Ahad, Ogos 08, 2010

hari terbuka

hari ni terlalu ramai ibu bapa dan anak-anak mereka berderet datang ke sini...sebabnya mudah - nak tau kursus apa yang sesuai untuk anak-anak mereka untuk pendaftaran sesi baru pada bulan februari tahun hadapan...banyak laa pameran dan booth dibuka untuk slot penerangan dan juga soal jawab..freebies pun banyak tapi aku tak larat dah nak pegi tengok...cuma bila tengok keadaan di sini aku terkenang pulak waktu lepas SPM dulu...masa tu tak ada pon hari terbuka atau kata mat salleh open day....cuma aku sangat-sangat hargai usaha bapak aku tolong belikan borang ITM (walaupun selepas tu aku kena tendang keluar dengan terhormatnya - sbb tak dengar cakap bapak aku yang lebih senang aku ke tingkatan 6)...selebihnya kami cuma dengar tentang permohonan ke universiti melalui akhbar dan television...masih jugak aku ingat perjalanan sehari dengan mis dan tut! (tak boleh disebut nama yang lagi sorang tu kang tak pasal2 aku kena sumpah hahaha) pergi beli borang UPU dan uruskan pendaftaran kad atm di wisma maria...sampai kena tipu dek taxi driver...walhal wisma maria tu dekat jer boleh jalan kaki...

kalau diteliti sistem pendidikan kita di Malaysia perlu diberikan lebih autonomi agar tidak menyusahkan pelajar...berilah banyak peluang kepada pelajar yang lebih berpotensi dalam bidang sains sosial, humanities dan arts untuk belajar di universiti...jangan jadikan matematik sebagai kekangan untuk mereka terus maju...matematik bukanlah segalanya...(ewahh harus laa aku kena sumpah lepas ni)...bila aku lihat balik semua kursus-kursus peringkat ijazah pertama di sini, terlalu banyak kursus yang bernilai di pasaran kerja yang tidak memerlukan maths...okay laa cukup ler cakap tentang itu sbb nanti orang cakap aku berfikiran kolot pulak...aku tak nafikan matematik itu penting tapi sistem pendidikan di malaysia suka menjadikan matematik itu sebagai syarat wajib untuk masuk ke universiti...kalau tak lulus matematik maka seseorang pelajar itu akan ditakrifkan sebagai gagal...ini adalah satu perception yang begitu naif dalam mentaliti masyarakat kita dan perlu diubah...dan ini juga menjadi salah satu penyebab ramai pelajar yang tidak kritikal dan hanya tahu angguk sahaja...sistem pendidikan di Malaysia perlu dirombak sedikit agar ia lebih bersifat flexible...

Berbalik pada hari terbuka tadi, aku rasa ia amat berguna untuk dipraktikkan di Malaysia..rasanya konsep sebegini memang sudah ada di Malaysia tapi harap-harap ia akan dilakukan di kawasan luar bandar juga...kalau diperhatikan hari terbuka asyik2 kat kawasan urban...orang yang diluar bandar nak pergi punya lah jauh...kesudahannya depa tak pergi dan pilih kursus yang salah...harap-harap ibu bapa sekarang terutamanya di kalangan orang melayu lebih celik tentang peri pentingnya pendidikan tinggi di kalangan anak-anak mereka...jangan lah kita ketinggalan terus-terusan sampai bila-bila...bagi yang berkemampuan hantar lah anak anda belajar bahasa inggeris...kita sedang mengorak langkah ke dalam dunia ekonomi yang lebih global...mungkin orang akan pandang aku anti bahasa melayu tapi ingatlah tidak guna kita terlalu taksub dengan bahasa melayu lepas itu susah nak dapat kerja...dalam dunia politik dan ekonomi yang berubah-ubah, amat penting kita mempunyai kemahiran bilingual...mungkin hari ini kita masih boleh bersyukur sebab bahasa melayu masih dipelihara dalam sektor awam...kita tak tahu pada masa depan siapa yang memelihara dan apa yang dipelihara...jadi sediakanlah payung sebelum hujan...

p.s: Raihan, tak sempat laa nak amek foto sebab hujan time tu...anyway hang boleh klik sini

4 ulasan:

Teratak pena berkata...

teringat pula masa sekolah rendah... berdebar-debar bila mak dan ayah datang.... jeling mereka dah pun kita faham. he..he..he..

Unknown berkata...

Bak kata pepatah nigeria~Seperti tangan di ikat di langit, kaki pula terpasak ke bumi...50-50 pendapat...just nak refresh balik kisah beli borang UPU dulu..kira2 15 thn lalu...beratur nak beli borang smpi ade yg pengsan2...kul 5 pagi dah gerak ke BSN jb nk dpdtkan borang dulu..nk buat kad ATM pun alahai kena turun jb gak dulu (kad ATM n buku simpanan msh aku simpan..nnti aku letak kt Facebook ye)..mmg kurang ajar driver taxi tuh..padan muka lps tuh taxi dia accident langgar kereta lain..so kita per lagi cabuuutttt!!!!...tp plg best dpt makan 3 ketul ayam KFC di plaza kotaraya..kenangan terindah (lagu airiel peterporn)..wakakakaka...

NoorGie berkata...

Shays, sebagai seorang guru akak sangat2 bersetuju dengan pendapat awak, sistem pendidikan kita oerlu dirombak agar lebih flexible dan telus supaya lebih ramai peajar dapat menjalani hidup dan mempunyai masa depan yang cerah walaupun tidak berapa pandai dibidang akademik...ramai ex -students akak yang tak berapa pandai sewaktu disekolah tetapi, sekarang berjaya berkat kerajinan mereka dan dapat pekerjaan yang baik...kebanyakan dari mereka memilih bidang teknikal dan vokasional...ada sorang tu, ikmal nama dia...dulu masa sekolah punyalah nakal nauzubillah...sekarang akak dengar dah jd mekanik berjaya n dah dihantar kursus ke Jepun...cikgu dia ni pun tak sampai Jepun lagi...tapi apakan daya akak ni mentimun..cakap2 pun, org2 atas bukan nak dengar [opssss x leh komen banyak2 pasl ni hehehe

Mamok™ berkata...

Mana gambar?