Khamis, Oktober 26, 2006

secawan latte

Memang rasa malas betul nak datang jumpa Cole dan Nick pagi ni di production office..tapi bila mengenangkan semua projek mesti selalu update dan jangan sekali-kali missed appointment, aku pon menggagahkan diriku ini untuk bangun pukul enam pagi (dalam sejarah tahun ini). Lagi pun cuaca dah cerah kat luar sebab tak lama lagi musim bunga akan berakhir..aku harap tahun ni kepanasan takde laa melampau sangat bila musim panas datang...

habis aje meeting dengan Cole dan Nick, aku terus start sound editing..tetiba plak computer buat hal sebab nak access pro tools tak boleh..terpaksa laa Cole fperbetulkan segala masalah yang ada...Cole ada cakap kat aku dia tak tahu mende pasal Pro Tools ni...kat Screen Studies cuma Helen ajer yang pakar benda alah tu...aku pon belajar siket-siket dari Carly, Helen dan sorang budak pompuan berbangsa Greek tu (aku pon dah lupa siapa nama dia)...mula-mula nampak macam susah..tapi bila dah lama-lama senang ajer sebab dah tahu basic...betul kata Helen, once you get familiar with pro tools, it should be easier..

Hari ni aku tak tahu nak buat apa selain daripada bersedia untuk production paperwork weekend ni..aku nak siapkan segera dan hantar cepat-cepat lepas tu boleh lepak sebulan sambil merayap sana-sini sebelum balik...nanti susah kalau Cole tiba-tiba kena pergi tempat lain waktu summer break..anyway, aku nak pi siapkan projek..next week Helen nak tengok semua sebelum everything been finalised...jumpa lagi! bye!

Tiada ulasan: