Selasa, April 11, 2006

solino yang lawak dan sedih


Malam tadi aku menonton Solino di SBS channel..ini kali kedua aku tengok cerita nih..best laa...plot cerita memang best..sesuai untuk tontonan umu walaupun dikategori sebagai MA (+15)..apa pun aku akan bagi 10 bintang untuk filem german-italy nih...


Isnin, April 10, 2006

sayang betul

sekarang kita duduk beramai
esok lusa duduk sendiri
biar manalah jauh di mata
saya ingat sehari-hari...


itu adalah petikan dari lirik lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi belanda Anneke Gronloh yang lahir di celebes indonesia..sungguhpun nampak simple tapi membawa makna yang cukup besar buat sesiapa jua terutamanya para pelajar yang menuntut ilmu di universiti . Sewaktu hari pertama datang ke universiti semuanya tidak mengenali antara satu sama lain. Tapi bila sudah kenal dan mesra, ikatan akan menjadi akrab dan bermakna. Jika tidak berjumpa lantaran kesibukan kuliah, cuti semester atau praktikal pasti akan terasa janggal. Jika berpeluang untuk bertemu maka masa akan dihabiskan bercerita panjang dan bertanya khabar. Itulah persahabatan. Paling penting ia mestilah ikhlas...bagi sesiapa yang belum pernah mendengar lagu ini boleh klik lelaman berikut dan anda pasti tersenyum.