Inilah masa yang aku tunggu-tunggu sejak tahun lepas..selepas bertungkus-lumus hampir dua tahun menyiapkan dokumentari ini, sekarang tibalah masanya pula untuk aku bersiap-siap melancarkannya..harap-harap tidak ada masalah...terima kasih kepada semua yang sudi membantu untuk melancarkan dokumentari ini..apa yang penting aku dapat membina satu 'branding' baru pengajian media di UMKL..apa pun enjoy!!!
Rabu, Januari 17, 2007
Rabu, Januari 10, 2007
summer's e-mail from Alvin
Hi Shah,
Apa Kabar? Thanks for the return. Singapore is Singapore... many changes to the urban landscape as to be expected. The 10k submission should be senang as I'd imagine that you would have excess of material to submit by now. In any case do let me know if you need any thing that I can offer. Must admit that I don't look forward to returning to the welcome of Aussie Summer flies. Think the heat is more bearable.
P.S. Send my regards to everyone in our 'gila' room.
-Alvin-
Selasa, Januari 09, 2007
Life indeed can be fun? hehe..Tak tau laa
Beberapa hari kebelakangan ini aku terasa kurang seronok dengan kehidupan yang aku lalui. Ini bukanlah bermaksud bahawa kehidupan bukanlah satu penyelesaian tetapi cabaran yang ditempuhi terlalu berwarna-warni. Ada kalanya seronok dan kadang-kadang amat menyakitkan. Malangnya, perkara yang terpaksa aku tempuhi amat menyakitkan. Ia benar-benar menggangu emosi. Mahu atau tidak ia terpaksa ditelan kerana ia adalah cabaran kehidupan. Dan aku tidak sepatutnya meletakkan situasi ini sebagai satu kepentingan dalam kehidupan walaupun ia sebenarnya salah satu naluri keperluan dalam hidup.
Hubungan dalam kehidupan memerlukan komitmen antara dua pihak. Komitmen sehala bukanlah satu hubungan yang murni. Apatah lagi jika ia terjalin dalam persekitaran dan dunia yang berbeza. Dan aku rasa 'penat' dengan hubungan yang sebegini. Dalam kata lain, lebih baik ia berakhir dengan senyap. Tambahan lagi, aku tidak seharusnya menjadikan diri 'sengsara' dan menggugat impian yang aku cuba bina dengan baik selama ini. Biarlah ia lenyap dengan bayu yang bertiup di musim panas walaupun aku percaya ia akan datang kembali dengan sendirinya :(
P.s- pernah dengar lagu Epilog dari Broemley? isk..isk..apa yang aku merepek petang-petang buta ni...
Langgan:
Catatan (Atom)