Khamis, April 08, 2010
imbauan lalu
dah lama betul aku tak update blogs ni...aku malas ler nak cakap aku ni busy, kang orang cakap macam laa dia sorang jer busy...takat duduk kat ofis beraircond hari-hari, maka dan tido, lepas tu masuk gaji tiap-tiap bulan semua orang pon boleh buat...sapa yang cakap macam tu memang aku sumpah tujuh keturunan...keh keh keh....kelmarin tiba-tiba member waktu sekolah rendah kebangsaan bandar easter begitu aktif dok berhubung dengan aku melalui facebook...mula-mula aku ingat sapa laa yang berpakain ala pompuan arab celup ni haa..rupanya si amizah amin..bila ingat amizah maka teringatlah dia punya trademark lenggang kangkung kat dalam perhimpunan sekolah dan juga insisden tut! kat dalam kelas...tak nak laa kan cakap kat sini, dah ler amizah bukak blogs ni sesekali, kang terkecik plak hati member aku tu...kah kah kah...bercakap pasal amizah ni, pompuan ni antara yang tercantik kalu nak diperuntukkan dalam konteks felda ketika itu..tapi malang betol dia terus kawin lepas habis spm....tak paham aku kawin cepat sangat, kalu tak dah jadik artis...mana tau kan...tapi bila si amizah ni mengumumkan dia nak kawin, ramai laa yang meraung terpekik terlolong sebab tak boleh terima kenyataan...tapi aku tak termasuklah dalam kategori tersebut sebab aku dok sibuk main badminton dengan si miss, zaki dan budak-budak blok lapan...kah kah kah...aku nak jer tulis sapa yang kecewa tu kat sini, tapi kang miss panggil aku kaki propa laa pulak kan...biarlah ia menjadi rahsia sekebun cinta yang berbunga...kih kih kih....
banyak betol amizah dok bercerita dengan aku...tapi yang aku tak boleh tahan nak tergelak ialah insiden si rosita menulis perkataan setan kat blackboard tapi tak nak ngaku..kalau dalam konteks zaman sekarang, bila orang panggil setan takde beri apa-apa kesan pon...tapi zaman sekolah dulu setan tu satu rujukan yang sangat negatif...maka bila cikgu dok tanya sapa yang tulis perkataan ni, haram sekor semua tak nak mengaku....tapi keputusan majoriti kelas 6 cempaka mengatakan si rositah yang tulis...tak tahu laa plak aku saksi mana depa guna...tapi disebabkan masa tu semua masih lagi berhingus, sorang propa semua terus percaya bulat-bulat....laa ni nak buat macam tu ada kena buang sekolah...kah kah kah...lepas tu amizah dok bercerita gak pasal si nurul azlin anak pengusaha kantin sekolah...seperti biasa miss laa paling suka beli keropok basah (laa ni baru dok sibuk pangil keropok lekor - tapi aku panggil fishcake kah kah kah)..ingat lagi tak budak sekolah masa tu dok asyik laa beli keropok tu masuk kat dalam plastik letak sauce siket bawak ke sana ke mari makan....tak tau ler nutrition tu bagus ke tidak tapi itu laa yang paling ngetop masa zaman sekolah di felda gugusan waha sekitar lewat tahun 80an...laa ni tak tau laa pulak aku apa yang depa jual kat kantin sekolah....mungkin ayam panggang atau sandwich kot...
menurut amizah si nurul laa ni kat indon ikut suami dia keje kat kedutaan macam tu..dia pon dah lama tak jumpa minah tu...lama dah tak jumpa...tapi yang amizah selalu jumpa ialah si norwati, bekas penjaring terbanyak bola jaring SKBE yang mewakili rumah kuning..wei miss betol ke ni..aku tak ingat sangat bab bola jaring di SKBE kecuali insiden terloncat-loncat dan menjerit sampai kena halau dengan referee waktu pesta bola jaring peringkat zon sedili...masih segar lagi dalam ingatan aku si miss tu menyumpah-nyumpah pemain bola jarin sekolah kebangsaan bukit mahkota...kah kah kah...tapi aku tak ingat ler apa dia cakap...kalau aku ingat boleh ler aku tulis kat sini...nasib baik ko miss aku tak ingat..keh keh keh....tapi amizah pon kra power laa jugak ingatan dia sbb dia ingat si roslila, junainah dan tidak ketinggalan si mardiana - yang pernah menjadi jiran hairul zairi di felda bukit easter...
tapi amizah dok merungut apesal si zairi tak ingat kat dia...penat dia call zairi tapi zairi kata dia tak ingat sapa manusia nama amizah ni..menurut si amizah, zairi bagitahu dia tak nak mengimbau lagi kenangan lama-lama ni....ala zairi, tak baik tau ko tak ingat kat member sekelas kau di kelas lima perdagangan seisi tahun 1994/95 di sekolah memengah bandar easter...kalau aku dok join aktviti tarian dan kelab kebudayaan kau ingat gila-gila, takkan laa amizah amin yang cantik ala ratu dulu tu kau tak ingat..kau memang tak adil...kah kah kah..teruknya apa yang aku tulis ni..kang tak pasal-pasal aku kena saman ala Mstar...tapi takpe ini bukan kutuk mengutuk tapi ini adalah fakta apa...lain laa aku kutuk si zairi ni kecewa ke kan sebab tak dapat makan kek coklat ke kan..kah kah kah...propa teruk aku ni...
satu lagi insan yang disebut oleh si amizah ialah razali...lama betul aku tak jumpa si razali ni...lepas jer abih STPM terus aku tak dengar khabar berita mamat tu..dulu rajin gak dia kirim surat bercerita itu ini..tapi lepas tu senyap..rasanya dalah 10 tahun kot aku tak jumpa dia...amizah bagitau aku yang si razali ni sakit TB laa pulak...ada 4 bulan jer masa untuk hidup...betoi ka? aku pon tak tahu ler nak cakap...tapi aku suggest amizah untuk jumpa si razali tu personally....yer laa orang sakit ni kita kena lawat secara bertentang muka, bukan melalui sms jer..tak patut kau amizah..hahaha..dah amizah plak yang kena....tapi amizah ada cakap si razali ni tengah dok sibuk nak but reunion lima perdagangan SMBE tahun 94/95 di hotel sofitel johor bahru, malangnya tak dapat sambutan..nak buat macam mana kan dah semua sibuk.....
tutup cerita pasal amizah...laa ni aku nak membebel plak pasal komen bab-bab orang tak kawin ni...biasalah aku ni realistik siket muahahaha...selain dok menyemak mailbox aku dengan komen-komen mengutuk dan tak relevan, seronok laa jugak aku dok tengok bebudak ni bergaduh antara yang bujang dan beranak pinak...yang aku nak tergelak tu, yang bujang dok tuduh yang dah kawin takut bini, yang dah kawin plak kutuk yang bujang tak laku...teruknya mentaliti masyarakat macam ni...nasib baik ler aku duduk di negara maju maka terpaksa laa aku menggunakan masa yang ada sebaik-baiknya sebelum berhadapan dengan umat negara membangun ni...meh sini aku bagi nasihat, mudah jer..rileks laa beb..hang kawin pon baru tiga puluh tahun...yang bujang tak laku rileks laa gak...takkan itu pon nak nak ambik pusing...aik, tu je ke komen? nanti mesti miss dok tertanya-tanya, apesal komen hang tak sama dengan apa yang digembar-gemburkan dalam YM? muahahahaha...alahai, takkan ler aku nak tulis komen maki hamun kat blogs kesayangan gue ni...bab-bab maki hamun tu off the record jer laa...hahaha..udah, aku nak buat keje ni..kang tak jalan keje aku buat menatang ni...bye!
Labels:
amizah,
felda simpang waha,
kawin,
kenangan di SKBE,
kengkawan,
miss,
SMBE
Langgan:
Catatan (Atom)