Isnin, Mei 15, 2006

Selamat Hari Guru untuk cikgu-cikgu aku dulu waktu sekolah rendah sampai laa ni aku pulak jadik cikgu...Waktu kat Sekolah Kebangsaan Bandar Easter (1985-1990) dulu kami selalu nyanyi lagu sekolah ni waktu perhimpunan sekolah..Kelakar betul..aku ingat lagi nama semua ahli kumpulan aku kat kelas cempaka...sapa yer..hmmm...Khairul Nizam Jamaluddin (UPM, sekarang kat ASTRO), Miswadi Abdul Rahim (UPM, Taman Warisan, Putrajaya), Md Zaki Pua'at (UTM, sekarang tengah carik kerja), Marlina Omar (UUM, entah tak tahu mana dia sekarang sebab dah pindah ikut family dia anak pengurus FELDA laa katakan), Esmawaty Multar (kerani di salah sebuah Bank di Kota Tinggi), Lailizah Abdul Rahman (UPSI, dah mengajar kat mana aku takingat nanti aku tanya mak aku)..

ni semua bekas-bekas classmate aku antara tahun 1985-1990..lama dah..dekat 16 tahun kot..aku pun lupa sampai tak ingat satu ayat dalam lirik lagu sekolah tu...antara cikgu yangmengajar kami dulu ialah Cikgu Rukimin, Cikgu Subri, Cikgu Shuhaimi, Cikgu Shaharuddin, Cikgu Noraini Abdul Karim, Cikgu latifah, Ustazah Norliah, ustazah Tumirah, Cikgu Kalsum (cikgu kesayangan Miss), dan ramai lagi laa sampai aku tak ingat sapa lagi...ok laa..apa pun selamat Hari Guru!!!
Persekitaran tenteram
Udaranya nyaman
Pemandangan, mempesonakan
Ini sekolah kebanggan kami
Pekerti muliajadi amalan kita
tekun belajar
Maju dan jaya
Hormati guru dan ibu bapa

SK Bandar Easterlalalalalalalalala...(lupa lirik)
SK Bandar EasterJasamu pasti ku kenang
Maju terus maju
Meningkatkan mutu
Pendidikan cemerlang!

Tiada ulasan: