Jumaat, Mac 11, 2011

the last posting?


selepas ini aku mungkin tidak akan aktif berblogs...ya, selepas hampir enam tahun blogs ini ditinta dengan pelbagai suka duka aku sebagai seorang pelajar di perantauan...lagi tiga hari, aku akan meninggalkan Bowen st. dan kembali berkerja semula di salah sebuah universiti terkemuka di ibu kota..aku memang pasti, satu hari nanti, tidak dapat tidak, masa itu akan datang juga...aku melalui masa yang begitu panjang, jatuh bangun dalam pencarian ilmu dan tiket untuk menempah kehidupan yang lebih baik...aku menerima ketentuan takdir bahawa aku akan meninggalkan jua bumi rantau ini dan segala memori yang telah aku cipta sepanjang enam tahun lamanya...aku belajar banyak perkara sepanjang tempoh ini...kejayaan tidak akan datang bergolek dalam kamus hidup...kejayaan perlu datang dengan keringat dan air mata...ya, aku adalah anak kampung yang membesar jauh di pedalaman...keluarga kami susah dan aku tidak pernah menerima pendidikan sempurna seperti kebanyakan generasi moden pada hari ini...keputusan peperiksaan tidak melayakkan aku pergi ke mana-mana sekolah berasrama penuh kerana aku tidak bijak dalam matematik dan sains...dengan persekitaran yang mementingkan sains dan matematik sebagai tiket untuk ke sekolah berasrama penuh dan universiti, apa yang mampu aku buat hanyalah dengan menduduki peperiksaan STPM sebagai satu-satunya peluang yang ada untuk ke universiti...aku selalu mengimpikan untuk menyambung pengajian ke luar negara...tapi impian hanya tinggal impian kerana untuk ke luar negara, seperti dalam tafsiran kementerian pendidikan dan masyarakat Malaysia ketika itu, anda mestilah mendapat semua A dalam peperiksaan terutama dalam subjek matematik, bahasa inggeris dan beberapa subjek sains tulen yang lain....walaupun aku mendapat keputusan yang baik dalam SPM, malangnya tidak ada tempat untuk orang seperti aku melanjutkan pengajian ke luar negara dengan pencapaian matematik dan bahasa inggeris yang cukup-cukup makan...

namun, aku cuba membina keyakinan bahawa satu hari nanti aku mesti sampai ke luar negara untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi...tapi aku hanya simpan di dalam hati sahaja kerana takut digelak oleh ramai orang...apa yang mampu aku buat setiap hari ialah dengan mencatat azam tersebut di dalam diari setiap hari...ya, dari tahun 1994 hinggalah 2004...tiap-tiap hari aku berdoa kepada Tuhan agar memberikan aku sedikit peluang untuk ke luar negara dan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi...peperiksaan STPM memberikan aku ruang yang besar untuk ke universiti...walaupun hanya ke universiti tempatan tapi aku tetap bersyukur kerana di universiti itulah aku bertemu dengan insan-insan yang faham dan sentiasa memberikan sokongan untuk aku berjaya dalam hidup...hasrat untuk menyambung pegajian ke luar negara terpadam seketika...namun, ketika hari pertama di universiti ini sebagai pelajar, aku melihat kelibat seorang profesor yang memberikan inspirasi selamanya dalam mengejar cita-cita...beliau mempunyai karisma yang tinggi dan pakar bidang...dan paling penting beliau merupakan lulusan luar negara di peringkat ijazah lanjutan...sejak hari itu, aku tertanya apakah yang dimaksudkan dengan ijazah lanjutan...dan bagaimana beliau boleh ke luar negara untuk belajar ijazah lanjutan sedangkan apa yang aku tahu hanya pelajar cemerlang dan terpilih sahaja yang layak untuk ke luar negara, itu pun pada peringkat ijazah pertama...sejak hari itu, keinginanku meluap-luap untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan ijazah lanjutan, dan apakah yang aku harus buat untuk menggapai peluang itu...selepas bertanya kepada beberapa orang pensyarah, barulah aku sedar, aku mesti cemerlang di peringkat ijazah pertama dahulu...namun perjalanan sebagai pelajar ijazah pertama di universiti ini bukanlah mudah...apatah lagi sesetengah kursus memerlukan aku menggunakan buku-buku dan makalah berbahasa inggeris....

aku banyak menghabiskan masa di perpustakaan membuat research dan sentiasa mencuba untuk menulis essay yang terbaik...lebih baik dari orang lain dan sentiasa bersaing untuk menjadi lebih baik...kegagalan di sebuah institusi pengajian tinggi lain sebelum ini - kerana tidak fasih berbahasa inggeris - menjadi azimat untuk aku bersaing dengan pelajar lain untuk menjadi lebih baik...aku sentiasa memberi motivasi pada diri bahawa walaupun penguasaan bahasa inggeris aku yang amat lemah, bukanlah satu batu penghalang untuk mencapai kejayaan...dengan semangat dan doa, aku berjaya melepasi halangan itu dan mendapat keputusan yang baik dan melayakkan aku ke luar negara bagi menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan...namun, untuk mendapatkan biasiswa ini bukanlah sesuatu yang mudah...ya, aku bukanlah anak emas atau anak orang kaya atau pelajar berasrama penuh yang terpilih menjadi pelajar cemerlang dan tiada mempunyai sebarang masalah dalam mendapatkan tiket untuk belajar ke luar negara...aku terpaksa menduduki ujian bahasa inggeris berkali-kali kerana penguasaan bahasa inggeris yang lemah...tapi aku beruntung dengan kawan-kawan yang sentiasa memberikan sokongan agar tidak cepat mengalah...akhirnya, aku dapat pergi juga ke salah sebuah universiti di Australia untuk pengajian di peringkat sarjana...

dengan penguasaan bahasa inggeris yang terhad, pengajian di peringkat sarjana amat mencabar dan memeritkan...aku masih ingat lagi hari pertama sampai di sini, aku mahu sahaja menempah tiket untuk pulang...tapi bila difikirkan balik, dengan cabaran yang aku telah lalui, bukan mudah untuk mendapatkan peluang seperti ini...jadi, aku teruskan jua...kuliah pertama memang aku tidak faham langsung...tetapi aku amat bersyukur kerana mempunyai penyelia yang sangat faham tentang keadaan yang aku hadapi...apa pun, ia bukanlah alasan untuk aku tamatkan pengajian...apa yang aku buat ialah belajar dan belajar...tidak ada masa untuk bermain dan bersuka-suka...akhirnya dengan bantuan penyelia yang baik hati itu, aku berjaya tamatkan pengajian pada musim panas 2006...selepas kembali ke tanah air, aku digalakkan oleh kawan-kawan untuk sambung belajar semula ke peringkat yang lebih tinggi....kali ini aku terbang lagi ke Australia pada awal tahun 2007...aku faham, pengajian kali ini bukanlah semudah yang disangka...berbanding pengajian diperingkat sarjana, kali ini ia memerlukan semangat yang lebih tinggi...dan sekali lagi aku berhadapan dengan faktor bahasa...aku sering tertanya-tanya mengapa penguasaan bahasa inggeris aku begitu teruk....kenapa aku tidak sebijak orang lain yang boleh bertutur dan menulis bahasa inggeris dengan begitu baik...

namun aku berjumpa dengan seseorang yang memberikan perangsang bahawa di peringkat ini, aku perlu mejadi lebih strategik...dalam erti kata lain bahasa bukanlah faktor utama kerana apa yang paling penting ialah garapan dan kelangsungan idea yang bakal dihasilkan dalam bentuk penulisan...justeru, selama empat tahun aku bersengkang mata dan mengorbankan segala masa untuk bersuka-suka...dan dalam tempoh itu aku melihat pelbagai kes yang memberikan aku pengajaran bahawa bahasa inggeris adalah sangat penting tetapi ini tidak memberi makna bahawa jika seseorang itu mampu bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris dengan baik, maka beliau boleh menamatkan pengajian ini dengan begitu mudah...ini kerana terdapat banyak kes yang melibatkan pelajar tempatan sendiri yang bertutur dalam bahasa inggeris dengan begitu baik sekali tetapi pada akhirnya tidak dapat menyempurnakan pengajian di peringkat ini...walau apa pun, ini tidak bermakna bahasa inggeris tidak penting...aku tekankan di sini bahasa inggeris sangat sangat penting dan amat rugi jika kita tidak mendalaminya seberapa boleh....seperkara lagi yang aku pelajari, tidak ada apa pun yang mustahil dalam kehidupan jika kita percaya dengan apa yang kita mahukan...jangan lekas putus asa sebaliknya berusahalah, kerana hanya kerajinan sahaja sesuatu yang kita inginkan akan kita perolehi...ya, aku adalah anak orang miskin yang datang dari kampung pedalaman yang begitu lemah dalam mata pelajaran bahasa inggeris dan matematik, tidak layak untuk masuk ke asrama penuh, atau mendapat sebarang biasiswa di peringkat ijazah pertama untuk ke luar negara kerana tidak layak, ditendang keluar dari salah sebuah ipta tempatan kerana tidak pandai bahasa inggeris, pada akhirnya berjaya walaupun mengambil masa yang begitu panjang dan berkorban keringat serta air mata....aku tidak mahu dikatakan riak dengan apa yang aku capai, tetapi aku berharap ia menjadi perangsang kepada sesiapa sahaja yang mungkin terbaca blogs ini...jika kita mempunyai impian, anggaplah ia sesuatu yang positif untuk dicapai, bukan untuk dicemuh...jika seseorang itu tidak berjaya pada peringkat awal, janganlah menganggap beliau tidak akan berjaya selama-lamanya....jika seseorang itu tidak layak untuk ke atas, janganlah kita anggap beliau akan sentiasa diam di bawah...walau apa pun, kunci kepada kejayaan, adalah kerajinan, keyakinan dan keikhlasan dalam diri...dan paling penting, janganlah memandang rendah kepada orang lain hanya kerana dia tidak layak.

10 ulasan:

NoorGie berkata...

susah nak mencari seseortang yang mempunyai pengalaman yang banyak macam awak ni. tahniah kerana apa yg diidamoan berjaya dicapai walaupun dengan bersusah payah dan berjerit perih...sesunggunhnya, kejayaan sebegini amat amat bermakna dan akan menjadi kenangan sepanjang hayat..orang yang tidak layak patut dipandang rendah jika dia tidak mahu berusaha untuk melayakkan dirinya, & hanya menyalahkan takdir, dan orang lain... dan duduk berpeluk tubuh sahaja menunggu 'bulan jatuh ke riba'..tetapi kalau seseorang tu tak layak, tetapi mempunyai kesungguhan, azam dan cita 2yang tinggi untuk menjadikan dirinya layak satu hari nanti & membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya walaupun dalam serba kekurangan, maka org sebegini patut diberikan tepukan dan ucapan tahniah, kerana, berjaya mencapai apa yang diidamkan dan membuktikan "AKU BOLEH!!"
selamat pulang ke tanah air dan selamat menempuh pekerjaan baru...
ehem, bila pulak akak berpeluang untuk ucap "selamat pengantin baru" yea?

cherita nan lalu berkata...

salam kak gie, terima kasih kerana setia menjadi rakan eletronik saya sejak 2-3 tahun yang lalu...memang betul kata kak gie, wlpn kita tak layak tapi tiada usaha, tak guna juga..cuma saya terasa sedikit kesal kerana ada yang berpotensi tetapi tertinggal hanya disbbkan mereka digolongkan sebagai tidak layak

Ustaz Azrai berkata...

good job bro... raya tahun ni bleh jumpa kat masjid waha.. tupun kalu korang xblik melaka la... wish u best of luck...

mcm rin pnah ckap dgn aku.. hang jdik cth org yg xptus asa..

Kita sama2 naikkan nama felda..

rintzpalil berkata...

Alan,
Selamat kembali ke Malaysia. Aku ada ucapan khas dalam blog aku untuk ko. http://memoirrienn.blogspot.com/2011/03/dedikasi-untuk-dr-md-azalan-shah-bin-md.html

cherita nan lalu berkata...

rien and azrai, thank you so very much, aku dah sampai waha 3 hari lepas...makan ikan goreng dan pucuk pegaga...ni pun baru balik solat jumaat di masjid baru..tak sangka banyak berubah betul kat sini, apakan tidak, tempat jatuh lagi di kenang....rien terima kasih for the dedication..i am certainly very honoured...aku tetap aku, tak pernah berubah, jangan lupa pm aku alamat hang di fb - ingat tak pencetak kuih yang kau kirim 3 tahun lepas? azrai, terima kasih...ya, kita sama2 naikkan nama felda...kau memang ngetop! jangan lupa ada masa kita lepak di PJ...

Miswadi berkata...

of course aku rindukan tulisan di blog mak hayam nih...mklumla aku ler makhluk yg suka membusybody dlm blogs nih...apepun kita semakin dekat dan dapat minum milo ais bersama2..naik motor RG SPOT merempit kt kilang sawit waha smbil tgk anak babi dilanggar lori..aku doakan yg terbaik utk ko..selamanya!!!!!!

cherita nan lalu berkata...

miss ~ hahaha thank you, thank you

rintzpalil berkata...

Aku pun dah hampir lupa pasal cetak kuih tu. Nanti aku PM kt FB ye!

MKriza berkata...

Azlan, aku kagum kat kau. Cerita kau. Pengalaman hidup kau. Motivasi buat aku.

cherita nan lalu berkata...

khairul, tiada apa yang mustahil jika kita rajin berusaha :)