Ahad, Ogos 28, 2011

akhirnya tiba juga

maaf sebab dah berkurun tak update. setelah sekian lama aku tak balik ke kampung, semalam aku sampai juga ke felda simpang waha selepas berehat selama sehari di melaka. apa pun sebelum tu thank you ya erwanita sebab bawak makan kat umbai sempena meraikan hari wanita. aku pun tak sedar beberapa hari lepas adalah hari wanita. so semalam petang aku pun balik laa ke felda simpang waha dengan kereta adik aku...nak naik kereta sendiri lama lagi kot sebab aku pon takut-takut juga nak drive walaupun dah dapat lesen memandu beberapa minggu lepas. tunggu dulu lah haha. lagi pun aku tak boleh drive jarak jauh nanti aku tido sambil memandu. oh ya, felda simpang waha macam biasa tak berubah pun...cuma rumah aku pulak yang berubah menjadi warna kuning..nak tergelak aku tengok rumah dah macam tokong. tapi ayah aku cakap tak apa lah ala-ala istana di zaman silam...suka hatilah...kah kah kah hari ni aku tak tau nak buat apa.. tapi nasib baik aku bawak segala buku dan nota at least boleh membaca kalau bosan...revision pon tak start buat lagi...petang ni nak keluar ke bandar sekejap untuk cari telefon baru...tak perlu laa canggih sangat sekadar cap ayam aje...yang penting boleh sms dan call..nak pergi kota tinggi takut sesak pulak...harap-harap tak ramai orang kat kota tinggi hari ni...

Tiada ulasan: