Ahad, Ogos 29, 2010

sebelum terlupa...


pemilik blogs ini ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada family, kengkawan dan rakan taulan...maaflah dengan keje aku yang menimbun-nimbun ni aku pun dah terlupa bila hari raya...jadi aku ucap ler awal-awal kan...tak tau apa aku nak buat time hari raya nanti...kat sini bukan cuti pun...jadi nak tak nak kena ler pegi opis gak...kah kah kah kah...baju raya? langsung tak relevan...apatah lagi kuih raya...tapi takpe tak lama jer lagi...next year boleh ler aku raya puas-puas...hahaha...

pergi ke galeri bersama wokar


aku bukanlah peminat lukisan sangat...tapi aku memang minat impressionist terutamanya camille pissaro..bila wokar dok sibuk mengajak aku pergi melihat pameran impressionism painting di galeri victoria jadi aku pegi ler...tapi bila sampai dan tengok takde laa banyak sangat pon koleksi yang ada....boleh laa...cuma aku tertarik dengan satu lukisan yang satu ni...nama pelukisnya aku dah lupa siapa...kami pergi sekitar jam 4 petang...habis lawatan dalam jam 7 lebih....lepas tu kita orang pon pegi makan pizza hahaha....

Isnin, Ogos 23, 2010

bila nak habis??


bila pilih pekerjaan yang sebegini, satu persoalan yang sering dilontarkan oleh teman-teman ialah bila nak habis?? memang sakit hati bila difikirkan balik tapi nak buat macam mana dah minat...nak tak nak kena telan jugak..lusa ni aku nak berjumpa penyelia...tak tahu ler apa feedback yang bakal aku dapat...aku jarang bercerita pasal kerja sebab aku rasa kalau aku cerita banyak-banyak kat sini pon bukan orang paham...jadi baik laa aku cerita pasal benda lain...kelmarin aku berborak dengan cikgu yune (khairunnisa hj baharum) yang mengajar aku di sekolah kebangsaan bandar easter pada tahun 1988 sampai 1990. Lepas masuk sekolah menengah kami telah terputus hubungan...lama kami cari sampai laa cikgu md noh tolong inform kat cikgu zulkifli (agaknya) tentang kewujudan kami dalam facebook...hahaha..tak sangka akhirnya kami bertemu semula selepas lebih 15 tahun....lama tu..cikgu yune pon dah nak masuk zon pencen...aku ingat dulu cikgu yune siap bagi aku hadiah sbb dapat markah yang baik dalam subjek yang dia ajar...kenangan betul kat SKBE...tak tau apa jadik kat sekolah tu sekarang...nasib baik rinda mengajar kat situ...at least tahu gak serba sedikit perkembangan...hehehehe

Ahad, Ogos 08, 2010

hari terbuka

hari ni terlalu ramai ibu bapa dan anak-anak mereka berderet datang ke sini...sebabnya mudah - nak tau kursus apa yang sesuai untuk anak-anak mereka untuk pendaftaran sesi baru pada bulan februari tahun hadapan...banyak laa pameran dan booth dibuka untuk slot penerangan dan juga soal jawab..freebies pun banyak tapi aku tak larat dah nak pegi tengok...cuma bila tengok keadaan di sini aku terkenang pulak waktu lepas SPM dulu...masa tu tak ada pon hari terbuka atau kata mat salleh open day....cuma aku sangat-sangat hargai usaha bapak aku tolong belikan borang ITM (walaupun selepas tu aku kena tendang keluar dengan terhormatnya - sbb tak dengar cakap bapak aku yang lebih senang aku ke tingkatan 6)...selebihnya kami cuma dengar tentang permohonan ke universiti melalui akhbar dan television...masih jugak aku ingat perjalanan sehari dengan mis dan tut! (tak boleh disebut nama yang lagi sorang tu kang tak pasal2 aku kena sumpah hahaha) pergi beli borang UPU dan uruskan pendaftaran kad atm di wisma maria...sampai kena tipu dek taxi driver...walhal wisma maria tu dekat jer boleh jalan kaki...

kalau diteliti sistem pendidikan kita di Malaysia perlu diberikan lebih autonomi agar tidak menyusahkan pelajar...berilah banyak peluang kepada pelajar yang lebih berpotensi dalam bidang sains sosial, humanities dan arts untuk belajar di universiti...jangan jadikan matematik sebagai kekangan untuk mereka terus maju...matematik bukanlah segalanya...(ewahh harus laa aku kena sumpah lepas ni)...bila aku lihat balik semua kursus-kursus peringkat ijazah pertama di sini, terlalu banyak kursus yang bernilai di pasaran kerja yang tidak memerlukan maths...okay laa cukup ler cakap tentang itu sbb nanti orang cakap aku berfikiran kolot pulak...aku tak nafikan matematik itu penting tapi sistem pendidikan di malaysia suka menjadikan matematik itu sebagai syarat wajib untuk masuk ke universiti...kalau tak lulus matematik maka seseorang pelajar itu akan ditakrifkan sebagai gagal...ini adalah satu perception yang begitu naif dalam mentaliti masyarakat kita dan perlu diubah...dan ini juga menjadi salah satu penyebab ramai pelajar yang tidak kritikal dan hanya tahu angguk sahaja...sistem pendidikan di Malaysia perlu dirombak sedikit agar ia lebih bersifat flexible...

Berbalik pada hari terbuka tadi, aku rasa ia amat berguna untuk dipraktikkan di Malaysia..rasanya konsep sebegini memang sudah ada di Malaysia tapi harap-harap ia akan dilakukan di kawasan luar bandar juga...kalau diperhatikan hari terbuka asyik2 kat kawasan urban...orang yang diluar bandar nak pergi punya lah jauh...kesudahannya depa tak pergi dan pilih kursus yang salah...harap-harap ibu bapa sekarang terutamanya di kalangan orang melayu lebih celik tentang peri pentingnya pendidikan tinggi di kalangan anak-anak mereka...jangan lah kita ketinggalan terus-terusan sampai bila-bila...bagi yang berkemampuan hantar lah anak anda belajar bahasa inggeris...kita sedang mengorak langkah ke dalam dunia ekonomi yang lebih global...mungkin orang akan pandang aku anti bahasa melayu tapi ingatlah tidak guna kita terlalu taksub dengan bahasa melayu lepas itu susah nak dapat kerja...dalam dunia politik dan ekonomi yang berubah-ubah, amat penting kita mempunyai kemahiran bilingual...mungkin hari ini kita masih boleh bersyukur sebab bahasa melayu masih dipelihara dalam sektor awam...kita tak tahu pada masa depan siapa yang memelihara dan apa yang dipelihara...jadi sediakanlah payung sebelum hujan...

p.s: Raihan, tak sempat laa nak amek foto sebab hujan time tu...anyway hang boleh klik sini