aku tak berhenti-henti asyik dok dengar lagu kumpulan axl's ni...lagu rock kapak ni ngetop waktu aku kat form six kat maktab adabi maharani, muar...first time aku dengar lagu ni masa aku dok melepak kat asrama di jalan omri...tak silap tahun 1997...masa tu baru lepas maghrib, tiba-tiba member aku si kamarul arifin atau nama glamournya tajul (sekarang dah jadik librarian di bandar penawar) dok menyanyi lagu ni sambil dengan walkman (masa tu takde ipod atau mp3 lagi..)..then, aku dengan safuanezam dok tercengang tengok dia menyanyi...macam sedap jer lagu tu walaupun suara dia sengau ala-ala syahdu (konon nak tiru macam penyanyi kumpulan ni)...lagu yang dia dok nyanyi tu tajuknya 'andai dapat ku undur masa'....macam ni ler lebih kurang lagunya: kau menyangka aku pergi kerna dia, yang tak pernah wujud dalam alam cinta, belum sempat ku jernihkan suasana, engkau pula yang hilang entah ke mana...' muahahahaha....lagu rock kapak ni memang aku minat giler dulu...bila abis jer si tajul tu nyanyi aku terus tanya sapa nyanyi lagu ni...tapi disebabkan nama kumpulan ni susah sangat nak sebut, tu yang aku hanya 'hengat' lagu jer, nama kumpulan tak 'hengat' sangat....ada satu lagi lagu kumpulan ni yang ngetop -- akulah kekasihmu...kalau tanya raja humalagapas mesti dia tahu...tapi aku rasa semua orang yang sekolah menengah tahun 97-98 mesti tahu ler nyanyi lagu kumpulan ni...(sapa yang tak tahu tu mesti tak normal kah kah kah) -- itukah dia kekasih yang pernah berjanji, memberi cinta untuk mu sepenuh hati, ia akan menyesal suatu hari nanti, apabila ia mengetahui, kekasihmu ini ingin kembali....' ewahhhhh...walaupun tatabahasa agak gampang sebab kata ganti diri tak berapa betul, tapi disebabkan best, layan jer laaa.....-- p/s: tu ler gambar queen of rock kapak..amacam? memang rock kan? tu gambar semasa jadik queen of rock kapak dan selepas bersara...muahahahaha...

1 ulasan:

jelita sepanjang hayat berkata...

nok, tukar la gambo mak ni. ni tak rock sgt la nyah